28/09/2026
Menerima perkhabaran duka pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali. Pemergian Allahyarhamah merupakan satu kehilangan besar, bukan sahaja buat keluarga, malah buat negara yang akan sentiasa mengenang jasa, bakti dan sumbangan beliau sepanjang hayat.
Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga. Semoga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi saat yang amat mendukacitakan ini.
Di kesempatan ini, saya ingin meminta jasa baik seluruh Bangsa Johor untuk bersama-sama mendoakan semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosanya, diterima segala amal kebajikannya serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah