21/03/2018
JOHOR FUTURE 3.0 BUKIT BARISAN KEPIMPINAN KERAJAAN NEGERI JOHOR KOMITED BANGUNKAN MODAL INSAN BELIA.
1. Bukti Berisan kepimpinan Kerajaan di peringkat
Negeri / Parlimen dan ADUN Komited Bangunkan
Modal Insan Belia Melalui Konsep Kesukarelaan
Budaya Johor, Sukan dan Kecergasan.
2. Kelestarian konsep Kesukarelaan Budaya Johor yg
diilhamkan oleh YAB Menteri Besar Johor dan di
gerakkan oleh YB Dato' Zulkurnain Kamisan EXCO
Belia Sukan Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor
merupakan salah satu asas pembentukan Team
Johor dalam suasana Muafakat Johor dan
sekaligus memperkasa TN50 Kerajaan dan NBOS
Program.
3. Tahun ke 2 Perlaksanaan JOHOR FUTURE telah
berjaya membaikpulih 600 buah rumah yang
melibatkan 5600 orang sukarelawan setiap tahun
dengan kerjasama Erat Jab. Belia dan Sukan Johor,
Majlis Belia Negeri Johor, Majlis Sukan Negeri
Johor, Yayasan Warisan Negeri Johor , Agensi
Kerajaan di Peringkat Negeri Johor ADUN dan
Persekutuan dan di selaraskan di bawah Pusat
Pembangunan Belia Negeri Johor ( JOYDEC )
4. Tahun ke 3 perlaksanaan Johor Future Home akan
bermula dengan rumah yang ke 601 dan di akhiri
dengan rumah yang ke 900.
5. Kerajaan Negeri Johor akan sentiasa berusaha
untuk memastikan rakyat berada pada tahap yang
baik dalam pelbagai bidang kearah mencapai
konsep Johor Berkemajuan menuju Aspirasi TN50
Negara.
6. Kerja keras dan usaha murni daripada semua pihak
dalam menyemarakkan dan melestarikan konsep
Kesukarelaan Budaya Johor telah membuatkan
Pihak Kerajaan Negeri Johor meneruskan JOHOR
FUTURE 3.0.
Unit media
Sukarelawan Darul Ta'zim