Kartiyaini Jeyapalan

Kartiyaini Jeyapalan ADUN Skudai (N48)

Berkesempatan menghadiri JY Festival 2026, sebuah program yang memberi ruang kepada junior youth untuk belajar, membina ...
17/09/2026

Berkesempatan menghadiri JY Festival 2026, sebuah program yang memberi ruang kepada junior youth untuk belajar, membina keyakinan diri dan berkembang bersama komuniti. 🌷

Terima kasih kepada Komuniti Baha’i Selesa Jaya, Bandar Selesa Jaya Neighbourhood Friends dan Local Spiritual Assembly of Iskandar Puteri atas jemputan dan usaha menjayakan program ini.

Pesanan peribadi saya kepada ibu bapa, jangan lepaskan peluang untuk terlibat dalam kehidupan anak-anak. Hadir mesyuarat PIBG, sokong aktiviti sekolah, luangkan masa mendengar mereka dan ambil tahu apa yang mereka lalui.

Anak-anak bukan hanya perlukan kita untuk menjaga mereka, tetapi juga membimbing dan berjalan bersama mereka. ❤️

Time to say goodbye to our old location.Tempat ini dulu menjadi “rumah” kami sepanjang tempoh kempen, dan selepas itu ka...
16/09/2026

Time to say goodbye to our old location.

Tempat ini dulu menjadi “rumah” kami sepanjang tempoh kempen, dan selepas itu kami terus gunakan ruang ini sebagai tempat sementara untuk meneruskan khidmat kepada warga Skudai.

Tapi sekarang, kita berpindah ke lokasi baharu.

Mulai 17 September, kami akan beroperasi di:

📍 No. 80, Jalan Nakhoda 2, Taman Ungku Tun Aminah, Skudai

Untuk sementara waktu, pejabat baharu kami masih dalam proses renovation. Mungkin masih nampak sedikit messy dan agak cramped, kerana buat masa ini kami beroperasi dalam konsep makeshift office.

Tetapi renovation yang belum siap bukan bermaksud khidmat kepada masyarakat turut berhenti.

Kami tetap akan buka dan teruskan urusan seperti biasa. Buat sementara waktu, kita gunakan apa yang ada dahulu, dan perlahan-lahan kita kemaskan serta lengkapkan pejabat ini.

Yang penting, kerja terus berjalan dan khidmat kepada warga Skudai tetap menjadi keutamaan.

Dan tentunya, terima kasih kepada seluruh team yang banyak membantu sepanjang proses perpindahan ini. Terima kasih kepada semua yang turun padang, angkat barang, susun barang, kemas barang dan buat segala kerja yang datang bersama-sama dengan proses pindah pejabat.

Terima kasih juga kepada Kevim Chia yang turut datang membantu kami.

Pejabat boleh berubah, tetapi komitmen untuk terus berkhidmat kepada warga Skudai tetap sama.

📍 LOKASI BAHARU, ALERT!Yes, betul! Mulai 17 September 2026, kami akan beroperasi di lokasi baharu. ❤️Waktu operasi masih...
16/09/2026

📍 LOKASI BAHARU, ALERT!

Yes, betul! Mulai 17 September 2026, kami akan beroperasi di lokasi baharu. ❤️

Waktu operasi masih sama seperti biasa:

🕙 10.00 pagi – 4.00 petang
📅 Isnin – Jumaat

📍 No. 80, Jalan Nakhoda 2,
Taman Ungku Tun Aminah, Skudai

Lokasi baharu, tapi khidmat untuk warga Skudai tetap macam biasa. Jumpa anda di sana! 😊

Malaysia for Malaysian!Selamat Menyambut Hari Malaysia!
16/09/2026

Malaysia for Malaysian!

Selamat Menyambut Hari Malaysia!

Hujung minggu lepas kita turun padang lagi! ❤️Sabtu kita buka Kaunter Bergerak di tapak sebelah Klinik Kesihatan Skudai ...
15/09/2026

Hujung minggu lepas kita turun padang lagi! ❤️

Sabtu kita buka Kaunter Bergerak di tapak sebelah Klinik Kesihatan Skudai Baru, dan Ahad p**a kita jumpa orang ramai di Pasar Awam TUTA.

Terima kasih semua yang singgah, berkongsi aduan dan cerita dengan kami. Kita dengar, kita ambil tindakan. 💪

Dan kalau ada yang tertanya-tanya… “Pejabat baru tu dekat mana sebenarnya?” 👀

Alamat terkini Pejabat ADUN Skudai

📍 80, Jalan Nakhoda 2, Taman Ungku Tun Aminah

Mulai 17 September, kita dah berada di pejabat baru! Jangan risau, masih di Skudai dan masih turun padang macam biasa. ❤️

Bersama Sdr Liew Chin Tong, Ahli Parlimen Iskandar Puteri, turun ke Zon Rukun Tetangga Silat Lincah Taman Selesa Jaya un...
14/09/2026

Bersama Sdr Liew Chin Tong, Ahli Parlimen Iskandar Puteri, turun ke Zon Rukun Tetangga Silat Lincah Taman Selesa Jaya untuk beramah mesra dengan penduduk serta mendengar pandangan dan maklum balas mengenai keadaan komuniti setempat.

