30/10/2025
Misai Kucing Shell Sudah Dikembalikan!
"Assamualaikum, Salam sejahtera.
Misai sudah dikembalikan.
Syukur, Allahmdullilah.
Di sini, Kami ingin berterima kasih kepada semua yang sudah membantu, mencari, Repost, Reshare di page / platform yang lain.
Namum, kami ingin memohon,
Agar posting muka adik & gambar cctv dihapuskan.
Dia tak ada niat nak ambik. adik itu ingat kucing tak bertuan. husnuzon, Berfikir yang baik-baik.
Misi kita sudah tercapai, iaitu memohon agar misai dikembalikan dengan selamat, supaya misai boleh on medications dia seperti biasa.
Kami juga ingin memohon, agar tidak kecam, marah, maki atau berkata-kata yang tidak sedap didengar oleh sesiapa pun.
Sesungguhnya, memaafkan itu lebih besar pahala dia.
Akhir kata, Kami mohon,
agar segala posting yang ada muka adik tersebut serta video cctv dihapuskan.
Sekiranya ada terkasar bahasa, kami ingin memohon maaf. Kami juga ingin memohon maaf sekiranya menyusahkan uncle, aunty, Kakak, abang misai. telah bersedih kerana misai. dan
Kepada adik tersebut, Maafkan kami,
Bukan niat kami posting nak aibkan adik, melainkan nak meminta misai dikembalikan.
Sekian, Terima Kasih.
Mohon direpost agar 1 malaysia tau!" - Shell Beseri