Persatuan Silat Chekak Silat Papan Sekeping Malaysia

Persatuan Silat Chekak Silat Papan Sekeping Malaysia Menjana Jati Diri & Berakhlak Tinggi
(1)

JABATAN PENERANGAN CHEKAK |Kampung Sungai Galah ,Perak 13 Dec 2025 (Sabtu) - Pusat Latihan Negeri, Sungai Galah, Perak t...
15/12/2025

JABATAN PENERANGAN CHEKAK |

Kampung Sungai Galah ,Perak 13 Dec 2025 (Sabtu) - Pusat Latihan Negeri, Sungai Galah, Perak telah menyempurnakan Majlis Permulaan Kelas SGP01 di kampung Sungai Galah. Juga dalam perasmian pembukaan Kelas Latihan baharu ini dapat memberi ruang dan peluang kepada penduduk setempat untuk menuntut ilmu pengetahuan seni mempertahankan diri dalam mengangkat budaya bangsa tanah air.

๐’๐ข๐ฅ๐š๐ญ ๐‚๐ก๐ž๐ค๐š๐ค ๐ญ๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ง๐ ๐š๐ญ๐ฅ๐š๐ก ๐ฆ๐ฎ๐๐š๐ก
๐๐š๐ ๐ข ๐ฆ๐ž๐ซ๐ž๐ค๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฆ๐ž๐ง๐๐š๐ฉ๐š๐ญ ๐ก๐ข๐๐š๐ฒ๐š๐ก
๐’๐ฎ๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ก๐ฉ๐ฎ๐ง ๐›๐ž๐ ๐ข๐ญ๐ฎ ๐ก๐ž๐ง๐๐š๐ค๐ฅ๐š๐ก ๐ญ๐š๐›๐š๐ก
๐ˆ๐ง๐ฌ๐ฒ๐š๐€๐ฅ๐ฅ๐š๐ก ๐ฆ๐ž๐ง๐๐š๐ฉ๐š๐ญ ๐Ÿ๐š๐ž๐๐š๐ก

Penubuhan kelas ini bukan sekadar membuka ruang latihan fizikal, malah menjadi medan pembinaan jati diri, disiplin dan adab bangsa Melayu yang berteraskan ilmu, amanah dan akhlak. Semoga kelas SGP01 ini menjadi asbab lahirnya insan yang berilmu, beradab dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara, serta Silat Chekak terus terpelihara sebagai warisan ilmu yang berkat dan bermanfaat.

๐‘ด๐’†๐’๐’‹๐’‚๐’๐’‚ ๐‘ฑ๐’‚๐’•๐’Š๐‘ซ๐’Š๐’“๐’Š & ๐‘ฉ๐’†๐’“๐’‚๐’Œ๐’‰๐’๐’‚๐’Œ ๐‘ป๐’Š๐’๐’ˆ๐’ˆ๐’Š

Sekitar suasana Majlis Sambutan Jubli Intan 60 Tahun Silat Chekak dan Perasmian Pusat Latihan Negeri Perak.Majlis ini me...
15/12/2025

Sekitar suasana Majlis Sambutan Jubli Intan 60 Tahun Silat Chekak dan Perasmian Pusat Latihan Negeri Perak.

Majlis ini menghimpunkan ahli persatuan dari pelbagai peringkat usia dalam suasana tertib, harmoni dan penuh makna. Detik-detik yang dirakam menjadi saksi sejarah sebuah warisan seni bangsa yang terus dipelihara dan diperkasakan.

Semoga segala usaha dan kebersamaan ini menjadi asas kukuh dalam meneruskan amanah Silat Chekak untuk generasi seterusnya.

JABATAN PENERANGAN CHEKAK |Kampung Sungai Galah Perak13 Dec 2025 (Sabtu) - Pada hari yang penuh bermakna ini, Seluruh ah...
14/12/2025

JABATAN PENERANGAN CHEKAK |

Kampung Sungai Galah Perak
13 Dec 2025 (Sabtu) - Pada hari yang penuh bermakna ini, Seluruh ahli persatuan berhimpun dalam Majlis Sambutan Jubli Intan 60 Tahun Silat Chekak serta Perasmian Pusat Latihan Negeri Perak, Kelas Latihan Sungai Galah di Kompleks PPPNP.

