Anak-anak Muar

Anak-anak Muar Menyediakan berita dan informasi berkaitan hal ehwal semasa, pelancongan, hiburan dan sejarah di dal

  Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) merentasi Sungai Muar pada Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar J...
27/07/2025

Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) merentasi Sungai Muar pada Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2025 di Dataran Tanjung Emas hari ini.

Kredit : BERNAMA

โญ๏ธ๐ŸŽถ๐ŸŽค๐ŸŽน FIESTA SENI MADANI 2025 ๐ŸŽถ๐ŸŽค๐ŸŽนโญ๏ธWarga Muar dan seluruh rakyat Malaysia! Ayuh semarakkan semangat Hari Kebangsaan deng...
26/07/2025

โญ๏ธ๐ŸŽถ๐ŸŽค๐ŸŽน FIESTA SENI MADANI 2025 ๐ŸŽถ๐ŸŽค๐ŸŽนโญ๏ธ

Warga Muar dan seluruh rakyat Malaysia! Ayuh semarakkan semangat Hari Kebangsaan dengan pengisian menarik Fiesta Seni Madani sempena Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2025

๐Ÿ—“๏ธTarikh : 26 Julai 2025 (Sabtu)
โฐMasa : 9 malam - 10:30 malam
๐ŸŽ™๏ธPengacara :
Penampilan Khas:




Artis-artis budaya dan PENTARAMA Dance Crew!

โญ๏ธโœจโญ๏ธPastinya lagu-lagu terkini, malar segar khas untuk anda! Save the date, jumpa di sanaโญ๏ธ โœจโญ๏ธ



๐Ÿ“ข ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—๐—”๐—Ÿ๐—”๐—กSempena Majlis Peluncuran dan Kibar Jalur Gemilang 2025 yang akan berlangsung di Dataran Tan...
25/07/2025

๐Ÿ“ข ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก

Sempena Majlis Peluncuran dan Kibar Jalur Gemilang 2025 yang akan berlangsung di Dataran Tanjung Emas, Muar, beberapa laluan akan ditutup sementara bagi memastikan kelancaran acara.

๐Ÿ“… Tarikh: 27 Julai 2025 (Ahad)
โฐ Masa: 6:00 pagi โ€“ 1:00 tengah hari

๐Ÿ“ Jalan yang terlibat:

1. Jalan Petrie (berhadapan Pintu A Masjid)
2. Pintu B Masjid
3. Pintu C Masjid
4. Jalan Khatib
5. Jalan Kamariah
6. Simpang lampu isyarat Jalan Junid โ€“ Jalan Abdul Rahman (menghala ke Jalan Sultanah / Tanjung Emas)

๐Ÿšง Barrier akan dipasang di sepanjang Jalan Petrie dan kawasan Masjid.

Orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal, mengelakkan kawasan terlibat dan mematuhi arahan pegawai trafik serta papan tanda keselamatan yang disediakan.

๐Ÿ“Œ Sila rujuk infografik yang dilampirkan untuk maklumat lanjut.

Kerjasama anda amat dihargai demi kelancaran program dan keselamatan bersama.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Ayuh kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh patriotik!

๐—›๐—ž๐—›๐— ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ | Risau Pasal Parking? Jom Naik ๐˜š๐˜ฉ๐˜ถ๐˜ต๐˜ต๐˜ญ๐˜ฆ ๐˜‰๐˜ถ๐˜ด ke Majlis Peluncuran Dan Kibar Jalur Gemilang 2025! ๐ŸšŒ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พNak datang ...
25/07/2025

๐—›๐—ž๐—›๐— ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ | Risau Pasal Parking? Jom Naik ๐˜š๐˜ฉ๐˜ถ๐˜ต๐˜ต๐˜ญ๐˜ฆ ๐˜‰๐˜ถ๐˜ด ke Majlis Peluncuran Dan Kibar Jalur Gemilang 2025! ๐ŸšŒ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Nak datang tapi pening fikir pasal kesesakan dan parkir yang terhad? Jangan risau, kami dah sediakan solusinya!

Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) akan menyediakan perkhidmatan ๐˜š๐˜ฉ๐˜ถ๐˜ต๐˜ต๐˜ญ๐˜ฆ ๐˜‰๐˜ถ๐˜ด PERCUMA untuk membawa anda terus ke pintu acara pada 27 Julai 2025.
Senang, selesa, dan jimat masa!

Terdapat 4 laluan ๐˜š๐˜ฉ๐˜ถ๐˜ต๐˜ต๐˜ญ๐˜ฆ ๐˜‰๐˜ถ๐˜ด dengan perkhidmatan bas adalah setiap 30 minit. Jom rujuk infografik yang disertakan untuk 4 laluan beserta ๐˜ค๐˜ฉ๐˜ฆ๐˜ค๐˜ฌ๐˜ฑ๐˜ฐ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ต yang telah ditetapkan.

Rancang perjalanan anda, tinggalkan kereta di tempat yang disediakan, dan biarkan kami uruskan perjalanan anda ke sana.

Jumpa nanti!

PERSIAPAN MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN DAN JALUR GEMILANG CAPAI LEBIH 90 PERATUS  Persiapan bagi Majlis Pelancaran...
25/07/2025

PERSIAPAN MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN DAN JALUR GEMILANG CAPAI LEBIH 90 PERATUS

Persiapan bagi Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2025 serta program sisipan lain sempena majlis itu yang dijadualkan bermula esok di Dataran Tanjung Emas, Muar sedang giat dilakukan dan kini mencapai lebih 90 peratus.

Pengarah Kanan (Pengurusan) Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Naim Fahmi Ahmad Tajuddin berkata persiapan hari ini tertumpu kepada lokasi tumpuan majlis seperti khemah utama serta reruai pameran kementerian dan agensi kerajaan menerusi Karnival Kita MADANI.

โ€œKita juga memastikan reruai pameran Komuniti MADANI siap dipasang hari ini, dan terdapat 16 ruang untuk setiap negeri dengan mempertonton kepada orang ramai produk dari negeri masing-masing seperti makanan dan pakaian tradisional mereka.

โ€œPersiapan di pentas utama merangkumi LED, sistem audio semuanya dipastikan dalam keadaan yang baik serta tidak mempunyai masalah ketika majlis berkenaan berlangsung,โ€ katanya.

24/07/2025

Anda niaga apa tu, komen la sikit...

21/07/2025

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒธ Malaysia MADANI, Rakyat Disantuni!

โœจ Ayuh rakyat Malaysia! Sertai Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan & Kibar Jalur Gemilang 2025 bersama YAB Perdana Menteri!

๐Ÿ“… 27 Julai 2025 (Ahad)
๐Ÿ“ Dataran Tanjung Emas, Muar, Johor

Mari kita semarakkan semangat patriotisme dengan mengibarkan Jalur Gemilang dan meraikan Malaysia tercinta. โค๏ธ๐Ÿ’™๐Ÿค๐Ÿ’›

๐Ÿ‘‰ Jumpa anda di sana!








Bomba buat laporan polis susulan maklumat palsu kehilangan pempengaruhMUAR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM...
21/07/2025

Bomba buat laporan polis susulan maklumat palsu kehilangan pempengaruh

MUAR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah membuat satu laporan polis terhadap seorang pempengaruh permotoran dan adik lelakinya susulan tindakan membuat laporan palsu berhubung kejadian kehilangannya di Sungai Tui, Jalan Bukit Kepong, Isnin lepas.

Ketua Zon 4 JPBM Johor Penguasa Kanan Bomba II, Norshuhada Amsari berkata, laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar pada jam 11.30 pagi semalam adalah atas nasihat Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad.

"JBPM menganggap membuat laporan palsu berkaitan kehilangan atau kemalangan adalah satu tindakan yang kurang wajar dan tidak bertanggungjawab kerana telah menyebabkan pembaziran masa dan tenaga anggota penyelamat.

