Syoknya Buku #syoknyabuku

Syoknya Buku #syoknyabuku Buku novel islamik, buku ilmiah, komik dan lain buku lagi serta termasuk buku terpakai (telah dibaca dan dijual semula)

๐Ÿ’Motivasi DiriPastinya ada pernah terasa seperti mendapat tamparan hebat, sama ada ketika membaca atau mendengar nasihat...
31/03/2024

๐Ÿ’Motivasi Diri

Pastinya ada pernah terasa seperti mendapat tamparan hebat, sama ada ketika membaca atau mendengar nasihat dari seseorang?

Usah bimbang lah!

"Yakinlah bahawa ketika itu ALLAH SWT sedang turunkan hidayah buat kita, asbab dengan rezeki kurniaan Allah menjadikan kita berusaha untuk berubah menjadi manusia lebih baik.

Malah ianya juga seperti ubat, jika terkena pada tempat luka pastinya kita rasa pedih, akan tetapi bila kita teruskan usaha menyapu ubat tanpa jemu pada luka tersebut, insya-allah Allah Rabbuljaleel pasti akan kurniakan kesembuh pada luka kita.

Usaha dan teruskan perjuangan hingga beroleh kejayaan hakiki.

https://t.me/DakwahTerusMenerus

๐Ÿ”–MERENUNG SEJENAK BERKAITAN IMAN DAN TAQWA, BERMANFAAT๐Ÿ„ Membasahi lidah dengan berzikir memuji Allah akan menjadikan hat...
31/03/2024

๐Ÿ”–MERENUNG SEJENAK BERKAITAN IMAN DAN TAQWA, BERMANFAAT

๐Ÿ„ Membasahi lidah dengan berzikir memuji Allah akan menjadikan hati yang tidur selama ini akan terjaga.

๐Ÿ„ Dengan berzikir juga akan menjadikan hati yang selama ini lalai akan sedar dan akan sentiasa berhati-hati.

๐Ÿ„ Ingat! Selagi hati kita masih tidur dan lalai, selama itu juga diri kita akan sentiasa dalam kerugian.

https://t.me/DakwahTerusMenerus

Syeikh Izzuddin Al-Qassam RahimahullahDiambil daripada Said Mokhtaar yang mana mengisahkan nukilan Syeikh Izzuddin seper...
31/03/2024

Syeikh Izzuddin Al-Qassam Rahimahullah

Diambil daripada Said Mokhtaar yang mana mengisahkan nukilan Syeikh Izzuddin seperti poster di atas.

Syeikh Izzuddin menceritakan kisah dieinya: "Aku mempelajari ilmu aqidah selama 20 tahun dan mengajar ilmu aqidah selama 20 tahun p**a. Apabila datangnya panggilan jihad aku terus menyertainya. Tapi baru mendengar bunyi-bunyi tembakan dan dentuman bom akulah orang pertama yang lari ke belakang.

Aku sedih dengan diriku sendiri! Aku adalah seorang yang dikenali alim tapi akulah yang pertama lari dari medan perang! Hilang semua apa yang aku ajarkan kepada manusia tentang aqidah, keyakinan dan keteguhan di jalan Allah!

Hinggalah suatu hari, aku dirikan solat sepanjang malam dan memohon kepada Allah agar dikurniakan keikhlasan dan keteguhan. Aku meminta keampunan atas apa yang telah aku lakukan ketika aku lari dari menghadapi musuh.

Akhirnya, aku berpeluang lagi menghadapi musuh dan melawan mereka seorang diri. Aku dapati ketika itu mereka p**a lari, mereka tidak mampu berhadapan denganku!

Sejak itulah aku sedar bahawa; antara aku dengan Allah hanyalah iman dan takwa. Bukannya buku-buku atau pengajian-pengajian atau ilmu-ilmu agama yang aku miliki.

Sebagai pengajaran: Istilah terlambat tiada dalam kamus hidup, ingat! Semua kita bermula dari zero to hero.

