Awie Various

Awie Various Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Awie Various, Digital creator, Ipoh.

05/08/2025

Insya Allah mudah mudahan segala kesulitan dipermudahkam dan diberikan jalan

04/08/2025

Pemerintahan sayidina Uthaman berlangsung selama 12 Tahun.Enam tahun pertama adalah zaman emas beliau,dan enam tahun kedua beliau merupakan fasa Permulaan fitnah ketika ini muncul dari golongan golongan "Muslim Baru"yang terpengaruh dengan dakyah dakyah jahat lelaki Yahudi yang bernama Abdullah Bin Saba',serta didorong oleh tindakan melulu tanpa berfikir waras.

Bagi dia hujah bagi menjatuhkan Sayidina uthman "boleh jual"kerana baginya Sayidina uthman ni seorang yang lembut maka dia rasa mudah dia mengeluarkan hujah fitnah,tetapi hanya untuk golongan yang terburu dan pendek akal pastinya akan percaya!!

Hujah pertama,mereka mengatakan sayidina uthman selepas menjabat khalifah Islam beliau telah menjadi kaya raya,sedangkan sejarah mencatatkan sebelum beliau memeluk islam lagi mmg dia sudah kaya raya,jadi cerita tu sudah tak laku dijual,Makanya hujah kedua beliau mengatakan beliau mengamalkan sikap nepotisme kerana melantik beberapa pembesar dalam kalangan bani Umayyah(iaitu suku Uthman sendiri)Antaranya Muawiyah Bin Abu Sufyan yang menjadi gabenor di syam,sedangkan itu bukanlah lantikkan sayyidina uthman sendiri,sebaliknya beliau hanya meneruskan apa yang telah dimulakan oleh sayyidina Umar..Cukup saya tegaskan cerita Sayyidina uthaman melantik Muawiyah ni tidak sama dengan berlaku di negara kita ni,Jadi jangan buat hujah cerita ini di pentas politik.

Lagip**a tiada siapa yang lebih layak menjadi gabenor di bumi syam selpas kemangkatan Abu Ubaidah yang meninggal terkena wabak penyakit pada waktu itu..Orang syam ni p**a lain macam,Mereka ni kaya raya,bertamadun dan hidup di bawah pemerintahan rom selama ratusan tahun.Rakyat mereka kebanyakkan terpelajar.Bahkan di syam tempat berkumpul sejarawan dan ahli ilmu dalam kalangan ahli kitab.

Tidak mudah untuk mengedalikan syam.Posisi gabenor di syam tidak sesuai untuk lelaki warak seperti Abu Zarr atau bengkeng sperti Khalif Al walid,tetapi sebaliknya di syam memerlukan orang yang genius politik seperti Muawiyah.Semua orang tahu fakta itu..Tetapi anak muda generasi baru ni,golongan yang semua main rasa2 tanpa selidik latar belakang seseorang sebelum menghentam orang itu..Jika menurut definisi tahun 2023,bukan tahu apa sangat,Yang mereka tahu hanyalah Revolusi!Reformasi!Hidup!Hidup Rakyat.Begitulah terjadi kepada kerajaan Turki uthmaniyyah di bwah kepimpinan Sultan Abdul Hamid Han ii terjadinya revolusi ana muda untuk mengulingkan Sultan,kerana mereka tidak hidup di zaman Osman Ghazi(Pendiri Uthmaniyyah)Sultan Murad,Sultan Mehmed Al Fatih..Dan mereka tidak mengambil tahu iktibar jika kita sendiri bersekongkol dengan orang luar untuk menjatuhkan pemimpin kita.

Sebagai berlaku adil Revolusi ni bkn la datang dari penduduk madinah Tapi sebaliknya revolusi ni datang dari Mesir,Kufah dan basrah.Senang ckap contohnya Malaysia Ada Khalifah tapi singapura p**a yg nk buay revolusi sedangkan org dalam tu elok je.. Disclaimer ya ini sebagai contoh saja bagi mudah faham..

