13/05/2026
đŸ“¸ JETCO PERKUKUH JARINGAN KERJASAMA ANTARABANGSA MENERUSI JS-SEZ
Satu sesi 'Hi-Tea' sempena program 'Familiarisation Visit to Johor-Singapore Special Economic Zone' (JS-SEZ) anjuran Pejabat Ekonomi, Pelancongan dan Kebudayaan Johor di Singapura (JETCO - Johor Economic, Tourism and Cultural Office Singapore) serta Yayasan Warisan Johor (YWJ) bersama TYT Dato’ Indera Dr. Azfar Mohamad Mustafar, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura telah berlangsung di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, semalam.
Dihadiri oleh delegasi duta-duta serta wakil kedutaan asing dari 36 negara berpangkalan di Singapura, program 'familirisation visit' ini bertujuan mengeratkan hubungan strategik dan memperkukuhkan jaringan kerjasama antara Kerajaan Johor dan komuniti diplomatik antarabangsa khususnya dalam aspek ekonomi, pelaburan, pelancongan serta pembangunan serantau menerusi inisiatif JS-SEZ.
Antara yang hadir, TYT Duta Séverine de Potter, Duta Kerajaan Belgium ke Singapura; TYT Duta Luciano Mazza de Andrade, Duta Brazil ke Singapura; TYT Duta Noor Qamar Sulaiman, Pesuruhjaya Tinggi Brunei Darussalam ke Singapura; TYT Duta Sok Khoeun, Duta Kerajaan Kemboja ke Singapura; YBrs. Cik Christine Constantine, Pesuruhjaya Perdagangan Kanan, Suruhanjaya Tinggi Kanada di Singapura; TYT Duta Tamara Villanueva Fernandez, Duta Republik Chile ke Singapura; YBrs. Encik Zhu Jing, Timbalan Ketua Perwakilan, Kedutaan Republik Rakyat China di Singapura; TYT Duta Victor Hugo Rojas Gonzalez, Duta Republik Costa Rica ke Singapura dan TYT Duta Lisbet Quesada Luna, Duta Republik Cuba ke Singapura.
Selain itu, TYT Duta Dana BaschovĂ¡, Duta Republik Czech ke Singapura; TYT Duta Jakob Tange, Duta Denmark ke Singapura; TYT Duta Ahmed Mostafa Mohamed, Duta Republik Arab Mesir ke Singapura; TYT Duta Veikko Kala, Duta Republik Estonia ke Singapura; TYT Duta Artis Bertulis Duta Kesatuan Eropah ke Singapura; TYT Duta Dr. Shilpak Ambule, Pesuruhjaya Tinggi India ke Singapura; TYT Duta Sa’ed Khalid Moh’d Radaideh, Duta Kerajaan Hasyimiah Jordan ke Singapura; TYT Vilatsone Visonnavong, Duta Republik Demokratik Rakyat Laos ke Singapura; TYT Duta Darius Gaidys, Duta Republik Lithuania ke Singapura dan TYT Mohamed Luveiz, Pesuruhjaya Tinggi Maldives ke Singapura.
Turur hadir, TYT Duta Agustin Garcia Lopez Loaeza, Duta Mexico ke Singapura; YBrs. Encik Zaw Minn Aung, Kuasa Usaha, Kedutaan Republik Kesatuan Myanmar di Singapura; TYT Duta Francisca Kemi Omayuli, Pesuruhjaya Tinggi Nigeria ke Singapura; TYT Duta Leif Trana, Duta Norway ke Singapura; TYT Duta Rabia Shafiq, Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Singapura; TYT Duta Medardo Antonio Gonzales Macaraig, Duta Republik Filipina ke Singapura; TYT Duta Tadeusz Chomicki, Duta Republik Poland ke Singapura; TYT Duta Iulian Buga, Duta Romania ke Singapura; TYT Duta Madiepetsane Charlotte Lobe, Pesuruhjaya Tinggi Republik Afrika Selatan ke Singapura dan TYT Duta Anders Fredrik Sjöberg, Duta Sweden ke Singapura.
Selain itu, YBrs. Encik Edgar Dörig, Kuasa Usaha a.i., Kedutaan Switzerland di Singapura; YBrs. Puan Chonlatee Chanrachakul, Kuasa Usaha, Kedutaan Diraja Thailand di Singapura; TYT Duta Alexandre Tilman, Duta Republik Demokratik Timor-Leste ke Singapura; TYT Duta Sadik Arslan, Duta Republik TĂ¼rkiye ke Singapura; TYT Duta Jessica Lopez Piña, Duta Republik Bolivarian Venezuela ke Singapura dan TYT Duta Tran Phuoc Anh, Duta Republik Sosialis Vietnam ke Singapura.
Onn Hafiz Ghazi