
09/12/2023
LITTLE IMAN Mempersembahkan Komik Karier GAMER AIMER ✨
****
Ammar, atau lebih dikenali sebagai nama AIMER dalam permainan ‘Mobile Satria’ merupakan antara 100 pemain terbaik di Asia Tenggara. Beliau bercita-cita untuk bertanding di peringkat antarabangsa dan menjadikan kariernya sebagai seorang atlet e-sukan profesional.
Namun begitu, beliau hilang minat dalam pelajaran. Prestasi akademiknya merosot teruk sehingga ibu bapa melarang Ammar untuk meneruskan cita-citanya. Ammar akur dan memutuskan untuk bersara daripada permainan ‘Mobile Satria’.
“Apa! AIMER bersara? Kalau aku kalahkan kau, kau mesti sertai pasukan aku”
“Heh. Jangan mimpilah aku akan kalah dengan perempuan”
Akibat kalah dengan seniornya, Raja Akmal, Ammar terpaksa menyertai pasukan baharu tersebut secara rahsia. Selain wajib mengikuti jadual latihan yang ketat, Ammar juga perlu belajar dan bersenam untuk meningkatkan fokus dan stamina.
Mampukah Ammar terus bertahan dan meyakinkan ibu bapanya untuk menyertai pertandingan tersebut? Adakah cita-cita Ammar untuk menjadi atlet e-sukan profesional menjadi realiti?
📚 Khemah putih SIBF
📆 1 - 10 Disember 2023
🕰 9 pagi - 9 malam
📍MBSA Convention Center, Shah Alam