Syeikh Izzuddin al-Qassam bermula dari ketakutannya menghadapi musuh zionis. Pada saat ini delegasi mujahidin beliau telah memilik kekuatan tentera bagi menjaga negaranya sendiri.

https://t.me/DakwahTerusMenerus

DOA UNTUK PALESTIN๐Ÿคฒุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุงู†ู’ุตูุฑู’ ุฅูุฎู’ูˆูŽุงู†ูŽู†ูŽุง ูููŠ ููู„ูŽุณู’ุทููŠู†ุŒ ุงู„ู„ู‡ูู… ุซูŽุจู‘ูุชู’ ุฃูŽู‚ู’ุฏูŽุงู…ูŽู‡ูู…ุŒ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ู‚ูŽูˆู‘ููŠ ุนูŽุฒูŽุงุฆ...
31/03/2024

DOA UNTUK PALESTIN๐Ÿคฒ

ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุงู†ู’ุตูุฑู’ ุฅูุฎู’ูˆูŽุงู†ูŽู†ูŽุง ูููŠ ููู„ูŽุณู’ุทููŠู†ุŒ ุงู„ู„ู‡ูู… ุซูŽุจู‘ูุชู’ ุฃูŽู‚ู’ุฏูŽุงู…ูŽู‡ูู…ุŒ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ู‚ูŽูˆู‘ููŠ ุนูŽุฒูŽุงุฆูู…ูŽู‡ูู…ู’ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุตูŽุจู‘ูุฑู’ู‡ูู… ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูุตููŠุจูŽุชูู‡ูู…ุŒ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุชูŽู‚ูŽุจู‘ูŽู„ู’ ุดูู‡ูŽุฏูŽุงุกูŽู‡ูู…ู’

Ya Allah, dukunglah saudara-saudara kami di Palestin. Ya Allah, teguhkan mereka di atas kakinya. Ya Allah, kuatkanlah tekad mereka. Ya Allah, berikanlah kesabaran dalam musibah mereka. Ya Allah terimalah para syuhada mereka.

https://t.me/DakwahTerusMenerus


Mendidik Bangsa Untuk Berilmu Dan Beramal Demi Akhirat Dengan Cara Dakwah Santai Agar Sampai ๐Ÿ˜

๐Ÿ”– LAFAZ ISTIGHFAR UNTUK IBU AYAH DAN SEKALIAN MANUSIA ุฃุณู’ุชูŽุบู’ููุฑูุงู„ู„ู‡ูŽ ุงู„ุนูŽุธููŠู’ู… ู„ููŠ ูˆูŽู„ููˆูŽุงู„ูุฏูŽูŠู‘ูŽ ูˆูŽู„ูุฃุตู’ุญูŽุงุจู ุงู„ุญูู‚ููˆ...
30/03/2024

๐Ÿ”– LAFAZ ISTIGHFAR UNTUK IBU AYAH DAN SEKALIAN MANUSIA

ุฃุณู’ุชูŽุบู’ููุฑูุงู„ู„ู‡ูŽ ุงู„ุนูŽุธููŠู’ู… ู„ููŠ ูˆูŽู„ููˆูŽุงู„ูุฏูŽูŠู‘ูŽ ูˆูŽู„ูุฃุตู’ุญูŽุงุจู ุงู„ุญูู‚ููˆู’ู‚ู ุงู„ูˆูŽุงุฌูุจูŽุงุชู ุนูŽู„ูŠู‘ ูˆูŽู„ูุฌูŽู…ููŠู’ุนู ุงู„ูู…ูุคู…ูู†ููŠู’ู†ูŽ ูˆูŽุงู„ู…ูุคู…ูู†ูŽุงุชู ูˆูŽุงู„ู…ูุณู’ู„ูู…ููŠู’ู†ูŽ ูˆูŽุงู„ู…ูุณู’ู„ูู…ูŽุงุชู ุงู„ุฃุญู’ูŠูŽุง ุกู ู…ูู†ู’ู‡ูู…ู’ูˆูŽุงู„ุฃู…ู’ูˆูŽุงุชู’

Astaghfirullohhal adziim li wali wali dayya wali ashabil khuquqi wajibati alayya wali jamiil mu'minin wal mu'minat wal muslimiina wal muslimat al akhyaa 'i minhum wal amwaat

"Aku mohon ampun ya Allah dzat yang Maha Agung, juga ampuni kedua orang tuaku dan orang-orang yang punya kewajiban pada aku, dan semua mukminin dan mukminat, muslimin dan muslimat yang hidup maupun yang sudah meninggal."

