Masjid Al-Jawahir Rendah Karbon

Masjid Al-Jawahir Rendah Karbon ๐—ง๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐˜€๐—ณ๐—ผ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ท๐—ถ๐—ฑ ๐—”๐—น-๐—๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—ฟ: Masjid Rendah Karbon, Memupuk Komuniti Cakna!

Alhamdulillah.
08/03/2026

Alhamdulillah.

25/02/2026

Masjid Al-Jawahir Mutiara Rini, Skudai telah melaksanakan Program Taklimat Rendah Karbon bersama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mutiara Rini sebagai sebahagian daripada inisiatif:

โ€œTransformasi Masjid Al-Jawahir: Masjid Rendah Karbon, Memupuk Komuniti Cakna!โ€

Program ini dilaksanakan di bawah Geran Komuniti Iskandar Puteri Rendah Karbon (GKIPRK) 5.0 anjuran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP).

Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada para pelajar mengenai:
โ€ข Kepentingan amalan rendah karbon
โ€ข Penggunaan elektrik dan air secara berhemah
โ€ข Peranan masjid sebagai institusi model kelestarian komuniti

Melalui pendekatan pendidikan berasaskan data dan teknologi (Dashboard Pintar, smart meter dan sensor air), para pelajar didedahkan kepada realiti penggunaan sumber dan impaknya terhadap alam sekitar.

Semoga usaha ini menjadi pemangkin dalam melahirkan generasi muda yang lebih cakna terhadap kelestarian serta menyokong aspirasi menjadikan Masjid Al-Jawahir sebagai model masjid rendah karbon di Johor.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada:

โ€ข Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP)
โ€ข Pentadbir dan warga SMK Taman Mutiara Rini
โ€ข Sukarelawan dan belia masjid

yang bersama-sama menjayakan inisiatif ini.

17/12/2025
๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—˜๐—Ÿ ๐—”๐—จ๐——๐—œ๐—ง ๐— ๐—•๐—œ๐—ฃ ๐—ž๐—˜ ๐— ๐—”๐—ฆ๐—๐—œ๐—— ๐—”๐—Ÿ-๐—๐—”๐—ช๐—”๐—›๐—œ๐—ฅ ๐— ๐—จ๐—ง๐—œ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—œMasjid Al-Jawahir, Mutiara Rini, Skudai telah menerima kunjung...
09/10/2025

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—˜๐—Ÿ ๐—”๐—จ๐——๐—œ๐—ง ๐— ๐—•๐—œ๐—ฃ ๐—ž๐—˜ ๐— ๐—”๐—ฆ๐—๐—œ๐—— ๐—”๐—Ÿ-๐—๐—”๐—ช๐—”๐—›๐—œ๐—ฅ ๐— ๐—จ๐—ง๐—œ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—œ

Masjid Al-Jawahir, Mutiara Rini, Skudai telah menerima kunjungan Panel Audit Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) bagi meninjau perkembangan Projek Geran Komuniti Iskandar Puteri Rendah Karbon 5.0 yang sedang dijalankan di masjid ini.

Dalam sesi lawatan tersebut, Haji Muhammad Ridwanto Bin Syaful Anuar, selaku Pengerusi Masjid Al-Jawahir, telah membentangkan perkembangan semasa projek serta inisiatif hijau yang dilaksanakan oleh pihak masjid dalam menyokong agenda bandar rendah karbon MBIP.

Lawatan ini menjadi simbol komitmen bersama antara pihak MBIP dan Masjid Al-Jawahir dalam mempromosikan gaya hidup lestari, meningkatkan kesedaran komuniti terhadap kelestarian alam sekitar, serta memperkukuh peranan masjid sebagai pusat pembangunan komuniti hijau.

31/08/2025

โœจโ™ป Video Rangkuman 10 Tan Fabrik Demi Bumi! โ™ปโœจ

Masjid Al Jawahir merakamkan penghargaan kepada semua yang hadir & menyumbang pakaian terpakai melalui Green Oโ€™Go Bin ๐Ÿ’š.