Ketika hujah politik tidak diterima pakai maka menggunakam strategi lain iaitu modal jual isu agama.Kerana apa isu agama amat sensitif dan paling laku dijual.Sebagai contoh PM kita ada orang menuduh beliau menyokong LGBT,maka rakyat akan marah dan bangkit akan mengulingkan beliau..Ya itulah Modal jual Agama.

Namun mereka berhadapan dengan Sayyidina Uthman,Sahabat Utama Rasullullah S.A.W serta beliau adalah seorang ahli ibdah,tidak melakukan maksiat malah berakhlak mulia..Maka kempen jual agama mereka yang ini tidak diterima bulat2.Maka mereka memikirkan strategi yang lain.

Saya akan bersambung pada siri yang seterusnya..

04/08/2025

Timbullah sebuah hujah agama yang lain,idea lama untuk dipopurlakan semula demi penjualan agama padahal cerita tu dah lama pon dah tak ada apa pon..Tapi puak2 tak peduli apa dah,Maka mereka mengatakan Sayyidina Uthman telah membakar Al Quran.

Soalnya benarkah peristiwa ni jadi?Jawapannya ya pernah jadi.Namun kita tak boleh ambil bulat2,Perlu dilihat juga kepada faktor kenpa Sayyidina Uthman buat begitu..Kita jangan senang2 percaya kepada cybertrooper mengeluarkan sebuah kenyataan sebaliknya kita kena renung dan kaji selidik kenapa perkara tu jadi,jangan kita sekali dengar atau baca terus kita nk share kepada orang lain p**ak.

Imam suyuthi membawakan riwayat daripada Anas Bin Malik bahawa ketika itu era pemerintahan Sayidina uthman,umat islam telah semakin berkembang dan rata ratanya datang dari Azerbaijan,Syam,Iraq dan lain2 lagi.

Mereka ni membaca Al quran daripada pelbagai mashaf,(lembaran)dan susunan para sahabat pon berlainan seperti mashaf Ibnu Mas'ud,mashaf Ubay Bin Ka'ab dan mashaf Aisyah..Kerana pada waktu itu Alquran yang ada sekarang ni belum ada susunanya lagi seperti yang kita lihat harini Al Quran itu telah disatukan atau dibukukan..

Lalu terjadi khilaf qira'at(Bacaan).Khilaf ni hampir2 membawa kepada fitnah.

Akhirnya Sebuah usaha telah dilakukan oleh Sayyidina Uthman untuk membuat mashaf standard untuk dibaca semua orang dengan menggunakan lahjah Quraish.Demi menjaga keaslian mashaf itu maka beliau telah mengumpulkan mashaf yang lain tu untuk dibakar kerana takut2 klau tak lupuskan ada pihak lain yg ambil kesempatan.Peristiwa ni jadi pada tahun 25H.Kisah lama pon tapi sengaja geng2 kaki fitnah nk korek balik cerita lama..Bahkan proses ni disaksikan oleh sebilangan Besar para Sahabat tanpa ada bantahan dan dipersetujui,Namun golongan baru ni peduli apa Asalkan bole dijual dan laku maka mereka tak kisah.Dan kisah ni p**ak mmg akan mudah dibeli oleh orang yang langsung takthu dan tidak selidik,Senang kata jenis mls membaca buat palatao dia saja..Hampa rasa perkara mcam ni tak berlaku ke pada era sekarang ni?

Ketika kempen ni semakin laku,maka ramai la dari kalangan mereka ni bergabung dari setiap pelosok negeri.Mereka perlu mara ke madinah p**a untuk menggulingkan Sayyidina uthman..pekara macam ni pernah berlaku di Malaysia dengn pakai baju kuning mereka pergi ke Kuala Lumpur untuk suruh turun pemimpin itu,dan di Malaysia juga sejarah berulang lagi iaitu kempen turun Anwar baru2 ni,Yela penyokong dh rmai apa lagi jum la berhimpun..Begitulah terjadi di zaman uthman bila pengikut yang nk menjatuhkan dah mula rmai maka berani sikitla mara ke depan.

