Arbanji Studio

Arbanji Studio Recording Studio. Audio, Video & Photography. Audio: song, nasyid, qasidah
Video: clip, corporate, drama, news, live streaming, wedding, event,

Music, audio, photographer & videographer. songwriters, composers, music programmers, lyricists. Recording: nasyid, corporate song, advertising, jingles, school song, boria, radio segment, and variety of the recording. small studio, but the best quality, affordable services. Videography - Videoi Clips, Event, Wedding...

Photography - Event, Wedding..

Lagu untuk isteri
20/04/2025

Lagu untuk isteri

31 s**a, 6 komen. "Kaulah Cintaku (Kaulah Nafasku) - Lagu untuk isteriā€

15/04/2025

Sedutan - Video Clip - rakaman Arbanji Studio

Vanthachi Hari Raya
17/03/2025

Vanthachi Hari Raya

Mempersembahkan Lagu Raya Terbaru 2025 berjudul "Vanthachi Hari Raya" daripada Dr.Azahar yang merupakan pencipta Lag...

Recording Session. Today, a solid recording. Powerful singer, great composer.
30/01/2025

Recording Session. Today, a solid recording. Powerful singer, great composer.

Recording Session
19/01/2025

Recording Session

Kualiti Standard Audio zaman sekarang. Dalam melaksanakan proses mastering sesebuah lagu di studio, sememangnya hasil aw...
16/10/2024

Kualiti Standard Audio zaman sekarang.

Dalam melaksanakan proses mastering sesebuah lagu di studio, sememangnya hasil awalnya akan dimainkan semula di beberapa wadah pemain yang mewakili peranti yang menjadi pilihan dan kes**aan orang ramai terkini.

Di zaman sekarang, peranti utama pilihan ramai untuk mainkan audio/lagu ialah telefon bimbit. Keadaan ini sebenarnya menjadi lebih sulit kerana sistem audio yang tersedia di telefon bimbit sangat pelbagai mengikut spec tersendiri yang disediakan pengilang.

Jika sesebuah lagu yang dimainkan di telefon bimbit, didengar melalui earphone, pendengarannya tidaklah mengalami kesulitan ketara kerana hampir semua telefon bimbit akan menyalurkan 2 channel laluan audio berasingan ke earphone ianya ke sebelah kiri dan kanan (L&R). Maka hasil yang didengar adalah stereo dan lebih menyeluruh kecuali masalah keseimbangan equalizer ada sedikit perbezaannya kerana peranti dan earphone yang berbeza.

Masalah utama yang terjadi ialah bila sesebuah lagu didengar direct dari speaker yang ada di telefon bimbit. Kerana setiap brand dan model telefon bimbit menyalurkan isyarat bunyi pada speakernya mengikut spec yang tersedia. Ianya ada banyak perbezaan di antara satu model/jenama dengan yang lain.

Maka, tiada satupun peranti telefon bimbit yang boleh dijadikan contoh standard untuk dijadikan ikutan dan panduan kerana majoriti masyarat menggunakan telefon bimbit berharga murah.

Jika telefon bimbit yang agak mahal harganya, ada tersedia 2 speaker yang membolehkan audio dimainkan secara stereo. Tetapi banyak terdapat telefon bimbit harga murah yang hanya menyediakan sistem audio mono (satu speaker) dan sistem audio tersedia menyalurkan campuran audio tersendiri menjadikan hasil yang didengar banyak kecacatannya.

Di antara masalah yang sering saya hadapi ialah masalah level suara/vokal pada sesebuah lagu. Ada pelanggan yang mengadu vokal yang didengar di telefon bimbitnya jadi perlahan dan tidak ada effect reverb. Sementara pelanggan lain mengadu sebaliknya. Bila saya sarankan pakai earphone atau headphone, tidak ada masalah.

Campuran audio total stereo mungkin ada yang memberi masalah kepada banyak peranti telefon bimbit. Boleh saja dilakukan adunan/mix khas dari audio asal real stereo dengan melakukan proses shift & delay (left & right) agar boleh didengar juga secara stereophonic tetapi boleh juga didengar seimbang bila dimainkan secara mono.

Rakam Video (Jangan asyik menggunakan Zoom dan Pan)Ketahuilah keperluan sebenar dan bila masanya anda harus melakukan ti...
28/07/2024

Rakam Video (Jangan asyik menggunakan Zoom dan Pan)

Ketahuilah keperluan sebenar dan bila masanya anda harus melakukan tindakan Zoom dan Pan (Sorot/pusing ke kiri atau kanan).

