Artzlizan

Directions

Artzlizan Komik versi sendiri dan hasil contengan sendiri mengikut acuan kepala otak sendiri

Diet oh DietAbang memang seorang yang mengamalkan diet. Diet abang dinamakan suku suku sepenuh. Memang penuh pinggan aba...
24/09/2026

Diet oh Diet

Abang memang seorang yang mengamalkan diet. Diet abang dinamakan suku suku sepenuh. Memang penuh pinggan abang.

Orang kampung macam abang ni memang makan tak memilih. Apa yang ada depan mata kami sebat selagi halalan toyyiban. Halal paling penting.

Makan untuk hidup, makanya untuk abang meneruskan kehidupan kena la makan kan. Setiap makhluk yang bernyawa pasti akan merasai makanan.

Ok la dulu ye, abang nak meneruskan diet suku suku sepenuh ni.

Sekian, terima kasih.
Artzlizan

RoroKata orang tua, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum, tak payah nak mengaum sangat la kan,...
24/09/2026

Roro

Kata orang tua, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum, tak payah nak mengaum sangat la kan, tak sempat mengaum dah kena ngap dulu kan.

Cuma berkenaan isu puak roro ni, kalau dia duduk elok-elok je kat sini tak buat masalah kita semua ok je kan. Rakyat Malaysia ni semua baik hati s**a tolong orang.

Cuma satu je, bila orang baik dengan kita, sebagai balasannya hormatilah sesama kita. Jangan buat masalah dan jangan bikin onar. Jangan bikin masalah cerita kedai kopi.

Abang ni terbuka orangnya macam kawan-kawan abang yang lain. Duduk tempat orang buat macam rumah orang, bukan macam rumah sendiri.

Ok duduk sini baik-baik ye semua.

Sekian, terima kasih.
Artzlizan

Anak BongsuAnak bongsu abang dah nak habis belajar kat politeknik, bulan Oktober ni dah start intern 6 bulan. Semakin le...
24/09/2026

Anak Bongsu

Anak bongsu abang dah nak habis belajar kat politeknik, bulan Oktober ni dah start intern 6 bulan. Semakin lega bila semua anak dah selesai belajar kan.

Dulu budak ni kecik je, lahir pun 2.4 kilo je. Senang abang nak tidurkan dia dulu, letak atas tapak tangan je sebab memang sebesar botol air mineral je.

Nak mandikan dia pun lagi senang, pegang dua-dua kaki dan celup dalam baldi, tenyeh-tenyeh sikit angkat dan sidai kat ampaian.

Seronok bila tengok anak membesar depan mata kita kan. Sampai sekarang daripada sekecil botol air mineral dah jadi sebesar ini.

Bila anak bongsu dah sebesar ini, terasa benar akan ketuaan abang ni. Janggut dan misai serta rambut mula diserang keputihan.

Kesimpulan, abang dah sedar diri sekarang sebenarnya abang sudah remaja purba.

Kartun Hari IniAda masa-masa kita akan terasa seperti akan memuji diri kita sendiri. Tak salah pun kan kalau dah memang ...
24/09/2026

Kartun Hari Ini

Ada masa-masa kita akan terasa seperti akan memuji diri kita sendiri. Tak salah pun kan kalau dah memang takde orang lain nak puji kan.

Tapi hari ini abang terasa darjah kehenseman abang semakin bertambah. Entah kenapa perasan ini semakin membara meluap-meluap, terasa akan bahangnya.

Adakah anda semua seperti abang? Sebab abang tengok semua nampak muka manis je. Baik lelaki atau perempuan takde yang marah-marah hari ni. Semua nampak berseri je.

Mungkin ada sebab kenapa mereka sebegitu. Adakah kerana mereka sudah bosan marah-marah. Adakah kerana mereka dapat makan free?

Pelbagai persoalan bermain di minda abang hari ini. Kenapa abang dan semua orang di sekeliling abang nampak manis-manis belaka ye?

Sekian, terima kasih.
Artzlizan

24/09/2026

Motivasi Diri Pagi Hari

Motivasi diri pagi hari ini. Bismillah, semoga hari ini yang sakit disembuhkan. Yang kesulitan dilancarkan. Yang susah dimudahkan dan yang kurang dicukupkan, In Shaa Allah.