Mereka memilih pada waktu musim haji kerana waktu tu adalah waktu yg pling selamat,sebab apa sebahagian besar sahabat banyak keluar ke Mekah untuk menunaikan haji termasuk ibunda kita sayidatina Aisyah tidak berada di Madinah.. Sebab apa sebahagian penduduk ramai madinah dah tahu pun kisah bakar Al quran ni so no point mereka nk percaya dakyah ni,maka kisah bakar Alquran ni pon disebarkan di madinah,justeru mereka punya cerita tiada orang percaya,lepastu mereka beralih ke point politik p**a,Yela mereka dah la datang dari luar tiba2 hujah mereka tak diterima pakai,dah alang2 sampai madinah baik terus kan juga niat nk jatuhkan khalifah pada wktu tu,mereka ni tak rmai pon yang menyusup ke madinah.Mereka ni menyusup masuk mengikut rombongan haji dari mesir,Kufah,Basrah yg begerak menuju hijaz.Mereka tak boleh begerak sendirian takut2 nnti perbuatan mereka dihidu,mana taknya datang dari jauh2 bawa kump**an yang dtg bukan bkn nk beeniaga atau apa2 sajalah,kalau mereka ditahan muka mereka akan di Mark kan dan akan ditanya apa tujuan ke madinah..Sebaiknya baik ikot rombongan Haji tak ada sapa syak dan ingat muka mereka.

Gabenor mesir Abdullah Bin Abi Sarrah tu dah dapat hidu bau2 pemberontakkan dari segelintir yang berada di dalam rombongan tersebut, Abdullah Bin Abi Sarrah hantar surat dekat uthman supaya hati2,sebab segelintir org dalam rombongan tu tak terus ke mekah,malah melencong ke madinah sedangkan musim haji smua org ke mekah dan rombongan tu mmg ke mekkah tapi apesal ada stgh msuk madinah,Ini macam ada yang tak kena ni.

Matlamat mereka ni berbeza, Penduduk mesir nak Sayyidina Ali naek jadi khalifah, Penduduk kufah nak Zubair bin al-Awwam,di Basrah p**ak diorang nak talhah yang jadi Khalifah..Sedangkan ketiga tiga sahabat ni tkthu menahu apa mereka ni buat..Dia mcm politik la Di johor pengikut nya rmai menyokong Tan Sri Muhyidin Yasin naik,Di pahang p**a rmai penyokong Datuk Seri Najib Razak nk beliau naik..Begitulah perumpamaannya pengikut nk leader diorg naik.

Sebaik mengetahui perkara ini, Sayyidina Ali meluru kepada rombongan dari mesir dan memarahi mereka serta suruh mereka balik ke tempat asal semula,Hal yang sama juga zubair dan talhah suruh rombongan yang menyokong mereka ni balik.Namun rombongan ini kata yang mereka hanya sekadar nak menemui saja dan mengadukan beberapa perkara kepada Khalifah lalu selepas selesai kami p**anglah.Maka mereka pon diizinkan pergi jumpa sayyidina uthman.

Sebaik sahaja masuk madinah mereka terus berjumpa sayyidina uthman mata bertemu mata.Uthman tidam mmbenarkan siapa pon jgn lindungi beliau.Maka apa jadi diorg ni telah kepung rumah sayyidina Uthman dan memintanya buka Al quran surah yunus sedangkan beliau mmg dah hafal pon keseluruhan Al quran tu.Mereka minta baca surah Yunus dari ayat pertama sampailah Ayat 59(katakanlah kepada kaum yang mengada adakan sesuatu hukum):Sudahkan kamu nampak baik buruknya sesuatu yang diturunkan Allah untuk manfaat kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanya haram,dan sebahagian lagi halal?''Katakanlah lagi(kepada mereka):;Adakah Allah mengizinkan bagi kamu berbuat demikian atau kamu hanya mengada adakan secara dusta terhadap Allah?)

