Layar Temir Bookstore

Layar Temir Bookstore Menyediakan buku-buku berbentuk Tauhid Tasawuf, aliran KeSufian, Sejarah, Falsafah & Ketamadunan

?

31/07/2025

"Inilah Cinta (tauhid makrifat), untuk terbang ke langit rahsia (alam lahut), awalnya tinggalkan kehidupan (halangan dunia, makhluk, nafsu dan syaitan), akhirnya melangkah tanpa kaki (segala takdir kehidupan dan hidupnya adalah tajalli Allah, bukan kita)"

Mawlana Jalaluddin Ar Rumi 🤍

29/07/2025

“Jika ada Cahaya (Nur Muhammad) dihatimu, kan kau temukan jalan p**ang (Alam Lahut)”

Mawlana Jalaluddin Ar Rumi 🤍

27/07/2025

“Ini jalanmu(salik), jalanmu sahaja, orang lain dapat jalan bersamamu, tapi tak ada yang dapat menjalanikan untukmu”

Mawlana Jalaluddin Ar Rumi 🤍

SULLAM AL-MUBTADI Fi Makrifah Tariqah Al-MuhtadiTangga Bagi Orang Yang Memulai Belajar-Syeikh Daud Al FathaniKitab ini a...
25/07/2025

SULLAM AL-MUBTADI Fi Makrifah Tariqah Al-Muhtadi
Tangga Bagi Orang Yang Memulai Belajar
-Syeikh Daud Al Fathani

Kitab ini adalah merupakan sebuah kitab kecil yang diberi nama Sullam al-Mubtadi Fi Makrifah Tariqah al-Muhtadi iaitu Tangga Bagi Orang Yang Memulai Belajar iaitu karangan Al-Alim Al-‘Allamah Amin Al-Khair Al-Fahamah Maulana Wa Qudwatuna AI-Syeikh Daud Bin Al-Marhum Al-Syeikh Abdullah A1-Fathani.

Kitab ini membicarakan tentang ilmu Usuliddin atas jalan ahli Sunnah wa al-Jama’ah dan juga berkenaan hukum Fiqah. Untuk mengetahui lebih mendalam lagi, maka sebuah kitab besar akan diterbitkan iaitu syarah bagi kitab ini yang diberi nama kitab Kifayah al-Muhtadi iaitu karangan Muhammad Nur bin Muhammad bin Isma’il al-Fathani.Kitab ini amat sinonim dan masyhur di kalangan para pelajar pondok di mana kita ketahui sistem sekolah pondok ini amat pop**ar dan telah ramai melahirkan para ilmuan dalam bidang agama dan juga bidang lain yang berkarisma dan menyumbangkan sumbangan yang besar kepada bangsa dan agama.

Kitab ini pada asalnya adalah ditulis dalam tulisan Jawi dan bagi memudahkan para pembaca, maka buku ini diterbitkan semula dalam tulisan rumi tanpa mengubah perkataan asalnya. Kitab ini amat digalakkan kepada pembaca supaya mempelajarinya melalui para guru yang berpengalaman dalam bidang pengajian pondok supaya ilmu yang kita perolehi lebih mantap dan diberkati.

0.2kg
RM18.00
_______

untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 010-308 1832 🌹

tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/60103081832/SullamAlMubtadi

Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉https://telegram.me/layarTemirBookstore

25/07/2025

“Cinta berdiri sendiri, ia lautan tak bertepi, tanpa awal tanpa akhir”
Baca: (Cinta = Tauhid / Allah)

Mawlana Jalaluddin Ar Rumi

23/07/2025

Cinta itu adalah penyembuh, cinta adalah kekuatan, cinta adalah pengubah pengubah takdir. Cinta adalah cermin jamal Allah

Mawlana Jalaluddin Ar Rumi

PENAWAR BAGI HATI-Syeikh Abdul Qadir Al MandiliSesungguhnya buku Terjemahan Penawar Bagi Hati' ini suatu kitab yang amat...
21/07/2025

PENAWAR BAGI HATI
-Syeikh Abdul Qadir Al Mandili

Sesungguhnya buku Terjemahan Penawar Bagi Hati' ini suatu kitab yang amat terkenal di kalangan para pelajar yang mengikuti pengajian di pondokpondok, masjid, surau ataupun di pejabat, yang membicarakan segala sifat yang dipuji, seperti merendah diri dan sabar atau sifat yang dicela, seperti dengki dan membesar diri.

Dan sesungguhnya ianya berkaitan dengan Ilmu Tasawwuf, iaitu suatu ilmu yang membicarakan tentang sifat kelakuan diri kita, seperti mengosongkan hati daripada yang lain daripada Allah Ta'ala dan menghiasi diri kita dengan memandang kepada Tuhan sekalian alam.

