Kampar MEDIA VIRAL

Kampar MEDIA VIRAL menerbitkan berita2 viral atau video2 viral ..juga mengiklankan barangan yang hendak dijual.dapat me

Jom kita ramai ke play gadget di bandar baru kampar,banyak promosi ada di sini
26/02/2022

Jom kita ramai ke play gadget di bandar baru kampar,banyak promosi ada di sini

  Perkembangan semasa, mayat mangsa yang terperangkap dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di Jalan Persekutuan Lalu...
02/12/2021

Perkembangan semasa, mayat mangsa yang terperangkap dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di Jalan Persekutuan Laluan FT 185 Jalan Simpang Pulai-Blue Valley telah dijumpai kira-kira jam 8 malam tadi. Mayat pemandu lori, Muhammad Hafiz Hamdi, 31 ditemui jam 8 malam tadi.

Selain itu, beliau berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak memaklumkan sebuah kenderaan kenderaan pelbagai guna (MPV) turut ditemui tertimbus dalam runtuhan berkenaan.

Walau bagaimanapun kata beliau, pihaknya masih belum dapat mengesahkan keadaan dan berapa jumlah mangsa yang berada dalam MPV berkenaan.

Sumber: Buletin Tv3

Mayat lelaki berbungkus ditemui di tepi jalanASLIZA MUSA29 Mac 2021, 6:43pmKUALA KANGSAR – Mayat lelaki dalam keadaan be...
29/03/2021

Mayat lelaki berbungkus ditemui di tepi jalan

ASLIZA MUSA
29 Mac 2021, 6:43pm

KUALA KANGSAR – Mayat lelaki dalam keadaan berbungkus ‘kain kapan’ dan kanvas plastik ditemukan di tepi jalan di Kilometer 57, Jalan Gerik-Kuala Kangsar berhampiran Kampung Lubok Merbau di sini hari ini.

Mayat berbalut kain berwarna putih dan selimut bercorak kartun itu ditemui orang awam di jalan menghala ke Kuala Kangsar kira-kira pukul 10.15 pagi sebelum melaporkan kepada pihak polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, anggotanya yang tiba ke lokasi sejurus menerima maklumat mendapati terdapat mayat seorang lelaki dibalut dengan kain dan kanvas.

“Mangsa dipercayai warga tempatan berdasarkan parut suntikan pada bahu sebelah kiri dan disyaki telah meninggal dunia dalam tempoh kurang daripada 36 jam.

“Mangsa ditemui memakai kemeja dan berseluar pendek. Terdapat satu kesan luka pada bahagian kepala sebelah kanan namun tidak dapat dipastikan punca luka tersebut,” katanya di sini hari ini.

Anuar berkata, mangsa yang berusia lingkungan 40-an itu dipercayai mati di tempat lain namun mayatnya dibawa dan ditinggalkan di kawasan tersebut. Turut ditemui berhampiran mayat mangsa ialah seekor ayam yang telah mati.

“Pemeriksaan di lokasi mangsa dijumpai mendapati kawasan tersebut jauh dari kawasan kejiranan dan merupakan laluan utama yang digunakan dari Gerik ke Kuala Kangsar.

“Tiada dokumen pengenalan diri ditemui bersama mangsa dan semakan terhadap laporan orang hilang akan dilakukan bagi mengenal pasti identiti lelaki terbabit,” katanya. – K! ONLINE.

11/03/2021

Oleh kerana terlalu banyak soalan tentang ubahsuai kenderaan, dikongsikan sedikit maklumat berkenaan. Mohon baca dengan tenang, fahamkan dan amat dihargai segala pendapat atau pandangan. CUMA di sini menitikberatkan nilai dan bahasa serta ayat yang berhemah. Sebagai MANUSIA yang matang, beringat /beretika itu adalah kebaikan rohani dan jasmani berbanding seseorang individu dari sifat busuk, hina dan keji dengan perkataan yang BURUK dan PANGGILAN-PANGGILAN yang hina.

PENGUBAHSUAIAN KENDERAAN
Seksyen (12) Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah menetapkan keperluan undang-undang mengenai sebarang pengubahsuaian kepada kenderaan sebelum dan selepas pendaftarannya iaitu :

PENGUBAHSUAIAN MOTOSIKAL

Pengubahsuaian atau pemasangan aksesori pada motosikal yang boleh dilakukan tanpa mendapatkan kelulusan daripada
JPJ adalah seperti berikut :-

1. Pemasangan pengadang angin
2. Pemasangan penutup lampu fibreglass (fairing)
3. Pemasangan penutup enjin fibreglass pada bahagian hadapan motosikal
4. Pemasangan disc brake hadapan atau belakang bertujuan meningkatkan tahap kecekapan brek.

Pengubahsuaian atau pemasangan aksesori pada motosikal yang tidak dibenarkan adalah seperti berikut :-
1. Pemasangan foot rest melibatkan pengubahsuaian tapak / kedudukan asal.
2. Penukaran / pengubahsuaian ekzos yang tidak mengikut spesifikasi asal pengilang.
3. Pemasangan cover sets / fairing yang mengubah indentiti asal.

