20/05/2026
Assalamualaikum WBT dan Salam Malaysia MADANI
Berita gembira buat pembeli-pembeli lembu korban di masjid dan surau seluruh Parlimen Bukit Gantang serta mereka yang mengambil bahagian dalam ibadah korban yang diuruskan oleh Pusat Khidmat P059.
Alhamdulillah, harga lembu korban pada tahun ini ditawarkan dengan kadar lebih rendah iaitu RM4,193.00 seekor lembu dan RM599.00 bagi satu bahagian.
Menerusi inisiatif terbaru daripada YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dalam membantu masjid, surau dan umat Islam melaksanakan ibadah korban tahun ini, tuan-puan yang membuat pembelian seekor lembu atau mengambil satu bahagian akan menerima penjimatan dan manfaat sebanyak RM700 seekor dan RM100 bagi satu bahagian.
Ini menjadikan kos sebenar ibadah korban pada tahun ini hanyalah:
• RM3,493.00 seekor lembu
• RM499.00 bagi satu bahagian
Majlis penyampaian manfaat daripada YAB Perdana Menteri ini akan disempurnakan oleh Syed Abu Hussin Bin Hafiz Syed Abdul Fasal, Ahli Parlimen Bukit Gantang mengikut ketetapan berikut:
📅 Tarikh : 24 Mei 2026
🕔 Masa : 5.00 petang (Pendaftaran)
🕠 Masa : 5.30 petang (Majlis Bermula)
📍 Tempat : Pusat Khidmat P059, Kg Benggali
24 menghubungi Urusetia di talian 013-3732216.
Sekian, terima kasih.