Ali Sabki Aljembali

Ali Sabki Aljembali Life is not what you see it but it's how you see it.

On the way balik dari Phatthalung, singgah sekejap di satu kedai di Sateng Nok, Mueng Yala. Nama kedai Nasi Kaki Lembu. ...
13/05/2025

On the way balik dari Phatthalung, singgah sekejap di satu kedai di Sateng Nok, Mueng Yala. Nama kedai Nasi Kaki Lembu.

Kalau datang ke kedai ni, jangan lupa cuba menu signature dia, Sup Kaki Lembu!
Daging dia lembut, cukup padu bila makan dengan nasi panas dan sambal pedas.

Nasi dia hidang dalam 'nekar'. Ada sambal, acar kubis, sup kicap, telur masak dalam satu 'nekar'
Confirm repeat!"

11/05/2025

Selamat hari ibu!

Nampak macam laju hakikatnya tak sampai 100km/h pun. Jalan Thailand memang best. Lebar dan tak sesak. Gambar ni diambil ...
11/05/2025

Nampak macam laju hakikatnya tak sampai 100km/h pun. Jalan Thailand memang best. Lebar dan tak sesak. Gambar ni diambil hanya guna phone sahaja guna features Action Pan, Google Pixel.

Sini ke yang viral katanya sampai ke Jepun.📍 7-Eleven āļŠāļēāļ‚āļē āļ–āļ™āļ™āļšāļēāļĒāļžāļēāļŠ(āļžāļąāļ—āļĨāļļāļ‡) (22470)
10/05/2025

Sini ke yang viral katanya sampai ke Jepun.

📍 7-Eleven āļŠāļēāļ‚āļē āļ–āļ™āļ™āļšāļēāļĒāļžāļēāļŠ(āļžāļąāļ—āļĨāļļāļ‡) (22470)

Shout out to my newest followers! Excited to have you onboard! Arif Abubakar, Mohaswari Muhamad, Nik Arepiece, SuHaimi M...
10/05/2025

Shout out to my newest followers! Excited to have you onboard! Arif Abubakar, Mohaswari Muhamad, Nik Arepiece, SuHaimi Mohamad Nazori, Afizudin Azali, Nik Mohd Faiez, Tuah Mohd Bakheet, Zainuddin Abdullah, Jaa Fiza, Wan Azhar, Abah Fatin, Wan Wan, Hidayat Salleh, Atuk AbahMat, Mohd Firdaus Shaari, Muhammad Hamzi, Nickwhere Nickyusli, Saharuddin Matnor, Amran Jusoh, NikMuhamad NikMat, Zafuan RockRiders II, Hardy Remora, Nazman Bin Abdul Latiff, Amril Aiman Ab Aziz, Mohd Rizal, Sarimah Sie, āđ„āļ•āđ‹āļ™āļļāļŠ āļšāļēāļ‡āļĨāļēāļ‡, Muhammad Rosyairi Nasir, Nick Mohamed Mounier, Mohd Fakri Ismail, Mohd Zaini Mohd Zaini, Abedol Norsan

09/05/2025

Orang perempuan ni kelakar betul!
Tengah menangis pun sempat lagi tilik cermin nak lihat samada tengah cantik ke tak! 😭

Mimbar pagi~Selamat pagi Khamis. Hari yang kelima dalam kalendar hari. Hari yang baik untuk menunaikan sebarang hajat."M...
08/05/2025

Mimbar pagi~

Selamat pagi Khamis. Hari yang kelima dalam kalendar hari. Hari yang baik untuk menunaikan sebarang hajat.

"Maka barang siapa yang berhajat kepada manusia, maka hendaklah ia memintanya pada hari Khamis"

Spy shot Proton Saga baru? Ke model mende ni? Sapa tahu sila komennnnLokasi: Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis, Jalan Langg...
07/05/2025

Spy shot Proton Saga baru? Ke model mende ni? Sapa tahu sila komennnn

Lokasi: Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis, Jalan Langgar, Kota Bharu.
11.00 malam.

2024 dibuka secara rasmi
05/01/2024

2024 dibuka secara rasmi

Saya tak ada RXZ, dan saya tak pernah berimpian untuk memilikinya.  Tapi saya ada dua biji Vespa. Masa muda dulu, ada ju...
13/09/2023

Saya tak ada RXZ, dan saya tak pernah berimpian untuk memilikinya. Tapi saya ada dua biji Vespa. Masa muda dulu, ada juga join budak budak Vespa konvoi merentas negeri. Seronok juga masa tu. Lagi lagi bila lalu dekat orang ramai. Bangga bukan main, kita lah yang ada motor Vespa.

