
29/04/2025
Hidup ini penuh dengan ujian,dugaan,pengalaman dan pengajaran.Tiba satu ketika itu semua menjadi kenangan yang terindah buat kita...
Ramai bertanya kenapa akak putus asa dalam bisnes,dulu akak selalu bagi semangat kat kawan-kawan supaya tetap teruskan perjuangan,jgn give up bila hadap ujian,jgn down bila gagal tp usaha utk bangkit semula.Sebenarnya situasi akak ni berbeza,akak bukan putus asa,bukan give up,bukan down...
Sejak 2005 akak belajar buat bisnes dalam industri networking bussines.Darah tu masih kental sebenarnya,namun bila akak diuji berkali-kali dengan sihir oleh mereka yang tak puas hati buat akak muhasabah diri.Bukan akak menyerah,akak tetap yakin dgn rahmat Allah,akak tetap yakin tiada suatu pun benda didunia ni bergerak tanpa izin dan kehendak Allah.Akak pernah terus berjuang,akak pernah sombong tak nak mengalah,tapi akhirnya akak sedar Allah nak akak kembali muhasabah diri,yakin dengan aturan dan perancanganNYA.
Selama berjuang dalam bisnes banyak hal yang akak terlupakan,akak lalai menjalankan tanggungjawab sebagai hambaNYA,sebagai isteri,ibu dan anak.Akak serahkan diri dalam perjuangan bisnes,sanggup keluar rumah berminggu2,travel sana sini,rasa bangga dipuji,disanjung,dijadikan idola.Namun akak lupa semua tu ujian dari Allah kerana kasih sayangNYA.
Andai akak tak diuji berkali-kali mana mungkin hari ni akak sedar apa yang Allah nak akak faham.Ada juga beberapa orang founder syarikat dan juga sahabat-sahabat yang datang kongsi peluang bisnes,nak akak kembali dalam industri.Tapi maaf je yg dapat akak katakan,akak bukan sombong,bukan give up dgn industri,akak yakin ramai lagi yang setia berbisnes,dan ramai yg sedang mengecap kejayaan, networking bussines ni yg terbaik didunia,ramai jutawan lahir dari industri ni di seluruh dunia.Ramai yang telah berjaya mengubah tahap kehidupan dlm industri ni.
Akak pun tak tau aturan Allah utk akak di masa depan.Tak mustahil kalian akan nampak akak beraksi kembali.Namun buat masa ni akak hanya mengikut alurnya,akak selesa begini,akak ada banyak masa untuk mengenal diri.
Semoga yang baik-baik je berlaku dalam hidup akak dan sahabat-sahabat semua.InsyaaAllah.
Aamiin Ya Allah Ya Mujib.