Bangsa Johor

Bangsa Johor To all Johorean & Patriots, Supporters & Die Hard Fans of JDT and all about the state of JOHOR DARUL TA'ZIM 🔴🔵

(1)

17/09/2026

RAJA PERMAISURI AGONG SANTUNI KELUARGA KURANG BERKEMAMPUAN DI KLUANG



17/09/2026
17/09/2026

Saya ucapkan tahniah kepada anggota Askar Timbalan Setia Negeri Johor (Johor Military Forces) yang bertanding dalam Ujian Kemahiran Menembak Tentera Darat Tahun 2026 di Kem Terendak, Melaka.

JMF telah meraih keputusan berikut :
1. Johan Kategori Rifle Acara ‘Close Combat’
2. Johan Kategori Rifle Acara Jatuh Piring
3. Johan Kategori Rifle Acara Individu
4. Johan Kategori Pistol Acara ‘Close Combat’
5. Naib Johan Kategori Pistol Acara Jatuh Piring
6. Naib Johan Kategori Pistol Individu
7. Tempat Ketiga Kategori Pistol Individu

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor

———

I would like to congratulate the Johor Military Forces personnel who participated in the 2026 Army Shooting Skills Test at Terendak Camp, Melaka.

JMF achieved the following results :
1. Champion in the Rifle Category Close Combat Event
2. Champion in the Rifle Category Falling Plates Event
3. Champion in the Rifle Category Individual Event
4. Champion in the Pistol Category Close Combat Event
5. Runner-up in the Pistol Category Falling Plates Event
6. Runner-up in the Pistol Category Individual Event
7. Third Place in the Pistol Category Individual Event

His Royal Highness Tunku Ismail, The Regent of Johor

17/09/2026

PERMOHONAN SKIM BANTUAN PENDAFTARAN IPT DALAM NEGARA 2026 KINI DIBUKA!

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) membuka permohonan Skim Bantuan Pendaftaran Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Dalam Negara Tahun 2026 – Semester Pertama kepada pelajar yang memenuhi syarat kelayakan.

Kadar bantuan:

Anak Asnaf – RM500 (Sijil/Asasi/Matrikulasi), RM1,000 (Diploma) dan RM1,500 (Ijazah Sarjana Muda)
Pelajar KUIJSI – RM1,000
Kategori Umum – RM500

Tempoh permohonan:
15 September hingga 15 Oktober 2026

Antara syarat utama ialah pemohon beragama Islam, anak kelahiran Johor dan menetap di Negeri Johor, telah menerima surat tawaran ke IPT tempatan serta mendaftar bagi semester pertama sahaja.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal ePayment MAINJ seperti yang tertera pada poster atau dengan mengimbas kod QR.

Jangan lepaskan peluang ini. Mohon dalam tempoh yang ditetapkan dan kongsikan maklumat ini kepada mereka yang memerlukan.

17/09/2026
17/09/2026
17/09/2026

Keadaan kualiti udara di Johor kembali menunjukkan kemerosotan setakat jam 12 tengah hari ini apabila empat stesen pemantauan iaitu Segamat, Batu Pahat, Kluang dan Tangkak merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) kategori Tidak Sihat, manakala empat stesen lain masih berada pada tahap Sederhana.

Susulan keadaan semasa, orang ramai yang perlu berada di luar rumah boleh mengambil langkah perlindungan tambahan dengan memakai pelitup muka, terutama ketika berada di kawasan yang terjejas. Kurangkan pendedahan kepada udara luar sekiranya tidak mempunyai keperluan mendesak dan terus utamakan penjagaan kesihatan kendiri.








17/09/2026

Tahniah kepada Dato’ Ab Ghani Hassan dan barisan kepimpinan baharu FAM yang telah menerima kepercayaan yang jelas dari delegasi-delegasi bagi menerajui bola sepak Malaysia.

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor

---

Congratulations to Dato' Ab Ghani Hassan and the new FAM leadership following the overwhelming support received from the delegates to lead Malaysian football.

His Royal Highness Tunku Ismail, The Regent of Johor

17/09/2026

Jom kita semua meluangkan masa bersama keluarga sempena Hari Keluarga Johor pada 20 September ini. Memandangkan keadaan cuaca dan kualiti udara yang masih perlu diberi perhatian, persediaan awal penting supaya semua yang hadir kekal selesa dan selamat sepanjang program ini berlangsung.

😷 Pakai pelitup muka terutama ketika berada di kawasan terbuka
☂️ Bawa payung sebagai persediaan menghadapi cuaca
💧 Pastikan air masak dibawa bersama dan diminum secukupnya
👶 Sebaiknya elakkan daripada membawa bayi dan golongan yang berisiko sekiranya tidak perlu
🏠 Kurangkan aktiviti di luar jika keadaan kualiti udara kurang baik

Kesihatan dan keselamatan sentiasa menjadi keutamaan. Sama-sama kita jaga diri dan keluarga agar Hari Keluarga Johor dapat diraikan dengan selamat, selesa dan penuh bermakna.







Address

Larkin
Johor Bahru

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bangsa Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share