Cumanya yang saya tak selesa bila konvoi ramai ramai ni, diorang tak berhenti singgah semayang. Selalunya kita yang semayang ni p**a rasa segan nak minta izin. Sampai kena curi curi kalau nak solat. Kadang kadang ada juga diorang singgah masjid. Tapi yang semayang kita dengan ada la dua tiga orang lagi budak Kelantan. Yang ramai ramai, singgah tumpang kencing je. Lepas tu cucuh rokok dan setting pitenam. Tapi saya cakap betul ni, kerisauan terhadap api pitenam ni lagi besar dari risau dari dibakar api Neraka.

Roadtax memang masing masing tak ada lah. Nombor plate pun pakai ikut dan sangkut je. Mujur alhamdulillah tak pernah ada berlaku apa apa eksiden yang teruk masa tu. Kalau tak, dah la tak solat, insurans pun tak ada. Kalau eksiden, ibaratnya Highway to Hell la. Bukan saya yang cakap, tapi Angus ACDC yang cakap.

Masa tu memang scene konvoi konvoi ni tengah naik. Yang Vespa dengan Vespa. Yang EX dengan EX. Tupai dengan Tupai. Z dengan Kawan kawan Z. Kalau perasan, masa tu la zaman pakai spek Oakley cermin pelangi, zaman kasut Adidas ZX warna warni. Masa tu juga la zaman budak budak motor pakai seluar jeans pendek atas lutut.

Tengah rancak scene motor inilah, tiba tiba wujud kelab motor yang dikenali sebagi ARC. Alternative Riding Club yang dikelolakan oleh Pemuda Pas. Masa awal-awal ARC, diorang konvoi sama sama mutor besar je. Selalu kalau ada program Pas, diorang yang motor besar ni la yang menyerikan program Pas. Nampak eksyen la kan orang naik motor besar sokong Pas.

Masa saya join ARC, masa tu keahlian ARC baru nak mula melebarkan kepada penunggang motorsikal berkuasa rendah. Mat Duan (bekas pemain bola Terengganu) kalau tak silap saya yang hendel ARC dekat Terengganu. Saya masa tu kebetulan cuti semester dan itulah kali pertama join konvoi ARC. Tak macam konvoi motor motor lain, ARC ni memang sangat inklusif. Semua motor pun boleh join. Dari motor besar macam yang Mat Duan bawak, sehinggalah ada satu Honda Cup yang budak baru habis SPM bawak. Vespa pun ada.

Masa ni juga lah pertama kali saya tengok orang yang join konvoi motor muka jernih macam tak pernah kena panas. Biasa budak budak motor, muka masing masing macam lumur minyak grease. Tapi kali ni ada juga budak budak pondok, budak belajar maktab, ustaz ustaz, dan tak lupa juga abang yang jual minyak atar dan kopiah kat Masjid Rusila, di samping mat mat motor yang selama ini sangat dahagakan kelajuan.

Dulu biasanya konvoi ARC ni hanya untuk pergi program program himpunan politik anjuran Pas je. Untuk bagi nampak Pas ni disokong oleh ramai anak muda. Walaupun ARC ni bawah parti politik Pas, tapi masa konvoi tu tak ada pun kami bersambang mengenai politik. Kami bersembang hal hal budak motor bersembang lah. Pasal makan sedap kat mana, pasal makwe, fasal baju bundle, dan juga fasal aksesori motor yang boleh meningkatkan kehenseman tuan motor.

Kepelbagaian motorsikal dan juga jenis manusia dalam ARC tidak menghalang keseronokan membawa motor beramai ramai. Rasa bangga tu pun ada juga walaupun pakai baju hijau yang ada tulis perkataan ARC je semata-mata. Tak eksyen langsung. Cuma yang lainnya, konvoi ARC ni ada singgah dekat masjid untuk sembahyang. Memang dalam tentatif konvoi, kita dah tahu nak solat dekat masjid mana. Macam kau berlumba potong memotong dengan kawan kau, tapi rupanya menuju ke masjid.

Semakin lama, gerakan ARC ni semakin besar dan semakin ramai orang menyertainya dari pelbagai latar belakang. Kalau dulu ARC konvoi ni untuk menumpang program ceramah Pas je, tapi konvoi ARC sekarang lebih objektif dan sesuai dengan sifat permotoran. Malah, ARC siap ada jamboree sendiri tiap tiap tahun dengan pelbagai aktiviti yang berkait dengan motor. Tidak ketinggalan juga program program macam qiamullai, ceramah Ustaz Azhar, dan juga ceramah undang undang jalan raya. Dah nama pun Pas, mesti tak boleh lari la dari ceramah. Kemudian paling last, selalunya akan ada James Hetfield Asia Tenggara iaitu Ali XPDC yang akan menyanyi sebagai penutup.

Begitulah perjalanan ARC sedikit sebanyak sebagai sebuah kelab motorsikal.

