13/08/2026
Kadang-Kadang Kita Kehilangan Diri Sendiri Dalam Usaha Untuk Membahagiakan Orang Lain
Assalamualaikum dan Selamat malam sahabat semua
Kadang-kadang, kita terlalu sibuk memastikan semua orang bahagia, sampai terlupa bertanya kepada diri sendiri, “Aku bahagia ke?”
Kita mengalah walaupun hati terluka. Kita diam walaupun banyak perkara ingin diluahkan. Kita terus memberi, walaupun diri sendiri sudah hampir kehabisan tenaga.
Bukan kerana kita lemah. Tetapi kerana kita terlalu sayang, terlalu peduli dan terlalu takut mengecewakan orang lain.
Namun, dalam perjalanan hidup, kita perlu sedar bahawa membahagiakan orang lain tidak sepatutnya membuatkan kita kehilangan diri sendiri.
Kita juga berhak untuk berkata “tidak”. Kita berhak berehat. Kita berhak memilih ketenangan. Kita berhak menjauh daripada perkara yang membuatkan hati kita sentiasa penat.
Jangan sampai suatu hari nanti, apabila semua orang sudah bahagia, kita p**a tidak lagi mengenali siapa diri kita sebenarnya.
Hidup bukan tentang memenuhi semua kehendak manusia. Kadang-kadang, menjaga diri sendiri juga satu bentuk penghargaan.
Kerana kita tidak diciptakan untuk sentiasa menjadi tempat orang lain bersandar, tetapi dalam diam, diri sendiri terus runtuh.
Belajarlah mencintai diri sendiri tanpa rasa bersalah.
Kerana kehilangan diri sendiri demi membahagiakan orang lain bukanlah sebuah kemenangan.
Kalau s**a penulisan macam ni, jangan lupa follow ❤️
dan komen kalau ayat ini pernah kena dengan hidup kamu.
Mana tahu, perkongsian ini boleh sampai kepada seseorang yang sedang memerlukannya.