๐Ÿ“… 26 Julai 2025 | โฐ 8.00 pagi โ€“ 5.00 petang
๐Ÿ“ Masjid Al Jawahir, Mutiara Rini

๐ŸŒฑ Langkah kecil, impak besar untuk kelestarian alam.

Kini Infaq Dengan Lebih Mudah Secara Transaksi Atas Talian (FPX) Kepada Masjid Al Jawahir Mutiara Rini Skudai
โœ…Pengurusan Operasi Dan Pengimarahan Masjid
https://toyyibpay.com/JAWATANKUASA-MAJMR

๐ŸŒ 10 Tan Fabrik Demi Bumi!26 Julai | Skudai โ€“ Program Recycle Baju & Fabrik Terpakai Green O'Go Bin di Masjid Al-Jawahir...
31/08/2025

๐ŸŒ 10 Tan Fabrik Demi Bumi!
26 Julai | Skudai โ€“ Program Recycle Baju & Fabrik Terpakai Green O'Go Bin di Masjid Al-Jawahir berjaya mengumpul lebih 10 tan fabrik hasil sumbangan masyarakat setempat.

Program anjuran bersama Muslim Malaysia Volunteer, Masjid Al-Jawahir, dengan kerjasama Alumni UTM Johor, Gems & Jewels dan Yayasan Masjid Al-Jawahir, disertai 150 sukarelawan yang berganding bahu dari pengumpulan hingga pengurusan logistik.

Pengerusi Masjid, Tn Hj Muhammad Ridwanto, menegaskan komitmen menjadikan Masjid Al-Jawahir sebagai Masjid Hijau & model komuniti rendah karbon.

๐Ÿ’š Usaha ini bukan sekadar kitar semula, tetapi simbol kesedaran masyarakat terhadap kelestarian dan tanggungjawab sosial.

Kini Infaq Dengan Lebih Mudah Secara Transaksi Atas Talian (FPX) Kepada Masjid Al Jawahir Mutiara Rini Skudai
โœ…Pengurusan Operasi Dan Pengimarahan Masjid
https://toyyibpay.com/JAWATANKUASA-MAJMR

๐— ๐—ฎ๐—ท๐—น๐—ถ๐˜€ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐˜ ๐—ฆ๐—ฒ๐˜๐˜‚๐—ท๐˜‚ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—บ๐—ฎ ๐—š๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ผ๐—บ๐˜‚๐—ป๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—œ๐˜€๐—ธ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฃ๐˜‚๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฅ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐—ฎ๐—ฟ๐—ฏ๐—ผ๐—ป ๐Ÿฑ.๐ŸฌMasjid Al-Jawahir Mutiara Rini tel...
26/08/2025

๐— ๐—ฎ๐—ท๐—น๐—ถ๐˜€ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐˜ ๐—ฆ๐—ฒ๐˜๐˜‚๐—ท๐˜‚ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—บ๐—ฎ ๐—š๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ผ๐—บ๐˜‚๐—ป๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—œ๐˜€๐—ธ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฃ๐˜‚๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฅ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐—ฎ๐—ฟ๐—ฏ๐—ผ๐—ป ๐Ÿฑ.๐Ÿฌ

Masjid Al-Jawahir Mutiara Rini telah menghadiri sesi rasmi penyerahan surat setuju terima bagi Geran Komuniti Iskandar Puteri Rendah Karbon 5.0 yang dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan SWM Environment.

Dengan penyerahan rasmi ini, projek komuniti โ€œTransformasi Masjid Al-Jawahir Rendah Karbonโ€ dapat digerakkan dengan lebih tersusun dan berkesan, selaras dengan hasrat menjadikan masjid sebagai pusat pembangunan komuniti yang hijau, rendah karbon dan mampan.