Mereka mengatakan ayat ni ditujukan kepada Sayyidina uthman yang bermudah mudahan menghalalkan apa yang haram dan mengharamkan apa yang halal.Antara isu antara smua ni adalah kaitan peristiwa pembakaran Al Quran,pembesaran Masjid Nabawi,pembesaran kadang kambing Baitul Mal dan lain2 isu agama yang diorg rasa perlu dijual.

Lalu sayyidina Uthman menerangkan kepada mereka satu persatu termasuk asbab al-nuzul ayat Al Quran tadi lengkap sekali dengan hadis dan dalil dalil syarak yang membuat kan mereka terdiam tanpa ada hujah lagi nk dikeluarkan.Yalah, sayyidina Uthman itu hidup semasa ayat tadi diturunkan.Beliau ada disitu waktu tu.

Lalu mereka tukar tuntutan lain p**a(Sebetulnya dorang sendiri pun tak tahu apa yang nk dituntut)jadi rombongan dari mesir suruh sayyidina Uthman pecat gabenor mesir mereka iaitu Abdullah Bin Saad bin Abi Sarrah dan melantik Muhammad bin Abu Bakar..Padahal gabenor mesir pada waktu tu bukan ada buat apa2 mslh pon.

Sangka mereka,tentunya beliau takkan pecat malah melenting,kerana pada hemat mereka Abdullah tu adalah kesayangan Sayyidina Uthman.Jadi mereka bolehlah buka point baru p**a untuk lawan beliau.

Namun Malangnya,dengan mudah sayyidina Uthman setuju pecat Abdullah.Sayyidina Uthman berkata"Okey baiklah aku ikut kehendak kamu smua penduduk mesir"..Sekali lagi mereka jadi jem,jadi mati langkah.Seperti filem"Tiga Abdul" oleh Tan Sri P Ramlee,"kita nak buat dia marah,balik2 kita p**a rasa yang nak marah!".

Akhirnya mereka akur dan p**ang bgitu saja ke negeri masing2 dalam keadaan bingung serta tenggelam punca.Itulah harga sebuah perjuangan yang ditaja emosi yg melulu tanpa ilmu dan tujuan yang jelas.Apa yang mereka tahu memberontak dan cepat2 ganti pemimpin yang mereka rasa mereka s**a saja.Inilah golongan yang senang2 kena tipu oleh orang di atas,yang mempunyai kepentingan sendiri..Yang dibawah menonong je ikot apa kata org diatas,suruh berguling mereka berguling je tanpa org bwh ni sedar org atas ni nk pergunakan kamu je.Itu pnting ilmu pengetahuan supaya tak mudah kna tipu macam itu saja oleh orang politik ni.

Jangan taksub sgt dekat seseorang pemimpin tu mahupun parti..Klau yang betul kita ikotlah, yang tak betul kita tolak tepi dulu.Sebab apa kalau kita bergaduh pasal pemimpin yg kita skong esok2 org ni berpeluk juga,minum kopi semeja.

Apa sudahnya kalau hidup berkiblatkan rentak pemimpin.Hidup mereka akan berganti ganti mencera,memuja.Akhirnya orng yang kita hina tu kita undi dia,yang kita puja dulu kita kutuk dia p**a,nnti sendiri yang malu p**a lagi2 yang buat video lepas itu post,maka video tula netizen akan ulang siar balik apa kita buat sebelum ni..Fakta langsung diabaikan,prinsip digadaikan,asalkan itu arahan dri orang atasan.Perkara tu memang sedang berlaku di pentas politik kita sekarang.

