Abe Awe

Abe Awe Simple life. Humble mindset ✌️

Outdoor | Fishing | Football | Nature lover | Visual | storytelling

YANG KURANG ITU APA, YANG TERTINGGAL ITU SIAPA?Pasukan bola sepak hari ini bukan lagi pasukan untuk orang negeri semata-...
26/12/2025

YANG KURANG ITU APA, YANG TERTINGGAL ITU SIAPA?

Pasukan bola sepak hari ini bukan lagi pasukan untuk orang negeri semata-mata.
Itu hakikat bola sepak moden.

Namun, hari ini bila min perhatikan masih ada yang cepat melenting bila kritikan datang dari “orang luar”, sedangkan mereka lupa — sokongan kelab sudah lama datang dari pelbagai latar belakang.

Ada yang sokong kerana pemain.
Ada kerana corak permainan.
Ada kerana pengurusan dan yang paling ramai, asbab kejayaan.

Kawan min cakap, kalau sokong hanya semasa berjaya katanya yang ni jenis penyokong lalang atau yang paling pop**ar dulu kami gelar mereka 'bangsa final'.

Penyokong lalang atau bangsa final ini kebanyakan mereka 'pesen' tengok bola nganga depan tv. Kalau pergi stadium sekalipun semasa final itupun, 'kalau'.

Sebab itulah min tidak hairan bila ada sebahagian kecil penyokong hanya tahu berhujah tentang kalah dan menang pasukan yang dia sokong semata².

Baik, izinkan min sambung..

Min cuba ambil contoh Johor Darul Ta'zim FC masih ada nama Johor. Dikekalkan kerana sejarah. Tapi dari sudut realiti, JDT sudah lama bergerak sebagai kelab, bukan simbol kenegerian eksklusif. Kalau min salah sila betulkan.

Sama seperti kelab lain — pemilik boleh datang dari mana-mana. Misalnya, sebelum ini ada sebuah kelab di Kelantan dimiliki orang Johor, esok tidak mustahil JDT p**a dimiliki orang Selangor.

Perkara ini tiada siapapun dapat jangka. Atau.. min salah?

Bezakan ini: Pasukan negeri hidup kerana rasa memiliki oleh rakyat manakala kelab hidup kerana kepercayaan dan hala tuju.

Pada pendapat min, kalau benar mahu bola sepak kita maju, kurangkan sentimen, tambah kematangan — selagi belum lepas yang ni, simpan dulu sembang pasal revolusi.

Kalau belum boleh terima revolusi. Pendapat min, 'p**anglah'.. jaga makna patriotisme yang telah sekian lama di tanam oleh nenek moyang.

Sayang negeri itu fitrah.
Sayang kelab itu pilihan.

— Abe Awe —

"Pengadil juga manusia biasa" - pemerhati.
25/12/2025

"Pengadil juga manusia biasa" - pemerhati.

TERIMA KASIH 'RONALDO' NEPALBaru² ini min pergi menyaksikan satu perlawanan pasukan Nepal menentang pasukan Malaysia.Dar...
25/12/2025

TERIMA KASIH 'RONALDO' NEPAL

Baru² ini min pergi menyaksikan satu perlawanan pasukan Nepal menentang pasukan Malaysia.

Dari situ ada satu babak menarik yang telah berjaya menjentik hati min dan orang lain.

Pada pendapat min lagi jika ingin menyelami secebis 'makna' bola sepak rujuklah video ini. Cari caption :

"Sorotan aksi memukau 'Ronaldo' Nepal ketika mengancam kubu Harimau Malaya."

PENGISIAN :

1.Bila kehadiran kita diiktiraf.
2.Bila kelebihan kita diiktiraf.
3.Bila kita berjaya 'menghiburkan' peminat.
4.Bila orang nampak kesungguhan kita ingin bermain bola sepak.
5.Bila orang nampak kita kalah dengan maruah dari menang dengan tidak bermaruah.

Maknanya, jangan paksa orang lain iktiraf kita untuk dianggap kita tu hebat!

