Kasi Terbit

Kasi Terbit Penerbit buku non-fiksyen, fokus pada genre travelog, pengurusan kewangan, pelaburan hartanah dan med

Buku baru tulisan Kenny Lee Chia Sern .Rahsia Bank dan Pinjaman Rumah.Cover dah final.
29/10/2025

Buku baru tulisan Kenny Lee Chia Sern .

Rahsia Bank dan Pinjaman Rumah.

Cover dah final.

Satu lagi berita sedih hari ni.Penulis buku I Want to Die But I Want to Eat Tteokbokki, telah meninggal dunia. Baek Shae...
17/10/2025

Satu lagi berita sedih hari ni.

Penulis buku I Want to Die But I Want to Eat Tteokbokki, telah meninggal dunia. Baek Shae-hee baru berusia 35 tahun.

Bukunya dan sequel I Want to Die But I Stll Eat Tteokbokki memang saya jual sebelum ni. Ramai betul beli dua buku terjemahan ke English ni.

Berita mengatakan dia juga mendermakan beberapa organ kepada pesakit yang memerlukan.

Sebagai salah seorang pengikrar penderma organ dan penulis buku, kisah dia sangat memberi inspirasi kepada saya.

Saya percaya dia terus hidup melalui bukunya, dan melalui organ yang didermakannya.

16/10/2025

Kontraktor buku beritahu, ada order dari library untuk buku Simpulan Maut dan Untuk Bertahan. Hari ni nak ke taklimat SIBF, nak pas buku ni.

Tapi malas betul nak bawa kereta. Nasib baik ada beg delivery. Boleh muat semua buku dalam beg ni.

Settle bawa dengan motor je la hari ni.

Sue and Tokosue gave me a safe space to be my true self – a place where I could talk about anything, not to be judged bu...
30/09/2025

Sue and Tokosue gave me a safe space to be my true self – a place where I could talk about anything, not to be judged but to be supported and understood.

Like thousands of others, I feel very sad about this news. We will all miss Tokosue so much.

I also miss Sue’s warm smile and the joyful moments we shared.

I feel honoured to have travelled and shared a booth together at Ipoh Alternative Book Fest 2025. Truly, I miss those moments.

Thank you for letting me and Kasi Terbit be part of Tokosue and Sue’s life.

Packing buku-buku Kasi Terbit untuk disumbangkan ke projek Beyond Bars. Sumbangan buku untuk diedarkan ke tiga penjara. ...
23/06/2025

Packing buku-buku Kasi Terbit untuk disumbangkan ke projek Beyond Bars. Sumbangan buku untuk diedarkan ke tiga penjara.

Program yang bagus ni diuruskan oleh MCCHR, Malaysian Centre for Constitutionalism and Human Rights.
Orang kuatnya member saya sendiri, Mazni Ibrahim .

Petang ni hantar ke pejabat mereka.

Hari kedua di Ipoh Alternative Bookfest 2025. Lokasi di tingkat atas Moody Cafe.Semalam yang datang ramai orang KL dan P...
04/05/2025

Hari kedua di Ipoh Alternative Bookfest 2025. Lokasi di tingkat atas Moody Cafe.

Semalam yang datang ramai orang KL dan Penang, selain orang Ipoh sendiri. Tapi yang saya tanya, tak ada jumpa orang luar bandar di Perak ni.

Tak ada orang Teluk Intan, orang Lenggong, orang Sungkai, orang Kuale pun tak ada lagi la jumpa.

Mostly orang bandar.. sama ada Ipoh, KL (atau Lembah Klang) atau Pulau Pinang terus. Jadi, adakah orang luar kita besar kurang berminat travel ke ibu negeri untuk melihat event buku?

Pengunjung tak ramai padat macam PBAKL. Tapi yang datang tu memang peminat buku, peminat zine, peminat puisi dan peminat seni. Pengunjung yang berkualiti, bukan hanya remaja walk-in s**a-s**a.

Hari ni hari kedua hari last. Kita bukak sampai jam 7 malam. Lepas tu kami nak pack balik buku, drive ke KL semula.

Kasi Terbit di Ipoh Alternative Book Fest 2025.Hari ni 3/5/2025 start sampai esok Ahad 4/5/2025. Lokasi kat tingkat atas...
03/05/2025

Kasi Terbit di Ipoh Alternative Book Fest 2025.

Hari ni 3/5/2025 start sampai esok Ahad 4/5/2025. Lokasi kat tingkat atas Moody Cafe.

Meh la peminat buku... Datang ke sini.

Hari ni jam 10 pagi - 10 malam.
Esok 10 pagi - 7 malam.

Sabtu Ahad ni, Kasi Terbit akan menumpang dan berkongsi meja jualan dengan Rocky Press.Kira win win situation. Kami kong...
30/04/2025

Sabtu Ahad ni, Kasi Terbit akan menumpang dan berkongsi meja jualan dengan Rocky Press.

Kira win win situation.
Kami kongsi meja jualan.
Kami share kereta angkat stock buku.

Untuk Kawan-kawan di Ipoh, datanglah ke Ipoh Alternative Bookfest 2025 weekend ni ya.

Tarikh: 3 & 4 Mei 2025 (Sabtu & Ahad)
Masa:
Sabtu: 10:00 pagi – 10:00 malam
Ahad: 10:00 pagi – 7:00 petang
Lokasi: Moody Cafe, Tingkat 1,
No.15 Jalan Raja Musa Aziz, 30300, Ipoh, Perak.