Bacalah sebanyaknya pagi dan petang. Semoga Allah redha dan terima taubat kita dan umat Islam seluruhnya...

Usah minta pengampunan hanya untuk diri kita sendiri sahaja. Minta lah juga pengampunan untuk seluruh umat islam, amnya.

https://t.me/DakwahTerusMenerus

Mendidik Bangsa Untuk Berilmu Dan Beramal Demi Akhirat Dengan Cara Dakwah Santai Agar Sampai ๐Ÿ˜

29/02/2024

Assalamualaikum tuan tuan Dan puan puan yang mulia.

ISTIMEWA UNTUK ANGGOTA KOSEGAR.

KOSEGAR menyediakan hampir RM400,000.00 kepada anggota yang layak untuk buat pembiayaan bagi tujuan sambutan Hari Raya dan kembali ke sekolah

JOMMM... SEGERA KITA REBUT PELUANG INI.....
hubungi segera KOSEGAR di talian 03 - 55101920

Akhir zaman ini mantapkan diri Teruskan berjihad tetapi bukan untuk kemarahan, Bukan juga untuk membalas dendam Dan buka...
12/02/2024

Akhir zaman ini mantapkan diri
Teruskan berjihad tetapi bukan untuk kemarahan,
Bukan juga untuk membalas dendam
Dan bukan juga untuk mendera golongan kufur,
Bukan juga semata-mata untuk mendirikan sistem-sistem Islam,
Akan tetapi jihad paling utama adalah untuk membawa insan kembali pada Makrifatullah
Jihad mengajak ke arah keimanan kepada yang Maha Esa
Beriman kepada-Nya dengan penuh rasa cinta, beradab dan rasa tawaduk bukan bererti lemah...

| |

11/02/2024

Kata Imam Al-Ghazali, apabila berasa malas untuk membuat ibadah, hadir kan untuk beribadahmu itu kepada Allah dengan menghadirkan dua (2) sifat di dalam hatimu iaitu :

SIFAT AL-KHAUF.
Iaitu melahirkan ke dalam hati rasa TAKUT serta GERUN kepada ALLAH semata.

SIFAT AR-RAJA'.
Iaitu melahirkan dan memasukkan ke dalam hati rasa ingin beroleh rahmat Allah yakni pertolongan dan pelbagai kurniaan Allah yang lainnya.

Kata Imam Al-Ghazali, jika dua (2) sifat ini tidak masuk ke dalam jiwa sanubari malah jauh sekali kita untuk tidak memaksa-maksanya. NauzubilLah...

Ingat! Nafsu ini perlu dipaksa, bukan dituruti.

Orang yang mahu menuju kepada Taqwa ilaLlah mesti ada tiga (3) sifat ini iaitu Al-Khauf, Ar-Raja' serra kasih kepada ibadah hanya kerana-Nya.

|

Allahumma solli ala sayyidina Muhammad wa ala Ali sayyidina Muhammad...Free Gozzah...
29/12/2023

Allahumma solli ala sayyidina Muhammad wa ala Ali sayyidina Muhammad...

Free Gozzah...




18/10/2023
Jom kenali ISTERI RasuluLlah bernama SAUDAH BINTI ZAM'AH:Beliau dinikahi oleh RasuluLlah setelah Saidatina Khadijah meni...
19/07/2023

Jom kenali ISTERI RasuluLlah bernama SAUDAH BINTI ZAM'AH:

Beliau dinikahi oleh RasuluLlah setelah Saidatina Khadijah meninggal dunia.

Saudah adalah insan yang tidak pernah pop**ar sebelum baginda sallallahu alaihi wallam menikahinya & tidak seperti isteri-isteri baginda lain.

Namun Saudah tetap termasuk isteri yang memiliki martabat mulia serta berkedudukan tinggi di sisi Allah subhanahu wa taala dan Rasul sallallahu alaihi wasallam.

Baginda Rasulullah sallalahu alaihi wasallam menikahi Saudah tidak semata-mata kerana kecantikan dan hartanya.

