PERAKfm

PERAKfm Moh dengor radio PERAKfm📻
Ada hiburan 🎶 ada informasi 📰
Untuk kome aje 🫰
(329)

SEJARAH
Stesen radio khusus untuk Negeri Perak mula bertapak apabila Radio Malaya Stesen Ipoh ditubuhkan pada 1956 di satu tapak berhampiran Lapangan Terbang Ipoh. Pada tahun 1966, sebuah bangunan stesen radio yang lengkap hasil ilham arkitek Iversen Van Sitteran didirikan di atas kawasan seluas 14 ekar di Jalan Dairy, Ipoh. Kontraktor yang mengendalikan pembinaannya ialah Syarikat Teoh Tay & Son

dari Sungai Siput, Perak. Radio Malaya Stesen Ipoh telah memulakan operasinya daripada bangunan baru di Jalan Dairy, Ipoh dengan anggota seramai 50 orang. Selain ruang pejabat, bangunan ini memuatkan 5 studio radio, auditorium dengan kapasiti 500 penonton dan bengkel kejuruteraan. Hari ini, RTM Perak bersiaran dari pusat siaran digital yang serba canggih dan terkini bertempat di Kompleks Bersepadu KPKK (bersebelahan bangunan lama RTM Perak) bermula 16 September 2012. FREKUENSI SIARAN (FM)

95.6 MHz - Bukit Keledang, Ipoh (Perak Tengah dan Lembah Kinta)
104.1 MHz - Bukit Larut (Perak Utara, Taiping, Pulau Pinang dan bahagian selatan Kedah)
94.7 MHz - Gunung Berinchang (Cameron Highlands, Pahang)
96.2 MHz - Gerik
97.3 MHz - Changkat Rembian, Tapah (Kinta Selatan, Tapah, Bidor, Sungkai)
89.6 MHz - Bukit Asa Tanjong malim (Perak Selatan)
94.2 MHZ - Ladang Teh Lenggong (Perak Utara)
102.9 MHZ - Lawin

HUBUNGI KAMI

Talian Konti : 05-5458559

03/06/2026

Bermula dengan kad berasaskan kertas pada tahun 1948, kemudian melalui pelbagai perubahan dan penambahbaikan seiring perkembangan zaman.

Hari ini, kita melangkah ke satu lagi fasa penting dengan pengenalan versi baharu Kad Pengenalan Malaysia yang tampil dengan reka bentuk terkini serta ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan bagi melindungi identiti rakyat daripada risiko pemalsuan dan penyalahgunaan.

InsyaAllah, MyKad baharu yang akan dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri kelak, turut membawa penambahbaikan yang lebih menyeluruh, termasuk peningkatan ciri keselamatan daripada 23 kepada 53 ciri pada versi baharu.

Evolusi ini mencerminkan bagaimana negara kita sentiasa menyesuaikan diri dengan cabaran semasa, khususnya dalam aspek keselamatan dan perlindungan identiti rakyat.




03/06/2026

Selalu saya ingatkan supaya jangan ambil mudah berkenaan pendaftaran kelahiran anak. Perkara yang nampak asas ini sebenarnya membawa kesan besar kepada masa depan seseorang jika tidak diurus dengan betul sejak awal.

Apabila pendaftaran kelahiran dibuat lewat, biasanya akan timbul pelbagai kesulitan kemudian hari.

Lebih membimbangkan, ada keadaan di mana anak-anak terpaksa melalui proses tambahan yang panjang hanya untuk mendapatkan pengiktirafan asas sebagai warganegara, sedangkan perkara ini sebenarnya boleh dielakkan sejak awal lagi.

Sebab itu saya ingin terus menasihatkan ibu bapa dan penjaga, pastikan setiap kelahiran didaftarkan seawal mungkin mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Jangan tunggu sehingga timbul masalah baharu kita bertindak.

Daftar awal, lebih mudah urusan, lebih terjamin masa depan.




