KRT Taman Bahagia

KRT Taman Bahagia Memupuk Semangat Keharmonian Sesama Jiran Tetangga.

KRT TAMAN BAHAGIAAlhamdulillah 🌸KRT Taman Bahagia turut mengambil bahagian dalam Program Eksplorasi Perpaduan Satelit Ma...
26/10/2025

KRT TAMAN BAHAGIA
Alhamdulillah 🌸

KRT Taman Bahagia turut mengambil bahagian dalam Program Eksplorasi Perpaduan Satelit Madani Rakyat Negeri Melaka yang dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Melaka pada 26 Oktober 2025 (Ahad).

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada semua AJK KRT Taman Bahagia yang hadir dan memberi komitmen menjayakan program ini.





KRT Taman Bahagia telah menghadiri Forum Patriotisme, Kepimpinan & Kesepaduan anjuran World Youth Foundation yang telah ...
11/10/2025

KRT Taman Bahagia telah menghadiri Forum Patriotisme, Kepimpinan & Kesepaduan anjuran World Youth Foundation yang telah diadakan di Ayer Keroh, Melaka pada 11 Oktober 2025.

Penyertaan ini memberi pengisian yang amat bermanfaat khususnya dalam memperkukuh semangat patriotisme, mempertingkat nilai kepimpinan serta mempererat perpaduan dalam komuniti. Ia juga menjadi medium perkongsian ilmu dan jaringan kerjasama antara KRT seluruh negeri Melaka ke arah pembentukan masyarakat yang lebih harmoni dan dinamik.

KRT Taman Bahagia turut sama berganding bahu dalam gotong-royong membersihkan dan mengemas kawasan tanah perkuburan Ayer...
21/09/2025

KRT Taman Bahagia turut sama berganding bahu dalam gotong-royong membersihkan dan mengemas kawasan tanah perkuburan Ayer Barok. Semoga usaha murni ini menjadi amal jariah bersama dan terus mempereratkan ukhuwah sesama kariah 🌿🤲

Alhamdulillah, KRT Taman Bahagia telah turut serta dalam Program Gotong-Royong Tanah Perkuburan Ayer Barok bersama Biro ...
19/07/2025

Alhamdulillah, KRT Taman Bahagia telah turut serta dalam Program Gotong-Royong Tanah Perkuburan Ayer Barok bersama Biro Tanah Perkuburan Ayer Barok dan Geng Mat Kilau, serta menerima kehadiran istimewa YB Dr. Mohd Yadzil Yaakub , Tuan Azahar bin Idris dan anggota Balai Polis Jasin yang turut sama turun padang memberi sokongan dan bantuan.

Program ini berjalan lancar dengan semangat kerjasama dan kekitaan yang tinggi dalam kalangan semua yang hadir.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung, termasuk yang menyumbang tenaga, masa dan juadah untuk menjayakan program ini.

Semoga usaha murni ini menjadi amal jariah dan mendapat keberkatan Allah SWT.

Address

Taman Bahagia
Jasin
77000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KRT Taman Bahagia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share