Penerbit UniSZA

Penerbit UniSZA Penerbit UniSZA adalah penerbit universiti yang termuda di kalangan penerbit universiti Malaysia. Pegawai Penerbitan pertamanya dilantik pada Julai 2007.

Penerbit UniSZA adalah pejabat penerbit universiti yang termuda di kalangan penerbit universiti Malaysia. Tetapi kegiatan penerbitan UniSZA sudah berakar umbi lama. UniSZA ditubuhkan dengan benih KUSZA – Kolej Sultan Zainal Abidin. Kolej ini ditubuhkan pada tahun 1981. Manakala UniSZA ditubuhkan pada Januari 2006.

UCAPAN PENGHARGAAN & TERIMA KASIHSetinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kami rakamkan kepada Prof. Madya Dr...
06/01/2026

UCAPAN PENGHARGAAN & TERIMA KASIH

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kami rakamkan kepada Prof. Madya Dr. Muhammad Shahrul Ifwat bin Ishak atas komitmen, dedikasi dan sumbangan berterusan beliau sebagai Penyelaras Jurnal UniSZA.

Sumbangan kepakaran dan kepimpinan akademik beliau sepanjang tempoh 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2025 amat bermakna dalam memperkukuh kualiti penerbitan ilmiah serta memartabatkan nama UniSZA di peringkat nasional dan antarabangsa.

Semoga segala usaha dan jasa ini menjadi amal berpanjangan serta inspirasi kepada warga akademik yang lain.

Ikhlas daripada,
Seluruh Warga Kerja Penerbit UniSZA




Setinggi-tinggi Tahniah!!Penerbit Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pro...
06/01/2026

Setinggi-tinggi Tahniah!!

Penerbit Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. Madya Dr. Radzuwan Ab Rashid atas pelantikan sebagai Penyelaras Jurnal UniSZA, berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026 hingga 31 Disember 2027.

Semoga amanah yang dipertanggungjawabkan ini dapat dilaksanakan dengan cemerlang serta terus memperkukuh kualiti penerbitan jurnal UniSZA di peringkat nasional dan antarabangsa.

Ikhlas daripada:
Seluruh warga kerja Penerbit UniSZA




05/01/2026

AL-FATIHAH

Seluruh warga Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) merakamkan ucapan takziah atas pemergian
Allahyarhamah Syakirah Hanan binti Mazli,
Pelajar Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI).

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga, semoga diberikan ketabahan dan kekuatan menghadapi ujian ini.

إِنَّا لِلّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ




Penerbit UniSZA membuka tirai tahun 2026 dengan penerbitan Modul Muaddib hasil karya Kump**an Pengarang Jawatankuasa Fle...
01/01/2026

Penerbit UniSZA membuka tirai tahun 2026 dengan penerbitan Modul Muaddib hasil karya Kump**an Pengarang Jawatankuasa Flexible Education with Soul.

Terbitan pertama tahun 2026 ini menjadi pemangkin kepada seluruh warga kerja Penerbit UniSZA untuk terus komited menghasilkan terbitan-terbitan seterusnya.





-------------------------------------------
Official Web: www.penerbit.unisza.edu.my
Official Page (FB) : Penerbit UniSZA
Official Twitter : penerbitunisza
Official email : [email protected]
Online shop: www.unisza.edu.my/bookstore/
Shopee Penerbit: shopee.com.my/penerbit_unisza
Official Telegram: https://t.me/+fDIdJG5_SV1jMjE1
Atau ditalian : 09-6688478
e-katalog : https://online.fliphtml5.com/nqawp/sbdf

SELAMAT TAHUN BAHARU 2026.Saat tirai 2025 dilabuhkan, Penerbit UniSZA ingin merakamkan setulus-tulus penghargaan kepada ...
31/12/2025

SELAMAT TAHUN BAHARU 2026.

Saat tirai 2025 dilabuhkan, Penerbit UniSZA ingin merakamkan setulus-tulus penghargaan kepada setiap insan yang berjalan seiring bersama kami terutamanya para penulis, penyelidik, editor, rakan kolaborasi dan pembaca setia. Setiap karya yang terhasil bukan sekadar tulisan di halaman, tetapi lahir daripada kepercayaan, dedikasi dan cinta terhadap ilmu.

Terima kasih atas sokongan, kesabaran dan doa yang tidak pernah putus. Semoga tahun 2026 membuka lembaran baharu yang lebih bermakna, menyuburkan ilham, menguatkan tekad dan mempertemukan kita dengan lebih banyak kejayaan serta manfaat untuk ummah dan masyarakat seluruhnya.