IABF menghimpunkan 26 artis dan 20 reruai!

Quit. Buku yang kita wajib baca. Jangan quit membacanya.***Saya mula baca buku ni pada 3rd quarter 2024. Baca versi hard...
02/01/2025

Quit. Buku yang kita wajib baca. Jangan quit membacanya.

***
Saya mula baca buku ni pada 3rd quarter 2024. Baca versi hardcopy.

Saya tamatkan baca semalam pada 1 Januari 2025. Baca versi epub.

Saya boleh kata, buku ni a very damn good one. Bagi saya, ia perlu dibaca oleh semua orang.

Not only Atomic Habits, not only Think and Grow Rich, not only the 7 Habits of Highly Effective People, tapi book blogger perlu masukkan buku Quit oleh Annie Duke dalam list buku wajib dibaca at least sekali seumur hidup.

Sebab buku ni akan mengubah persepsi kita tentang success, fail, wasting time and effort dan konotasi negatif tentang Quit.

Saya paling s**a contoh yang dia tulis. Seorang pelari yang menyertai acara full marathon 26.2 batu (bersamaan 42km).

Jika dia berjaya lari sampai 16 batu, kemudian berlaku kecederaan di kaki... Pemikiran tipikal orang yang nampak berjaya mestilah sampai finishing line, dia akan berusaha tamatkan larian sampai ke garisan penamat. Walaupun sampai kaki cedera teruk dan patah.

Dia berjaya, diraikan walaupun dia sebenarnya mencederakan dirinya sendiri.

Berbanding orang yang masuk full marathon, lari sampai 16 batu kemudian kaki cedera dan dia DNF, tak tamatkan larian... Dia akan nampak diri dia gagal. Sebab dia tak capai finishing line.

Sedangkan orang lain yang daftar acara 10km, dan tamatkan larian 10km, dilihat berjaya. Orang yang masuk acara 21km dan sampai finishing line 21km dilihat berjaya.

Tapi orang yang daftar full marathon tapi dapat lari 16 batu atau 25.75km dan terpaksa tamatkan larian, dianggap gagal.

Sedangkan dari segi mileage dan persediaan, yang lari 25.75km tu sebenarnya lebih hebat. Hanya sebab dia tak sampai finishing line (yang kita manusia define success mesti capai finishing line), buat dia rasa dia gagal.

Itu satu contoh. Ada banyak lagi contoh real life dalam bisnes, dalam pendakian everest, dalam kerjaya dan s**an yang diterangkan dalam buku ni.

Termasuk kisah peninju terkenal Muhamad Ali.

Membaca buku ni seperti validate apa yang saya rasa. Yes.. rupanya bukan aku je yang berpandangan begitu...

What a great book.
Quit oleh Annie Duke.

Minggu depan, isnin - khamis akan bermula Pesta Buku UKM 2024.Insya Allah Kasi Terbit akan ada meja jualan sama.Kawan-ka...
12/12/2024

Minggu depan, isnin - khamis akan bermula Pesta Buku UKM 2024.

Insya Allah Kasi Terbit akan ada meja jualan sama.

Kawan-kawan yang duduk area Bangi dan Kajang, jommmm

Mr Danish dari Women Empowerment menegur saya. Dia berkongsi tentang majalah yang mereka terbitkan.Katanya dia nampak sa...
01/12/2024

Mr Danish dari Women Empowerment menegur saya. Dia berkongsi tentang majalah yang mereka terbitkan.

Katanya dia nampak saya sesuai berdasarkan kasut.

Dia nampak saya pakai kasut Asics. Mesti orang yang selalu running atau hiking.

Wahhh tepat sangat ni.

Malah jaket saya pakai pun jaket sejuk hiking dari Decathlon.

Terima kasih mengenalpasti geng perempuan kategori outdoor ni.

Booth P44 Kasi Terbit
Selangor International Book Fair 2024
Sedang berlangsung sehingga selasa 3 Disember 2024
9 pagi - 10 malam.

Selamat pagi kawan-kawan.Saya sekarang berkampung di Selangor International Book Fair 2024. Kita bukak booth atas nama K...
28/11/2024

Selamat pagi kawan-kawan.

Saya sekarang berkampung di Selangor International Book Fair 2024. Kita bukak booth atas nama Kasi Terbit.

Kali ni lokasi berubah ke Setia City Convention Center di Setia Alam. Kita start 9 pagi dan tamat 10 malam.

Booth saya bernombor P44.

Kadi Terbit ada buku novel thriller baru, berjudul Simpulan Maut.

Di booth juga ada beberapa buku travelog baru yang kawan-kawan self publish iaitu Antara Rona Musim, Sehangat Aura Daffofil, Potpourri Aroma Lavender dan Autumn D' Hunza.

Selain itu kita ada stok buku Selimut Debu dan Garis Batas tulisan Augustinus Wibowo.

Buku pelaburan hartanah, self help, novel dan buku bisnes pun ada. Ada berbahasa Melayu, ada berbahasa Inggeris., ada juga berbajasa Indonesia. Ada terbitan Kasi Terbit, ada yang kita import.

Jemput datang ya untuk memenuhi citarasa bacaan kawan-kawan.

Booth Kasi Terbit adalah P44, dekat dengan bunting besar berwarna biru. Menghala ke pentas.

Datang ya. Saya ada di sini.

Address

Kajang
43500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kasi Terbit posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kasi Terbit:

Share

Category