Heri

Heri Let me help you discover your purpose & pursue it with passion. Nak capai impian yang belum tercapai? I’m here to help.

Dapatkan copy di sini, cuma RM 7.
15/05/2026

Dapatkan copy di sini, cuma RM 7.

Salah satu perangkap mental paling bahaya ialah bila seseorang percaya bahawa kekayaan dunia ni terhad.Bila nampak orang...
12/05/2026

Salah satu perangkap mental paling bahaya ialah bila seseorang percaya bahawa kekayaan dunia ni terhad.

Bila nampak orang lain berjaya,
terus rasa:
“Dia kaya sebab orang lain rugi.”

Ini mentaliti kekurangan.

Mereka fikir ekonomi ni macam pai.

Kalau orang lain ambil bahagian besar,
bahagian mereka jadi kecil.

Padahal dunia sebenar tak berfungsi macam tu.

Kekayaan boleh dicipta.
Peluang boleh diperbesar.
Value boleh dibina tanpa perlu menjatuhkan orang lain.

Sebab itu orang yang ada minda kelimpahan biasanya fokus membina:
bisnes,
kemahiran,
network,
dan value.

Bukan sibuk dengki pencapaian orang lain.

Ironinya…

Ramai orang hari ni lebih rajin mengira duit orang,
daripada mencari cara untuk meningkatkan nilai diri sendiri.

What happened to the world?

Ramai orang belajar sampai jadi profesional.Ada yang jadi doktor.Ada yang jadi peguam.Ada yang jadi guru.Ada yang jadi a...
11/05/2026

Ramai orang belajar sampai jadi profesional.

Ada yang jadi doktor.
Ada yang jadi peguam.
Ada yang jadi guru.
Ada yang jadi akauntan.

Mereka semua ada ilmu, ada sijil, ada kelayakan.

Tapi ada satu benda yang jarang diajar…

Cara nak “hidupkan” semua itu di pasaran.

Cara nak sampaikan nilai.
Cara nak tarik perhatian.
Cara nak buat orang faham kenapa mereka perlu ambil servis kita.

Akhirnya apa jadi?

Ramai yang sangat hebat dalam bidang mereka…
tapi masih bergelut nak dapat pelanggan pertama.

Bukan sebab mereka tak bagus.
Tapi sebab mereka tak pernah diajar cara “memasarkan diri”.

Ilmu buat kita layak bekerja.
Pemasaran buat kita layak dipilih.

Dan bezanya sangat besar dalam dunia sebenar.

Dulu orang beli barang sebab perlu.Sekarang ramai beli barang sebab nak dilihat.Gaji RM3,000.Lifestyle RM10,000.Phone ke...
10/05/2026

Dulu orang beli barang sebab perlu.

Sekarang ramai beli barang sebab nak dilihat.

Gaji RM3,000.
Lifestyle RM10,000.

Phone kena latest.
Kereta kena nampak mahal.
Coffee kena aesthetic.
Semua nak nampak “made it”.

Padahal tiap bulan hidup dengan anxiety dan hutang.

Paling ironik…

Orang yang cuba di-impress tu pun sebenarnya tengah struggle dengan hidup sendiri.

Kita hidup dalam zaman di mana ramai orang lebih rela nampak kaya daripada jadi kaya.

Sebab jadi kaya perlukan ilmu, sabar dan disiplin.

Tapi nampak kaya cuma perlukan hutang.

What happened to the world?

Minda "Either/Or" vs "Both/And": Kenapa Ramai Orang Stuck?Pernah tak korang dengar orang cakap:"Alah, biarlah tak kaya j...
09/05/2026

Minda "Either/Or" vs "Both/And": Kenapa Ramai Orang Stuck?

Pernah tak korang dengar orang cakap:
"Alah, biarlah tak kaya janji bahagia."

atau

"Kalau nak fokus bisnes, memang kena lupakan masa dengan family."

Ini dipanggil Minda Either/Or (Salah satu).
Kita rasa dunia ni terhad, jadi kita kena "korban" satu perkara untuk
dapat satu perkara lain.

Malam ni saya dedah satu rahsia besar: Orang kaya fikir cara "Both/And".

Apa bezanya?

🔴 Minda Either/Or (Minda Kekurangan):
Melihat pilihan sebagai penyingkiran.

"Kalau aku kejar duit, aku hilang ketenangan."

Akhirnya? Kita limitkan potensi diri sebab takut hilang apa yang kita ada sekarang.

🟢 Minda Both/And (Minda Kelimpahan):
Melihat dunia sebagai peluang.

Dia tak tanya "Yang mana satu?", tapi dia tanya:
"MACAM MANA aku boleh dapatkan kedua-duanya sekali?"

