ARMC TV

ARMC TV Androidrepublica Kodi Addon! The best apps that provides Malaysian entertainment in a single place Home of Kodi IPTV Malaysia - Androidrepublica Addon

Mencari Ramlee (2025)Filem fiksyen inspirasi daripada kisah Allahyarham Tan Sri P. Ramlee berjudul Mencari Ramlee yang m...
18/09/2025

Mencari Ramlee (2025)

Filem fiksyen inspirasi daripada kisah Allahyarham Tan Sri P. Ramlee berjudul Mencari Ramlee yang menjengah pawagam pada 19 Jun 2025.

Filem arahan Megat Sharizal ini berlatar masa sekitar era 1970-an yang mengetengahkan kisah selepas pemergian seniman agung itu.

Sinopsis :

Berlatarbelakangkan 30 Mei 1973, sehari selepas kematian Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee, mengisahkan tentang Zakaria, seorang peniru gaya (impersonator) P. Ramlee yang mempunyai masalah kewangan dan mempunyai kesukaran untuk mendapat kerja kerana populariti P. Ramlee yang sudah merudum ketika itu.

Zakaria juga mempunyai seorang adik iaitu Yasmin yang masih belajar di Universiti. Untuk menyara kehidupan mereka, Zakaria terpaksa berhutang dengan seorang gangster tempatan iaitu Yusuf.

# # # # # #




Rumah Tanpa Luka (2025)Saksikan drama adaptasi novel Rumah Tanpa Luka karya Ezza Mysara akan mengisi slot MegaDrama di A...
02/09/2025

Rumah Tanpa Luka (2025)

Saksikan drama adaptasi novel Rumah Tanpa Luka karya Ezza Mysara akan mengisi slot MegaDrama di Astro Ria bermula 1 September, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam.

Drama terbitan Suhan Movies & Trading dan diarahkan oleh Nur Sharif. Menampilkan lakonan Erysha Emyra, Shukri Yahaya, Nadhir Nasar dan Naura Arissa.

Sinopsis :

Dalam kepayahan hidup, Kalsum tetap berkorban untuk menjaga Rose Ameena biarpun dirinya dibuang keluarga. Kehadiran Qiuzi ibarat memberi sinar baru di dalam hidupnya, namun semua hanyalah sementara dek kemunculan kerana semula Hayden Hayyan.

# # # # # #




Dr Pontianak 2 (2025)Saksikan drama Dr. Pontianak Musim 2 yang menemui penonton bermula 26 Ogos, setiap Selasa jam 11 ma...
31/08/2025

Dr Pontianak 2 (2025)

Saksikan drama Dr. Pontianak Musim 2 yang menemui penonton bermula 26 Ogos, setiap Selasa jam 11 malam di Astro Ria atau strim di Astro GO dan sooka.

Sinopsis :

Dr. Vivy, seorang ‘ponti-no-anak’ dengan deria ghaib luar biasa, cuba mengekalkan hidup normal sebagai doktor sambil dibantu Edna si hantu hospital, Pak Us dan Dr. Ghani tetapi rahsianya kian terancam apabila kuasa itu semakin tidak terkawal dan musuh lama mula muncul.

# # # # # #




Harimau Merah Resolusi (2025)Filem aksi-drama Malaysia yang ditayangkan pada tahun 2025, yang menampilkan Luqman Hafidz ...
25/08/2025

Harimau Merah Resolusi (2025)

Filem aksi-drama Malaysia yang ditayangkan pada tahun 2025, yang menampilkan Luqman Hafidz sebagai Hakin, seorang agen PDRM yang menyamar dan bekerja sama dengan seorang mantan penjahat untuk membongkar sindikat uang palsu

Film ini mengikuti misi Hakin untuk menyelidik kejahatan yang dilakukan oleh seorang mastermind bernama Wan, yang menjalankan sindikatnya melalui sebuah kasino.

# # # # # #




Norma : Antara Mertua Dan Menantu (2025)Filem Norma: Antara Ibu Mertua dan Menantu akan menceritakan kisah benar perjala...
18/08/2025

Norma : Antara Mertua Dan Menantu (2025)

Filem Norma: Antara Ibu Mertua dan Menantu akan menceritakan kisah benar perjalanan rumah tangga Norma Risma dan suami.

