22/05/2026
PROGRAM PEMERKASAAN AKRAB PDRM JOHOR "EMBRACE YOUR HEALING" BAGI TAHUN 2026
Program Pemerkasaan AKRAB Johor telah diadakan selama 2 hari iaiitu pada 21 & 22 Mei 2026 ( Khamis dan Jumaat) bertempat di
D'Laman Nurul Haq Resort & Campsite, Kluang, Johor.
Objektif program ini diadakan adalah bagi memberi ruang kepada peserta untuk merehatkan minda, mengurus tekanan serta membina keseimbangan emosi dalam menghadapi tuntutan perkhidmatan serta dapat memupuk keupayaan untuk bangkit, menyesuaikan diri dan kekal positif dalam menghadapi cabaran tugas yang dinamik.
Selain daripada itu, ianya juga bagi mengeratkan silaturrahim dalam kalangan ahli AKRAB melalui aktiviti berpasukan yang menyantuni jiwa dan membina kepercayaan.
Turut hadir dalam program ini ialah YDH ACP Zurhan bin Mat Nor, Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Johor.