Broken Noise Records

Directions Website Contact the business

Broken Noise Records Broken Noise Records - Malaysia Punk/Hc

OUT NOW!!NO SPEED LIMIT vol  #3 (Final Round)THE PHOTOBOOKDEDIKASI BUAT PEJUANG LENSA HC/PUNK Segala yang bermula, akhir...
02/10/2026

OUT NOW!!
NO SPEED LIMIT vol #3 (Final Round)
THE PHOTOBOOK
DEDIKASI BUAT PEJUANG LENSA HC/PUNK

Segala yang bermula, akhirnya akan sampai juga ke penghujungnya.
Demikianlah halnya dengan No Speed Limit. Setelah melalui tiga pertempuran yang penuh dengan chaos, gila babi dan hiruk-pikuk, yang tidak pernah mengenal sakit dan menyesal, maka sampailah kita kepada Jilid 3 — pusingan yang terakhir.

Sejak awalnya, No Speed Limit bukanlah semata-mata sebuah festival muzik hc punk. Ia lahir daripada kita semua mempunyai kecintaan yang sama terhadap hardcore punk, persahabatan dan semangat berdikari. Di sinilah semua anak anak scene tak kira dari band, peserta hadir berhimpun di bawah sebuah bumbung, telah menyaksikan festival 2 pentas musik hardcore laju tanpa henti.

Pada kali terakhir ini, kami ingin memberikan penghormatan yang lebih besar kepada beberapa insan yang selama ini barangkali kurang mendapat perhatian, para jurugambar.

Empat orang jurugambar telah turut merakamkan No Speed Limit Jilid 3; dua orang dari Malaysia dan dua orang dari Singapura. Masing-masing hadir dengan cara, pengalaman dan pandangan yang tersendiri. Di tangan mereka, kamera bukanlah semata-mata sebuah alat. Ia menjadi saksi kepada suatu peristiwa yang hanya berlaku sekali dan tidak mungkin dapat diulang kembali dengan keadaan yang serupa.
Ketika orang ramai sedang berperang dengan chaos di hadapan pentas, band p**a beraksi dengan gila di atas pentas, ada insan yang korbankan moment tersebut dengan berdiri di belakang lensa.
Mereka bergerak di celah-celah manusia, menunggu suatu detik, mencari suatu sudut dan merakam suatu ketika yang mungkin berlangsung tidak sampai sesaat. Pada waktu itu barangkali kita tidak memikirkan betapa pentingnya pekerjaan mereka. Namun apabila tahun berganti tahun dan ingatan kita mulai kabur, gambar-gambar itulah yang akan membantu kita mengenang kembali apa yang pernah berlaku.

Sebuah gambar yang kelihatan biasa pada hari ini mungkin menjadi sesuatu yang amat berharga dua puluh atau tiga puluh tahun kemudian. Kita bukan sahaja akan melihat pemuzik yang sedang bermain di atas pentas. Kita akan memerhatikan wajah manusia yang hadir, emosi, kegembiraan, peluh, pergerakan berbagai-bagai perkara kecil yang pasti nya kita tidak akan lihat. Segala yang kecil itu, apabila cukup usianya, menjadi sejarah.
Gambar digital datang dan pergi, lalu tenggelam dalam perjalanan masa dan timeline yang tidak pernah berhenti. Sebab itulah sebahagian kenangan harus dicetak dan dijadikan nyata — untuk dipegang, ditatap dan disimpan.
Atas kesedaran itulah siri bukufoto ini diterbitkan.

Kami tidak menolak kemajuan zaman dan tidak p**a memusuhi dunia digital. Malah, kemudahan yang ada pada hari ini telah memungkinkan lebih banyak peristiwa dirakamkan. Tetapi kami masih percaya bahawa gambar yang dicetak mempunyai suatu nilai yang tersendiri.

Kehadiran dua jurugambar dari Malaysia dan dua dari Singapura dalam buku ini turut membawa suatu pengertian yang istimewa. Sejak sekian lama, muzik punk dan hardcore telah wujudkan jaringan yang melampaui garis sempadan. No Speed Limit Jilid 3 merupakan pusingan terakhir. Namun kami berharap usaha mencatat dan menyimpan sejarah seperti ini dapat diteruskan oleh kita semua.

Kepada keempat-empat jurugambar yang telah menyumbangkan hasil kerja mereka untuk buku ini, kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan. Terima kasih untuk peluh, kecederaan otot, dan mungkin kerosakan alat merakam (harap harap tiada). Penghargaan yang sama kami tujukan kepada semua band, petugas, sahabat serta setiap orang yang pernah menjadi sebahagian daripada perjalanan No Speed Limit.

