Suara Johor

Suara Johor Perkongsian berita dan isu semasa. Mempromosi tempat menarik dan warisan tradisi.

Lelaki tampar isteri ekoran lambat selepas beli nasi ayamSEPANG – Berang kerana isteri lambat tiba selepas membeli nasi ...
02/02/2025

Lelaki tampar isteri ekoran lambat selepas beli nasi ayam

SEPANG – Berang kerana isteri lambat tiba selepas membeli nasi ayam dikatakan punca seorang lelaki menampar isterinya di pintu masuk sebuah pasar raya di Kota Warisan, di sini baru-baru ini.

Perkara itu didedahkan Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

“Punca tampar (sebab) isteri lambat keluar ‘mall’ (pasar raya) selepas beli nasi ayam,” katanya ringkas.

Menurut Norhizam, suspek yang sebelum ini gagal dikesan selama enam hari selepas laporan polis dibuat terhadapnya dipercayai bersembunyi di dalam kereta sepanjang tempoh tersebut.

Jelasnya, lelaki berusia 50 tahun itu ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes tersebut.

“Lelaki itu dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Datok di Banting pada pagi ini bagi tujuan permohonan reman,” katanya.

Semalam, Kosmo! Online melaporkan polis menahan seorang lelaki di hadapan sebuah klinik di Kota Warisan selepas enam hari menghilangkan diri.

Sebelum ini, lelaki itu diburu polis susulan rakaman video tular memaparkan dia menampar isterinya di khalayak ramai di hadapan pintu masuk sebuah pasar raya di Kota Warisan. – KOSMO! ONLINE

  Tragedi p**ang bercuti.
02/02/2025

Tragedi p**ang bercuti.

Penjimatan tol percuma tambah baik pengangkutan awamPETALING JAYA – Kerajaan disaran menggunakan RM20 juta yang dapat di...
23/01/2025

Penjimatan tol percuma tambah baik pengangkutan awam

PETALING JAYA – Kerajaan disaran menggunakan RM20 juta yang dapat dijimatkan dengan memansuhkan pemberian tol percuma untuk menambah baik pengangkutan awam.

Timbalan Ketua Pemuda MCA, Mike Chong Yew Chuan berkata, penjimatan itu perlu dibelanjakan untuk kebaikan rakyat dan lebih penting dapat dirasai oleh rakyat.

“Sebagaimana pelaksanaan rasionalisasi subsidi diesel, walaupun kerajaan mendakwa dapat menjmatkan sehingga RM7.5 bilion, tetapi rakyat mengeluh harga barangan tetap naik akibat kos pengangkutan lebih mahal.

“Oleh itu, dicadangkan penjimatan yang dianggarkan sebanyak RM20 juta bagi satu hari tol percuma dilaksanakan, atau hampir RM200 juta setahun dapat disalurkan kepada penambahbaikan pengangkutan awam.

“Khususnya perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) dan transit aliran massa (MRT),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Yew Chuan berkata, terdapat banyak aduan daripada pengguna berkenaan sistem LRT dan MRT yang sering dibelenggu masalah kelewatan, kesesakan, kerosakan dan juga keselamatan.

Justeru, katanya, kerajaan dicadangkan menggunakan penjimatan wang tersebut untuk memberi tumpuan terhadap penyelenggaraan tren.

Kata beliau, keselamatan di sekitar kawasan pengangkutan awam juga harus dipertingkatkan dan menambah anggota keselamatan di kawasan titik panas jenayah.

“Selain memastikan keselamatan pengguna di dalam stesen dan tren, pengawal keselamatan juga boleh ditugaskan di luar stesen.

“Kedua-dua langkah ini akan membolehkan rakyat melihat dan merasai sendiri bahawa kerajaan mengutamakan kehendak rakyat, dan sentiasa mendengar keluhan mereka,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Anak maut, bapa terselamat lori terbabas masuk gaungKOTA TINGGI – Seorang anak maut, manakala bapanya cedera selepas lor...
23/01/2025

Anak maut, bapa terselamat lori terbabas masuk gaung

KOTA TINGGI – Seorang anak maut, manakala bapanya cedera selepas lori yang mereka naiki terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung ketika mengelak kori lain dari arah bertentangan di Kilometer 61.7, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, di sini pagi tadi.

Kemalangan pada pukul 11.30 pagi itu menyebabkan mangsa, Muhammad Izzuddin Nor Zaki Afandi, 23, meninggal dunia di lokasi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, nahas melibatkan lori Daihatsu dipandu lelaki berusia 50 tahun dan kelindan, manakala Perodua Ativa p**a dipandu lelaki berusia 39 tahun.

“Nahas dipercayai berlaku apabila lori dari arah Kota Tinggi menghala ke Sungai Rengit itu terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung ketika mengelak lori dari arah bertentangan.

