KUISCELL

Call Directions Website

KUISCELL Digital Media
Training & Certification
Production
Event Kursus Pendek & Pengajian Kitab
Produksi TV
Khidmat video korporat
Kursus & Latihan awam

23/09/2026

Di sebalik kemeriahan Huffaz Cilik Musim Ke-2, penampilan hos yang menceriakan suasana turut menjadi antara tarikan program.

Menampilkan Aril Piluz sebagai hos, beliau menghidupkan setiap segmen dengan gaya penyampaian yang bertenaga, bersahaja dan dekat dengan penonton, sekali gus menyerikan perjalanan Huffaz Cilik dalam meraikan bakat serta potensi generasi cilik.

Saksikan momen-momen menarik bersama Aril Piluz sepanjang Huffaz Cilik Musim Ke-2. πŸ“–βœ¨

KUISCELL berbangga menjadi sebahagian daripada usaha dalam menyokong pembangunan bakat, kreativiti dan kecintaan terhadap Al-Quran dalam kalangan generasi muda.

KUISCELL kini sedang berlangsung **Halal Awareness & Understanding Course**, sebuah program yang memberi pendedahan dan ...
22/09/2026

KUISCELL kini sedang berlangsung **Halal Awareness & Understanding Course**, sebuah program yang memberi pendedahan dan pemahaman kepada peserta berkaitan asas halal serta ekosistem industri halal.

Melalui sesi pembelajaran dan perkongsian yang dijalankan, peserta berpeluang memperluaskan pengetahuan mengenai kepentingan kesedaran halal, pematuhan serta peranan setiap pihak dalam membangunkan industri halal yang lebih berdaya saing.

KUISCELL terus komited dalam menyediakan platform pembelajaran yang memperkasa ilmu, meningkatkan kompetensi dan membina kesedaran dalam bidang industri halal.

**Membina kefahaman. Memperkasa pengetahuan. Menyokong perkembangan industri halal.**

πŸ“© **Berminat untuk mengikuti Kursus Kesedaran Halal?**
Hubungi KUISCELL untuk maklumat lanjut mengenai program latihan dan pensijilan halal yang kami tawarkan.

πŸ“ž **Hubungi kami: 011-2899 0687**

KUISCELL ke Ibu Pejabat Perodua di Rawang bagi mesyuarat perbincangan dan penyelarasan program latihan cuti sekolah akan...
21/09/2026

KUISCELL ke Ibu Pejabat Perodua di Rawang bagi mesyuarat perbincangan dan penyelarasan program latihan cuti sekolah akan datang.

Perbincangan ini menjadi platform untuk meneroka inisiatif pembangunan sahsiah, motivasi serta pengisian pendidikan yang bermanfaat kepada generasi muda.

Semoga jalinan kerjasama ini dapat direalisasikan melalui program yang memberi impak positif kepada para peserta dan keluarga warga kerja Perodua.

KUISCELL β€” Membina Potensi, Memperkasa Generasi.


21/09/2026

Monday Motivation

Alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk memulakan minggu yang baharu.

Sebelum melangkah lebih laju mengejar urusan dunia, luangkan seketika untuk bersyukur. Selagi kita masih bernafas, masih ada ruang untuk berdoa, memperbaiki diri dan mendekatkan hati kepada Allah.

Jangan biarkan tekanan menguasai hati. Percayalah, Allah mengetahui apa yang kita perlukan sebelum kita memintanya. Mulakan minggu ini dengan Bismillah, teruskan usaha dengan penuh tawakal dan yakin bahawa setiap langkah yang baik akan dipermudahkan oleh-Nya.

✨ Semoga minggu ini dipenuhi keberkatan, ketenangan dan kejayaan buat kita semua.

πŸ€– AI DALAM PENDIDIKAN TINGGI: TEKNOLOGI ATAU KEPERGANTUNGAN?Penuntut universiti diingatkan agar tidak menyalahgunakan te...
18/09/2026

πŸ€– AI DALAM PENDIDIKAN TINGGI: TEKNOLOGI ATAU KEPERGANTUNGAN?

Penuntut universiti diingatkan agar tidak menyalahgunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) sehingga menjejaskan keupayaan berfikir secara kritikal.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, menegaskan bahawa AI bukan lagi sekadar alat, sebaliknya sebahagian daripada proses pembelajaran yang perlu diintegrasikan dalam kurikulum pendidikan tinggi.

Penggunaan AI secara bijak bukan sahaja membantu pembelajaran, malah perlu seiring dengan kemahiran berfikir secara kritikal dan keupayaan membuat keputusan sendiri.

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

πŸ€– AI IN HIGHER EDUCATION: TECHNOLOGY OR DEPENDENCY?

University students are reminded not to misuse artificial intelligence (AI) technology in ways that compromise their critical thinking abilities.

Higher Education Minister Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir emphasised that AI is no longer merely a tool, but has become part of the learning process that needs to be integrated into higher education curricula.

The responsible use of AI not only supports learning but should also go hand in hand with critical thinking skills and independent decision-making.

18/09/2026

✨ **Jangan Pernah Berhenti Berselawat 🀍**

Setiap selawat yang kita lafazkan merupakan amalan yang penuh dengan keberkatan. Semoga kita terus istiqamah berselawat dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. 🀲🏻

Jom sama-sama amalkan selawat dalam kehidupan seharian. ❀️

17/09/2026

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan episod kedua Alpha Gen Talent: Huffaz Cilik Musim Ke-2!

Saksikan bakat dan kehebatan peserta cilik TABIKA KEMAS berusia 5 hingga 6 tahun yang mempamerkan kebolehan menghafal serta memperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran dengan penuh keyakinan dan penghayatan.

πŸ“Ί Episod 2
πŸ—“οΈ Sabtu, 19 September 2026
⏰ 9.00 malam
πŸ“‘ Saluran Okey

Ayuh bersama-sama memberi sokongan kepada generasi huffaz cilik yang bakal menjadi inspirasi buat seluruh rakyat Malaysia.

πŸ‘‰ Jangan lupa ikuti media sosial KUISCELL untuk mendapatkan perkembangan terkini, kandungan eksklusif di sebalik tabir serta informasi menarik berkaitan program ini.

17/09/2026

SEKALUNG TAHNIAH

Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin bin Syed Mohamed Tahir, Pengerusi Perbadanan Wakaf Selangor atas pelantikan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah KUISCELL Sdn. Bhd.

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada pengukuhan tadbir urus, peluasan jaringan strategik serta perkembangan perniagaan KUISCELL, di samping terus menyumbang kepada kecemerlangan dan kemajuan UIS.

Ikhlas daripada Ahli Lembaga Pengarah dan warga kerja Perbadanan Wakaf Selangor.


πŸ‡²πŸ‡Ύ KUISCELL mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia.Semoga semangat perpaduan, k...
16/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ KUISCELL mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Semoga semangat perpaduan, keharmonian dan kebersamaan terus menjadi asas dalam membina negara yang maju, sejahtera dan berdaya saing.

Malaysia Madani, Rakyat Disantuni.

15/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ Berbeza latar belakang, berbeza budaya, tetapi tetap satu Malaysia.

Sempena Hari Malaysia, kami berkongsi sedikit keunikan tempat asal masing-masing tanpa menyebut nama negerinya. Setiap petunjuk membawa cerita dan identiti yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang istimewa.

Selamat Menyambut Hari Malaysia. Semoga perpaduan terus menjadi kekuatan kita bersama.

Address

Selangor International Islamic University, Persiaran Sri Putra 1 Bangi
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+60389121636

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KUISCELL posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share