Benda tu tetap datang dengan sendiri kalau kita naik dengan cara yang betul.

Tidak menindas (tidak main kotor) dan betul² faham apa itu makna melawan secara sihat.

Telus pada peraturan permainan dengan semua yang terlibat mainkan peranan dengan ketelusan yang sejajar.

Ya, pengiktirafan itu tetap datang. Tetapi kena juga bagi ruang masa untuk orang lain berfikir dan menilai.

Kepada 'Ronaldo' Nepal,

Malam itu, kalau kamu ditakdirkan kalah sekalipun puas hati. Jika menang dan berjaya lagilah puas hati.

Ingat tu! Jangan paksa orang untuk mengiktiraf kita hebat kalau kita sendiri menunjukkan perkara yang sebaliknya.

Jangan jadi macam kawan kamu yang seorang lagi tu.. Gara² dia menolak Arif Aiman, sampai SATU MALAYSIA benci!

Bencinya!

Salam 3-0 'Ronaldo' Nepal — khabar angin.

-Abe Awe-

PUNCAK BUKAN DESTINASI TERAKHIR Min faham perasaan takut itu.Sebab min pernah berada di situasi yang lebih realiti.Takut...
24/12/2025

PUNCAK BUKAN DESTINASI TERAKHIR

Min faham perasaan takut itu.
Sebab min pernah berada di situasi yang lebih realiti.

Takut jatuh dari tempat tinggi tidak sama dengan takut tersadung akar di tanah rata.

Yang satu menyakitkan ego, yang satu lagi boleh memusnahkan segalanya.

Begini — Ketika kita berada di atas, segala yang di bawah kelihatan kecil. Namun hakikatnya, mereka di bawah juga melihat kita kecil.

Bezanya, kita yang di atas lebih terdedah kepada risiko. Sebab itulah min faham perasaan ketika berada di puncak.

Segalanya terasa seperti ancaman.
Sekeliling dilihat sebagai 'musuh'. Faham?

Lalu, tanpa sedar kita mula melawan.
Mencabar segala yang ada di sekeliling.
Itupun kalau kita memilih untuk terus kekal.

Namun, berdasarkan pengalaman peribadi min, pilihan paling sempurna ialah — kembali ke 'tanah rata'.

Selagi masih di puncak, nikmatilah.
Tetapi jangan lalai. Selalu kena berhati-hati.

Percayalah, sampai satu masa nanti
semuanya hanya tinggal pengalaman dan kenangan.

Dan akhirnya, kita belajar berdamai dengan titik takdir masing².

Secebis pengalaman menonton bola sepak:
sempat jugalah min merasa sekejap zaman kegemilangan Selangor, Kedah, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan,Felda United, LionsXII, Perak dan Pahang.

Sekarang sedang menikmati pasukan JDT.

Kenapa min kata sekejap?
Sebab, tiada satupun pasukan yang kekal berada di puncak. Ada fasa masing² dengan bahagian ceritanya masing².

Cuma satu pesan — terutama kepada diri sendiri yang juga banyak buat silap.
selagi masih di puncak, nikmatilah,
tetapi jangan lupakan pada 'tanah rata'.

Kebersamaan itu penting. Pakat² jaga diri kita semua elok². Penyatuan itu asas.

Kita ini makhluk sosial. Hari ini berada di Selangor, esok di Johor, lusa mungkin di Kedah.

Lihat.
Tilik.
Pandang.

Apa sebenarnya yang sedang kita pertahankan? Betul ke bola sepak? Atau ada benda lain. Jika ini dapat difahami, baguslah.

Min tak mampu memaksa kefahaman.
Hakikatnya, itu di luar kemampuan min.

Min juga tidak takut dengan penyokong pasif dari mana-mana pasukan.

Yang min takut — perpecahan sesama kita.
Takut yang kecil makin mengecil.
Takut yang sedia retak akhirnya terpisah semakin jauh.

Paling sekali min takut. Jika ada yang cuba mengambil kesempatan dengan guna 'fake' akaun atau 'lock profile'.