Walaupun No Speed Limit telah berakhir saya pasti semangat, memori indah, keterujaan festival ini akan terus kekal di hati semua yang pernah merasinya dari tahun 2020. Terima kasih.

Foto dan Jurugambar

Mohd Azlan (Lann)
Muhd Fairuz Taswadi (Fairuz)
Md Fairul Nizam (Puxe Research)
Akmal Salam (Akmal)

Susun atur buku / kulit - Norhafizi (Jimbo
Pengurusan dan tatakelola - Erina dan Edy

Di terbitkan oleh Heavy Hardcore Johor Bahru.
Tahun 2026

NO SPEED LIMIT vol #3 (Final Round)
THE PHOTOBOOK
Landscape A5 size
120 pages
Full color print
Perfect binding
Matt laminating card cover
4 version cover (10 pcs each)
Price Rm50
Limited press to 40 pcs

Hubungi kami jika berminat

*NO SPEED LIMIT* kini tiba lagi. Kami telah tetapkan 27 Jun 2026, Sabtu untuk edisi ke 3 ini.Festival 3 tahun sekali ini...
31/12/2025

*NO SPEED LIMIT* kini tiba lagi. Kami telah tetapkan 27 Jun 2026, Sabtu untuk edisi ke 3 ini.

Festival 3 tahun sekali ini masih mengekalkan format muzik laju tanpa henti dengan barisan 24 band + 2 pentas. Sila pangkah kalendar kuda anda untuk peringatan kerana jika anda gagal bermakna anda terpaksa tunggu 3 tahun lagi, mungkin waktu itu anda sudah pun tua, lemah dan kaki ada gout. Bukankah ia amat menyedikan?

Kami akan umumkan band dalam waktu terdekat. Jangan leka dan selesa. Tingkatkan stamina kerana 6 bulan lagi anda harus circle pit, melompat, terjun dan terbang tupai selama 240 minit.

Sekian.
Love fast music
Trust diy!

XHeavyHardcoreJohorBahruX

2025 yang gila.20 rilisan diusahakan. Band tempatan dari Malaysia, Singapura, Indonesia, dan Jepun dan Eropah.Rilisan fi...
23/12/2025

2025 yang gila.
20 rilisan diusahakan. Band tempatan dari Malaysia, Singapura, Indonesia, dan Jepun dan Eropah.

Rilisan fizikal memang mencabar, dan aku akur untuk merilis dengan cara yang bersederhana, tapi tetap dibuat dengan sehabis baik. Aku memilih format CDR 3 inci dengan cover bersaiz 7” EP vinyl kerana bagi aku, nilai fizikal ketika melayan lagu paling ngam adalah pada cover 7”. Ia jauh lebih puas berbanding saiz cover tape dan CD yang terhad, manakala cover LP p**a terasa terlalu besar.

Cover 7” ini adalah saiz paling ngam untuk kau layan artwork, baca lirik, pegang, belek-belek, dan cium! Hahahaha.

Aku tak tahu sampai bila kegilaan ini akan berterusan. Aku akan terus hasilkan rilisan “out now” pada masa akan datang. Semoga terus bersemangat untuk meneruskan label tua ini.

Terima kasih kepada semua band yang sudi memberi kerjasama dengan Broken Noise sejak 1998 hingga hari ini. Dan paling istimewa, kepada anda yang tidak pernah jemu menyokong label ini dari dulu hingga sekarang.

Jumpa lagi 2026.

1. Kerenaneko – Mutilated Reality EP
2. Drunkpig / Pilbabi – split EP
3. Brigade – Prison Trapped EP
4. Cotgrave – Never Believe! EP
5. Lint Lobotomy – Actualize Industrial Collapse EP
6. Dissocial – The War Still Continues Demo
7. Licetokil – Demo 2025
8. Warlodos – Domestic Terrorism Demo 2025
9. Negative Kvl† – State Of Depression EP
10. Indignation – Modern Slavery
11. Bombfeeder – War Pays Genocide Demo
12. Gutpuke – Disgusting Scum Grind Demo
13. Slaughter Table – Beyond Every Misery
14. 1984 – Anastasis The Arsonist Insignia
15. Mone¥i$god – Metaphor EP
16. Kudis – Ditelan Bumi EP
17. Detakt / Bombfeeder – split EP
18. Rel Kereta Api – Diperkosa Globalisasi EP
19. Muma – Tribute to Parkinson EP
20. Disease SS – Distord Reality EP

Address

No 17 Jalan Danau 32, Taman Desa Jaya
Johor Bahru
81100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Broken Noise Records posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Broken Noise Records:

Shortcuts

Share

Category