28/06/2026
Sebatang rod boleh layan tiga teknik berbeza mengikut keadaan dan situasi di lapangan.
Dalam dunia memancing laut, keadaan di atas air sentiasa berubah. Arus, kedalaman dan spesies sasaran menuntut pemancing sentiasa bersedia. Membawa banyak rod mungkin satu pilihan, tetapi mengapa perlu jika satu rod mampu melakukan semuanya?
Piratez Strike memperkenalkan SEAFARER BG, sebuah jigging rod yang dibangunkan untuk memberikan fleksibiliti maksimum tanpa mengorbankan prestasi. Direka khas untuk vertical jigging, handheld e-jigging, bottom drifting dan bottom fishing, rod ini menjadi pilihan ideal bagi pemancing yang mahukan satu set lengkap untuk pelbagai situasi.
Dibina menggunakan Torayca IM7 Carbon Fibre Blank, SEAFARER BG menawarkan keseimbangan antara sensitiviti dan kekuatan. Hujung rod yang responsif memudahkan mengesan sentuhan halus, manakala backbone yang padu memberikan keyakinan ketika bertarung dengan ikan yang cuba melarikan diri ke struktur dasar.
Bukan sekadar blank berkualiti, SEAFAFER BG turut dilengkapi Fuji Alconite K-Series Guides yang terkenal dengan ketahanan tinggi serta pengurangan geseran tali. Dipadankan dengan Fuji TCS Trigger Reel Seat dan pemegang EVA ergonomik, setiap sentapan terasa lebih selesa walaupun selepas berjam-jam di atas bot.
Dengan berat serendah 170g hingga 185g, rod ini kekal ringan di tangan tetapi cukup berkuasa untuk mengendalikan jig sehingga 280g. Tersedia dalam tiga pilihan kuasa:
Lebih penting, SEAFARER BG bukan sekadar spesifikasi di atas kertas. Ia telah dibuktikan di lapangan dengan pelbagai tangkapan termasuk gerepoh, tenggiri, jenahak, kerapu, ruby snapper, pari dan banyak lagi. Inilah rod yang dibangunkan daripada pengalaman sebenar pemancing, bukan sekadar teori.