"Bukan itu sahaja, ia juga membabitkan risiko kejadian kecemasan yang lain terganggu kerana pegawai dan anggota telah tertumpu di kawasan yang dilaporkan ada insiden.

"Tindakan ini turut menjejaskan kepercayaan masyarakat kepada agensi seperti kami,โ€ katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Norshuhada berkata, laporan juga bertujuan agar orang awam mengambil iktibar dengan tidak sesekali membuat sesuatu perkara yang tidak berfaedah serta mengganggu tugas anggota penyelamat.

Beliau berkata, sepanjang operasi mencari dan menyelamat selama empat hari itu, lebih 30 pegawai dan anggota JBPM dari Muar, Labis dan Pagoh dikerah ke lokasi kejadian sebaik adik pempengaruh itu membuat laporan kehilangan abangnya.

"Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) turut ditugaskan di lokasi pencarian selain penggunaan tujuh aset termasuk milik Unit Dron pasukan bomba.

"Kami agak kecewa apabila menerima maklumat daripada pihak polis bahawa mangsa sebenarnya selamat dan tidak berada di lokasi pencarian,โ€ katanya.

Norshuhada turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak terlibat khususnya pasukan penyelamat yang telah melaksanakan tanggungjawab dengan dedikasi dan pada masa sama berharap individu terbabit tampil membuat permohonan maaf terbuka.

Baru-baru ini media melaporkan peniaga dan pemilik sebuah kedai aksesori kenderaan hilang selepas kereta jenis Perodua Axia dipandunya terjunam ke dalam Sungai Tui.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz pada Sabtu berkata hasil siasatan mendapati lelaki berusia 38 tahun itu dipercayai sengaja โ€˜rekaโ€™ kehilangannya sebelum bertindak melarikan diri ke negara jiran dan adiknya dipercayai bersubahat dengan memberikan keterangan tidak benar untuk kepentingan peribadi. - Bernama

SIARAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH MUAR , 19 Julai 2025 โ€” Siaran Media YDH ACP RAIZ MUKHLIZ BIN AZMAN AZIZ, Ketua Polis Dae...
19/07/2025

SIARAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH MUAR

, 19 Julai 2025 โ€” Siaran Media YDH ACP RAIZ MUKHLIZ BIN AZMAN AZIZ, Ketua Polis Daerah Muar berkaitan makluman Orang Hilang telah dijumpai dan siasatan kerana memberi maklumat palsu dan bersubahat.melakukan kesalahan.

TANGKAK - Seorang lelaki warga emas dikhuatiri terjatuh ke dalam Sungai Muar dari atas jambatan di Jalan Panchor-Grisek,...
18/07/2025

TANGKAK - Seorang lelaki warga emas dikhuatiri terjatuh ke dalam Sungai Muar dari atas jambatan di Jalan Panchor-Grisek, dekat sini pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 8.54 pagi daripada anak mangsa.

Beliau berkata, lelaki berusia 62 tahun berkenaan keluar seorang diri dari rumah mereka di Kampung Parit Tunggul, Kundang Ulu sekitar jam 6 pagi dengan memakai baju kemeja corak kotak berlengan pendek dan kain pelekat berwarna biru.

"Mangsa keluar menaiki kereta jenis Mazda CX5 berwarna kelabu yang kemudian ditemukan orang awam di atas jambatan selepas seorang daripada anak mangsa gagal menghubunginya,โ€ katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Roslan berkata, panggilan telefon kepada warga emas itu dijawab oleh orang awam yang menemukan kenderaan berkenaan, sebelum anak mangsa mengesyaki bapanya telah terjatuh ke dalam sungai.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) segera digerakkan selepas laporan diterima membabitkan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta penduduk kampung.

"Sehingga kenyataan ini dikeluarkan pada jam 9 malam, mangsa masih belum ditemukan dan kes diklasifikasikan sebagai orang hilang. Polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian ini,โ€ katanya. - Bernama

Address

Ipoh

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Anak-anak Muar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share