“Semasa kejadian, muatan batu dibawa lori Daihatsu terpelanting mengenai Perodua Ativa. Ekoran itu penumpang lori parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.-KOSMO! ONLINE

Lori ala ‘Ghost Rider’, bergerak sendiri tanpa pemandu di CyberjayaSEPANG – Insiden sebuah lori marak terbakar dan berge...
14/01/2025

Lori ala ‘Ghost Rider’, bergerak sendiri tanpa pemandu di Cyberjaya

SEPANG – Insiden sebuah lori marak terbakar dan bergerak sendiri tanpa pemandu persis filem ‘Ghost Rider’ mencetuskan suasana panik di Jalan Cyberjaya-Dengkil berhampiran susur keluar ke Putrajaya, petang semalam.

Kejadian seolah-olah babak filem aksi itu sempat dirakam oleh orang awam yang memaparkan lori tersebut terbakar marak sambil ‘menyusuri’ jalan raya tanpa kawalan sebelum merempuh besi penghadang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan G Shan Gopal ketika dihubungi hari ini mengesahkan insiden berkenaan dirakam pukul 6.30 petang semalam membabitkan sebuah lori dalam perjalanan dari Dengkil menghala ke Puchong.

“Ketika tiba di Kilometer (KM) 38, Lebih Raya Putrajaya – Cyberjaya, pemandu lori lihat asap keluar dari bahagian enjin. Pemandu cuba memberhentikan kenderaan di tepi jalan, tapi tidak sempat kerana api marak dengan cepat sebelum bertindak terjun dari lori.

“Pemandu lori hanya mengalami luka ringan, manakala lorinya hangus terbakar. Pemandu lori memaklumkan insiden itu kepada pemilik lori sebelum satu laporan polis dibuat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kebakaran di percayai akibat kepanasan melampau pada bahagian enjin dan pihak polis dimaklumkan bahawa pemilik lori tidak mahu membuat tuntutan insurans kerana nilainya sedikit. – KOSMO! ONLINE

Komplot syarikat perunding kewangan, pegawai bank tumpasPUTRAJAYA- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menumpa...
14/01/2025

Komplot syarikat perunding kewangan, pegawai bank tumpas

PUTRAJAYA- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menumpaskan kegiatan rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan syarikat perunding kewangan dan pegawai bank di beberapa institusi kewangan semalam.

Difahamkan, pembongkaran itu dilakukan di 24 lokasi termasuk rumah dan pejabat di sekitar Lembah Klang dengan melibatkan penahanan seramai 12 individu.

Hari ini, seramai 12 indvidu termasuk dua pengarah syarikat perunding kewangan, seorang pengarah yayasan, seorang pengurus dan seorang bekas pengurus jualan institusi perbankan direman.

Perintah reman selama lima hari sehingga 18 Januari ini terhadap 10 lelaki dan dua wanita berusia 20 hingga 40-an dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin di Mahkamah Majistret di sini pagi tadi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, kesemua suspek ditahan dalam Op Sky yang dilaksanakan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM) dan beberapa institusi kewangan di Lembah Klang semalam.

Menurut Azam, siasatan awal mendapati ada pegawai bank menerima rasuah daripada syarikat perunding kewangan sebagai balasan membantu memproses dan meluluskan pinjaman peribadi pelanggan yang mempunyai hutang lapuk.

“Pegawai bank mengenal pasti pelanggan yang terdiri daripada penjawat awam yang mempunyai hutang lapuk seterusnya mereka akan diperkenalkan kepada syarikat perunding kewangan yang akan menawarkan bantuan skim ‘multiple loan’.

“Syarikat perunding kewangan itu dipercayai akan membantu menyediakan dokumen mengandungi maklumat palsu yang akan dihantar ke beberapa institusi kewangan untuk mendapatkan pinjaman,” katanya hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan menunjukkan syarikat perunding akan mendahulukan wang kepada peminjam untuk melangsaikan hutang tersebut.

Katanya, setelah pinjaman diluluskan, peminjam akan membayar semula pendahuluan itu, manakala bakinya dilaburkan dalam satu skim pelaburan.

Dalam operasi itu, SPRM turut membekukan 70 akaun syarikat dan individu dengan nilai keseluruhan lebih RM16.2 juta.

“SPRM turut menyita wang tunai lebih RM300,000 selain mata wang Hong Kong (HKD) 95,000 serta 17 utas jam tangan mewah bernilai lebih RM11.1 juta.