-Nak kaya DAN bahagia.
-Nak bisnes meletup DAN ada masa dengan anak bini.
-Nak jadi jutawan DAN jadi ahli ibadah yang tenang.

Setiap kali korang rasa terpaksa memilih antara dua benda baik, berhenti sekejap.
Tukar soalan korang.

Jangan tanya "Duit atau Masa?", tapi tanya: "Macam mana sistem aku kena buat supaya aku ada DUIT dan MASA sekali?"

Otak kita ni power.
Bila kita tanya soalan yang betul ("Both/And"), dia akan cari jalan yang kita tak pernah nampak sebelum ni.
Cuba try rakan-rakan.

TAHNIAH KERANA BERJAYA MEMBELI "LIABILITI" TERMAHAL TAHUN INI!Tadi saya nampak seorang kawan post gambar kunci kereta ba...
08/05/2026

TAHNIAH KERANA BERJAYA MEMBELI "LIABILITI" TERMAHAL TAHUN INI!

Tadi saya nampak seorang kawan post gambar kunci kereta baru. Bangga. Caption: "Hasil kerja keras."
Tapi saya kesian. Sebab saya tahu dia baru saja mendaftarkan diri dalam kelab W.R.L (Wealth Reducing Liability).

Dengar sini baik-baik, terutamanya orang muda Malaysia:
Kita terlalu sibuk nak nampak "fuyoo" di mata jiran dan rakan sekerja sampai kita sanggup beli barang yang nilainya merosot lebih laju daripada kelajuan internet 5G kita.

Apa itu W.R.L?
Ia adalah apa-apa barangan yang:
1. Mengambil duit simpanan anda (Downpayment).
2. Memaksa anda komited bayar bulan-bulan (Ansuran).
3. Nilainya jatuh berkali ganda setiap tahun (Depreciation).

Realitinya, ramai orang kita sanggup ikat perut makan maggi hujung bulan asalkan boleh parkir kereta import depan rumah flat. Kita beli 'lifestyle' yang kita tak mampu dengan duit yang kita tak ada, semata-mata nak impress orang yang kita tak s**a.

Kalau anda beli motor besar untuk 'healing' tapi tiap bulan pening nak bayar roadtax dan tayar, itu W.R.L.
Kalau anda beli beg tangan berjenama mahal tapi dalam beg cuma ada RM10 dan bil elektrik yang tertunggak, itu W.R.L.

Prinsip ni mudah:
Jangan beli barang yang "susut nilai" menggunakan "pendapatan aktif". Gunakan hasil pelaburan (Passive income) untuk beli kemewahan tersebut.
Bina sistem dulu, baru bina gaya. Jangan sampai kereta nampak berkilat, tapi masa depan gelap gelita sebab poket bocor dek W.R.L.

Hadap ni:
• Aset: Masukkan duit dalam poket.
• Liabiliti: Keluarkan duit dari poket.
• W.R.L: Keluarkan duit dari poket, lepas tu barang tu sendiri jadi sampah yang tak laku di masa depan.

Pilihan di tangan anda: Nak jadi "Orang Kaya" atau nak "Nampak Kaya"?
Sebab selalunya, anda tak boleh jadi kedua-duanya serentak di fasa awal.

KENAPA "PEMBINA SISTEM" SELALU NAMPAK MACAM PENGANGGUR?Ada perbezaan besar antara orang yang Mencari Duit dengan orang y...
07/05/2026

KENAPA "PEMBINA SISTEM" SELALU NAMPAK MACAM PENGANGGUR?

Ada perbezaan besar antara orang yang Mencari Duit dengan orang yang Membina Sistem.

Semalam saya borak dengan seorang kawan lama, kita panggil dia Zul. Zul ni kerja pejabat, gaji sedap, tiap-tiap bulan slip gaji cantik untuk buat loan kereta. Dia tengok jiran sebelah dia, Ah Seng, dah 6 bulan asyik duduk rumah pakai kain pelikat, mengadap laptop kat beranda.

Zul bisik kat isteri dia, "Kesian Ah Seng tu, nampak gaya macam dah kena layoff. Hari-hari duduk rumah, tak nampak pergi kerja pun."

Tapi hari ini, Zul terkejut. Ah Seng baru saja tempah sebiji lori bonded dan hire 3 orang pekerja untuk uruskan gudang kecil dia. Zul p**a? Masih lagi mengeluh sebab claim petrol bulan lepas belum masuk.

Kenapa jadi macam ni?

Sebab masyarakat kita dah dididik dari bangku sekolah:

"Bekerja = Dapat Gaji."

