Komikajif.com

Komikajif.com Semoga usaha dan perjuangan ini mendapat doa dan sokongan dari anda semua.

Komikajif.com berusaha menghasilkan judul komik baru atau buku baru / Novel baru setiap tahun, sama ada ia akan diterbitkan secara mandiri, penerbitan arus perdana mahupun online.

DRAGANIA Vol 1 - SalasilahPenulis / Pelukis : MF AjifPenerbit : Buku Prima, KarangkrafTahun : 2025Harga : RM15PETAKA ALA...
31/07/2025

DRAGANIA Vol 1 - Salasilah
Penulis / Pelukis : MF Ajif
Penerbit : Buku Prima, Karangkraf
Tahun : 2025
Harga : RM15

PETAKA ALAM adalah wira dan watak utama yang memainkan peranan menjayakan keseluruhan cerita ini. Bagi mereka yang dah beli 1 set Dragania yang lepas, Petaka Alam tidak memberi impak yang sewajarnya. Ia tertumpu kepada sisi pandang Lang Delima Merah.

Kini, Petaka Alam diletakkan ditempatnya sejajar dengan kisah sebenar apa itu Dragania sebenarnya. Petaka Alam adalah seorang pendekar sakti di mana dia mempunyai kebolehan menerobos alam dimensi lain. Lantaran ini, dia menemui kawan dan lawan yang tak pernah dia hadapi. Akhirnya, dia menjelajah ke satu dunia kegelapan yang mengundang padah sepanjang hayatnya.

Siapakah musuh yang digeruni ini? Anda boleh dapatkan naskah komik terbaru saya pada link di bawah ini.

https://www.karangkrafmall.com/komik-dragania-1-mf-ajif

Anda juga boleh beli di platform TikTok

https://vt.tiktok.com/ZSSSdEqqX/

Besar harapan saya agar anda terus menyokong komik ini kerana pengembaraan Dragania masih jauh.

Ini adalah watak-watak yang berperanan di dalam komik DRAGANIA Vol1 - Salasilah 2025.Ada yang bertanyakan adakah komik i...
26/07/2025

Ini adalah watak-watak yang berperanan di dalam komik DRAGANIA Vol1 - Salasilah 2025.

Ada yang bertanyakan adakah komik ini sama seperti komik Dragania sebelum ini? jawapannya TIDAK SAMA SEKALI. Dan jawapan TIDAK ini bukanlah bermaksud 100% tidak sama langsung tetapi sekali pandang, YA, ia memang tak sama langsung. Jangan khuatir, pembaca komik Dragania sebelum ini pasti akan menobatkan komik ini adalah BAHARU baik dari segi jalan cerita mahupun rekaan watak itu sendiri.

Di sini saya sukacita memaklumkan bahawa, saya menerapkan konsep multiverse yang kita selalu dengar teori ini diguna pakai seperti di komik-komik DC dan Marvel. Lantas, apa salahnya kita sebagai pengkarya tempatan juga menggunapakai teori ini. Malah, teori multiverse ini dibahaskan oleh beberapa pihak cendiakawan di luar sana. Sama ada ianya logik atau tidak, itu bukan soalnya.

Komik Dragania ini adalah universe atau istilah Melayunya adalah Semesta. Semesta ini masih mengekalkan nama watak asal, peranan dan alur cerita yang sedikit sama tetapi jilid yang ini ia dah dirangka khas lebih kompleks dan sentimental.

Jika komik sebelum ini, watak Lang Delima Merah yang mengemudi penceritaan tetapi kali ini keseluruhan perjalanan cerita dari sudut pandang Tok Gurunya, Petaka Alam. Apa yang berlaku di semesta ini adalah kerana Petaka Alam itu sendiri.

Alhamdulillah, peluang ini memberikan ruang kepada saya untuk menceritakan dengan lebih terperinci intipati apa itu Dragania. Semoga buku pertama ini mendapat tempat di hati pembaca dan pencinta komik di seluruh negara dan jutaan terima kasih atas sokongan anda semua. Sokongan anda semua adalah pembakar semangat saya untuk terus berkarya.

