26/09/2022
Diari Rimba Raid 24 september 2022
Pada permulaan perlumbaan, saya telah terlupa untuk kurangkan angin pada tayar. Akibatnya kawalan motorsikal menjadi kucar kacir disebabkan kurang grip pada speedtrail. Tetapi masih ada trick card yg saya telah susun. Tiga tempat yang saya boleh lakukan dengan cemerlang adalah pada river crossing, hill climbing dan rat trail. Setelah mengurangkan angin tayar, saya telah mendapat mangsa pertama iaitu penunggang 701. Kami berentap sehingga ke suatu jalan bottleneck. Beliau terbabas lalu tercampak dari motorsikal. Sempat saya menjeling, rasanya wanita. Harap beliau ok.
Seperti yang saya jangkakan mangsa berjamaah pertama adalah di river crossing 1. Saya telah berjaya memintas semula ramai rakan sepasukan yang pin pin saya di awal perlumbaan. Pada ketika itu beberapa motor cc besar telah berjaya sampai dahulu di bibir bukit taubat. Mereka flag off lewat tetapi mampu memecut laju dan mendahului perlumbaan bersama class enduro. Saya sampai di bukit taubat tepat pada masanya. sebuah motor besar terjatuh di lereng bukit lalu menghalang pelumba lain. Ketika saya berjaya melepasi balak timbul diatas bukit taubat, Saya menoleh kebelakang, pesta korek tanah beramai ramai telah bermula. Semuanya seperti yang direncanakan. Apabila pesta blocking berlaku, mangsa ditempat kejadian akan menghabiskan banyak tenaga. Setelah melepasi blocking mereka perlu masa untuk recover. Bonus ini akan saya exploitasi sepenuhnya dalam perlumbaan ini. Saya kemudiannya meneruskan semula perlumbaan meninggalkan jerit pekik dan bunyi over brabb jemaah motorsikal yang semakin sayup.
Trail seterusnya menurun bukit lalu menuju ke tempat yang lapang. Perjalanan menjadi lancar kerana kurang saingan. Dengan gabungan ekzos fmf powercore, enjin dijaga rapi, dan tayar washougal yang sedap memakan jalan, Saya mengambil peluang ini lalu memecut seperti pucuk dilancar. Ada 4 buah motor cc besar memintas saya dan kemudian saya memintas salah seorang dari mereka selepas river crossing. Mungkin kerana beliau kepenatan. Seterusnya saya memintas sebuah lagi ktm 1290 tersangkut di parit trail tikus. Mat saleh rasanya. Beliau meminta tolong tetapi saya tidak menghiraukannya. sorry mate, I'm not coming to this race to become the good guy. I'm bad and dangerous.
Selepas melepasi sandbag tanpa ada saingan langsung saya mula memasuki speed trail yang menunjukkan 120 kilometer. Saya confius kejap. Ada lagi 120km atau dah
lepas 120km? Sebab rasanya dah bergerak jauh tadi. Saya yakin golongan player ada dihadapan, saya cuma dapat mengharapkan mereka melakukan kesilapan. Saya berangan sekejap, mungkinkah hari ini hari aku?
Pada 30 kilometer terakhir tayar belakang mula bergoncang. Saya yakin tayar telah bocor atau kempis sepenuhnya. Namun saya teruskan perlumbaan dengan harapan tire lock akan memegang tayar sejauh yang mungkin. Akhirnya tayar tergelincir ketika mendaki bukit terakhir. Ada 7 kilometer sahaja lagi. Saya terus mendayung kaki dengan harapan motor dapat melepas bukit. Strategi itu mengakibatkan saya kehabisan tenaga. Sebelum jatuh saya mencampakkan motor ke dalam semak lalu saya menggulingkan diri kedalam parit supaya tidak dilanggar oleh perlumba yang di dalam perjalanan.
Ketika terbaring didalam parit, Saya cuba untuk memakan bekalan roti tetapi mungkin sebab kehausan rasanya seperti tepung, Langsung tak boleh ditelan. Beberapa racer mula memecahkan kesunyian melepasi tempat saya terbaring. Mungkin geng racer yang saya biarkan tersalah jalan tadi, Saya menaikkan tangan ke langit sambil cuba menggenggam awan. 5 kilometer sahaja lagi tetapi rasa terlalu jauh. Penat, kehausan, kecewa, tayar pancit dan kehabisan tenaga. can i say i am done for today?
Jam sudah menunjukkan pukul 1, salah seorang racer sepasukan tiba tiba melintas sambil terus mendaki bukit dengan lancar. saya cuba bangun sambil memperhatikannya. Seorang yang saya kenal asyik terjatuh kepada pendakian steady kerana tidak berputus asa. Memang mudah untuk memberikan alasan give up. Tetapi untuk berdiri semula ketika telah jatuh menandakan kita masih mahu memperbaiki kesilapan untuk terus bergerak ke hadapan. Beberapa racer Ktm dan thailand yang lalu menawarkan bantuan. Mereka telah memberikan saya air dan tali lembu untuk mengikat tayar.
Saya duduk bertafakur di dalam parit untuk recover saki baki tenaga dengan bantuan bekalan air tadi. Hari akan menjadi gelap tak lama lagi. Setelah lebih kurang 2 jam di dalam parit akhirnya saya mampu berdiri semula. Saya menarik motor keluar dari belukar lalu melakukan proses pembalutan pada tayar. Hasil usaha itu saya berjaya mendaki bukit dengan baik. Perjalanan seterusnya tidak semakin mudah. Dengan menuruni bukit pada permukaan yang curam dan berbatu kelikir boleh menyebabkan motosikal mengelongsor kebawah dan sukar dikawal. Lebih lebih lagi dalam keadaan tayar depan dan belakang bocor. Motosikal mula terbatuk batuk seperti ada masalah pada injector, semakin lama semakin teruk. Saya bisikan kepadanya “ you have done enough, but i still need you to get me pass the finishing line”. Keadaan pada masa itu tak ubah seperti kisah Rambo 1st blood part 2 dimana john membawa p.o.w p**ang dalam heli yang rosak.
Ketika sampai ke finishing line motor telah mati sepenuhnya. Saya disambut dan disarungkan medal penamat. “ adakah saya yang terakhir keluar?” seraya marshal itu berkata “ ada seratus lebih lagi kat dalam bang” Apa yang ada di kepala saya ketika itu cumalah mencari air. Motor kemudiannya dinaikkan di atas hilux. Terlalu penat walaupun untuk berdiri. I just wanna go home, kucing aku dah 3 hari tak makan. Finally i can say i'm done for today.