๐‹๐š๐ก๐ข๐ซ๐ง๐ฒ๐š ๐‚๐ก๐ž๐ค๐š๐ค ๐Š๐ž๐ซ๐š๐ง๐š ๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐๐š๐ซ๐š๐ง,
๐๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฆ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ก ๐’๐ž๐›๐š๐ ๐š๐ข ๐“๐ฎ๐ฃ๐ฎ๐š๐ง,
๐ƒ๐ž๐ฆ๐ข ๐Œ๐ž๐ง๐๐š๐ฎ๐ฅ๐š๐ญ ๐’๐ž๐ง๐ข ๐Š๐ž๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐š๐ง,
๐Œ๐ž๐ง๐ฌ๐ž๐ฌ๐ฎ๐š๐ข๐ค๐š๐ง ๐ƒ๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐Œ๐š๐ค๐ง๐š ๐Š๐ž๐ฆ๐ž๐ซ๐๐ž๐ค๐š๐š๐ง.

Sudah 60 tahun Silat Chekak dizahirkan oleh seorang Pemimpin Agung, Almarhum Ustaz Hanafi Haji Ahmad, Yang merupakan pengasas Silat Chekak, Beliau jugalah yang menzahirkan seni silat ini pada tahun 1965 di bumi Kedah hingga kini ia tetap kukuh bertapak di seantero Tanah Melayu.

Walaupun jasadnya sudah bersemadi. Puluhan ribu anak muridnya sudah terjelma tanpa mengira darjat dan usia Silat Chekak kini sudah berada di peta dunia Persilatan Alam Melayu.

Semoga Allah merahmati Almarhum Ustaz Hanafi atas jasanya. Aamiin.

"Semoga Chekak Kekal Sepanjang Zaman"

๐‘ด๐’†๐’๐’‹๐’‚๐’๐’‚ ๐‘ฑ๐’‚๐’•๐’Š๐‘ซ๐’Š๐’“๐’Š & ๐‘ฉ๐’†๐’“๐’‚๐’Œ๐’‰๐’๐’‚๐’Œ ๐‘ป๐’Š๐’๐’ˆ๐’ˆ๐’Š

JABATAN PENERANGAN CHEKAK |Keramat, Kuala Lumpur 29 Nov 2025 (Sabtu) - Majlis Tamat Zon Barat yang menghimpunkan Pusat d...
30/11/2025

JABATAN PENERANGAN CHEKAK |

Keramat, Kuala Lumpur 29 Nov 2025 (Sabtu) -
Majlis Tamat Zon Barat yang menghimpunkan Pusat dan Kelas dari Lembah Klang, Putrajaya serta Saujana Utama berlangsung di Rumah Persatuan, Taman Seri Keramat, Kuala Lumpur. Tahniah kepada ahli tamat dalam menempuh 3 fasa silibus matapelajaran PSCSPSM dalam tempoh 6 Bulan.

Silat Chekak tersangatlah mudah
Bagi mereka yang mendapat hidayah
Sungguhpun begitu hendaklah tabah
InsyaAllah mendapat faedah

Majlis ini menjadi wadah pertemuan bersama ahli persatuan bagi memupuk rasa kebersamaan dalam bersilaturrahim, serta meneruskan tanggungjawab menjaga diri dalam segala segi aspek kehidupan dunia & akhirat dengan panduan-panduan yang diberi.

๐‘ด๐’†๐’๐’‹๐’‚๐’๐’‚ ๐‘ฑ๐’‚๐’•๐’Š๐‘ซ๐’Š๐’“๐’Š & ๐‘ฉ๐’†๐’“๐’‚๐’Œ๐’‰๐’๐’‚๐’Œ ๐‘ป๐’Š๐’๐’ˆ๐’ˆ๐’Š

05/11/2025

Demonstrasi sempena Hari Sukan Keluarga Pulau Tawar, Jerantut.