Sekiranya kita dapat mendalami tentang Ilmu Tasawwuf itu, ianya akan dapat membersihkan segala anggota yang zahir, seperti; mata, telinga, lidah, perut, f***j, dua tangan, dan dua kaki kita daripada segala perbuatan yang keji supaya dapat menjurus kepada membersihkan hati daripada segala sifat kecelaan.

Sesungguhnya hendaklah kita ingat di dalam hati kita bahawasanya Allah telah memberi nikmat kepada kita beberapa nikmat yang tidak terhingga banyaknya, dan wajib bagi kita tidak memeliharanya, nescaya ianya akan jadi saksi semuanya di atas kita pada hari kiamat kelak.

RM14.00
_______

untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 010-308 1832 🌹

tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/60103081832/PenawarBagiHati

Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉https://telegram.me/layarTemirBookstore

21/07/2025

Panjang kehidupan ini hanya setengah daripada helaan nafasmu, jangan tanam apa pun kecuali cinta

Mawlana Jalaluddin Ar Rumi

20/07/2025

Tauhid menguruskan akidahnya
Fiqhnya menguruskan tindak tanduknya
Tasawufnya menguruskan jiwanya

18/07/2025

Ternyata, yang selalu merosakkanmu adalah dirimu sendiri, nafsumu, hatimu

HIDAYATUS SIBYAN FI MA'RIFATIL ISLAM WAL IMANPetunjuk Bagi Yang Baru Belajar Mengenal Islam & Iman-Abu Abdullah Husain N...
17/07/2025

HIDAYATUS SIBYAN FI MA'RIFATIL ISLAM WAL IMAN
Petunjuk Bagi Yang Baru Belajar Mengenal Islam & Iman
-Abu Abdullah Husain Nasir Al-Banjari

Hidayatus-Sibyan adalah merupakan sebuah kitab lama yang banyak diajar di pondok-pondok bagi mereka yang baru memasuki alam pondok. Dan ianya banyak membicarakan masalah i’ktiqad dan ibadat bagi golongan yang baru mengenal apa itu Islam dan Iman, yang juga membicarakan tentang cara mengambil wudhu’, sembahyang dan segala rukunnya, puasa zakat dan juga haji umrah secara ringkas.

Dan ianya adalah merupakan himpunan-himpunan daripada kalam ulama’yang terpercaya bagi maksud untuk memberi faham secara ringkas dan jelas apa itu Islam dan Iman dan segala ibadat yang lain. Dan semoga ianya dapat memberi manfa’at bagi mereka di dunia dan di akhirat. Dan kitab ini telah selesai penulisannya oleh pengarang pada hari Isnin, 18hb. Muharram 1330 Hijrah bersamaan 08hb. Januari 1912 Masihi.

0.2kg
RM12.00
_______

untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 010-308 1832 🌹

tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/60103081832/HidayatusSibyan

Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉https://telegram.me/layarTemirBookstore

BAKURAH AL-AMANI-Syeikh Ismail Bin Abdul Qadir Al-FathaniKitab Bakurah al-Amani atau nama lengkapnya Bakurah al-Amani li...
14/07/2025

BAKURAH AL-AMANI
-Syeikh Ismail Bin Abdul Qadir Al-Fathani

Kitab Bakurah al-Amani atau nama lengkapnya Bakurah al-Amani li Irsyad ‘Awam Ahl al-Fathani (باكورة الأماني لإرشاد عوام أهل الفطاني) merupakan kitab yang membincangkan bidang akidah (ilmu tauhid) yang terkenal di ‘Alam Melayu, khususnya negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dan di Selatan Thailand (baca: Patani) sehingga kini. Kitab ini disusun oleh al-Alim al-‘Allamah Syaikh Wan Ismail bin Wan ‘Abdul Qadir bin Wan Musthafa, atau dikenali juga dengan nama Pak Da ‘El al-Fathani ( 1300H/1882M – 1965M).

Kitab ini merupakan sebuah kitab yang ringkas dan padat isinya, yang merangkumi lebih kurang 10 halaman sahaja. Kitab ini ditulis oleh Pak Da ‘El sewaktu menziarahi kenalan beliau Haji Muhammad Nur di Tobiak Kedah, atas permintaan murid-muridnya. Ia ditulis secara spontan, berdasarkan ingatan beliau sahaja. Tarikh kitab ini ditulis adalah pada tahun 1335H / 1917M, atau tepatnya pada hari Sabtu, 14 Rajab, 1335 bersamaan 15 Mei 1917. Kitab ini pernah dicetak oleh Mathba’ah al-Ikhwan, Singapura pada tahun 1918M.