“Turut disita lima buah beg tangan berjenama berharga lebih RM430,000, lima set barang kemas bernilai lebih RM50,000, dua komputer riba dan dua tablet,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Cabul: Penganggur diperintah jalani pemeriksaan psikiatriKLUANG: Penganggur yang dituduh mencabul seorang wanita di dala...
02/01/2025

Cabul: Penganggur diperintah jalani pemeriksaan psikiatri

KLUANG: Penganggur yang dituduh mencabul seorang wanita di dalam tandas awam di Laman Kreatif Kampung Melayu, di sini bulan laiu diperintahkan menjalani pemeriksaan psikiatri selama sebulan.

Perintah itu dikeluarkan Majistret Kluang, Mustakim Sukarno terhadap Mohamad Sopor Nasir, 34, ketika pertuduhan dibaca semula terhadapnya hari ini.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Mohamad Sopor didakwa menggunakan kekerasan untuk mencabul seorang wanita di dalam Tandas Awam di Laman Kreatif Kampung Melayu, Kluang pada pukul 5.20 petang, 17 Disember lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nurfara Fazilun Izylin Ahmad.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 4 Februari sebagai tarikh sebutan semula kes selepas menerima laporan pemeriksaan psikiatri untuk menetapkan hukuman.

Pada 19 Disember lalu, Mohamad Sopor mengaku salah ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kluang selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mujib Saroji.

Seorang atlet yang pernah mewakili Johor dalam Sukan Malaysia (Sukma) tahun lalu maut apabila motosikal ditunggang merem...
02/01/2025

Seorang atlet yang pernah mewakili Johor dalam Sukan Malaysia (Sukma) tahun lalu maut apabila motosikal ditunggang merempuh kereta Perodua Kenari yang membuat pusingan 'U' di Jalan Dato' Onn, Bandar Penawar, Kota Tinggi semalam.

Mangsa, Nur Hazurah Md. Hazahar, 21, merupakan atlet pelayaran yang menunggang motosikal Yamaha Y15ZR maut di lokasi kejadian dalam kemalangan pukul 4.50 petang itu.

Kemalangan berlaku apabila Perodua Kenari dipandu seorang lelaki berusia 51 tahun datang dari arah Bandar Penawar telah menukar haluan dari kiri ke kanan untuk membuat pusingan U.

Motosikal yang ditunggang mangsa dari arah belakang tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian sisi kanan Perodua Kenari tersebut.

Akibatnya, mangsa cedera parah pada bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu Perodua Kenari tidak cedera.

50 ‘mat rempit’ masuk pukatBATU PAHAT – Seramai 50 orang penunggang motosikal ‘masuk pukat’ hasil daripada Ops Bersepadu...
29/12/2024

50 ‘mat rempit’ masuk pukat

BATU PAHAT – Seramai 50 orang penunggang motosikal ‘masuk pukat’ hasil daripada Ops Bersepadu cegah samseng jalanan di Kilometer 12 Jalan Batu Pahat-Kluang malam tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, operasi telah dilaksanakan bermula pukul 12 tengah malam hingga 6 pagi oleh 33 anggota diketuai Inspektor Faris Shamil.

Katanya, Operasi dijalankan berikutan aduan daripada orang ramai yang mengatakan kawasan itu menjadi “port” penunggang motosikal berkumpul dan membuat bising pada hujung minggu.

“Semua jalan tikus telah dikepung menyebabkan semua penunggang motosikal serta pemandu kereta dapat ditahan dalam operasi tersebut sebelum diperiksa di tempat kejadian.

“Hasil daripada itu, 50 individu membabitkan penunggang dan pembonceng diperiksa dan 32 saman POL 257 diatas pelbagai kesalahan telah dikeluarkan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Shahrulanuar lagi, Sebelas buah Motosikal disita atas kesalahan tiada lesen dan lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh.

Ujarnya, dua penunggang motosikal ditahan selepas sdilihat melakukan aksi meniarap, zig zag serta bersaing sesama sendiri yang mana aksi ini membahayakan kepada diri sendiri serta pengguna Jalanraya yang lain.- KOSMO! ONLINE

Budak lelaki dikhuatiri lemas ditarik ombak Pantai KandisBACHOK – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dikhuat...
14/12/2024

Budak lelaki dikhuatiri lemas ditarik ombak Pantai Kandis

BACHOK – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dikhuatiri lemas akibat ditarik ombak ketika bermain di tepi Pantai Kandis di sini kira-kira pukul 6.40 petang tadi.

Komsnder Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Lokman Jusoh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 6.49 petang.

“Ahli keluarga memaklumkan semasa kejadian kanak-kanak itu sedang bermain di tepi pantai. Ombak ketika itu tinggi. Operasi mencari dan menyelamat mangsa dijalankan. Setakat ini, kanak-kanak itu belum dijumpai,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

10/12/2024

LAHIR TIDAK SEMPURNA DAN DIHINA!!
SANGAT BIADAP!!
APA TINDAKAN ?

Address

Johor Bahru

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Suara Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Suara Johor:

Share