Semoga inisiatif ini memberi manfaat kepada seluruh masyarakat dan menjadi contoh kepada usaha kelestarian di peringkat komuniti. ๐ŸŒฑโœจ

Kini Infaq Dengan Lebih Mudah Secara Transaksi Atas Talian (FPX) Kepada Masjid Al Jawahir Mutiara Rini Skudai

โœ…Pengurusan Operasi Dan Pengimarahan Masjid
https://toyyibpay.com/JAWATANKUASA-MAJMR

Pembangunan rendah karbon bukan sekadar pilihan, tetapi satu tanggungjawab bersama. Ikuti akaun TikTok  untuk memahami l...
26/08/2025

Pembangunan rendah karbon bukan sekadar pilihan, tetapi satu tanggungjawab bersama. Ikuti akaun TikTok untuk memahami langkah-langkah yang sedang diusahakan serta cara kita semua boleh turut serta dalam menjayakan agenda kelestarian alam sekitar.

0 Followers, 0 Following, 0 Likes - Watch awesome short videos created by Masjid Al-Jawahir RendahKarbon

๐— ๐—ฎ๐—ท๐—น๐—ถ๐˜€ ๐—ง๐—ฎ๐—ธ๐—น๐—ถ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐˜ ๐—ฆ๐—ฒ๐˜๐˜‚๐—ท๐˜‚ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—บ๐—ฎ ๐—š๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ผ๐—บ๐˜‚๐—ป๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—œ๐˜€๐—ธ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฃ๐˜‚๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฅ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐—ฎ๐—ฟ๐—ฏ๐—ผ๐—ป ๐Ÿฑ.๐ŸฌMasjid Al-Jawahir Mut...
26/08/2025

๐— ๐—ฎ๐—ท๐—น๐—ถ๐˜€ ๐—ง๐—ฎ๐—ธ๐—น๐—ถ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐˜ ๐—ฆ๐—ฒ๐˜๐˜‚๐—ท๐˜‚ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—บ๐—ฎ ๐—š๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ผ๐—บ๐˜‚๐—ป๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—œ๐˜€๐—ธ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฃ๐˜‚๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฅ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐—ฎ๐—ฟ๐—ฏ๐—ผ๐—ป ๐Ÿฑ.๐Ÿฌ

Masjid Al-Jawahir Mutiara Rini telah menerima geran di bawah program Geran Komuniti Iskandar Puteri Rendah Karbon 5.0 yang dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan SWM Environment.

Sesi taklimat serta penyerahan surat setuju terima telah diadakan bagi memastikan pelaksanaan projek โ€œTransformasi Masjid Al-Jawahir Rendah Karbonโ€ dapat dilaksanakan dengan lancar, teratur dan menepati objektif ke arah pembangunan komuniti hijau dan lestari.

Semoga inisiatif ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam menjadikan masjid sebagai pusat pembangunan komuniti rendah karbon serta contoh teladan dalam kelestarian alam sekitar. ๐ŸŒฑ

Kini Infaq Dengan Lebih Mudah Secara Transaksi Atas Talian (FPX) Kepada Masjid Al Jawahir Mutiara Rini Skudai

โœ…Pengurusan Operasi Dan Pengimarahan Masjid
https://toyyibpay.com/JAWATANKUASA-MAJMR

๐ŸŒฟ Dari Masjid, Kita Hijaukan Dunia ๐ŸŒMasjid Al Jawahir kini melangkah setapak ke hadapan dengan inisiatif Masjid Rendah K...
26/08/2025

๐ŸŒฟ Dari Masjid, Kita Hijaukan Dunia ๐ŸŒ

Masjid Al Jawahir kini melangkah setapak ke hadapan dengan inisiatif Masjid Rendah Karbon:
โœ… Lampu solar โ€“ kurangkan jejak karbon & jimat tenaga ๐Ÿ’ก
โœ… Smart water tap โ€“ elak pembaziran air ๐Ÿšฐ
โœ… Dashboard digital โ€“ pantau tenaga & air secara pintar ๐Ÿ“Š

Masjid bukan sekadar tempat ibadah, tetapi juga pusat ilmu & contoh amalan hijau untuk komuniti. ๐Ÿคฒ

๐Ÿ’š Jom sama-sama kita sokong usaha ini dengan menyebarkan mesej hijau kepada dunia!
๐Ÿ“Œ Like, Komen & Kongsikan untuk sebarkan kebaikan ๐ŸŒฟ

Address

Mutiara Rini
Johor Bahru
81300

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Al-Jawahir Rendah Karbon posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share