JABATAN PENERANGAN CHEKAKSHAH ALAM, SELANGOR, 04 OKTOBER 2025 (Sabtu) โ€“ Demonstrasi Silat Chekak Silat Papan Sekeping te...
04/10/2025

JABATAN PENERANGAN CHEKAK

SHAH ALAM, SELANGOR, 04 OKTOBER 2025 (Sabtu) โ€“ Demonstrasi Silat Chekak Silat Papan Sekeping telah diadakan bersempena Pelancaran Taman Angkat Amanita Kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM) Selangor di Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Subang hari ini.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Polis Selangor, YDH CP Datoโ€™ Pahlawan Shazeli bin Datoโ€™ Kahar, yang turut diiringi oleh Pengarah Urusan Sime Darby Property, YBhg. Datoโ€™ Seri Azmir Merican.

Pelaksanaan program ini adalah simbolik kepada hubungan erat antara PDRM bersama masyarakat, yang saling melengkapi dalam usaha mengekalkan keharmonian, keselamatan dan kesejahteraan komuniti setempat.

Majlis turut mendapat sambutan hangat dengan kehadiran para pegawai daerah, pemimpin komuniti serta masyarakat sekitar yang sama-sama menyokong usaha memperkukuh jati diri dan membina akhlak mulia melalui seni warisan bangsa.

โ€œMenjana Jati Diri & Berakhlak Tinggiโ€

03/10/2025

Jangan biarkan warisan pusaka kita hilang ditelan zaman. Kini anda boleh pelajari Silat Chekak ilmu mempertahankan diri yang ringkas dan praktikal!

๐Ÿ“– Kursus 6 bulan | Sesuai untuk semua peringkat umur
๐Ÿ“ Lembah Kelang, Jerantut, Kuantan, Kuala Kangsar

๐Ÿ“ฒ Hubungi :
๐Ÿ“Œ ๐๐ง.๐€๐ณ๐ข๐ณ๐š๐ก - http://Wasap.my/60173863826/Perdaftaran-Keahlian
๐Ÿ“Œ ๐„๐ง.๐‰๐ฎ๐ง๐š๐ข๐๐ข - http://Wasap.my/60192459154/Perdaftaran-
๐Ÿ“Œ ๐„๐ง.๐“๐š๐ข๐› - http://Wasap.my/601938888882/Perdaftaran-Keahlian

ใ‚šviralใ‚ท

JABATAN PENERANGAN CHEKAK |PUCHONG, SELANGOR 2 OKTOBER 2025 - Syukur Alhamdulillah, penuntut baru telah menamatkan silib...
02/10/2025

JABATAN PENERANGAN CHEKAK |

PUCHONG, SELANGOR 2 OKTOBER 2025 - Syukur Alhamdulillah, penuntut baru telah menamatkan silibus matapelajaran 6 bulan Silat Chekak. Majlis Petua semalam dijalankan dengan penyampaian petua daripada Guru Utama. Semoga manfaat yang diperoleh menjadi bekal sepanjang perjalanan hidup.

Silat Chekak benar-benar asli,
Tidak bercampur hak luar negeri,
Hendaklah belajar bersungguh hati,
Untuk menjaga diri sendiri .

๐‘ด๐’†๐’๐’‹๐’‚๐’๐’‚ ๐‘ฑ๐’‚๐’•๐’Š๐‘ซ๐’Š๐’“๐’Š & ๐‘ฉ๐’†๐’“๐’‚๐’Œ๐’‰๐’๐’‚๐’Œ ๐‘ป๐’Š๐’๐’ˆ๐’ˆ๐’Š

Aktiviti latihan kelas demonstrasi dan kelas latihan di Rumah Persatuan Keramat PSCSPSM dijalankan bagi memantapkan keta...
26/09/2025

Aktiviti latihan kelas demonstrasi dan kelas latihan di Rumah Persatuan Keramat PSCSPSM dijalankan bagi memantapkan ketangkasan serta meningkatkan kemahiran penuntut.