Berdasarkan cerita, perkahwinan Norma dan suaminya berjalan lancar. Selain itu, suaminya juga diterima baik oleh keluarga Norma dan mempunyai hubungan rapat dengan keluarganya.

Namun, konflik mula berlaku apabila suaminya secara rahsia menjalinkan hubungan dengan keluarga mentua atau ibu Norma.

Tumbuhnya benih-benih cinta membuatkan mereka berdua nekad melakukan hubungan terlarang di belakang Norma dan bapanya.
Akhirnya Norma mengetahui kebenaran dan melaporkan kepada pihak berkuasa atas kes itu.

# # # # # #




Martabat: Misi Berdarah (2025)Saksikan sebuah filem 'spoof' daripada filem Malbatt: Misi Bakara bertajuk 'Martabat: Misi...
12/08/2025

Martabat: Misi Berdarah (2025)

Saksikan sebuah filem 'spoof' daripada filem Malbatt: Misi Bakara bertajuk 'Martabat: Misi Berdarah' yang ditayangkan di pawagam bermula 12 Jun 2025.

Filem komedi aksi ini merupakan arahan pertama Zahiril Adzim bersama Adrian Teh. Dibintangi oleh Fad Bocey, Zahiril Adzim, Shiqin Kamal, Nafiez Zaidi, Elvina Chua, Emma Maembong, Iedil Putra dan ramai lagi.

Sinopsis:

Sekumpulan pelakon extra yang sanggup buat apa saja demi jadi terkenal atau sekurang-kurangnya, mendapat watak lebih besar di Malaysia!

# # # # # #




Blood Brothers: Bara Naga (2025)Skop Productions Sdn Bhd mempersembahkan filem aksi ‘Blood Brothers: Bara Naga’ arahan S...
11/08/2025

Blood Brothers: Bara Naga (2025)

Skop Productions Sdn Bhd mempersembahkan filem aksi ‘Blood Brothers: Bara Naga’ arahan Syafiq Yusof bersama Abhilash Chandra yang ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 10 April 2025.

Sinopsis :

Mengangkat kisah Ariff, seorang pemuda yang direkrut oleh Ghaz untuk menyertai syarikat kawalan keselamatan elit, Silent Guard, di bawah naungan Dato Zul iaitu seorang ahli perniagaan berpengaruh yang juga merupakan ketua sindiket mafia digeruni, dikenali sebagai Naga.

Ariff mengangkat sumpah setia dan menjadi Blood Brother kepada Ghaz dan kemudian satu ikatan persaudaraan yang tidak boleh dikhianati.

Namun, apabila berlakunya satu pengkhianatan besar yang menggoncang empayar Naga, Ariff dituduh sebagai dalang di sebalik musibah tersebut. Dia kini menjadi buruan dan suspek utama dalam konspirasi gelap yang mengancam nyawanya.

# # # # # #




Setia Itu Mahal (2025)Saksikan drama bersiri Setia Itu Mahal, bersiaran di slot Akasia TV3 pada 28 Julai, setiap Isnin h...
08/08/2025

Setia Itu Mahal (2025)

Saksikan drama bersiri Setia Itu Mahal, bersiaran di slot Akasia TV3 pada 28 Julai, setiap Isnin hingga Jumaat jam7 malam.

Diterbitkan oleh Wiranusa Corporation dan diarahkan oleh Jamal Khan. Dibintangi oleh Zahiril Adzim, Anna Jobling, Redza Rosli, Rita Nadira dan ramai lagi.

Sinopsis :

Dalina, seorang pereka fesyen yang bahagia bersama suaminya, Dr. Hakim, dan anak mereka. Kebahagiaan mereka mula terancam apabila Tengku Farid, cinta pertama Dalina, muncul semula dan menuntut cinta yang tidak pernah padam.

Dalam masa yang sama, Dalina berasa diabaikan oleh suaminya yang terlalu sibuk. Apabila anak mereka, Alia, jatuh sakit dan Dr. Hakim tidak dapat dihubungi, Dalina terpaksa meminta bantuan Tengku Farid.