Dengan penuh harapan dan rasa syukur,
Selamat menyambut Tahun Baharu 2026.

Ikhlas daripada kami,
Penerbit UniSZA.




TERBITAN 2025:Judul: Senandung Kita Beraja di Perak Sajak-sajak Sekeluarga Nukilan Kump**an Trio Penulis LubisPenulis: M...
30/12/2025

TERBITAN 2025:

Judul: Senandung Kita Beraja di Perak Sajak-sajak Sekeluarga Nukilan Kump**an Trio Penulis Lubis
Penulis: Muhammad Bukhari Lubis, Firuz Akhtar Lubis, Nursafira Lubis Safian
ISBN: 978-629-7804-18-7

Senandung Kita Beraja di Perak memuatkan 55 kuntum sajak yang mempuisikan apa saja yang terinspirasi di dalam dan luar negara. Hanya sebuah sajak dalam bahasa Arab. Umumnya antologi ini sarat dengan ilham-ilham pendidikan dan keilmuan, khasnya kesan daripada suluhan dan pengalaman ketika menuntut dari sekolah rendah hingga ke universiti. Karya ini turut membahas faham keislaman yang dianuti dan perihal kekeluargaan penyair. Diselangi p**a dengan nada didaktis. Antologi sajak ini juga bitara kerana memperkenalkan dalam persuratan Melayu, satu genre terbaharu: puisi mulamma‘, iaitu sajak-sajak yang ditulis dalam satu aksara dengan menggunakan dua bahasa atau lebih. SKBP mempersembahkan sajak-sajak yang menggabungkan pelbagai bahasa: Melayu, Mandailing, Arab, Parsi, dan Turki.





-------------------------------------------
Official Web: www.penerbit.unisza.edu.my
Official Page (FB) : Penerbit UniSZA
Official Twitter : penerbitunisza
Official email : [email protected]
Online shop: www.unisza.edu.my/bookstore/
Shopee Penerbit: shopee.com.my/penerbit_unisza
Official Telegram: https://t.me/+fDIdJG5_SV1jMjE1
Atau ditalian : 09-6688478
e-katalog : https://online.fliphtml5.com/nqawp/sbdf/

TERBITAN 2025:Judul: Dimensi Pendidikan Islam Era KontemporariPenulis: Tengku Sarina Aini Tengku Kasim, Ahmad Yussuf, Fa...
30/12/2025

TERBITAN 2025:

Judul: Dimensi Pendidikan Islam Era Kontemporari
Penulis: Tengku Sarina Aini Tengku Kasim, Ahmad Yussuf, Faizuri Abd Latif
ISBN: 978-629-7804-17-0

Dimensi Pendidikan Islam Era Kontemporari mempersembahkan wacana ilmiah yang mengupas pelbagai isu kritikal dalam pendidikan Islam masa kini. Menyatukan kajian dari para sarjana Malaysia dan Nusantara, buku ini meneroka pendekatan kontemporari dalam menangani cabaran akhlak, pendidikan nilai di era digital, transformasi kurikulum berasaskan kesederhanaan agama, serta pemulihan akhlak remaja dalam konteks sosial moden. Dilengkapi dengan analisis mendalam dan strategi praktikal, buku ini menjadi rujukan penting bagi pengamal pendidikan Islam yang beraspirasi memperkasa pendidikan dalam era globalisasi yang mencabar. Sebuah sumber rujukan penting untuk pendidik, pengkaji, dan penggerak pendidikan Islam pada abad ke-21, di mana turut mengetengahkan respons ilmiah terhadap cabaran pendidikan di zaman digital, globalisasi dan Revolusi Industri 4.0. Dengan membumikan tradisi Islam dalam konteks dunia kontemporari, karya ini menjadi panduan penting bagi pendidik, pelajar dan pengkaji yang berusaha mengekalkan relevansi pendidikan Islam dalam landskap dunia moden yang dinamik dan mencabar.





-------------------------------------------
Official Web: www.penerbit.unisza.edu.my
Official Page (FB) : Penerbit UniSZA
Official Twitter : penerbitunisza
Official email : [email protected]
Online shop: www.unisza.edu.my/bookstore/
Shopee Penerbit: shopee.com.my/penerbit_unisza
Official Telegram: https://t.me/+fDIdJG5_SV1jMjE1
Atau ditalian : 09-6688478
e-katalog : https://online.fliphtml5.com/nqawp/sbdf/

Penerbit UniSZA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Muzium Negeri Terengganu ata...
24/12/2025

Penerbit UniSZA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Muzium Negeri Terengganu atas kunjungan yang bermakna serta sokongan berterusan dengan membeli buku-buku terbitan kami.

