Awan Hulu Langat

Awan Hulu Langat AWAN peduli, AWAN care, AWAN Hulu Langat

03/10/2025

MEDIA STATEMENT
Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN), Parti Amanah Negara

*Amanah Women Condemn Israeli Attack on the Global Sumud Flotilla in International Waters. Decry Israel’s Attempt to Label GSF Volunteers as ‘Hamas Sumud’ as a Desperate Act*

Putrajaya | 2 October 2025

AWAN strongly condemns the attack by the Israeli regime on the Global Sumud Flotilla (GSF) humanitarian convoy which took place in international waters.

This action is a violation of the international law and an infringement upon human rights and the safety of the volunteers who were delivering aid to Gaza.

We also take seriously on Israel’s malicious attempt to label GSF volunteers as “Hamas Sumud”. This is a desperate act by the Israeli regime in the face of global condemnation for their crimes against humanity, particularly against the people of Gaza.

We call for:
1. The immediate and unconditional release of all GSF humanitarian volunteers;
2. An international investigation into the attack;
3. Israel to be held accountable for these crimes against humanity and human rights violations;
4. Firm and immediate action by the international community to end the blockade on Gaza.

We believe the Malaysian government under the leadership of The Honourable Dato’ Seri Anwar Ibrahim will take swift action in efforts to secure the release of the Malaysian volunteers involved. We stand in solidarity with the people of Palestine and all humanitarian activists who are fighting for justice, sovereignty, and the freedom of Palestine.

*AIMAN ATHIRAH SABU*
Chief of Women’s Wing, Parti Amanah Negara
Head of Women’s Wing, Pakatan Harapan
Member of Parliament for Sepang









Aiman Athirah Sabu
Parti Amanah Negara
Wanita Pakatan Harapan
Pakatan Harapan

03/10/2025

SIARAN MEDIA
Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN), Parti Amanah Negara

*Wanita Amanah Kutuk Serangan Israel ke atas Global Sumud Flotilla di perairan antarabangsa. Sifatkan percubaan Israel melabelkan Sukarelawan GSF dengan gelaran Hamas Sumud sebagai tindakan terdesak.*

Putrajaya | 2 Oktober 2025

AWAN mengecam sekeras-kerasnya serangan oleh rejim Israel ke atas konvoi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang berlaku di perairan antarabangsa.

Tindakan ini adalah satu pelanggaran undang-undang antarabangsa dan mencabuli hak asasi manusia serta keselamatan para sukarelawan yang membawa bantuan ke Gaza.

Kami juga memandang serius akan percubaan jahat Israel untuk melabelkan sukarelawan GSF dengan gelaran Hamas Sumud. Ia adalah satu tindakan terdesak rejim Israel berdepan dengan kecaman dunia atas jenayah kemanusiaan mereka ke atas rakyat Palestin khususnya di Gaza.

Kami menyeru :

1. Pembebasan semua sukarelawan kemanusiaan GSF dengan segera dan tanpa syarat;
2. Penyiasatan antarabangsa terhadap serangan ini;
3. Israel dipertanggungjawabkan atas jenayah kemanusiaan dan hak asasi ini;
4. Tindakan tegas dan segera daripada masyarakat antarabangsa untuk menghentikan sekatan terhadap Gaza.

Kami percaya kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan YAB DS Anwar Ibrahim akan mengambil tindakan segera dalam usaha membebaskan sukarelawan Malaysia yang terlibat. Kita semua akan berdiri teguh bersama rakyat Palestin dan para aktivis kemanusiaan yang berjuang untuk keadilan, kedaulatan dan kemerdekaan Palestin.

*AIMAN ATHIRAH SABU*
Ketua Wanita Parti Amanah Negara
Ketua Wanita Harapan
Ahli Parlimen Sepang









Parti Amanah Negara
AWAN Nasional
Wanita Pakatan Harapan
Pakatan Harapan
Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sepang

𝗦𝗨𝗠𝗨𝗗 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜𝗦𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗘𝗚𝗢---Semalam memang tak tidur langsung.Cekang mata tengok tracker sambil live di TTdan sempat rakam...
03/10/2025

𝗦𝗨𝗠𝗨𝗗 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜𝗦𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗘𝗚𝗢
---

Semalam memang tak tidur langsung.
Cekang mata tengok tracker sambil live di TT
dan sempat rakam detik cemas beberapa aktivis kita - Ardell, Farah Lee, Heliza…

Boleh nampak muka diaorang nampak gementar,takut, tapi saya tahu semangat tak goyah. Mereka ni dah tahu risiko, dan dah bersedia syahid dah pun sebenarnya.