# # # # # #




Sahak Gangster (2025)Saksikan filem bergenre aksi komedi ‘Sahak Gangster’ arahan Ahmad Idham yang telah ditayangkan di p...
01/08/2025

Sahak Gangster (2025)

Saksikan filem bergenre aksi komedi ‘Sahak Gangster’ arahan Ahmad Idham yang telah ditayangkan di pawagam Malaysia pada 9 Januari 2025.

Sinopsis :

Sahak, seorang anak didik gangster yang terpaksa melarikan diri setelah dituduh membunuh ketua kumpulannya.

Dia kemudian bersembunyi dalam kereta seorang gadis, Suriani, dan terheret dalam masalahnya.

Sahak juga bertekad untuk menunaikan amanat terakhir ketua gengnya, Pak Andak, untuk mencari pembunuh Pak Andak yang dibunuh pada hari pembebasannya dari penjara.

# # # # # #




Panor (2025)Filem seram Thailand yang menghantui pawagam Malaysia pada 20 Februari 2025 lepas. Naskhah ini merupakan seb...
30/07/2025

Panor (2025)

Filem seram Thailand yang menghantui pawagam Malaysia pada 20 Februari 2025 lepas.

Naskhah ini merupakan sebahagian daripada trilogi terkenal Art of the Devil yang sinonim dengan elemen dendam serta ilmu hitam.

Menggabungkan unsur mistik dan tragedi, filem ini dijangka memberi pengalaman seram yang mendebarkan kepada penonton.

Sinopsis :

Mengisahkan seorang gadis muda bernama Panor, kehidupannya berubah sejak lahir apabila dilahirkan pada hari seorang penduduk kampung melakukan ritual melepaskan ilmu hitam.

Kejadian itu menyebabkan Panor dilabel sebagai pembawa malang, malah dihina dan dijauhi oleh penduduk setempat kerana percaya kehadirannya membawa musibah.

# # # # # #




Saksikan drama bersiri terbaru di slot DramaVaganza 'Thariq Ridzuwan: His Treasure' diadaptasi daripada novel karya Huda...
30/07/2025

Saksikan drama bersiri terbaru di slot DramaVaganza 'Thariq Ridzuwan: His Treasure' diadaptasi daripada novel karya Huda Najwa.

Drama arahan Eyra Rahman dan diterbitkan oleh MIG Production. Dibintangi oleh Meerqeen, Qasrina Karim, Evertts Gomes, Noki K-Clique dan ramai lagi.

Sinopsis :

Thariq, seorang ejen elit, sanggup mempertaruhkan segalanya demi menyelamatkan Radwa, bekas kekasihnya yang dipaksa berkahwin oleh ibunya sendiri.

Mereka akhirnya bersatu namun hubungan mereka diuji dengan cemburu, trauma silam, tekanan keluarga dan tragedi yang hampir meragut segalanya.

# # # # # #




Seindah Hujan Cinta (2025)Saksikan drama adaptasi novel 'Seindah Hujan Cinta' karya Qash Shazwani akan ditayangkan di pl...
29/07/2025

Seindah Hujan Cinta (2025)

Saksikan drama adaptasi novel 'Seindah Hujan Cinta' karya Qash Shazwani akan ditayangkan di platform penstriman Tonton bermula 21 Julai 2025, setiap Isnin hingga Khamis.

Diterbitkan oleh Country & Universal Sdn Bhd di bawah sentuhan pengarah Nizam Zakaria. Menampilkan pelakon seperti Nelydia Senrose, Yusuf Bahrin, Ezzanie Jasny, Hariz Hamdan dan ramai lagi.

Sinopsis :

Zarita (Nelydia Senrose), seorang pempengaruh media sosial yang sedang memuncak dalam kerjaya, berdepan tekanan apabila masih belum dikurniakan cahaya mata selepas lima tahun berkahwin dengan Wassim (Yusuf Bahrin).

Kegagalan untuk menjadi seorang ibu, ditambah dengan naluri keinginan Wassim untuk memiliki zuriat, mendorong Zarita membuat keputusan mengejut – merelakan suaminya berkahwin lagi.

# # # # # #




Address

Kajang
Kajang
43000

Telephone

+60102941542

Website

https://androidrepublica.com/

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ARMC TV posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to ARMC TV:

Share

ARMCTV

The best android apps that provides malaysian tv channel and movie in a single place.

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.androidrepublica.armctv