25/01/2025

ASSALAMUALAIKUM SERVICE POLISH HOMEBASED, YANG ADA MASALAH SEPERTI BERIKUT⬇️

-CAT KUSAM✅
-MASALAH CALAR✅
-SWIRL MARK/HOLOGRAM✅
-WATERMARK/WATERSPOT✅

*HARGA MENGIKUT KATEGORI KERETA DAN
DEFECT,TIADA CAS SEBARANG DEPOSIT





BISMILLAHIRAHMANNIRAHIM, ASSALAMUALAIKUM SERVICE POLISH TERUS KE RUMAH ANDA,ATAU TERUS HANTAR KE RUMAH SAYA.HARGA MENGIK...
25/01/2025

BISMILLAHIRAHMANNIRAHIM, ASSALAMUALAIKUM SERVICE POLISH TERUS KE RUMAH ANDA,ATAU TERUS HANTAR KE RUMAH SAYA.HARGA MENGIKUT LAYER DAN KATEGORI KERTA:
(HATCHBACK)
(1Layer RM70)
(2LAYER RM130)
(3LAYER RM150)

(SEDAN)
(1LAYER RM120)
(2LAYER RM170)
(3LAYER RM200)

(MPV/SUV)
(1LAYER RM200)
(2LAYER RM250)
(3LAYER RM300)

(POLISH CERMIN+COATING)
(HATCHBACK,SEDAN)
RM80
(MPV/SUV)
RM130

✨*****CONFIRM KILAT BOSS*****✨





BISMILLAHIRAHMANNIRAHIM, ASSALAMUALAIKUM SERVICE POLISH TERUS KE RUMAH ANDA,ATAU TERUS HANTAR KE RUMAH SAYA.HARGA MENGIK...
25/01/2025

BISMILLAHIRAHMANNIRAHIM, ASSALAMUALAIKUM SERVICE POLISH TERUS KE RUMAH ANDA,ATAU TERUS HANTAR KE RUMAH SAYA.HARGA MENGIKUT LAYER DAN KATEGORI KERTA:
(HATCHBACK)
(1Layer RM70)
(2LAYER RM130)
(3LAYER RM150)

(SEDAN)
(1LAYER RM120)
(2LAYER RM170)
(3LAYER RM200)

(MPV/SUV)
(1LAYER RM200)
(2LAYER RM250)
(3LAYER RM300)

(POLISH CERMIN+COATING)
(HATCHBACK,SEDAN)
RM80
(MPV/SUV)
RM130

✨*****CONFIRM KILAT BOSS*****✨





ASSALAMUALAIKUM SERVICE POLISH TERUS KE RUMAH ANDA,ATAU TERUS HANTAR KE RUMAH SAYA.HARGA DAN KATEGORI KERTA:            ...
15/01/2025

ASSALAMUALAIKUM SERVICE POLISH TERUS KE RUMAH ANDA,ATAU TERUS HANTAR KE RUMAH SAYA.HARGA DAN KATEGORI KERTA:
(HATCHBACK)
(1Layer RM70)
(2LAYER RM100)
(3LAYER RM130)

(SEDAN)
(1LAYER RM90)
(2LAYER RM130)
(3LAYER RM160)

(MPV/SUV)
(1LAYER RM180)
(2LAYER RM230)
(3LAYER RM280)

(POLISH CERMIN+COATING)
(HATCHBACK,SEDAN)
RM80
(MPV/SUV)
RM130

✨*****CONFIRM KILAT BOSS*****✨

Whatsapp Saya Sekarang 👇🏼
https://wa.me/601139555482





12/01/2025

Master G-Burger menjual pelbagai jenis menu Seperti:
-Wagyu Rm29✅
-Smash Homade(Free Slice Cheese)Rm7✅
-Crispy Rm9✅
*Nak tahu apa menu yang kami ada mari walk in ke gerai burger kami di:
(Google Maps)
Master G-Burger Bercham Bistari 2,Bersebelahan kedai tayar dan berhampiran Cyber Cafe X-Change

06/01/2025
06/01/2025

Berjaga jaga dengan wabak baru ni..Kalau leka kemungkinan akan terjadi seperti covid19 Tapi versi 2.0
゚viralシ

06/01/2025

Mari Singgah ke Burger Master G Bercham
Ada pelbagai menu menarik❗❗

Address

Ipoh
31200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Awie Various posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share