Sokongan ini amat kami hargai sebagai satu bentuk kepercayaan terhadap usaha Penerbit UniSZA dalam memperkaya khazanah ilmu, warisan dan penerbitan tempatan. Semoga jalinan kerjasama ini dapat terus diperkukuh demi manfaat bersama serta pemerkasaan ilmu untuk masyarakat.





TERBITAN BAHARU 2025:Judul: ESTETIK PERKATAAN AḤAD DAN WAḤID DALAM AL-QURANISBN: 978-629-7804-12-5Keindahan gaya bahasa ...
23/12/2025

TERBITAN BAHARU 2025:
Judul: ESTETIK PERKATAAN AḤAD DAN WAḤID DALAM AL-QURAN
ISBN: 978-629-7804-12-5

Keindahan gaya bahasa yang terdapat pada setiap ayat al-Quran merupakan satu daripada elemen kemukjizatan al-Quran itu sendiri. Perkara ini berdasarkan para sarjana bersepakat mengatakan bahawa aspek bahasa terutamanya dari segi penggunaan gaya bahasa yang disusun dalam al-Quran adalah aspek utama yang menjadikan manusia mahupun jin gagal menandinginya. Bahkan, cabaran yang dikemukakan oleh Allah SWT ini sehingga kini masih kekal menjadikan setiap ayat al-Quran sebagai mukjizat yang bukan sahaja melemahkan manusia pada semua peringkat untuk menandinginya bahkan isi kandungannya bersesuaian dengan perkembangan ilmu pada setiap zaman. Berdasarkan perkembangan ilmu berteraskan teknologi kini, topik mukjizat al-Quran dilihat turut terkesan sehingga muncul satu aspek baru yang mula diberi perhatian iaitu kemukjizatan al-Quran dari aspek bilangan. Topik ini termasuk dalam perbahasan al-icjāz al-cadadī iaitu aspek berkaitan perkataan bilangan yang disebutkan dalam ayat al-Quran dan penciptaan aplikasi-aplikasi berkaitan ayat al-Quran sekaligus memudahkan untuk menghitung sesuatu perkataan atau pengulangan yang terdapat dalam al-Quran. Penelitian terhadap kemukjizatan al-Quran juga biasanya tertumpu terhadap penggunaan gaya bahasa.

Justeru buku ini mengetengahkan perbincangan tentang keindahan gaya bahasa pada ayat-ayat al-Quran yang mengandungi penyebutan unsur bilangan satu menerusi perkataan aḥad dan waḥid. Ini kerana kedua-dua perkataan aḥad dan waḥid ini mempunyai fungsi tertentu dalam perbahasan balaghah. Perbincangan hal ini penting kerana ia mampu memberi impak kefahaman yang lebih mendalam dalam menyelami makna ayat al-Quran samada yang tersurat mahupun tersirat. Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman penulis juga, dapat dikatakan bahawa sumber rujukan ilmu balaghah Arab atau balaghah al-Quran dalam bahasa Melayu masih lagi kurang dan ianya amat diperlukan oleh para pelajar samada di peringkat sekolah mahupun di universiti. Diharapkan buku ini akan menjadi solusinya kepada masalah tersebut dan membuka ruang perbincangan yang baharu kepada seluruh pencinta ilmu al-Quran khususnya dalam kerangka perbahasan mukjizat al-Quran dari aspek gaya bahasa yang digunakan.





-------------------------------------------
Official Web: www.penerbit.unisza.edu.my
Official Page (FB) : Penerbit UniSZA
Official Twitter : penerbitunisza
Official email : [email protected]
Online shop: www.unisza.edu.my/bookstore/
Shopee Penerbit: shopee.com.my/penerbit_unisza
Official Telegram: https://t.me/+fDIdJG5_SV1jMjE1
Atau ditalian : 09-6688478
e-katalog : https://online.fliphtml5.com/nqawp/sbdf/

Setinggi-tinggi Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Kump**an e-QISMART (Penerbit UniSZA) atas kejayaan meraih Naib Johan...
23/12/2025

Setinggi-tinggi Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Kump**an e-QISMART (Penerbit UniSZA) atas kejayaan meraih Naib Johan dalam Konvensyen Kump**an Inovatif dan Kreatif (KIK) Horizon Baharu 2025 Peringkat UniSZA.

