
20/05/2022
👌🏼😊mehh² sape x terurus
Dibayar hampir RM3000 Sebulan Untuk Buat Konten & Urus Page Facebook Client
Sebelum Ramadhan, kawan saya call mengadu, mungkin dia akan hentikan bisnes jual makanan sebab masalah sale drop dan kekurangan modal. Jadi kurang sumber pendapatan.
"Diyanah, ada mana-mana projek konten yang available tak bulan puasa ni? Sale kedai slow dan saya pun macam nak rehat fokus puasa, solat tarawih tahun ni."
Dia juga seorang penulis jadi boleh buat side income lain dengan sediakan konten.
"Alhamdulillah, ada ni rezeki bulan puasa. Ada client minta buat konten dan uruskan page bisnes dia. Follower ada ratus ribu tapi konten tak ada. Tak bolehlah nak up copywriting menjual sahaja. Jadi kita team up ya, sebab saya pun ada lagi seorang client minta uruskan konten page dia."
Jawab saya, memang tengah cari team juga waktu ni.
Kami pun keluarkan sebutharga untuk client dan pakej-pakej yang boleh client pilih.
Pakej A - RM2500/sebulan (28 hari poster pagi + 5 Storytelling)
Pakej B - RM2940/sebulan (28hari poster pagi + 4 Poster Tip + 8 Storytelling)
Ini antara alat penting untuk kita berikan kepada client. Mesti ada hitam putih sebutharga bukan sekadar perbincangan dalam wasap sahaja.
Esoknya saya hantar pada client dan update kawan tadi.
"Ok, saya dah hantar pada client, doa ya project close. Bolehlah buat beli baju raya nanti hihihihi." Balas saya dalam nada gurauan.
Selang sehari. Client balas "Ok kak, kami setuju ambil pakej B ya. Ni dah transfer full payment. Boleh on 1 April ni."
Cepat je client respon dan terus bagi full payment.
Banyak lagi cerita belakang tabir dunia Ghostwriter & Pengurus Media Sosial ni.
Ada yang tak percaya boleh tambah pendapatan dengan menulis, jadi saya kongsikan screenshot wasap ni sebagai inspirasi untuk semua.
Nak tambah pendapatan sebagai Pengurus Media Sosial klik sini ---> https://ezy.la/pengurusmediasosial
Nordianah Bachok
Founder UpahMenulisCom