𝗜𝘁𝘂 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗿𝗮𝗻𝗶𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿.

Dan bila ada himpunan Solidariti Sumud di KL petang tadi, saya turun. Saya buktikan saya tolak sentimen politik walaupun tahu ramai jadi speaker tu bukan se ideologi dengan saya.

Saya duduk dihadapan mereka tadi masa berucap. Siapa tengok live TT saya tadi nampak saya rakam depan² masa Afiq Noordin , Fadhli Salleh, PU Amin berucap.

Tapi yang tak bestnya masa saya dah beredar ada yang bagitau ada pulak speaker perempuan duk lagi bawa naratif blok politik, pertikai kerajaan dalam ucapan. Aduhai..
Failed laaa...

Apa nak jadi kat kita ni?
Malu la weh nak cakap.
Kat sini masih ada yang sempat jadikan Gza modal politik. Masih ada yang naik pentas solidariti, bukannya nak tambah semangat dan naikkan rasa perjuangan kepada Plstin tapi duk sibuk sindir kerajaan tak habis². Sibuk tembak Perdana Menteri sendiri.

👉 Fakta yang kita tak boleh pura-pura buta:

Ketua Eksekutif MAPIM, yang jadi tunggak utama misi Sumud ni sendiri sahkan - PMX adalah PM pertama yang jadi penaung rasmi misi ini dan berani buat pengumuman terbuka. Team Sumud sendiri sebut PMX sebenarnya dah buat lebih daripada terbaik untuk mereka.

Diulang - 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗔𝗜𝗞..

Hello, kau tahu tak rakyat Gza sekarang makan rumput, minum air lumpur, hospital tutup sebab tak ada ubat?
Tapi kita kat Malaysia, asyikla sibuk lawan walaun la, walanon la, walamak la.
Apa jenis jiwa ni?

Ni nak tanya,
Kalau esok kau mati, orang tengok bendera parti apa ke masa nak kafankan kau?
Tak !

Silap-silap, orang yang kau kutuk siang malam tu jugak yang mandikan, kafankan, uruskan jenazah kau.

So, jangan jadi pentaksub buta. Nak sokong, sokonglah. Tapi jangan sampai hilang akal.

Sebenar saya paling sedih bukan tengok Gza je, tapi tengok kita semua ni.
Nak bersatu buat himpunan 𝗠𝗘𝗚𝗔 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 yang boleh kumpul semua blok, fahaman untuk Palstin pun payah.

Sebab apa?
Kalau nampak pemimpin “sebelah sana” turun, eh tak payah join la, terus tarik diri.
Kalau geng sendiri je, baru semangat.
Apooo

Sedangkan negara bukan Islam boleh turun 𝗥𝗔𝗧𝗨𝗦 𝗥𝗜𝗕𝗨 orang ya untuk berhimpun, berarak – tak kira la agama, bangsa, ideologi.

Sebab Gza ni bagi diaorg bukan isu politik, tapi isu kemanusiaan.
Kita ni konon negara Islam? Tapi hati kita tertutup sempit. Masih suka duduk dalam penjara ego kita sendiri.

Walaupun Sabtu ni ada himpunan penting 𝗦𝗲𝗱𝗲𝗸𝗮𝗱 𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔𝗛 yang patutnya ramai ahli AMANAH kena fokus untuk persediaan sebagainya. Tapi hati kami tetap pilih untuk adakan ruang solidariti team GSF yang ditangkap, bersama Gza, bersama Sumud.

Sebab Palstin bukan isu sampingan, Palstin adalah 𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗡𝗨𝗦𝗜𝗔𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗝𝗔𝗚𝗔𝗧.

Kawan-kawan,
Gza ni bukan pentas politik murahan.
Gza adalah pentas ujian hati. Sama ada kita jadi penyelamat, atau terus kekal menjadi terpaling macai.