03/06/2026
03/06/2026
03/06/2026



KESALAHAN GUNA TELEFON BIMBIT KETIKA MEMANDU BOLEH DIDAKWA DI MAHKAMAH

Polis Diraja Malaysia melalui Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik mengingatkan pengguna jalan raya agar tidak menggunakan telefon bimbit ketika memandu kerana perbuatan tersebut boleh mengalihkan tumpuan walaupun hanya dalam tempoh beberapa saat, sekali gus meningkatkan risiko kemalangan jalan raya yang serius.

Kesalahan menggunakan telefon bimbit ketika memandu adalah di bawah Kaedah 17A, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 [LN 166/59] dan merupakan kesalahan yang tidak boleh dikompaun serta perlu diselesaikan di mahkamah.

Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi tiga bulan. Bagi kesalahan berulang, denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.





#03062026

03/06/2026

Dalam memastikan hak dan kepentingan pengguna terus terpelihara, Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sentiasa berusaha menambah baik dasar serta perundangan agar selari dengan keperluan semasa dan perkembangan ekonomi digital.

Antara langkah yang diambil adalah melalui pelaksanaan Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026 yang mula berkuat kuasa pada 1 Jun 2026. Pada fasa awal, 11 entiti telah bersedia melaksanakan peruntukan baharu ini sebelum penyertaan lebih meluas oleh institusi lain bermula pada September nanti.

Melalui pindaan ini, beberapa penambahbaikan telah diperkenalkan termasuk proses yang lebih moden melalui pendigitalan, maklumat kos pembiayaan yang lebih jelas serta mekanisme penyelesaian awal pembiayaan yang lebih telus dan memberi manfaat kepada pengguna.

Bagi saya, apa yang paling penting adalah memastikan setiap pengguna dapat membuat keputusan dengan lebih yakin dengan adanya akses kepada maklumat yang jelas dan mencukupi. Insya-Allah, penambahbaikan yang diperkenalkan melalui pindaan ini akan membantu pengguna membuat keputusan yang lebih baik serta yakin terhadap sistem dan urusan sewa beli di negara kita.


03/06/2026

TAPAH, 3 Jun - Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin yang hilang di Gunung Batu Putih sejak 24 Mei lalu diteruskan dalam skala lebih kecil mulai esok dan akan diketuai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai maklumat dan petunjuk diperoleh sepanjang 11 hari operasi, termasuk selepas hampir 95 peratus kawasan pendakian diperiksa pasukan penyelamat.

Sementara itu, polis mengesahkan setakat ini tiada unsur jenayah dikaitkan dalam kehilangan Jaslinda Saludin.

'Yang sahih di RTM'

Eksklusif@PERAKfm bersama memeriahkan Sambutan Hari Belia Peringkat Ngeri Perak 2026.Tonton secara live di Facebook PERA...
03/06/2026

Eksklusif@PERAKfm bersama memeriahkan Sambutan Hari Belia Peringkat Ngeri Perak 2026.

Tonton secara live di Facebook PERAKfm
Dengorkan kami dimana aje menerusi RTMKLIK
Ate Untuk Kome Aje






03/06/2026

Usoh mengelenyor dalam tiga versi oleh penyampai dan selebriti PERAKfm😁 ok ke idok😆

Jom le kome ceriakan petang Rabu Segmen Moh Gebang 2 ptg-7 mlm bertemankan Dj Ely Fazilah Hanafi dan Artis tersohor Ilya...
03/06/2026

Jom le kome ceriakan petang Rabu Segmen Moh Gebang 2 ptg-7 mlm bertemankan Dj Ely Fazilah Hanafi dan Artis tersohor Ilya Buang Ya Illya .
Seloka Pantun> 3-4 ptg hari ini bertemakan 'Sombong' hantar ke whatapp konti 010-200 7055 dan FB.
Tampilkan bakat nyanyian kome dalam Rancangan Moh Kita Nyanyi> 4-5 ptg di talian konti 05 5458559.


Address

Jalan Raja Musa Mahadi
Ipoh
31400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PERAKfm posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to PERAKfm:

Share

Category