Pencapaian ini amat membanggakan kerana ia merupakan penyertaan pertama pasukan e-QISMART, namun berjaya membuktikan keupayaan, kreativiti serta komitmen tinggi dalam melaksanakan inovasi melalui projek e-Kitab UniSZA. Kejayaan ini mencerminkan semangat kerja berpasukan, disiplin perancangan serta kesungguhan warga Penerbit UniSZA dalam menyokong agenda penambahbaikan berterusan dan pendigitalan universiti.

Tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua ahli Kump**an e-QISMART:

Wan Mohd Fadzli W Samsudin (Ketua) - Penerbit UniSZA
Nik Nurhusna Nik Anuar - Penerbit UniSZA
Mohamad Izzat Azmir Mat Azam - Penerbit UniSZA
Rozilawati Mahmud - Penerbit UniSZA
Nurul Najihah Abdul Rashid - Penerbit UniSZA
Siti Maryam Uzir - Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian
Rosliza Abdul Razak -Pusat Pengurusan Bakat & Latihan
Rosliza Daud - Pejabat Wakaf & Endowmen
TS. Muhd Zamree Bin Zakaria (Fasilitator) - Fakulti Reka Bentuk Inovatif Dan Teknologi

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan, memperkukuh budaya inovasi serta mengharumkan nama Penerbit UniSZA dan Universiti Sultan Zainal Abidin pada masa akan datang.

Ikhlas daripada:
Seluruh Warga Kerja
Penerbit Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

TERBITAN BAHARU 2025:Judul: Pendekatan Bioetika Islam dalam Merungkai Dilema Pembedahan Penentuan Jantina pada Individu ...
22/12/2025

TERBITAN BAHARU 2025:

Judul: Pendekatan Bioetika Islam dalam Merungkai Dilema Pembedahan Penentuan Jantina pada Individu Interseks
Penulis: Mohd Salim Mohamed
ISBN: 978-629-7804-16-3

Buku ini menawarkan pandangan mendalam dan komprehensif mengenai isu Kelainan Perkembangan Seksual (KPS) dan pembedahan penentuan jantina (PPJ) pada bayi interseks. Dengan meneliti kerumitan permasalahan ini, penulis mengangkat kebimbangan etika yang muncul serta implikasi sosial dan budaya yang mempengaruhi keputusan perubatan di Malaysia.
Menggunakan pendekatan multidisiplin yang merangkumi perspektif perubatan, psikologi, dan bioetika Islam, buku ini menekankan pentingnya memahami KPS sebagai spektrum identiti yang kompleks, bukan sekadar fenomena biologi. Penekanan terhadap maqasid syariah dijadikan panduan dalam merangka keputusan etika, dengan tujuan menghormati maruah individu dan melindungi hak mereka.
Melalui analisis kritikal terhadap isu-isu yang dihadapi oleh bayi interseks, buku ini membentangkan cabaran yang dihadapi oleh pakar perubatan dan ibu bapa dalam membuat keputusan yang beretika. Penulis mencadangkan pembentukan kump**an multidisiplin, mengajak pembaca untuk mempertimbangkan perlunya dialog konstruktif dan penglibatan agama dalam bioetika secara pragmatik.
Dalam usaha membongkar stigma, stereotaip, dan kesalahfahaman yang mengelilingi KPS, buku ini bukan sahaja berfungsi sebagai sumber pengetahuan tetapi juga sebagai seruan untuk tindakan dalam membina masyarakat yang lebih inklusif dan adil. Bacaan ini amat sesuai untuk akademik, pengamal, serta sesiapa yang berminat dengan isu-isu hak asasi manusia, etika perubatan, dan interseks dalam konteks masyarakat yang berbilang latar belakang.





-------------------------------------------
Official Web: www.penerbit.unisza.edu.my
Official Page (FB) : Penerbit UniSZA
Official Twitter : penerbitunisza
Official email : [email protected]
Online shop: www.unisza.edu.my/bookstore/
Shopee Penerbit: shopee.com.my/penerbit_unisza
Official Telegram: https://t.me/+fDIdJG5_SV1jMjE1
Atau ditalian : 09-6688478
e-katalog : https://online.fliphtml5.com/nqawp/sbdf/

Address

Kampong Gong Badak
21300

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 16:30
Sunday 08:00 - 16:30

Telephone

+6096688478

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penerbit UniSZA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Penerbit UniSZA:

Share