𝗥𝗘𝗠𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥,
𝗚𝘇𝗮 𝗶𝘀 𝗯𝗲𝘆𝗼𝗻𝗱 𝘆𝗼𝘂𝗿 𝗽𝗮𝗿𝘁𝘆. 𝗕𝗲𝘆𝗼𝗻𝗱 𝘆𝗼𝘂𝗿 𝗲𝗴𝗼.
𝗚𝘇𝗮 𝗶𝘀 𝗯𝗲𝘆𝗼𝗻𝗱 𝗲𝘃𝗲𝗿𝘆𝘁𝗵𝗶𝗻𝗴

Salam Rahmah Berfakta,
Raimy Hany





HIMPUNAN SATU DEKAD PARTI AMANAH NEGARA | 4 OKTOBER 2025 (SABTU) | STADIUM TITIWANGSA
01/10/2025

HIMPUNAN SATU DEKAD PARTI AMANAH NEGARA | 4 OKTOBER 2025 (SABTU) | STADIUM TITIWANGSA

MERDEKA & REFORMASI: DARIPADA NARATIF SEMPIT KEPADA PERPADUANUcapan Sempena Hari Kemerdekaan ke-68Syukur ke hadrat Allah...
31/08/2025

MERDEKA & REFORMASI: DARIPADA NARATIF SEMPIT KEPADA PERPADUAN

Ucapan Sempena Hari Kemerdekaan ke-68

Syukur ke hadrat Allah SWT, kita sekali lagi diberi kesempatan menyambut Hari Kemerdekaan ke-68. Hari ini kita bukan sekadar mengingat sejarah tetapi mengisi erti kemerdekaan dengan semangat memperbaiki negara untuk anak cucu kita.

Namun, menjelang sambutan ini, kita dikejutkan dengan kes kematian adik Zara Qairina. Ia sedang melalui proses siasatan. Kita semua sayang dan mahu membela nasib Zara Qairina. Buang campur tangan dan sentimen politik melampau supaya tidak meruntuhkan keyakinan rakyat kepada sistem keadilan dan undang-undang Negara.

Dalam masa yang sama, kerajaan sedang membawa pelbagai usaha reformasi penting di parlimen.

Cadangan Akta Pembaharuan Bandar (Urban Renewal Act, URA) misalnya, akan membolehkan kawasan perumahan lama dipulihkan, bandar-bandar usang dibangunkan semula dan rakyat mendapat kediaman lebih selesa serta moden.

Ini bukan perubahan sehari dua tetapi reformasi jangka panjang yang akan memulihkan wajah negara.

Kita juga menyaksikan pengenalan Rang Undang-Undang Pekerja Gig (RUU GIG) bertujuan melindungi berjuta rakyat dalam ekonomi gig. Merangkumi pemandu e-hailing, penghantar makanan, freelancer, penulis, pereka grafik, jurugambar, penterjemah dan ramai lagi yang kini menyumbang tenaga besar dalam roda ekonomi negara.

Di samping itu, pembaharuan dalam pengurusan Tabung Haji sedang dijalankan untuk mengembalikan keyakinan rakyat. Tadbir urus yang lebih telus, langkah membanteras salah laku dalam anak syarikat serta penjenamaan semula yang lebih baik membuktikan kerajaan serius menjaga amanah umat Islam dan institusi penting negara.

Semua ini hanya akan bermakna jika kita melihatnya dengan fikiran yang jernih. Malangnya, ada pihak memilih untuk terperangkap dalam naratif sempit sentimen agama dan perkauman sebagai senjata politik, hingga menutup mata terhadap manfaat yang lebih besar kepada rakyat.

Merdeka ini mengingatkan kita bahawa Malaysia milik semua. Kekuatan kita lahir daripada kesatuan hati. Hanya dengan perpaduan, reformasi yang sedang dibawa akan benar-benar mengangkat maruah rakyat dan mengembalikan kegemilangan tanah air tercinta.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-68.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Hjh Rawiyiah Zakaria
Ketua Angkatan Wanita Parti Amanah Negara Negeri Selangor

*JEJAK MERDEKA USAHAWAN HULU LANGAT*Sempena bulan Kemerdekaan, kami berbesar hati menjemput ahli AWAN dan usahawan AWAN ...
12/08/2025