Kesimp**annya:
Bila sudah tahu jalan naik,
kena tahu cara nak turun.

Pendapat min, sebenarnya ancaman di puncak tu tidaklah banyakpun. Positif je, lawan dan tawan ego diri bukan tawan puncak semata².

Kita semuanya sama. Ada lebih ada kurang ada lepas ada yang tidak lepas ujian — namapun lagi kehidupan.

Akhir sekali, terima kasih kepada yang sudi menghabiskan bacaan — sambung berehat.

— Abe Awe —

REVOLUSIPemikiran manusia berevolusi seiring pengalaman hidup.Tapi dengan jujur…Cuba tanya hati kita sendiri:sepanjang p...
24/12/2025

REVOLUSI

Pemikiran manusia berevolusi seiring pengalaman hidup.

Tapi dengan jujur…

Cuba tanya hati kita sendiri:
sepanjang perjalanan ini,
pengalaman apakah yang telah kita tinggalkan
kepada orang di sekeliling?

Selamat malam.

— Abe Awe —

DI MANA PENYOKONG SELANGOR FC?Berpuluh tahun min tinggal di Selangor.Di negeri inilah min kenal ramai kawan dari serata ...
24/12/2025

DI MANA PENYOKONG SELANGOR FC?

Berpuluh tahun min tinggal di Selangor.
Di negeri inilah min kenal ramai kawan dari serata negeri.

Kerana minat bola sepak, kerap kali min jejak kaki ke stadium. MBPJ, KL dan dulu Stadium Shah Alam — semua pernah jadi saksi.

Dan ya, kebanyakannya perlawanan melibatkan pasukan Selangor.

Min sokong Selangor?

Min minat bola sepak.
Min tertarik pada falsafahnya, emosinya, dan budaya yang hidup di sekeliling sukan ini.

Tentang pemain. Min pernah puji Arif Aiman, Corbin Ong, Faisal Halim, Daniel Ting dan beberapa lagi yang lain termasuklah 'Ronaldo' pasukan Nepal.

Jadi persoalan min mudah:
di mana penyokong Selangor ketika video ini min kirim? Berpuluh ribu menonton video ini — tapi tiada serangan, tiada kecaman.

Kenapa bila kualiti pemain tersebut dipersoalkan, posting tetap sunyi?

Jangan tanya berapa kali min masuk ke stadium melibatkan pasukan Selangor.

Duduk bersama penyokong dengan memakai jersi kelab sendiripun pernah je.

Lagi, situasi dalam dan luar stadium — min bukan asing. Banyak yang min tahu, dan lebih banyak yang min pilih untuk simpan.

Insiden terbaru membabitkan penyokong Selangor dan Negeri Sembilan juga min tengok hampir keseluruhan kejadian.Cukuplah.. – sekadar itu min katakan di sini.

Hakikatnya, min seronok tinggal di Selangor. Di sinilah min kenal sahabat, dari utara hingga ke Johor.

Dan penyokong Selangor FC — jujur min katakan — sentiasa dekat di hati min.

Mereka mengingatkan min pada satu masa silam, saat sebuah pasukan sendiri pernah berada di puncak, saat kemenangan menjadi kebiasaan, dan sokongan datang tanpa syarat.

Min belajar sesuatu :

"Apabila kita berada di tempat tinggi kita terbiasa melihat yang di bawah adalah kecil. Hakikatnya yang di bawah juga sedang melihat kitapun kecil."

Dari pengalaman dan antara semua rentetan peristiwa, satu yang paling min ingat bukan jaringan atau keputusan, tetapi suara dalam kekecohan:

“Wey, jangan baling bas!”

“Bro… rilek bro…”

Pada pendapat min. Penyokong Selangor juga ada keunikan mereka yang tersendiri.

Apa yang min perasan lagi ialah mereka juga ada kematangan. Mungkin, atas faktor sejarah pasukan mereka yang lebih panjang.

Dan, dari situlah min faham satu perkara.
Penyokong Selangor sentiasa dahagakan kemenangan, sedangkan di luar sana, ada 'segelintir' penyokong pasukan lain
yang sudah terlalu selesa dengan kemenangan.