Surat Buat CikguAbang terbaca kisah seorang pelajar yang menegur gurunya dengan cara yang sangat baik, bil hikmah dengan...
23/09/2026

Surat Buat Cikgu

Abang terbaca kisah seorang pelajar yang menegur gurunya dengan cara yang sangat baik, bil hikmah dengan hikmah.

Kalau kita ada kawan atau sahabat yang s**a menegur ke arah kebaikan macam ni amatlah bagusnya kawan tu. Kawan macam ni kita kena pegang jangan bagi lepas.

Amat best dan untung cikgu ni bila dapat anak murid yang baik dan prihatin macam ni. Abang tunggu jugak kalau-kalau ada anak murid abang yang nak bagi surat macam ni.

Tapi alangkah hampanya, tak pernah lagi abang surat macam ni, yang ada cuma surat yang berisi MC serta sebab kenapa tak datang sekolah.

Abang doakan murid yang menulis surat kat atas tu dimudahkan segala urusan dunia akhirat dan menjadi murid yang bijak lagi cerdik dan sentiasa berbakti kepada orang tuanya, In Shaa Allah.

Santai PetangUkuran nilai seseorang manusia bukan terletak kepada tingginya songkok atau besarnya serban yang dipakai.Ta...
23/09/2026

Santai Petang

Ukuran nilai seseorang manusia bukan terletak kepada tingginya songkok atau besarnya serban yang dipakai.

Tak usah merasa diri hebat jika merasakan banyak berbuat kebaikan. Orang di sekeliling kita dapat menilai seberapa bernilainya diri kita.

Sebab tu rendah diri itu penting. Humble tapi menyenangkan hati semua orang. Jika kita baik dengan orang, orang pasti akan berbuat baik pada kita. Itu sifir kehidupan.

Namun penilaian manusia tidak akan lebih baik daripada penilaian Tuhanmu. Segala gerak geri kita sentiasa dalam radar ya. Penilaian Allah adalah yang terbaik.

Ingat lagi satu, jika kita rasakan kita baik, ketahuilah ada lagi orang yang lebih baik daripada kita. Jadilah diri sendiri.

Sekian, terima kasih.
Artzlizan

Nasi Lemak Kopi OMemang best kalau makan nasi lemak dengan kopi O. Memang gabungan yang mantap dan terbaik membuatkan ha...
23/09/2026

Nasi Lemak Kopi O

Memang best kalau makan nasi lemak dengan kopi O. Memang gabungan yang mantap dan terbaik membuatkan hati senang dan riang terasa.

Namun begitu sedikit peringatan buat penjual nasi lemak sekalian, jangan sorokkan ikan bilismu itu. Puas abang mengais sambal mencari ikan bilis, namun hampa belaka.

Abang cuma dapat jumpa dua ekor, yang lainnya cuma bawang. Sekurang-kurangnya bagi la kat abang ni 10 ke 15 ekor ikan bilis baru la best.

Abang baru nak layan makan nasi lemak, potong betul la bila takde ikan bilis. Jangan nak suruh abang buat sendiri nasi lemak ye.

Kalau abang buat sendiri nasi lemak, abang akan pastikan penuh ikan bilis sampai nak cari nasi pun kena selak ikan bilis dulu.

Ok la ye, ni last warning dari abang. Tolong letak ikan bilis 15 ekor ye, esok abang datang lagi beli sebab manis yang menjualnya.

Usah biarkan kemanisan itu dipahitkan dengan ketiadaan bilismu itu.

Sekian, terima kasih.
Artzlizan

Kartun Hari IniKonsep hidup yang mudah untuk difahami oleh semua orang. Bila lapar, sila makan. Bila dahaga sila minum. ...
23/09/2026

Kartun Hari Ini

Konsep hidup yang mudah untuk difahami oleh semua orang. Bila lapar, sila makan. Bila dahaga sila minum. Bila mengantuk sila tidur.

Yang paling penting adalah, bila terasa diri tu bodoh sila belajar!

Sekian, terima kasih.
Artzlizan

23/09/2026

Motivasi Diri Pagi Hari

Motivasi diri pagi hari ini. Sedikit kata untuk hari ini, jika Allah mampu mengubah siang menjadi malam, yakinlah bahawa Allah juga bisa mengubah sakit menjadi sihat, sedih menjadi gembira, susah menjadi senang dan lelahmu menjadi berkah.

Address

Kajang

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Artzlizan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share