Kita tak diajar tentang:

"Membina = Dapat Kebebasan."

Realiti "Sistem" vs "Gaji" kat Malaysia:

1. Fasa "Puasa" Yang Panjang

Orang macam Zul (Makan Gaji), hari pertama kerja, hujung bulan dah nampak hasil. Selamat.
Orang macam Ah Seng (Pembina Sistem), dia mungkin tak merasa gaji selama 6 bulan atau setahun. Dia melabur masa dan tenaga untuk bina "paip". Masa ni, memang kena maki dengan mak mertua lah kalau mental tak kuat.

2. Keberanian Bukan Setakat Modal Duit

Ramai orang ingat nak niaga kena ada modal besar. Salah. Modal paling besar adalah KEBERANIAN untuk tidak dibayar semasa fasa pembinaan.
• Berani tak nampak mewah masa kawan lain tayang bonus.
• Berani makan biskut cicah teh o masa orang lain makan Seoul Garden.

3. Mentaliti Masyarakat Majmuk Kita

Kita selalu nampak Uncle Muthu yang ada kedai borong tu "beruntung". Kita tak nampak masa dia umur 20-an, kawan-kawan dia semua sibuk cari kerja kerajaan yang ada pencen, tapi dia sorang-sorang angkat guni pasir bina sistem bekalan dia sendiri.

Sindiran Pedas Untuk Kita Renungkan:

Kita ni kadang-kadang terlalu bangga jadi "Penanam Taugeh".
Pagi tanam, petang dah nampak rupa, esok boleh jual. Cepat dapat hasil, tapi penatnya sampai ke tua. Kalau satu hari kau demam tak sempat tanam taugeh, maka tak makanlah anak bini.

Kenapa tak berani jadi "Penanam Durian"?
Lama nak tunggu buahnya gugur. Bertahun-tahun kena siram tanpa nampak hasil. Tapi bila pokok dah besar, sistem dah jalan... kau tidur bawah pokok pun, buah tetap luruh sendiri.

Kesimp**annya:
Kalau kau masih dalam fasa "tak dibayar" sebab tengah pening kepala susun SOP perniagaan, susun ejen, atau siapkan apps... TERUSKAN.

Keberanian kau untuk "miskin" sementara waktu itulah yang akan bayar "kebebasan" kau untuk selamanya.

Setuju atau sangat setuju? Cuba share sikit siapa kat sini tengah dalam fasa "tanam durian" tu? Kita bagi semangat sikit. 👇

KITA TAK KAYA SEBAB KITA TERLAMPAU "RAJIN" (TAPI PADA TEMPAT YANG SALAH)"Masa itu emas."Ayat ni kita dengar dari zaman t...
06/05/2026

KITA TAK KAYA SEBAB KITA TERLAMPAU "RAJIN" (TAPI PADA TEMPAT YANG SALAH)

"Masa itu emas."

Ayat ni kita dengar dari zaman tadika lagi.
Tapi realitinya kat Malaysia, ramai yang lebih rela hilang masa daripada hilang RM10.

Cuba perhatikan beza ketara ni:

1. Mentaliti Orang Kaya: Beli Masa

Orang yang faham nilai masa,
dia takkan buat semua benda sendiri.
Dia sangp bayar orang untuk potong rumput,
bayar orang cuci kereta,
atau upah runner settlekan urusan pejabat tanah.

Kenapa?

Sebab dia nak guna 2 jam yang dijimatkan tu untuk fikir strategi bisnes atau pun berehat supaya otak dia 'fresh' nak buat keputusan besar.
Bagi dia, duit boleh dicari, tapi masa yang hilang takkan kembali.

2. Mentaliti Kita (Makan Gaji): Jual Masa

Kita p**a, sebab gaji cukup-cukup makan, kita jadi "superhero".

• Sanggup beratur 1 jam nak isi minyak murah (jimat RM3).

• Sanggup pusing parking 30 minit sebab tak nak bayar parking RM5.

• Sanggup buat OT sampai pukul 10 malam semata-mata nak 'claim' RM50.

DI MANA SILAPNYA KITA?

Saya perhati, masyarakat majmuk kita—tak kira Melayu, Cina, atau India yang kerja makan gaji—kita terjebak dalam "Paradoks Marhaen":

"Aku tak ada duit, jadi aku kena guna masa aku untuk buat semua benda sendiri supaya dapat jimat duit. Tapi sebab masa aku habis guna untuk jimat duit, aku dah tak ada masa (dan tenaga) nak cari jalan macam mana nak tambah pendapatan."

Akhirnya, kita penat.
Penat yang amat sangat.
Balik kerja dah lembik.
Hujung minggu habis kat DIY atau membasuh baju dari pagi sampai petang.

