13/01/2026
POLIS JOHOR TUMPASKAN SINDIKET DADAH 1.45 JUTA RINGGIT
JOHOR BAHRU, 13 JANUARI - Polis Johor menumpaskan sindiket menyimpan dan mengedar dadah, bernilai 1.45 juta ringgit, menerusi serbuan di sebuah rumah di Taman Bukit Indah, Johor Bahru, pada Jumaat lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, operasi turut menahan lima lelaki berumur 43 hingga 53 tahun, dipercayai terlibat dengan sindiket.
Sindiket aktif sejak ogos lalu, menjadikan rumah terlibat sebagai tempat penyimpanan dadah, sebelum diedarkan ke pasaran tempatan dan antarabangsa.
Ujian urin dijalankan mendapati kesemua suspek positif Metamphetamin, manakala empat daripada mereka, mempunyai rekod kes jenayah dan dadah.
Kelima – lima lelaki tersebut direman sehingga 16 Januari, dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
WARTAWAN - ERWIN ZAID