09/06/2026
Dua Beradik Màut Terjàtuh Dari Tingkat 12 Pangsapuri
Dua beradik màut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 12 sebuah pangsapuri 24 tingkat di Jalan Tampoi, Kawasan Perindustrian Tampoi, di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, màngsa masing-masing seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dan adik lelakinya berusia lapan tahun ditemui tidak sèdarkan diri di kawasan tingkat tujuh bangunan berkenaan.
Menurut sumber, kanak-kanak perempuan itu disahkan meninggàl dunia di lokasi kejadian, manakala adiknya menghembùskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di hospital.
Sumber berkata, berdasarkan maklumat daripada penduduk yang menyaksikan kejadian tersebut, si kakak dipercayai cuba menyelamatkan adiknya yang dikatakan berpàut pada balkoni kediaman keluarga mereka di tingkat 12.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha mengesahkan kejadian berkenaan ketika dihubungi.
Menurut beliau, siasatan masih dijalankan dan pihak polis akan mengeluarkan kenyataan media dalam masa terdekat.