Tunggu buku seterusnya. Komik Vol 2 sedang bermula...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada peminat-peminat komik Tanahair semua. Komik baru dah pun terbit. Masih panas ...
26/07/2025

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada peminat-peminat komik Tanahair semua. Komik baru dah pun terbit. Masih panas dari kilang lagi.

Dragania vol 1 - Salasilah

Sinopsis

Kesaktian Petaka Alam membolehkan dia menjelajah ke alam lain. Lantaran kesaktiannya itu telah mengakibatkan dia berdepan dengan musuh yang tak terduga. Di saat yang genting itu dia telah di bantu oleh Ratu Naga. Oleh kerana Petaka Alam adalah seorang pendekar sakti istimewa, Ratu Naga telah menganugerahkan Delima Naga Keramat kepadanya supaya kuasa dalaman Petaka Alam dapat dipertingkatkan sebagai perisai dan juga kesaktian baru. Petaka Alam bukan sekadar pendekar sakti handalan malah dia seorang yang penyayang namun ada sesuatu yang menggusarkan hati serta perasaannya setelah dia mengambil seorang anak angkat. Dia menyangka dengan melatih anak angkatnya itu dengan ilmu kesaktian miliknya bakal menyelamatkan masa depan. Akan tetapi, semua itu di luar jangkaan, Petaka Alam tetap berdepan dengan musuh yang amat menakutkan. Dapatkah Petaka Alam menyelamatkan anak angkatnya dan masa depan? Pengembaraan Petaka Alam baru saja bermula…

******************

Korang boleh beli mulai hari ini dan esok di Karnival Siang Malam Karangkraf di Seksyen 15 Shah Alam.

25/07/2025

Assalamualaikum dan Salam Jumaat,

Dragania pada awalnya bukanlah satu ip yang bakal merubah apa-apa. Ia sekadar R&D saya dalam berkarya. Akan tetapi sampai satu peringkat, karya ini berpotensi untuk dikembangkan ke tahap yang lebih baik.

Hal ini berlaku pada karya saya sebelum ini iaitu Pusaka Angkasa yang mana ia juga dibuat agak tergesa-gesa dan nak senang kerja la ceritanya. Tapi ia berlaku sebaliknya selepas itu. Selepas Pusaka Angkasa lahir p**a Amuk Sang Bentara dan Cindai Aksara yang mana dua tajuk ini pelengkap kepada Pusaka Angkasa walaupun spin off ini adalah flashback saja.

Sudah sampai masanya, Dragania melalui proses yang sama lantas secara tidak langsung mengajar saya untuk lebih fokus, bertindak lebih bijak menyusun alur cerita supaya ia lebih kompleks dan fokus.

Untuk makluman semua, Dragania sebelum ini lebih fokus kepada siri kembara Lang Delima Merah, kini ia lebih memfokuskan kepada Petaka Alam yang merupakan Tok Guru kepada Lang Delima Merah. Di sini Petaka Alam digambarkan bukan sekadar sebagai seorang pendekar sakti malah saya terapkan emosi dan nilai-nilai kemanusiaan lantas menjadikan dia seorang yang boleh kita sama-sama banggakan.

Insyaallah bermula penerbitan Dragania yang baru ini saya mengajak pembaca budiman sekalian ke pengembaraan Petaka Alam yang lebih mendalam.

Dragania - Salasilah bakal menemui pembaca mulai hari ini, sempena berlangsungnya Karnival Siang Malam Karangkraf di Shah Alam. 25 - 27hb Julai 2025.

Assalamualaikum sahabat komik semua,Sama ada anda dah tahu atau belum gimik yang sedang berlangsung, itu cerita lain. Ap...
24/07/2025

Assalamualaikum sahabat komik semua,

Sama ada anda dah tahu atau belum gimik yang sedang berlangsung, itu cerita lain. Apa yang penting MF Ajif ada komik baru untuk pembaca budiman di seluruh negara.

Nantikan kemunculan komik baru menemui anda semua, tak lama lagi.
Sikit lagi guys...!

Address

Ipoh

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Komikajif.com posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Komikajif.com:

Share

Category