13/10/2022
Tanggal 8 Oktober 2022 telah berlalu meninggalkan seribu satu kenangan dan kepuasan kepada seluruh warga Jerantut Metal Regiment. Setelah berkampung di LANG BUANA ECO PARK dari 7 hingga 9 Oktober lalu, acara gig Bunyian Tepi Hutan III akhirnya berjaya dilaksanakan. Segala perit getir dalam merealisasikan acara ini dirasakan terbayar dengan kelancaran perjalanan seluruh aturcara.
Antara objektif penganjuran ini seperti meluaskan jaringan hubungan antara komuniti-komuniti muzik metal, mengumpul metalhead dari seluruh negara termasuk dari negara jiran, merapatkan ukhwah sesama peminat muzik metal, mengenengahkan band-band kepada pendengar-pendengar baru serta berhibur dalam suasana santai tercapai hendaknya.
TERIMA KASIH yang tidak terhingga kami ucapkan kepada :
1. Pak Yusuf & Hayat dari Lang Buana Eco Park kerana telah menyediakan kemudahan fasiliti yang terbaik dengan kadar yang terbaik untuk penganjuran acara ini.
2. Cikgu Rahim dan barisan crew audio system yang telah bertungkus lumus dari mula malam sound check hingga ke akhir persembahan.
3. Band-band terlibat Altrajalia, Agasthor, Phantom Lord Ipoh, Parasite-X, , Graveless(Dawn Phenomenon), Sapprah, The Origin of IEON, IV V I IV, As Sahar(Official band page), Secret Agenda band page, MODAR & Blackfire Malaysia.
4. IPD Jerantut, Ahli Parlimen Jerantut, Penghulu Mukim Hulu Cheka & Ketua-ketua kampung terlibat kerana telah memberi kelulusan dan kerjasama yang sewajarnya.
5. Penyumbang dana tidak kira dari individu, komuniti mahupun organisasi.
6. Seluruh crew JMR yang dari awal telah bertungkus-lumus untuk persediaan termasuk barisan isteri-isteri sporting yang turut bersama menyumbang tenaga dihari kejadian.
7. Penyokong/peminat muzik yang hadir dengan memberi sokongan melalui pembelian tiket dan merchandise JMR. Tanpa sokongan anda segalanya tidak mungkin terjadi. TERIMA KASIH RODONG!!!
Segala kekurangan dari pihak penganjur mohon harap dimaafkan. Kami telah sehabis ikhtiar berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk kepuasan kita bersama. Segala kekurangan akan kami jadikan iktibar jika masih diberi kesempatan untuk penganjuran siri gig ini lagi dimasa akan datang. Semoga kita dapat bertemu lagi di Bunyian Tepi Hutan IV!!!
Salam hormat dari kejauhan pedalaman Ulu Cheka, Jerantut. 🤘🤘🤘