Bila kawan ajak bincang pasal peluang pelaburan atau side income,
kita jawab: "Aku tak ada masalah nak fikir benda tu semua."
Nampak tak?
Kita sebenarnya sedang "menjual" peluang untuk jadi kaya semata-mata nak jimatkan duit syiling dalam poket kita.

REALITI PAHIT...

Memang betul, nak upah orang perlukan duit.
Dan kita memang "tak ada duit" tu.
Tapi kalau kita terus pilih untuk jual masa dengan harga murah,
sampai bila-bila pun kita takkan mampu "membeli" masa orang lain.

Kita sebenarnya bukan tak mampu,
tapi kita kadang-kadang terlampau berkira dengan diri sendiri tapi "pemurah" dengan majikan.

Kita sanggup gadai 12 jam sehari untuk naikkan syarikat orang,
tapi kita berkira nak laburkan RM20-RM30 untuk mudahkan urusan hidup kita sendiri.

Kesimp**annya:
Kalau nak ubah nasib, berhenti nampak masa sebagai benda yang "free".
Mula nampak masa sebagai modal.

Kadang-kadang, membayar untuk kemudahan bukan membazir, tapi itu adalah cara kita membeli peluang untuk berfikir lebih jauh.

Korang macam mana?
Jenis sanggup beratur panjang demi free gift ke, atau jenis yang sanggup bayar lebih janji urusan cepat settle?
Cuba jujur kat bawah. 👇

"J.O.B" – SATU PENGHINAAN ATAU REALITI?Pernah dengar tak apa maksud J.O.B. dalam dunia kewangan progresif?Bukan sekadar ...
05/05/2026

"J.O.B" – SATU PENGHINAAN ATAU REALITI?

Pernah dengar tak apa maksud J.O.B. dalam dunia kewangan progresif?
Bukan sekadar 'pekerjaan'. Tapi... JUST OVER BROKE.
Bunyi macam kasar, kan? Tapi jom kita muhasabah kejap realiti kita kat Malaysia ni.

Setiap pagi, ramai antara kita yang 'Jump Out of Bed'. Keluar sebelum matahari naik, balik bila matahari dah lama hilang.
Kita redah jem kat Federal Highway, kita bersesak dalam LRT, semata-mata nak pastikan kita sampai pejabat sebelum pukul 9 pagi.
Tapi apa hasilnya setiap hujung bulan?

Gaji masuk 25 haribulan.
Pukul 10 pagi masuk, pukul 2 petang dah berbaki 'dua angka' sebab semua dah selamat agihkan ke bank untuk bayar kereta, rumah, dan segala komitmen.
Inilah yang dinamakan 'Journey of the Broke'.
Kita kerja kuat gila-gila, tapi kita sebenarnya cuma "cukup-cukup makan" untuk terus hidup bagi membolehkan kita datang kerja semula esok harinya.

Kitaran ni berulang, tahun demi tahun.
Sedar tak sedar, kita dah jadi hamba kepada sistem yang kita tak bina sendiri.
Kita risau nak beli kopi mahal sikit, tapi kita tak risau kalau kita tak ada aset yang boleh bekerja untuk kita waktu kita tidur.

"Habis tu, tak payah kerja ke?"
Bukan macam tu. Kerja tetap kerja.
Tapi tukar mindset.
1. Jangan jadikan gaji satu-satunya talian hayat.
2. Bina sistem, cari side income, atau belajar melabur.
3. Pastikan kita ada plan untuk keluar daripada fasa 'Just Over Broke' ni.

Jangan sampai kita penat bekerja puluhan tahun, tapi bila pencen nanti, kita baru sedar yang kita cuma penat kayakan orang lain, bukan diri sendiri.
Korang macam mana?
Masih di fasa J.O.B yang mana satu?
• Jump Out of Bed?
• Journey of the Broke?
• Atau dah mula faham apa itu Financial Freedom?

Cuba share pendapat korang kat bawah. Kita bincang cara nak "pecahkan" kitaran ni. 👇

Dah pukul 10 pagi tapi mood masih ‘kelaut’? Kadang-kadang kita rasa lemau bukan sebab tak cukup tidur, tapi sebab badan ...
04/04/2026

Dah pukul 10 pagi tapi mood masih ‘kelaut’?

Kadang-kadang kita rasa lemau bukan sebab tak cukup tidur, tapi sebab badan kita tak dapat "isyarat" yang hari dah bermula.

Cuba esok, bangun je terus cari matahari. Tak payah lari maraton pun, cukup sekadar jalan kaki sampai peluh.

Address

Kajang
43000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Heri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share