16/11/2022
Hi Saya Faez @ Rakan Digital anda untuk sekitar Felda Raja Alias
Bila sebuat pasal marketing, ramai yang kata kita kena buat promosi, promosi dan juga promosi hinggakan sampai satu ketika kita jadi penat untuk buat perkara yang dipanggil marketing. Akhirnya kita give up dan menyerah kalah sebelum kita berjaya.
Promosi masa kini tak sama seperti promosi yang dijalankan pada 10 ke 20 tahun dahulu. Semuanya berbeza, bukan sedikit bezanya tetapi teramat besar jurangnya.
Masa kini selepas berlaku banyak fasa dalam dunia yang semakin moden, bisnes kita dijejaskan dengan pelbagai faktor, antaranya ialah pandemik, banyak pesaing dan juga 'masalah marketing'
Sebab itu walau bagaimana gahnya sesuatu bisnes itu belum tentu berjaya meredah dengan jayanya jika tanpa marketing! Jadi apakah itu marketing pada umumnya? Marketing ialah satu cara dan kaedah memperkenalkan barang @ servis yang kita sediakan untuk diketahui oleh orang ramai.
Bayangkan kita memiliki sebuah kedai atau stor jualan di tengah hutan belantara. Bagaimana untuk kita expose? Bagaimana untuk kita memberitahu orang wujudnya kedai kita ini? Inilah perjalanan hidup dan mati bisnes untuk tindakan kita. Maka wajib bagi kita membina jalan masuk ke kedai kita. Setiap jalan masuk itulah kita akan gunakan media sosial dan juga platform yang seumpama dengannya untuk mendorong pelanggan ke kedai kita yang terletak di ceruk hutan! Jelas bukan? Whatsapp ada, FB ada TT ada Insta ada dan pelbagai lagi.
Namun pada masa kini kita dapat lihat kecenderungan manusia itu amatlah berbeza. Ada yang berminat dengan bisnes yang kita jalankan dan ada yang tidak berminat sama sekali. Jadi inilah yang membezakan kaedah marketing bergantung kepada beberapa kelas yang patut kita ketahui.
Maka kita kena jelas dengan 6 avatar pelanggan kita!
1. Jantina
==========
Lelaki atau wanita. Kalau kita jual Make up pasti kita jual pada golongan wanita. Begitu juga songkok pasti akan dijual kepada kaum lelaki. Jadi kenal pasti jantina mereka mengikut kesesuaian produk jualan anda.
2. Umur
==========
Anggaran umur juga memainkan peranan penting. Anda jual handphone iphone 14 Pro Max, jadi sasarannya juga perlu ada golongan yang sesuai. Takkan nak jual pada atuk nenek yang berumur lingkungan 70 an ke atas. Jadi fikir-fikirkanlah!
3. Lokasi
==========
Di mana lokasi audiens anda? di lokasi setempat atau juga internationale? Kalau anda setakat membuka kedai runcit, apakah perlu pelanggan anda luar dari radius lokasi perniagaan anda? Jadi lokasi sangat penting!
4. Pekerjaan
==========
Kerja kerajaan? kerja swasta? Kenapa saya perlu ambil tahu? Ye anda wajib ambil tahu semua itu. Bayangkan mereka ada tarikh gaji yang berbeza. Kalau kita perasan, rata-rata orang yang memperolehi gaji akan menggunakan gajinya untuk membeli barang keperluan dan kehendak mereka. Apa kata apabila mereka dah gaji, kita selitkan sedikit list barangan yang kita jual dalam gaji mereka? Jelas?
5. Minat
==========
Minat manusia berbeza-beza, anak muda minat pada gadget manakala bagi golongan yang berusia lebih cenderung dengan ubat-ubatan, suplimen dan juga masalah berkaitan dengan kesihatan. Jadi perbezaan ini perlukan masa sedikit untuk kita mempelajari minat mereka, adakah sesuai dengan bisnes kita atau tidak? Fikirkan dan kaji!
6. Ketakutan @ Kerisauan
=================
Ini hanya bonus dalam bisnes yang kita jalankan. Kita tahu kerisauan orang maka kita boleh 'counter' dengan offer yang mereka takkan tolak! Contohnya. Ibu bapa risau dengan anak kecil mereka yang ketagih dengan gadget. Jadi kita offer sesuatu yang boleh membantu melegakan ibu bapa yang berdepan dengan masalah yang sama. Contohnya tablet lukis, sambil menggalakkan anak-anak kreatif, dalam masa yang sama dapat membantu menghilangkan kerisauan ibu bapa.
So dapat sesuatu? Jika info ini sangat bermanfaat, 'share'kan pada kawan-kawan dan juga taulan untuk mengambil sedikit manfaat dari post ini! Kita akan sambung pada next post!