Saya cerita ni sebab itu hari di Terengganu, saya ada singgah solat dekat Setiu. Masa saya solat tu, ada dua tiga kump**an konvoi motorsikal dengan kelab motor masing masing. Bila saya tengok budak budak muda (yang bermuka minyak grease) bawak motor dan sembahyang ramai ramai, saya teringatkan zaman saya muda dulu. Kalau zaman saya ni, tak adanya budak budak motor hendak berhenti sembahyang.

Bagaimana zaman itu berubah.

Benar, hidayah dan taufik itu milik Allah. Tapi tak boleh nafikan juga usaha ARC yang tidak putus menyantuni budak budak motor. Bukan senang nak bentuk seorang mat rempit untuk angkat takbiratul ihram. Bukan senang nak ubah persepsi dalam kalangan mat rempit bahawa seorang mat rempit yang solat itu mat rempit yang cool. Bukan senang nak tanam dalam kepala anak muda bahawa selaju mana pun jentera yang kau bikin, tetap akhirat juga yang berada di depan. Orang ingat Pas itu parti politik semata mata.

Tapi kadang kadang mereka lupa, bahawa Pas juga parti yang tidak serik untuk mendidik massa bagaimana caranya untuk hidup bertuhan. Benda benda macam inilah yang membuatkan orang sayang pada perjuangan Pas. Dan pada masa yang sama, benda ini juga membuatkan orang alergik dan cemburu kepada Pas.

Sekian. Wallahua’alam.

Kredit penuh penulisan pada Abd Rahman. Penulis buku Demo Kenal Barang

Perihal Slogan Hari Merdeka.Dulu, masa lambang Hari Kebangsaan zaman Mahathir, semua negeri termasuklah negeri pembangka...
21/08/2023

Perihal Slogan Hari Merdeka.

Dulu, masa lambang Hari Kebangsaan zaman Mahathir, semua negeri termasuklah negeri pembangkang pada masa tu melihat lambang tu lambang neutral.

Memang Wawasan 2020 tu propaganda Mahathir, tapi PAS Kelantan dan PBS Sabah masa tu pun ikut lambang kerajaan pusat sebab masa tu semua orang pun bersetuju tentang slogan tu.

Dan aku tak rasa Nik Aziz atau Pairin Kitingan nak bantah dengan slogan macam Wawasan Asas Kemajuan tahun 1992 atau Nilai Murni Jayakan Wawasan tahun 1994, sebab kata-kata slogan tu bersifat neutral.

Masa zaman Pak Lah, memang la ada tagline "Islam Hadhari" atau "Cemerlang Gemilang Terbilang", tapi Pak Lah stick dengan logo Keranamu Malaysia sampailah ulangtahun ke-50 yang slogannya berubah ke Malaysiaku Gemilang.

Tapi yang start slogan politik dalam Hari Kebangsaan ni Najib. Najib guna lambang 1Malaysia sebagai lambang Hari Kebangsaan, jadi negeri-negeri yang jadi pembangkang tak nak la dikaitkan dengan kerajaan Najib, sebab 1Malaysia tu branding Najib.

Hanya selepas 2013 barulah Najib sedar yang lambang 1Malaysia tu polarizing, jadi start tu dia pakai lambang dan slogan yang neutral.

Now, perkara sama juga macam lambang Wi-Fi Ismail Sabri Keluarga Malaysia. Memang tu branding Ismail Sabri, tu yang Selangor buat lambang lain.

Macam Mahathir 2.0 masa PH perintah, semua orang ikut slogan Hari Kebangsaan sebab Sayangi Malaysia tu takde konotasi politik Mahathir. Ia bersifat neutral.

Aku rasa takde pun BN atau PAS yang bantah, depa ikut je. Kalaulah masa ni guna slogan Malaysia Baru, mungkin negeri-negeri yang bukan PH masa tu takkan nak guna dan buat slogan dan logo lain.

Tapi Madani ni slogan Anwar. Ia tak bersifat neutral, sama macam slogan Najib dan Mail Sabri yang jadi punca orang lain tak nak guna. Jadi sebab tu lah empat negeri yang tidak bersama Kerajaan Perpaduan buat lambang dan slogan lain.

Kalau nak negara ni bersatu padu, Perdana Menteri janganlah bersifat polarizing. Gunakan slogan neutral macam Mahathir atau Pak Lah guna, dan aku percaya semua orang akan ikut.

Kalau kita nak orang bersatu padu, janganlah ada selective memory, jangan ada perangai "aku boleh kau tak boleh", dan jangan guna slogan yang boleh buat orang menyampah. Simple.

Full credit to Nome

Paris of Malaya
17/08/2023

Paris of Malaya

Check out Persona Grata's video.

Address

Kampong Dalam Kota

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ali Sabki Aljembali posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ali Sabki Aljembali:

Share