Pantau jalan johor

Pantau jalan johor Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pantau jalan johor, Publisher, PANTAU JALAN, Johor Bahru.
(1)

💢ISU SEMASA JOHOR 💢

Tumpuan pada isu & info semasa Johor
Amaran cuaca, kejadian viral, perkembangan penting
📩 DM jika ada maklumat lokasi/kejadian
“Alert dengan kami, jangan terlepas.”

Kerajaan Negeri Johor mengisytiharkan hari Isnin sebagai Cuti Peristiwa bagi negeri Johor sempena kejayaan Johor Darul T...
14/12/2025

Kerajaan Negeri Johor mengisytiharkan hari Isnin sebagai Cuti Peristiwa bagi negeri Johor sempena kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala FA 2025 selepas menewaskan Sabah FC 5-0 di perlawanan akhir. Pengisytiharan ini dibuat menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor. Walau bagaimanapun, peperiksaan SPM yang dijadualkan pada hari tersebut diteruskan seperti biasa. Kejayaan ini membuktikan keunggulan dan konsistensi JDT sebagai kuasa bola sepak negara, hasil kepimpinan, komitmen pasukan serta sokongan padu Bangsa Johor.






mencipta sejarah apabila menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori Largest Zapin Performance ...
13/12/2025

mencipta sejarah apabila menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori Largest Zapin Performance melibatkan seramai 4,041 penari zapin dari seluruh daerah. Program anjuran Yayasan Warisan Johor (YWJ) dengan kerjasama Tourism Johor ini berlangsung pada 12 Disember 2025 di Dataran Bandaraya Johor Bahru. Sijil pengiktirafan MBOR telah disampaikan kepada YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor, sekali gus melambangkan kebanggaan terhadap warisan seni dan budaya negeri. Majlis ini turut diserikan dengan Pelancaran Tahun Melawat Johor 2026 serta pelbagai pengisian seni dan budaya yang mengangkat identiti Johor sebagai negeri kaya tradisi.






Persimpangan Bertingkat Gerbang Nusajaya bernilai RM167 juta telah dirasmikan hari ini dan akan dibuka kepada pengguna d...
11/12/2025

Persimpangan Bertingkat Gerbang Nusajaya bernilai RM167 juta telah dirasmikan hari ini dan akan dibuka kepada pengguna dalam 2 hari lagi. Infrastruktur baharu ini dijangka mengurangkan kesesakan serta memendekkan masa perjalanan sehingga 20 minit untuk lebih 20,000 penduduk Iskandar Puteri.

Projek yang dibangunkan oleh Nusajaya Rise Sdn Bhd dan Leisure Farm Corporation Sdn Bhd ini meningkatkan kelancaran akses ke Laluan Kedua, memudahkan perjalanan rentas sempadan Johor–Singapura, serta menyokong perkembangan pesat JS-SEZ. Pembukaan persimpangan ini turut merancakkan pembangunan kawasan sekitar seperti SILC, Nusajaya Tech Park dan Gerbang Nusajaya.

Perasmian ini melengkapkan rangkaian pembangunan utama negeri termasuk RTS Link, lebuh raya utama dan projek perumahan rakyat, sekaligus memperkukuh aspirasi menjadikan Johor lebih moden, terhubung dan berdaya saing.

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Majlis Penyempurnaan dan Pengoperasian Lan...
11/12/2025

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Majlis Penyempurnaan dan Pengoperasian Landasan Berkembar Elektrik Gemas–Johor Bahru di Stesen KTMB Kempas Baru pada 11 Disember 2025. Keberangkatan Baginda turut diiringi Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Besar Johor, memperlihatkan komitmen besar dalam meningkatkan rangkaian rel negara. Pembukaan ETS3 yang akan bermula esok membolehkan perjalanan terus dari Johor Bahru hingga ke Perlis, menawarkan rangkaian pengangkutan yang lebih cepat, moden dan menyeluruh kepada seluruh rakyat. Allah Peliharakan Sultan.







Bersempena dengan Majlis Pelancaran Tahun Melawat Johor 2026 & Festival Budaya Malaysia 2025 di Dataran Bandaraya Johor ...
11/12/2025

Bersempena dengan Majlis Pelancaran Tahun Melawat Johor 2026 & Festival Budaya Malaysia 2025 di Dataran Bandaraya Johor Bahru, beberapa jalan disekitar Bandaraya Johor Bahru akan ditutup kepada lalu-lintas mulai jam 4.00 petang pada 12 Disember 2025.