Menurut ceritanya, sejarah penulisan kitab ini adalah dari permintaan muridnya yang bernama Haji Ahmad supaya Pak Da’El karangkan secara ringkas matan ilmu tauhid bagi memudahkan anaknya Mat Hasan yang masih memonduk agar membantunya dalam memahami ilmu tauhid. Maka permintaan itu diperkenankan oleh Pak Da ‘El dan terhasillah kitab yang terkenal ini.

Kandungan kitab Bakurah al-Amani

Antara intipati kandungan kitab ini termasuklah perbahasan tentang makna kalimah syahadah yang menggunakan konotasi “Allah jua Tuhan”; tentang wajib Syarak atau hukum taklifi pada istilah pantang, terjemahan seperti ma ya sa buh ‘ala tarqih wa yu ‘a qa bu ala tarqih; Perbahasan pergantungan hukum-hukum akal; perbahasan istihalah; perbahasan daur dan tasarsur; perbahasan mukhallafah secara spesifiknya perbahasan mengenai sifat wajib Allah bersalahan dengan sesuatu baharu; perbahasan tentang penciptaan makhluk (Nur Muhammad); perbahasan al-makulat al ‘asyarah; perbahasan usaha ikhtiar; perbahasan sifat salbiyyah; perbahasan sifat ma’ani ; perbahasan hayat dan sifat idro’; perbahasan muta’ala’ ilmu, sabitah atau syuun; perbahasan qun fa ya kun; perbahasan dzan dan waham; pembahagian bagi makna sifat – sifat ma’ani; dan perbahasan al-nubuwwah.

Syarah Bakurah al-Amani

Oleh kerana kitab ini sangat ringkas dan padat isinya sehingga sesetengah orang gagal memahami ‘ibaratnya, maka Pak Da ‘El telah diminta p**a agar menulis syarah (huraian) bagi kitab ini. Beliau kemudiannya menulis syarahnya, yang diberi judul “ Tabshirah al-Adani bi Alhan Bakurah al-Amani (تبصرة الأداني بألحان باكورة الأماني). Kitab ini selesai ditulis pada 25 Muharram 1358H / 16 Mac 1936, sebagaimana yang dijelaskan oleh beliau sendiri dalam kitab tersebut;

“Maka tatkala kelihatan atasnya oleh setengah-setengah tolabah, membahas-bahas ia daripada tuturannya datanglah atasnya i’ktirad pada menyalahinya akan tuturan kitab-kitab Melayu yang dahulu-dahulu pada beberapa tempat maka hamba hurai baginya demikian tuturan yang menyalahi itu dan menyatakan kehendaknya dan wajah ubahnya maka terpaksalah atasnya membenarkan ubahan-ubahan yang tersebut dan jikalau menyalahikan mafhum kitab-kitab yang lain sekali pun maka kemudian daripada lalu bertahun –tahun memintak p**ak bahawa hamba syarahkan risalah itu suatu menyatakan wajah tujuan tuturan yang tersebut maka memikir hamba beberapa lama maka nyata bagi hamba elok pintakan itu maka merebut-rebut hamba akan peluangan dengan menatahkan ‘ibarat risalah itu dengan macam-macam tafsir yng ditetapkan dia dengan sudahan yang jilah yang menjelaskan hati-hati yang empunya paham atas qadar pendapat hamba supaya panjang diambil guna dengan risalah itu dan merataimya dan hamba namakan ia “Tabshirah al-Adani bil Alhani Bakurah al-Amani” artinya menperlatas bagi ornag-orang ligat mendapati akan tengak tengakan dan siringan-siringan cakapan Bakurah al-Amani ”

Kitab Syarah Bakurah al-Amani ini masih dicetak dan dijual pasaran kitab Jawi dan sehingga kini masih diajar di masjid-masjid dan pondok-pondok sebagai teks pengajian utama dalam ilmu akidah. Manakala matan asal Bakurah al-Amani, sekadar dari pengamatan saya, sudah tiada yang dicetak secara berasingan dari syarahnya.

Kini, kitab Syarah Bakurah al-Amani ini sudah ada yang dicetakkan dan diterbitkan dengan tulisan Rumi tanpa sebarang pindaan daripada teks asal, agar kebanyakan generasi. sekarang ini yang kurang mahir dalam tulisan jawi mudah bagi mereka mengikuti setiap patah perkataaan yang terdapat di dalam teks asalnya. Usaha ini telah dilakukan oleh Ustazah Noraine Abu dan diterbitkan oleh Al-Hidayah House Publishers Sdn Bhd. Isi kandungan buku ini merangkumi 50 halaman. Semoga bermanfaat.

RM5.50
_______

untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 010-308 1832 🌹

tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/60103081832/BakurahAlAmani

Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉https://telegram.me/layarTemirBookstore

kredit: http://abusyahmin.blogspot.com/2014/03/bakurah-al-amani.html

Address

Batu Caves
68100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Layar Temir Bookstore posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Layar Temir Bookstore:

Share

Category