Madani Johor

Madani Johor Sahabat Malaysia Madani Negeri Johor

Sebagai penyokong Kerajaan Madani, saya sendiri kecewa melihat wujudnya poster-poster tidak sahih seperti ini yang hanya...
19/05/2026

Sebagai penyokong Kerajaan Madani, saya sendiri kecewa melihat wujudnya poster-poster tidak sahih seperti ini yang hanya mengundang kekeliruan rakyat. Politik sepatutnya menjadi medan membawa solusi dan membantu rakyat, bukannya mencetuskan persepsi serta memainkan emosi masyarakat terutama melibatkan bantuan kepada golongan memerlukan.

Dalam soal kebajikan rakyat Johor, saya percaya Kerajaan Johor di bawah kepimpinan Onn Hafiz Ghazi dan Barisan Nasional UMNO JOHOR hari ini lebih memilih untuk bekerja dan menyelesaikan masalah berbanding melayan politik murahan. Rakyat boleh nilai sendiri pelbagai inisiatif yang sedang digerakkan demi membantu meringankan kos sara hidup Bangsa Johor.

Berbeza pandangan politik itu normal, tetapi jangan sampai sanggup mengelirukan rakyat dengan maklumat yang tidak sahih. Akhirnya yang susah dan keliru tetap rakyat biasa.

Semak, sahkan dan rujuk hanya platform rasmi Kerajaan Johor serta agensi berkaitan termasuk MEDIA DIGITAL JOHOR. Politik matang bukan tentang siapa paling kuat bermain persepsi, tetapi siapa paling ikhlas bekerja untuk rakyat.

Semakan, rayuan dan permohonan baharu Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4 boleh dibuat menerusi Sistem Bantuan Kasih Johor ...
19/05/2026

Semakan, rayuan dan permohonan baharu Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4 boleh dibuat menerusi Sistem Bantuan Kasih Johor di laman sesawang https://bkj.johor.gov.my bermula 14 Mei 2026.

Selain itu, turut disertakan soalan lazim (FAQ) ringkas mengenai BKJ Fasa 4 melibatkan warga emas dan suri rumah bagi memudahkan urusan semakan, rayuan serta permohonan bagi penerima yang layak.

Infografik: MEDIA DIGITAL JOHOR






27/10/2023
26/10/2023

𝗡𝗜𝗟𝗔𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗟𝗔 𝗞𝗔𝗗𝗔𝗥 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗥𝗨 𝗔𝗚𝗔𝗥 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗕𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧

Kerajaan Johor memberikan komitmen untuk melakukan penilaian semula terhadap cadangan kadar taksiran cukai harta baharu yang dibentangkan melibatkan lima Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini.

Baca artikel penuh di: https://mediadigitaljohor.gov.my/nilai-semula-kadar-baharu-agar-tidak-beban-rakyat/




26/10/2023

DOSM JOHOR GIAT LAKSANA BE 2023

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM Johor) sedang melaksanakan Banci Ekonomi 2023 (BE 2023) melibatkan pengump**an maklumat 136,686 pertubuhan perniagaan dan pertubuhan bukan berasaskan keuntungan di seluruh negeri ini.

Artikel penuh di https://mediadigitaljohor.gov.my/dosm-johor-giat-laksana-be-2023/




26/10/2023

𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗞𝗨𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗟𝗨𝗥 𝗥𝗠𝟯𝟬.𝟴𝟳 𝗝𝗨𝗧𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗦𝗔 𝗦𝗘𝗞𝗧𝗢𝗥 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗜𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗚𝗥𝗢𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥

Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) meluluskan peruntukan bernilai RM30.87 juta bagi menyokong usaha Kerajaan Johor berkaitan sektor pertanian dan agromakanan.

Perbincangan antara Menteri KPKM, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada semalam membuktikan kerjasama di antara kedua-dua pihak amat penting bagi merealisasikan hasrat Negeri Johor untuk menjayakan agenda 'Periuk Nasi Selatan'.

Peruntukan bernilai RM30.87 juta itu meliputi RM3 juta untuk Program Peningkatan Produktiviti Sawah Padi Negeri Johor, RM10 juta peruntukan khas bagi pelaksanaan inisiatif projek jaminan bekalan makanan di Negeri Johor dan RM17.87 juta bagi pelaksanaan sembilan lagi projek di bawah peruntukan pembangunan Negeri Johor (RP4) untuk tahun 2024.

Semoga kerjasama erat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri ini dapat diterjemahkan juga oleh jabatan dan agensi berkaitan sekali gus menyokong usaha Menteri Besar di dalam memperkukuh sistem keterjaminan makanan di Negeri Johor.




15/09/2023

Zaman 33 bulan dia memerintah, semua tak jalan. Ada saja alasan.

Harga barang naik - bukan masalah besar

RUU355 - hilang terus

Debat di Parlimen – semua Kerajaan Perpaduan buat tak kena tapi diri sendiri tak bagi idea baru

Alih-alih bila dah tak jadi kerajaan, salahkan kerengga p**ak 🤣

Perpaduan Demi Kestabilan
11/09/2023

Perpaduan Demi Kestabilan

| BANGSA JOHOR KONGSI SUARA HATI

Bagi Mohd Ariffin p**a, beliau mengesyorkan agar Kerajaan Negeri mewujudkan 'Pasar Bangsa Johor' yang menawarkan barangan keperluan asas pada harga berpatutan.

"Mewujudkan Pasar Bangsa Johor yang harganya jauh lebih murah dari harga yang ada sekarang. Melalui contoh program Jualan Rahmah telah membuktikan rakyat membeli barangan basah dengan harga yang murah dan berkualiti," katanya.

Baca lanjut di: https://mediadigitaljohor.gov.my/belanjawanjohor2024-bangsa-johor-kongsi-suara-hati/



Address

Johor Bahru

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Madani Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share