13/08/2026
APA kata Pengurus SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin mengenai pengumuman pelumba negara, Hakim Danish Ramli akan kekal beraksi di pentas Moto3 bersama pasukan MSi Racing Team pada musim 2027.
"Saya berpandangan bahawa tiada sebarang keraguan terhadap pasukan ini dan semestinya lanjutan kerjasama Hakim Danish bersama pasukan ini merupakan satu pengiktirafan besar.
"Hubungan kami di sini sudah dianggap seperti sebuah keluarga. Pasukan ini mempunyai daya saing yang tinggi, jentera yang digunakan juga kompetitif dan saya percaya Hakim Danish mempunyai motivasi yang tinggi untuk terus beraksi bersama pasukan ini.
"Kami perlu terus melangkah maju untuk musim hadapan. Pada pendapat saya, Hakim Danish masih perlu mempelajari banyak perkara dalam kategori ini sebelum beralih ke peringkat yang lebih tinggi.
"Oleh itu, saya amat berbangga dapat bersama-sama dengan MSi Racing Team dan meneruskan kerjasama dengan mereka.
"Perjalanan Hakim Danish juga membuktikan pelumba Malaysia memiliki bakat untuk bersaing di peringkat tertinggi sekiranya diberikan peluang, perancangan pembangunan yang tepat dan sokongan berterusan.
"Kami berharap berita baik ini akan menjadi inspirasi kepada lebih ramai pelumba muda negara untuk mengejar impian mereka di pentas antarabangsa. Saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jordi dan Oscar atas segala usaha gigih mereka dalam mengekalkan khidmat Hakim Danish.
"Saya berharap agar kita dapat mengharungi musim yang cemerlang pada tahun ini dan tahun hadapan.”
Terus bersama MotoDotMy