Min sebutkan segelintir.
Faham-faham sajalah — ini bukan pukul rata. Bukan cari gaduh tapi cari faham.

—Abe Awe—

JANGAN TAKUT KENA KECAMSiapa dalam dunia ini yang tak pernah kena kecam?Orang besar kena. Orang biasa kena. Orang betul ...
24/12/2025

JANGAN TAKUT KENA KECAM

Siapa dalam dunia ini yang tak pernah kena kecam?

Orang besar kena. Orang biasa kena. Orang betul kena. Orang salah pun tetap kena.

Pereka kapal terbang pernah kena kecam.
Pemain bola sepak? Juga kena kecam setiap minggu.

Doktor, cikgu, polis, askar, ustaz — semua pernah kena.

Malah, Rasulullah SAW sendiri pun ada sejarah dikecam. Jadi, peliknya apa kalau kita pun kena?

Masalah sebenar bukan kecaman.
Masalahnya bila kita terlalu lapar pujian, sampai emosi kita dikawal oleh mulut orang lain.

Min belajar satu benda:
Tak semua kecaman perlu dilawan.
Tak semua kecaman perlu ditelan.

Kalau apa yang kita buat itu memang salah — perlahan-lahan kita baiki.

Kalau perkara itu belum jelas salahnya — biarkan kecaman itu berlalu.

Sebab kebanyakan kecaman bukan soal fakta, tetapi permainan emosi.

Orang yang mengecam kita belum tentu betul, dan belum tentu juga kita benar-benar bersalah.

Ada yang kecam kerana rasa dirinya betul.
Ada yang kecam kerana salah faham.
Ada juga yang kecam kerana dia sendiri pernah — atau sedang — keliru.

Di sinilah pendirian diperlukan.
Maksud min, jangan terlalu cepat terpengaruh dengan setiap bunyi kecaman kerana hidup ini kita sedang lalui proses masing².

Orang yang kecam kita hari ini, mungkin sebelum ini mereka juga pernah lebih keliru.

Menyentuh sedikit isu pengadil bola sepak. Benda ini sudah jadi darah daging :

Pasukan yang menang akan cakap pengadil betul, pasukan yang kalah akan cakap pengadil salah. Pemerhati kata, pengadil juga manusia biasa.

“Tenang. Kita belajar, bukan berlumba jadi suci.”

— Abe Awe —

Asas—sistem—tapak kena kukuh!
23/12/2025

Asas—sistem—tapak kena kukuh!

Check VAR!
23/12/2025

Check VAR!

Nak nak cas. Tunggulah 3 bulan je lagi..
23/12/2025

Nak nak cas. Tunggulah 3 bulan je lagi..

SEKILAS FAKTA PERTEMUAN JDT vs KL CITYPengadil ada badan bertindak.Pengadil boleh buat 'play match-review'.Pengadil bole...
22/12/2025

SEKILAS FAKTA PERTEMUAN JDT vs KL CITY

Pengadil ada badan bertindak.

Pengadil boleh buat 'play match-review'.

Pengadil boleh merujuk IFAB Laws of the Game — Law 12: Fouls and Misconduct

Fakta : Jaringan itu sah.

Fakta : Insiden pertama wajar di semak VAR

IFAB Laws of the Game — Law 12: Fouls and Misconduct

-Tolakan dari belakang.
-Tolakan keras.
-Tiada niat merebut bola.
-Sekurang² amaran lisan, kad amaran (kuning) atau merah terus.
...........................................................................

ARIF AIMAN

Semoga Arif Aiman cepat pulih.

Berapa bulan Arif Aiman terpaksa direhatkan?

Berapa lama p**a untuk beliau capai semula tahap prestasi terbaik?

Arif Aiman milik kita semua rakyat Malaysia yang tercinta.

Insiden yang hampir 100% sama.

Akhir kata, jauhi fanatisme. Min maafkan semua orang. ✌️

-Abe Awe-

Address

Kajang
43650

Telephone

+601121013245

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Abe Awe posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share