Sehubungan dengan itu, orang ramai khasnya yang berhasrat untuk hadir ke majlis perasmian tersebut adalah diminta untuk menggunakan pengangkutan awam yang telah disediakan oleh pihak penganjur.

Bersama-sama ini disertakan poster pemakluman mengenai penutupan jalan tersebut untuk rujukan.

Jangan ketinggalan untuk meriahkan majlis pelancaran Tahun Melawat Johor 2026 dan Festival Budaya Malaysia 2025.

Jumpa anda disana!

10/12/2025
08/12/2025

Dimaklumkan bahawa Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) akan melaksanakan kerja-kerja mengecat struktur New Jersey Barrier (NJB) di median tengah jalan sebagai usaha meningkatkan keceriaan dan keterlihatan imej negeri Johor.

Sehubungan itu, penutupan lorong secara berperingkat akan dilaksanakan sepanjang tempoh kerja bagi memastikan keselamatan pekerja dan kelancaran trafik.

MBIP memohon kerjasama para pengguna jalan raya untuk memandu secara berhemah, berhati-hati dan mematuhi arahan papan tanda yang disediakan di tapak.





05/12/2025

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) sedang melaksanakan kerja-kerja pengecatan Zon Parkir Motosikal di kawasan-kawasan strategik sekitar bandar raya bagi memastikan fasiliti awam sentiasa berada pada tahap terbaik dan tersusun serta mudah dikenal pasti oleh orang ramai.

Inisiatif penyenggaraan ini merangkumi:
🔹 Penandaan semula garisan parkir motosikal mengikut piawaian semasa
🔹 Penambahbaikan visual zon henti bagi meningkatkan keselamatan
🔹 Penyediaan persekitaran yang lebih kondusif serta mesra pengguna

Usaha ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan MBIP dalam menyediakan prasarana bandar raya yang mampan, berkualiti tinggi dan berorientasikan keselesaan komuniti.

MBIP merakamkan penghargaan kepada semua warga Iskandar Puteri atas kerjasama dan sokongan berterusan demi menjayakan agenda pembangunan bandar raya kita bersama.

YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi
YB Dato’ Mohd Jafni Md Shukor
MBIP - Majlis Bandaraya Iskandar Puteri





04/12/2025

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan kebenaran kepada Kerajaan Persekutuan untuk menggunakan dua air boat berkuasa tinggi milik Baginda, sebagai antara aset operasi menyelamat ketika berlakunya musibah banjir.

Seri Paduka Baginda menzahirkan perkenan itu berikutan keadaan cuaca tidak menentu ketika ini, selain sebagai persediaan agensi keselamatan dalam melaksanakan misi menyelamat jika berlaku gelombang kedua banjir.

Kedua-dua air boat berkenaan kini ditempatkan di Istana Negara, dan ia dilihat mampu meningkatkan kecekapan operasi, selain dapat mempercepatkan penghantaraan bantuan kecemasan.

Mengimbas kembali, pada Mac 2023, tiga air boat milik Seri Paduka Baginda digerakkan bagi operasi menyelamat, memindahkan serta membantu mangsa-mangsa banjir di Johor.

Sewaktu itu, aset berkenaan digunakan bagi tujuan penghantaraan bekalan makanan ke penempatan Orang Asli yang terputus hubungan di kawasan Kluang.




Pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim, Arif Aiman telah selamat menjalani pembedahan ‘hamstring’ dengan jayanya bers...
03/12/2025

Pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim, Arif Aiman telah selamat menjalani pembedahan ‘hamstring’ dengan jayanya bersama doktor sukan terkemuka, Lempainen Lasse di Finland.

Pakar ortopedik tersebut pernah merawat atlet dari pelbagai sukan termasuk pemain bola sepak seperti pemenang Ballon d’Or 2025 Ousmane Dembele, Reece James, Ruben Neves, Nuno Mendes, Alejandro Balde, Ronald Araujo dan ramai lagi. Luaskan Kuasamu Johor.
Hidup Johor Demi Johor








Address

PANTAU JALAN
Johor Bahru
81200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pantau jalan johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category