Dalam pengambaran video, paling penting ialah untuk dapatkan video yang stabil. Terdapat juruvideo amatur yang sering menggunakan Zoom In dan Zoom Out, walaupun kamera hanya dipegang dengan tangan (handheld), bukannya menggunakan tripod. Tindakan sebegini sebenarnya akan merosakkan hasil video kerana semakin tinggi jarak zoom yang dibuat, semakin besar goncangan video yang terhasil kerana kamera yang dipegang dengan tangan tidak dapat mengawal objek tumpuan dalam frame semasa rakaman dibuat, kecuali menggunakan tripod.

Begitu juga dengan kecenderungan melakukan penyorotan/pusing ke kiri dan ke kanan (Pan). Kamera yang dipegang dengan tangan tanpa tripod tidak dapat memberi kestabilan. Lagi p**ak pilihan FPS juga juga mengambil peranan besar untuk ini. Jurukamera video harus tahu perkara ini.

Oleh itu, dalam keadaan biasa, sebagai jurukamera video amatur, elakkan langsung untuk melakukan zoom dan pan.

Bagaimana mengatasinya?:

1. Menggunakan kamera yang tersedia dengan stabilizer. Kamera video keluaran terkini termasuk kamera mobilephone ada yang telah disediakan dengan stabilizer.
2. Menggunakan Fizikal Stabilizer@gimbal.

Untuk hasil video yang terdapat sedikit masalah kurang stabil, jika masalah ringan, boleh saja menggunakan Online Video Stabilizer, atau menggunakan perisian Penyunting Video seperti Filmora, Adobe Premiere Pro dan sebagainya, dimana video yang kurang stabil dapat dibaik pulih walaupun ruang sudut bukaan video akan terubah sedikit dengan tindakan ini.

Tetapi untuk masalah besar, contohnya akibat goyahan yang terlalu ketara terutama ketika zoom digunakan, sehingga subjek penting kadang-kadang terkeluar dari frame. Tak ada ubat kelat untuk mengatasinya.

Menangkap bunyi (audio) dalam pengambaran videoDialog, latar belakang dan foley.Teknologi menangkap bunyi dalam penggamb...
18/07/2024

Menangkap bunyi (audio) dalam pengambaran video
Dialog, latar belakang dan foley.

Teknologi menangkap bunyi dalam penggambaran video telah berkembang pesat. Berikut adalah beberapa kemudahan dan alat yang sering digunakan:

Mikrofon Luaran: Mikrofon shotgun, lavalier, dan mikrofon boom sering digunakan untuk menangkap bunyi dengan jelas dan mengurangkan bunyi latar belakang.

Perakam Audio Digital: Perakam seperti Zoom Essential H4 atau Tascam DR-40 juga digunakan untuk menangkap audio berkualiti tinggi secara berasingan daripada kamera. Perakam jenis ini boleh saja disambungkan dengan mic dinamik biasa, mic condenser samada menggunakan wayar ataupun wireless mic. Alat perakam begini juga tersedia untuk menyimpan hasil rakaman pada track yang berasingan untuk setiap souce mic. Biasanya alat perakam sebegini boleh saja menyimpan rakaman berasingan bagi setiap channel. Hasilnya boleh digunakan dalam post editing nanti.

Pelakun atau talent boleh melekatkan mic wireless dalam baju dan bergerak bebas. Sementara syarat bunyi akan dihantar melalui transmitter yang diselitkan di bahagian tersembunyi di badan dan isyarat bunyi akan diterima melalui receiver di alat perakam ini dan disimpan pada pada track yang berasingan.

Perisian Penyuntingan Audio: Perisian seperti Adobe Audition dan Audacity membolehkan penyuntingan audio dibuat kemudian seperti pengurangan noice (hingar), melaraskan bunyi dan peningkatan kualiti suara.

Mikrofon Bersepadu: Kamera moden terkini termasuk juga smartphone seperti iPhone dilengkapi dengan mikrofon bersepadu yang lebih baik untuk menangkap audio asas.

Jika rakaman tidak dilakukan secara betul, hasilnya terpaksa dilakukan semasa proses dubbing.

Kacau Bubuq Asyura
18/07/2024

Kacau Bubuq Asyura

Video iPhone 13 Pro Max - Dolby Vision HDRAktiviti Kacau Bubur Asyura di Masjid Al-Muttaqin, Taman Mahsuri, Bandar Darulaman, 06000 Jitra, Kedah.Lagu 'Bubur ...