Apa yang Rasulullah s**a dan gembira mengahwini Saudah adalah kerana semangat mandiri dan semangat jihadnya di jalan Allah sangat tinggi.

Disamping itu, minda Saudah sangat cerdas, perjalanan hidup sentiasa dalam keadaan baik, ikhlas yang sangat tinggi semata-mata kepada Allah.
.. dan Rasul sallallahu alaihi wasallam serta keimanannya yang mantap.

Pernikahan dengan Saudah berlaku selepas baginda dukacita asbab pemergian isteri tercinta Saidatina Khadijah dan terjadinya peristiwa israk mikraj

Pada ketika itu, Allah perlihatkan kekuasaan-Nya kepada RasuluLlah sallallahu alaihi wasallam.

Lebih sedih lagi kaum musyrikin mengejek sebab tidak percaya dengan apa yang dikisahkan oleh baginda kepada mereka, malah ebaluknya baginda diejek.

Dalam pada berlaku kesedihan, muncul Saudah binti Zam'ah yang ketika itu turut sama berjuang dan sentiasa memberi sokongan dan dokongan tanpa jemu dan jauh sekali berbelah bagi.

Kemudian Saudah dinikahi oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam selepas Khadijah.

Bila Khaulah binti Hakim melihat keadaan baginda, lantas Khaulah bertanyakan kepada baginda "Ya RasuluLlah, dirimu perlu kepada pendamping, disamping itu mengawasi makan minum serta segala urusan keluarga juga mengasuh Ummu Kalsum, Fatimah selepas Ruqayah dan Zainab berkahwin nanti"

Setelah difikirkan oleh baginda memang mengandungi kebenaran. Lantas baginda bertanya "Wahai Khaulah, siapakah yang engkau pilih pantas untuk diriku?"

Khaulah menjawab, "Gadis atau janda?; Jika gadis , Aisyah binti Abu Bakar pilihanku dan sekiranya janda, Saudah binti Zam'ah pilihan terbaikku".

Bila diungkapkan nama Saudah binti Zum'ah, baginda mengenali sejak keislaman beliau, banyak memikul tugas dan tanggungjawab serta beban perjuangan dalam melebarkan Islam.

Melihat kepada tatakelola hidup yang hebat dan mantap, baginda memilih Saudah binti Zam'ah

Fizikal Saudah binti Zam'ah ialah wanita yang tinggi, berbadan gempal, tidaklah cantik dan tidak juga kaya.

Beliau janda kematiam suami. Selepas itu beliau bernikah dengan sepupunya Sukran bin Amr dan menjadi isteri yang SETIA serta TULUS jiwa raganya.

RasuluLlah sallallahu alaihi wasallam memilih Saudah asbab KEMANTAPAN Iman dan MAMPU menjadi PEMIMPIN di rumah ayahnya walaupun ayahnya masih dalam keadaan musyrik lagi.

Khaulah menemui Saudah dengan wajah yang sangat gembira sehingga terungkap perkataan;

"Apa yang engkau telah lakukan sehingga Allah memberkatimu dengan nikmat yang sangat besar ini?"

Saudah terpinga-pinga;

"Nikmat besar apakah lagi yang aku perolehi.

Sudah cukup dengan anugerah yang Allah kurniakan kepada ku kerana dengan anugerah ini aku dapat melihat, mendengar dan merasai nikmat lainnya..."

Khaulah lantas memaklumkan bahawa, RasuluLlah mengutuskan aku untuk meminang engkau untuk dirinya".

Sangat mengemparkan bagi Saudah

Sebab Saudah tidak pernah mengimpikan dirinya begitu dihormati dengan penuh kemuliaan, lebih lagi setelah kematiam suami beliau disisih jauh.

RasuluLlah sallallahu alaihi wasallam memilih Saudah bukan didorong dan memenuhi nafsu duniawi, akan tetapi kerana Saudah mampu untuk menjaga ahli keluarga dan rumahtangga yang RasuluLlah bina selepas kematian Saidatina Khadijah.