PENGUBAHSUAIAN KENDERAAN PERSENDIRIAN

Terdapat pengubahsuaian atau pemasangan aksesori yang boleh dilakukan tanpa mendapatkan kelulusan daripada JPJ. Namun begitu, pengubahsuaian atau pemasangan aksesori tersebut mestilah mengikut panduan yang telah ditetapkan. Senarai pengubahsuaian tersebut adalah seperti berikut:-

1. Pemasangan air spoiler, side skirt dan aerofoil pada kenderaan.
2. Pemasangan door visor pada kenderaan.
3. Pemasangan tambahan bumper pada bahagian hadapan atau belakang kenderaan dan protecting guards (Kangaroo Bar) pada bahagian hadapan kenderaan.
4. Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar.
5. Pemasangan sun roof / moon roof / canvas top di atas bumbung kenderaan
6. Pemasangan membawa tangga / bot / surf board
7. Penukaran kotak gear manual / automatik
8. Pemasangan kanopi / kanvas
9. Pemasangan Winch, Winch Bar, Side Step, Rear Bar dan Snorkel
10. Pemasangan roof-rack (para bumbung) / Bike Carrier
11. Pemasangan spotlight

Pengubahsuaian atau pemasangan aksesori pada kenderaan persendirian yang tidak dibenarkan adalah seperti berikut :-

1. Pemasangan bodypart / bodykit yang menyebabkan perubahan pada identiti kenderaan.
2. Pemasangan rollcage sebagai aksesori dalaman pada kenderaan.
3. Pemasangan lampu HID secara retrofit.
4. Penukaran sistem pacuan.
5. Lampu berkelip-kelip (selain daripada lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) pada bahagian hadapan atau belakang kereta.
6. Pemasangan apa – apa lampu tambahan selain warna putih / amber pada bahagian hadapan dan selain warna merah / amber pada bahagian belakang.
7. Pemasangan hon yang berirama atau hon dengan dua nada.
8. Pemasangan cermin gelap atau tinted film pada cermin hadapan dengan ketelusan cahaya kurang daripada 70%.
9. Pemasangan cermin gelap atau tinted film pada cermin sisi dengan ketelusan cahaya kurang daripada 50% dan belakang dengan ketelusan cahaya kurang daripada 30%.

JENIS-JENIS PENGUBAHSUAIAN PADA KENDERAAN PERSENDIRIAN DAN PERDAGANGAN YANG PERLU MENDAPAT KEBENARAN TERLEBIH DAHULU DARIPADA JPJ.

Kenderaan Persendirian

1. Pengubahsuaian ke atas kenderaan OKU.
2. Penukaran sistem bahan bakar.
3. Penukaran enjin.
4. Status kenderaan Vintaj/Klasik
5. Penukaran Panel struktur kenderaan (kes kemalangan)

Kenderaan Perdagangan

1. Pengubahan ke atas bes roda kenderaan.
2. Pemasangan iklan (utk kenderaan decontrolled sahaja)
3. Mengubah bilangan tempat duduk
4. Penukaran Had Berat
5. Pemasangan Pagar Sisi & Kanvas
6. Penukaran Kabin
7. Pemasangan Lantai/Lapik Besi
8. Mengubah Kegunaan Kenderaan
9. Penukaran Gandar
10.Penukaran Jenis Badan

Makluman : Untuk pengubahsuaian di atas atau yang sama dengannya, permohonan boleh dikemukakan kepada Bahagian Kejuruteraan Automotif di JPJ Negeri yang berhampiran.

Sumber : Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Salam dan selamat sejahtera.peringatan bersama.Isu yang panas kini..Harap mana yang pakai ekzos bising ke ada ubah suai ...
11/03/2021

Salam dan selamat sejahtera.peringatan bersama.
Isu yang panas kini..
Harap mana yang pakai ekzos bising ke ada ubah suai pada kenderaan bermotor hati2 la..
Operasi besar besaran kini diadakan..

Kuala Kangsar - Menghampiri pukul 10.00 pagi untuk peperiksaan Sejarah K2, Van jenazah singgah ke sekolah.Seorang ayah y...
24/02/2021

Kuala Kangsar - Menghampiri pukul 10.00 pagi untuk peperiksaan Sejarah K2, Van jenazah singgah ke sekolah.

Seorang ayah yang sudah tidak bernyawa dibawa berjumpa anak buat kali terakhir. Semoga Allah memberikan kekuatan kpd Muhammad Haikal Iskandar untuk menjawab SPM (SMK Simpang Beluru).

Perkongsian : Badariah Mohd Mohaidin

Kebakaran di kampar putra
06/12/2020

Kebakaran di kampar putra

KAMPAR - Tiga individu termasuk dua kanak-kanak ditemukan maut dalam kebakaran sebuah rumah kedai di Jalan Kampar Barat 3, Taman Kampar Putra di sini pagi tadi. Bagaimanapun, identiti wanita berusia 35 tahun serta kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dan kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun belu...

01/10/2020

Kepada penduduk kampar,siap sedia hujan turun lebat harini,harap jangan banjir.kemas barang penting takut banjir.pihak kampar media viral doakan agar semua selamat dan dilindungi Allah hendaknya.

21/09/2020

Warga kampar media viral harap semua dijauhi dari virus covid 19,kekalkan jarak,sentiasa basuh tangan dengam sinitizer atau sabun dan pakailah topeng muka.ikut prosedur yang telah disarankan

21/09/2020

Pada semua warga kampar media viral,sekarang musim hujan jaga2 jika nak mandi air terjun,mana yang dalam kesusahan akibat banjir kami semua doakan agar anda dalam keadaan selamat dan bnayak bersabar

Address

Kampar
31900

Telephone

+60102330024

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kampar MEDIA VIRAL posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kampar MEDIA VIRAL:

Share