Penduduk turut berkongsi pelbagai isu yang dihadapi serta memberikan pandangan dan cadangan. Banyak isu komuniti mungkin kelihatan kecil dalam kehidupan seharian, namun tetap memberi kesan kepada persekitaran dan kesejahteraan penduduk.

Komuniti ialah tempat kita tinggal bersama. Selain kerjasama daripada kerajaan dan pihak berkaitan, masyarakat juga perlu bersama-sama mengambil berat dan menjaga kawasan kejiranan. Kami akan sedaya upaya membantu menangani isu-isu yang dihadapi oleh penduduk.

Terima kasih kepada Pengerusi Zon Rukun Tetangga Silat Lincah, Puan Mageswari A/P Singaram, serta barisan jawatankuasa atas jemputan. Terima kasih juga kepada para penduduk yang meluangkan masa untuk bersama dalam sesi pertemuan ini.

Lebih dua tahun kenderaan terbiar, akhirnya mendapat tindakan. ✅Pada 25 Ogos, saya bersama Sdr Wilson Lim daripada Pejab...
11/09/2026

Lebih dua tahun kenderaan terbiar, akhirnya mendapat tindakan. ✅

Pada 25 Ogos, saya bersama Sdr Wilson Lim daripada Pejabat Ahli Parlimen Iskandar Puteri telah turun padang ke Persatuan Kebajikan Berkat Berganda untuk lawatan tapak.

Ketika berada di sana, kami turut menerima aduan daripada penduduk berhubung sebuah kenderaan terbiar di No. 129, Jalan Jaya Mas 1 yang telah berada di situ selama lebih dua tahun.

Susulan itu, aduan rasmi telah dikemukakan melalui SISPAA pada 27 Ogos untuk tindakan pihak berkuasa.

Kini, pihak berkuasa telah mengambil tindakan susulan dan notis telah dikeluarkan untuk tindakan seterusnya.

Isu yang telah berlarutan lebih dua tahun ini akhirnya mendapat perhatian selepas kami menerima aduan ketika turun padang. ❤️

Turun padang, dengar aduan, usahakan tindakan!

Lepas menerima aduan daripada penduduk, kami singgah ke Selesa Jaya Flat untuk melihat sendiri keadaan di sana.Kami tida...
10/09/2026

Lepas menerima aduan daripada penduduk, kami singgah ke Selesa Jaya Flat untuk melihat sendiri keadaan di sana.

Kami tidak mahu hanya bergantung kepada aduan di atas kertas. Jadi kami turun padang, ketuk beberapa pintu dan dengar sendiri daripada penduduk tentang masalah yang mereka hadapi.

Antara aduan yang kami terima adalah berkaitan dengan sebuah unit yang didakwa menimbulkan gangguan kepada jiran-jiran. Antaranya, sampah dibuang dari tingkat 3 ke bawah dan barang-barang peribadi diletakkan di luar rumah, termasuk di laluan tangga.

Perkara seperti ini bukan sahaja mengganggu keselesaan jiran, tetapi boleh menjadi isu keselamatan yang serius, terutamanya apabila laluan tangga merupakan laluan keluar kecemasan.

Di bawah Undang-Undang Kecil Pengurusan Strata, laluan kecemasan seperti tangga dan laluan tidak boleh dihalang. Begitu juga, penghuni tidak dibenarkan membuang atau membiarkan sampah dibuang ke harta bersama.

Kami telah membuat aduan kepada pihak berkuasa dan pihak pengurusan untuk tindakan lanjut.

Dalam kawasan perumahan berstrata, kita semua berkongsi ruang yang sama. Hak kita untuk tinggal dengan selesa mesti datang bersama tanggungjawab untuk menghormati keselamatan dan ketenteraman jiran-jiran.

📍 KAUNTER BERGERAK SKUDAI | Edisi September 2026Kaunter Bergerak Skudai kembali lagi! ❤️Kami turun padang untuk mendekat...
10/09/2026

📍 KAUNTER BERGERAK SKUDAI | Edisi September 2026

Kaunter Bergerak Skudai kembali lagi! ❤️

Kami turun padang untuk mendekati warga Skudai dan memudahkan anda menyampaikan pertanyaan, aduan atau urusan yang memerlukan perhatian.

🗓️ 12 September (Sabtu)
⏰ 9.00 pagi – 11.00 pagi
📍 Tapak parkir bersebelahan Klinik Kesihatan Skudai Baru

🗓️ 13 September (Ahad)
⏰ 8.00 pagi – 10.00 pagi
📍 Pasar Awam TUTA

🗓️ 29 September (Selasa)
⏰ 8.00 pagi – 10.00 pagi
📍 Restoran Branded Sphere, Jalan Kilang Nenas

Jumpa anda di Kaunter Bergerak Skudai! ❤️

Address

80, Jalan Nakhoda 2, Taman Tun Aminah, Skudai
Johor Bahru
81300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kartiyaini Jeyapalan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kartiyaini Jeyapalan:

Shortcuts

Share