Setelah pernikahan diikat, Saudah menjaga Ummu Kalsum dan Fatimah, beliau menjaga kedua anak RasuluLlah seperti anaknya sendiri

Istimewanya Saudah, beliau dangat lembut, punyai kesabaran yang sangat tinggi, s**a menghiburkan hati RasuluLlah dan seringkali memberi semangat bila mana RasuluLlah kelihatan 'down'.

Dia tidak pernah berharap, dirinya sama sebaris dengan Khadijah binti Khuwailid.

Namun beliau berazam untuk mengisi kekosongan hati baginda walaupun telah mendapatkan kasih sayang daripada baginda sallallahu alaihi wasallam.

Pada ketika ini , RasuluLlah menerima wahyu dari Allah agar mengahwini Aisyah binti Abu Bakr yang jauh sangat muda berpuluh tahun daripadanya.

Bila mendengar tentang perkara ini... Saudah merelakan dan tidak sedikitpun memiliki perasaan cemburu bila mengetahui Aisyah ditunangkan dengan RasuluLlah

Yang bestnya, beliau rela madunya berada ditengah-tengah keluarga RasuluLlah sallallahu alaihi wasallam.

Apapun nikmat paling besar ialah menjadi Ummul Mukminin

sebab secara tidak langsung telah dapat menyayangi RasuluLlah , menyakini segala ajaran baginda dan jauh dari kepentingan duniawi.

Paling best... Wajah Saudah sentiasa ceria dan bila bertutur kata sentiasa dengan lemah lembut. Bukan setakat itu sahaja, siap bantu madunya...

ketika diperlukan oleh Aisyah.

Dengan tindakan tersebut menyebabkan Aisyah s**an dan mencintai Saudah.

Sehingga terpacul dari mulut Aisyah; "Tiada wanita yang aku cintai untuk berkumpul bersamanya selain Saudah binti Zum'ah...
. Beliau memiliki keistimewaan yang tiada pada wanita lain"

Ini termasuk merelakan malam-malam giliranya untuk Aisyah bagi mendapatkan redha Allah semata-mata.

Saudah isteri yang berjiwa besar, beliau turut terlibat dalam perang Khaibar dan pada peperangan ini RasuluLlah...

bernikah p**a dengan Safiyah binti Huyay. Sehinggakan mendengar berita ini, beliau rela dan menerima kehadiran isteri -isteri RasuluLlah yang lain dengan lapang dada.

Kenapa begitu tenang mendengar berita ini, sebab hati Saudah bersih daribsifat iri hati dan cemburu buta. Yang lagi 'best', beliau menunaikan haji wada' bersama-sama dengan kesemua isteri baginda sallallahu alaihi wasallam.

Setelah selesai Haji Wada' , RasuluLlah meminta persetujaun daripada kesemua isterinya bahawa beliau akan tinggal di rumah Aisyah ketika sakit.

Walaupun RasuluLlah tinggal di rumah Aisyah, Saudah tidak pernah putus menziarahi dan menjenguk baginda sallallahu alaihi wasallam sambil ringan tulang membantu Aisyah sehingga baginda wafat.

Hebatnya Ummul Mukminin ini, setelah wafatnya baginda sallallahu alaihi wasallam

Saudah terus menyendiri beribadah kepada Allah sehingga hujung nyawanya.

Apa yang boleh kita ambil pengajaran dari kisah Saudah binti Zum'ah ummul mukminin ini:

1. KEKUATAN dan KETEGUHAN dalam menanggung derita.

2. KESABARAN dan KEREDHAAN beliau dalam menerima TAKDIR Allah yang mana beliau kena kembali ke rumah ORANG TUAnya yang masih musyrik.

3. Dalam hatinya TIDAK ADA PERASAAN CEMBURU terhadap isteri-isteri RasuluLlah sallallahu alaihi wasallam

4. Insan PEMURAH dan S**A BERSEDEKAH

5. RINGAN TULANG membantu golongan lain terutama madu-madunya.

Bila membaca kisah Saudah binti Zam'ah ini, dipohon kepada kita semua mendoakan agar Allah merahmati dan memayungi dengan payung syurga terbaik serta meletakkan pada tempat yang selayaknya di syurga nanti...

Aameen

Address

Kajang
43000

Telephone

+60138030789

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Syoknya Buku #syoknyabuku posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Syoknya Buku #syoknyabuku:

Share