Syair/seloka panjang ini saya tulis pada tahun 1995 yang lalu, ternyata masih ada tersimpan dalam website klon tripod. S...
07/06/2024

Syair/seloka panjang ini saya tulis pada tahun 1995 yang lalu, ternyata masih ada tersimpan dalam website klon tripod. Saya copy dan paste kat FB.

Tajuk P.Ramlee

Dari Achen datang ke mari
Bersama ibu dan bapa sendiri
Tengku Zakaria nama diberi
Akhirnya dikenali sebagai P.Ramlee

Pulau Pinang tempat membesar
Dan bersekolah untuk belajar
Muzik juga yang dia gemar
Perangai p**a amat kelakar

Masa mudanya kurus kering
Jerawat batu penuh keliling
Bila menyanyi muzik seiring
Suaranya lemak tiadapun nyaring

Bermain muzik serata tempat
Banyak kepuasan yang dia dapat
Ramai gadis yang sudah terpikat
Azizah juga yang dia minat

Ingin melihat nasibnya berubah
Singapura tempar dia berpindah
Moga terbina mimpi yang indah
Agar nasib menjadi cerah

Mulanya kerja amatlah payah
Semua tenaga mesti dikerah
Penarik beca dipilih sudah
Itulah satu pilihan mudah

Sambil bekerja mencari peluang
Untuk menjadi anak wayang
Menjengok ke studia di waktu terluang
Bertanya khabar malan dan siang

Akhirnya dapar berita gembira
Seorang pelakun memerlukan suara
Sebagai latar nyanyian sutradara
Satu cerita penglipur lara

Akhirnya beliau terpilih sudah
Baginya menyanyi memang mudah
Berjaya menarik hati pengarah
Bila mendengar alunan yang indah

Bertapak sudah di arena seni
Berjuang terus dengan berani
Diambil berlakun dan juga menyanyi
Berbagai peranan telah diberi

Mulalah badan semakin berisi
Mengarah filem peluang diberi
Diterima dengan besar hati
Peluang yang dinanti-nanti

'PENARIK BECA' arahan pertama
Ceritanya dapat diterima
Lagu-lagunya penuh irama
Berada dipanggung pun agak lama

Berbagai cerita telah diarah
Dilaksanakan dengan susah dan payah
Dapat p**a berbagai anugerah
Namanya sudah menjadi megah

Suara nyanyiannya amatlah merdu
Diumpamakan suara buluh perindu
Bila saja mengalunkan lagu
Kedengarannya amat mendayu-dayu

Lagu ciptaannya amat istimewa
Iramanya amat mengusik jiwa
Sesuai dengan banyak telinga
Kerana merdu alunan dibawa

Sehinggakan kini masih lagi segar
Gulungan baru pun amat gemar
Sesuai dengan perbagai latar
Lagunya asyik bila didengar

Gulungan tua amat membela
Lagunya usah ditiru semula
Katanya mencemar lagu yang ada
Gubahan baru menyakitkan telinga

Kalau boleh dikekalkan begitu
Jangan p**a lagunya ditiru
Digubah p**a secara baru
Iramanya tidak seperti dulu

Gulungan baru p**a membantah
Kerja begitu tidaklah salah
Jangan p**a ditegah-tegah
Berdalih dengan berbagai helah

Jika yang baru tidak diterima
Seni tidak akan ke mana
Statiklah muzik kita selama-lama
Tiada pembaharuan dalam irama

Pada lagu yang digubah semula
Bila didengar sedap p**a
Gulungan lama bantah menggila
Katanya didengar sakit telinga

Nyatalah lagu yang baru laris dijual
Harganya p**a ada yang mahal
Gulungan tua terus membebal
Inginkan lagu asal dikekal

Demikian dulu untuk kali ini
Kisah secebis jalanan P.Ramlee
Yang masih dikenang sehingga kini
Belum dapat lagi ditandingi.

Karya Arbanji Paipi, 1995

07/04/2024

Playlist Lagu Raya Channel Arbanji Studio

Share your videos with friends, family, and the world

07/04/2024

Berkumpul Mesra Di Hari Raya - Adib Danial

Address

303-A, Lorong Mahsuri 19C, Taman Mahsuri, Fasa 2C-ALONA, Bandar Darulaman
Jitra
06000

Opening Hours

Monday 09:00 - 23:00
Tuesday 09:00 - 23:00
Wednesday 09:00 - 23:00
Thursday 09:00 - 23:00
Friday 09:00 - 23:00
Saturday 09:00 - 23:00
Sunday 09:00 - 23:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Arbanji Studio posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Arbanji Studio:

Share