17/01/2026
Pelakon, Nadia Kesuma yang dilaporkan hilang di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah, Arab Saudi pada Khamis lalu, dikesan telah meninggalkan lapangan terbang itu.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pihak Konsulat Malaysia di Jeddah telah mengesahkan individu berkenaan keluar dari kawasan lapangan terbang selepas tiba di Arab Saudi.
Menurut beliau, pihak Konsulat telah berhubung rapat dengan polis dan imigresen tempatan bagi menjejaki pergerakan Nadia Kesuma, selain laporan polis tempatan turut dibuat bagi membantu usaha pencarian. - Sinar Harian