Radio AnNur

Radio AnNur Radio An Nur ini ditubuhkan khusus untuk bidang penyiaran dan merupakan anak syarikat MAINJ
(1)

13/08/2026

NAK ANJUR PROGRAM AGAMA DI JOHOR? JANGAN TERLEPAS PERKARA INI! 🚨

Bukan sekadar sediakan tempat, jemput penceramah dan edar poster. Penganjuran majlis syarahan atau pengajaran agama Islam di Negeri Johor mempunyai peraturan yang perlu dipatuhi.

📌 3 PERKARA PENTING UNTUK PENGANJUR:

✅ PERMIT KEBENARAN
Permohonan permit kebenaran penganjuran hendaklah dikemukakan kepada **Pejabat Kadi Daerah sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh program.

✅ PENCERAMAH BERTAULIAH
Pastikan penceramah mempunyaiTauliah Mengajar Agama Islam Negeri Johor yang masih berkuat kuasa.

✅ KANDUNGAN PROGRAM
Penganjur bertanggungjawab memastikan kandungan program mematuhi hukum syarak, pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah aliran al-Asyairah dan al-Maturidiyah serta fatwa yang berkuat kuasa.

⚠️ JANGAN AMBIL MUDAH!

Penganjuran majlis syarahan atau pengajaran agama Islam tanpa kebenaran** merupakan suatu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang.

📖 Peraturan-Peraturan Tauliah Pengawasan Pengajaran Agama Islam (Negeri Johor) 2024

👉 Rancang program dengan betul. Mohon kebenaran. Pastikan penceramah bertauliah.

**Kongsi posting ini dengan AJK masjid, surau, persatuan dan penganjur program agama supaya lebih ramai tahu.**

12/08/2026

Selama Ini Kita Memang Mengenali Huruf "Ra" Dalam Mempelajari Jawi & Membaca Al-Quran, Tapi Tahukah Anda Semua Bahawa Huruf "Ra" Ini Terdapat Sifatnya Yang Tersendiri.

Saksikan episod penuh pada hari Jumaat ini. Jangan lupa untuk Like, Share & Comment! Ikuti kami di semua platform Radio An Nur.





12/08/2026

PERMOHONAN KEMASUKAN MURID TINGKATAN ENAM PENGAJIAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) BAGI TAHUN 2027

Permohonan kemasukan Pengajian STAM bagi Tahun 2027 akan dibuka bermula 12 OGOS 2026 hingga 09 SEPTEMBER 2026

Pusat Pengajian
1. Maahad Johor, Johor Bahru
2. Maahad Pontian, Pontian
3. SMA Parit Raja, Batu Pahat
4. SMA Bugisiah, Tampok, Pontian

📌Permohonan boleh dibuat melalui pautan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSft03f8CnbZOgoz-eJFpJUcjPQkcxE7z8oZ6_O0KEU_4Y0raw/closedform

📌Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Bahagian Pendidikan Islam (Unit Pengurusan Sekolah Menengah) melalui email [email protected]

Sekian, terima kasih

12/08/2026
11/08/2026

MAKLUMAN PEMBATALAN INFOGRAFIK

INFOGRAFIK PENGGUNAAN PEMBESAR SUARA DI MASJID DAN SURAU NEGERI JOHOR YANG TELAH DITULARKAN SEBENTAR TADI ADALAH DIBATALKAN SERTA MERTA. ATAS FAKTOR TEKNIKAL.

SEBARANG KESULITAN ADALAH DIKESALI

PROGRAM INFAQ JUMAAT MASJID DAN SURAU JUMAAT JOHOR TAHUN 2026TARIKH : 14 OGOS 2026MINGGU KE-31
11/08/2026

PROGRAM INFAQ JUMAAT MASJID DAN SURAU JUMAAT JOHOR TAHUN 2026
TARIKH : 14 OGOS 2026
MINGGU KE-31

11/08/2026

⚠️ NIKAH DI LUAR NEGARA TANPA KEBENARAN? FIKIRKAN KESANNYA.

Jangan kerana mahu memudahkan urusan hari ini, pasangan dan keluarga terpaksa berdepan kesulitan pada masa akan datang.

Antara kesan yang mungkin timbul:
🔹 Proses pendaftaran perkahwinan menjadi lebih rumit
🔹 Boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut peruntukan yang berkuat kuasa
🔹 Menyukarkan urusan perceraian dan tuntutan hak pasangan
🔹 Menimbulkan kesulitan dalam urusan anak dan dokumen rasmi
🔹 Menyukarkan tuntutan nafkah, harta sepencarian dan hak-hak lain
🔹 Risiko ditipu oleh pihak atau sindiket yang tidak bertanggungjawab

📌 Pastikan perkahwinan dilaksanakan mengikut prosedur dan undang-undang yang ditetapkan.

Nikah dengan cara yang betul, hak terpelihara, keluarga sejahtera.

10/08/2026

Luaskan Jangkauanmu Bersama Dengan Mat Sakai Enterprise

Bersama Ustaz Haji Mohd Taufik Bin Dato' Haji Shamsudin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAINJ, Puan Junainah Binti Mislan, Pengasas Mat Sakai Enterpise, En Mohd Hafizh bin Hussain, Pegawai Pertanian Daerah Kota Tinggi dan Ustazah Nur Hamizah Binti ahmad, Penolong Pegawi Hal Ehwal Islam

“Halal Terjamin, Pengguna Yakin”




YOUTH TO ENTREPRENEURSHIP-MENTOR MENTEE 2026JOHOR BAHRU – Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan d...
09/08/2026

YOUTH TO ENTREPRENEURSHIP-MENTOR MENTEE 2026

JOHOR BAHRU – Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor, YB Tuan Haji Mohd Hairi Mad Shah hadir ke Sesi Libat Urus dan Penyerahan Sijil Penghargaan bagi Program Youth To Entrepreneurship-Mentor Mentee 2026 yang berlangsung di Grand Paragon Hotel, Johor Bahru.

Program anjuran Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB) itu merupakan inisiatif bagi memberi pendedahan, bimbingan dan perkongsian pengalaman keusahawanan kepada golongan belia melalui pendekatan mentor dan mentee. Sesi libat urus tersebut turut menjadi platform interaksi antara mentor dan peserta bagi berkongsi pengalaman serta pandangan dalam bidang keusahawanan.

Pada majlis sama, turut diadakan penyerahan sijil penghargaan kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan Program Youth To Entrepreneurship-Mentor Mentee 2026. Inisiatif ini selaras dengan usaha Kerajaan Negeri Johor dalam memperkasa golongan belia dan menggalakkan penglibatan mereka dalam bidang keusahawanan.

Perbadanan Usahawan Johor




08/08/2026

"Bila dah dapat Halal (SPHM) pelanggan saya semakin yakin, malahan ada yang meminta untuk buat yang lagi besar" - Kata Puan Junainah, pengasas syarikat Mat Sakai Enterprise

Jangan lupa untuk saksikan rancangan terbaharu iaitu Luaskan Jangkauanmu pada minggu hadapan di Facebook dan youtube Radio An Nur pada hari isnin jam 10 pagi.





Address

LOT B3-6, DANGA WALK Street MALL, Jalan BERTINGKAT SKUDAI, DANGA BAY
Johor Bahru
80200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Radio AnNur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Radio AnNur:

Shortcuts

Share