Pusat Latihan Ibu Pejabat Kampong Baru Kuala Lumpur

JABATAN PENERANGAN CHEKAK |Putrajaya 22 September 2025 (ISNIN) - Kepimpinan Persatuan Silat Chekak Silat Papan Sekeping ...
22/09/2025

JABATAN PENERANGAN CHEKAK |

Putrajaya 22 September 2025 (ISNIN) -

Kepimpinan Persatuan Silat Chekak Silat Papan Sekeping Malaysia (PSCSPSM) mengadakan kunjungan hormat ke atas YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad. Rombongan diketuai oleh Guru Utama dan Presiden bersama Naib Presiden (1), Ahli Jawatankuasa Pusat dan Majlis Tertinggi persatuan.

Pertemuan berlangsung dalam suasana mesra dan penuh nilai. Sebagai seorang negarawan ulung yang telah melalui pelbagai zaman, Tun berkongsi pandangan tentang pentingnya disiplin diri, kesungguhan menuntut ilmu, dan kekuatan semangat penyatuan "Bangsa Melayu". Beliau menegaskan bahawa kemajuan bangsa bergantung pada Bangsa Melayu Islam iaitu bangsa yang berpegang teguh pada Al-Quran, mensyukuri nikmat Allah dengan usaha Kita bersama, dan mampu menyesuaikan diri dengan perubahan membawa penyatuan Jati Diri Melayu dalam satu perjuangan.

Kunjungan ini mengukuhkan tekad kami untuk terus memartabatkan silat sebagai medan penyatuan bagi pembinaan insan dan wadah yang menanam keberanian, kepimpinan dan kesantunan. Semoga ikatan silaturrahim ini menjadi pemangkin semangat generasi muda dalam memelihara warisan bangsa, selari dengan hikmah yang disampaikan oleh negarawan berwawasan negara.

๐‘ด๐’†๐’๐’‹๐’‚๐’๐’‚ ๐‘ฑ๐’‚๐’•๐’Š๐‘ซ๐’Š๐’“๐’Š & ๐‘ฉ๐’†๐’“๐’‚๐’Œ๐’‰๐’๐’‚๐’Œ ๐‘ป๐’Š๐’๐’ˆ๐’ˆ๐’Š

JABATAN PENERANGAN CHEKAK |TAMAN SERI KERAMAT, KUALA LUMPUR 20 September 2025 (Sabtu) - Majlis Tamat dan Potong Zon Bara...
20/09/2025

JABATAN PENERANGAN CHEKAK |

TAMAN SERI KERAMAT, KUALA LUMPUR 20 September 2025 (Sabtu) -

Majlis Tamat dan Potong Zon Barat yang melibatkan Pusat/Kelas Lembah Klang, Putrajaya dan Saujana Utama telah diadakan dengan jayanya di Rumah Persatuan, Taman Seri Keramat, Kuala Lumpur.

Majlis tersebut telah dihadiri seramai 150 orang kehadiran dan berlangsung dalam suasana penuh tertib, ilmu serta kesyukuran.

๐‘ด๐’†๐’๐’‹๐’‚๐’๐’‚ ๐‘ฑ๐’‚๐’•๐’Š๐‘ซ๐’Š๐’“๐’Š & ๐‘ฉ๐’†๐’“๐’‚๐’Œ๐’‰๐’๐’‚๐’Œ ๐‘ป๐’Š๐’๐’ˆ๐’ˆ๐’Š

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2025 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พHari ini kita mengenang detik penyatuan yang melahirkan sebuah negara berdaulat.W...
15/09/2025

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2025 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Hari ini kita mengenang detik penyatuan yang melahirkan sebuah negara berdaulat.
Warisan silat Melayu kekal menjadi nadi perjuangan bangsa.

Bersatu | Berdaulat | Berbudaya.


Address

NO. 57, Jalan AU2A/21, TAMAN SERI KERAMAT, 54200 AMPANG
Kampong Datok Keramat
54000

Website

http://www.silatpapansekeping.org.my/

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Silat Chekak Silat Papan Sekeping Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Persatuan Silat Chekak Silat Papan Sekeping Malaysia:

Share