*JEJAK MERDEKA USAHAWAN HULU LANGAT*

Sempena bulan Kemerdekaan, kami berbesar hati menjemput ahli AWAN dan usahawan AWAN untuk menyertai program di atas seperti ketetapan berikut:
📅 Tarikh: 16 Ogos 2025 (Sabtu)
🕥 Masa: 10.00 pagi
📍 Lokasi: Sinar Azam Usahaniaga Sdn. Bhd.
Kawasan Perindustrian Tekali,
Hulu Langat, 43100 Selangor
💰 Yuran: RM10.00

*TERHAD KEPADA 20 PENYERTAAN SAHAJA* 🔥🔥🔥

🎯 *Tujuan & Manfaat Program*
▪️ Dapat lihat sendiri operasi kilang & proses pengeluaran
▪️ Tahu bentuk bantuan & sokongan usahawan yang ditawarkan
▪️ Nampak peluang sebenar buat duit dalam industri makanan sejuk beku

⚠️ Tempat TERHAD – siapa cepat dia dapat!
https://forms.gle/GYNXYtJ97PaR6eey9

📞 Daftar/Info: Aishah (0162064313) / Ufairah (019222 2726)

💥 Ayuh Ahli AWAN HL, bangkit sebagai *Usahawan Merdeka* dan cipta kejayaan sendiri

Mesyuarat tahunan Parti Amanah Hulu Langat 2025 bertempat di Dewan Komuniti MPKj Semenyih dan majlis ini dirasmikan oleh...
12/08/2025

Mesyuarat tahunan Parti Amanah Hulu Langat 2025 bertempat di Dewan Komuniti MPKj Semenyih dan majlis ini dirasmikan oleh
YB Senator Datuk Ser Dr Mujahid bin Yusof Rawa Timbalan Presiden Parti Amanah Negara

11/08/2025

30/07/2025
*JEMPUTAN TAUTAN KASIH AMANAH HULU LANGAT* *Menghimpun Ukhwah, Memperkasa Perjuangan*Assalamualaikum & Salam Rahmah;Suka...
11/07/2025

*JEMPUTAN TAUTAN KASIH AMANAH HULU LANGAT*
*Menghimpun Ukhwah, Memperkasa Perjuangan*

Assalamualaikum & Salam Rahmah;

Sukacita ingin menjemput tuan/puan ahli Amanah Kawasan Hulu Langat untuk hadir bersama dalam program *TAUTAN KASIH*. Program ini *bertujuan merapatkan hubungan antara ahli-ahli Amanah serta menggalakkan penyertaan dalam gerakan parti yang lebih progresif dan inklusif*.

📣 Ceramah Khas: Mengikat Kasih, Menyemarak Perjuangan
Penceramah Jemputan:
*Tuan Amin Idris (Pengacara TV & Penceramah Motivasi)*

🎙️ Dirasmikan oleh:
*Tuan Samsol Bahari (Ketua Amanah Kawasan Hulu Langat)*

📅 Tarikh: 19 Julai 2025 (Sabtu)
🕘 Masa: 8.30 pagi – 1.00 tengah hari
📍 Lokasi: Dewan Dato’ Nazir, Batu 14, Hulu Langat
(https://maps.app.goo.gl/xxLtNr3wyuTTNz2o7)

🎁 CABUTAN BERTUAH MENARIK menanti anda!
☕ Jamuan disediakan
👔 Pakaian: Sopan dan kemas

📲 Untuk maklumat lanjut, hubungi:
📌 Aishah: 016-206 4313
📌 Ufairah: 019-222 2726

🫱🏼‍🫲🏾 Jom kita eratkan kasih, semarakkan perjuangan.

Sahabat Dunia Belum Tentu ke NerakaSahabat Akhirat Belum Tentu ke SyurgaMaka sahabat-sahabat semua perlu CEMERLANG DUNIA...
11/06/2025

Sahabat Dunia Belum Tentu ke Neraka
Sahabat Akhirat Belum Tentu ke Syurga
Maka sahabat-sahabat semua perlu CEMERLANG DUNIA DAN AKHIRAT ⭐️

Nak Tau Apo Caro?
JOM! Bersama SYAMSUL DEBAT

📆 Selasa, 17 Jun 2025
🕌 Masjid Qariyah Kampung Batu 10, Cheras, Selangor.
⏰️ Selepas Solat Maghrib

Hidangan ringan Nasi Lemak Kopi O ada disediakan ☕️🥪🥚🫔

JOM Laaa..🤩👍⭐️









Address

Kajang

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Awan Hulu Langat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share