EncikPang

EncikPang Tak berat sebelah, cuma beratkan kebenaran.

PAS Tunggangan Isu Populis, Bukan Penyelesai Masalah .PAS hari ini bukan lagi parti yang membina dasar. Mereka lebih sel...
05/08/2025

PAS Tunggangan Isu Populis, Bukan Penyelesai Masalah .

PAS hari ini bukan lagi parti yang membina dasar. Mereka lebih selesa menjadi penunggang sentimen rakyat. Bila harga barang naik, mereka jerit kononnya kerajaan gagal. Bila ada projek pembangunan, mereka kata membazir. Bila kerajaan bantu rakyat, mereka tuduh rasuah. Semua isu akan ditunggang, asalkan boleh jadi modal politik untuk hidupkan naratif bahawa merekalah penyelamat ummah.

Masalahnya, di sebalik semua kritikan populis yang mereka lontarkan, PAS tidak pernah tampil dengan penyelesaian yang realistik. Mereka membakar emosi rakyat dengan slogan, tapi tak pernah datang dengan pelan tindakan yang mampu dilaksanakan. Bila diberi kuasa di negeri, rekod mereka sangat mengecewakan. Kemudahan asas gagal ditambah baik, pelaburan luar tidak masuk, peluang pekerjaan terbatas. Mereka hanya mahir menunggang kemarahan rakyat, tapi gagal membuktikan kebolehan sebagai pentadbir.

Apa yang mereka ada hanyalah persepsi. Persepsi bahawa mereka suci, zuhud, dan paling Islami. Dengan imej jubah dan retorik agama, mereka cipta ilusi bahawa mereka lebih baik dari semua. Tapi bila cabaran sebenar datang , soal ekonomi, soal pentadbiran, soal rakyat memerlukan penyelesaian konkrit, mereka menghilang, atau lebih teruk, menyalahkan orang lain. Politik mereka bukan dibina atas asas kemampuan, tapi atas kebiasaan menangguk di air keruh.

Kerajaan negeri hari ini tidak hanya menumpukan kepada pembangunan fizikal, tetapi juga menjaga kebajikan rakyat secara menyeluruh. Bantuan disusun rapi , bermula dari bayi yang baru lahir, bantuan awal persekolahan, sokongan untuk mahasiswa masuk IPT, bantuan ketika bencana, hinggalah kepada bantuan kematian. Dari mula hidup sampai ke akhir hayat, rakyat Pahang tak pernah dibiarkan sendiri. Semua ini bukan gimik politik, tapi bukti jelas bahawa kerajaan negeri bekerja, merancang, dan benar-benar mengambil berat soal rakyat.

Rakyat Pahang sudah lihat hasilnya.
Ekonomi berkembang. Peluang pekerjaan terbuka. Infrastruktur diperkasa. Kebajikan dijaga. Yang memimpin hari ini bukan sibuk dengan gelaran, tapi sibuk merancang masa depan. Dan itulah beza antara kerajaan yang bertanggungjawab dengan parti yang hanya tahu berselindung di sebalik slogan agama. Cukup-cukuplah rakyat ditipu dengan persepsi. Sekarang masa untuk kita kekalkan kerajaan yang membawa prestasi.

PAS Bakal Ganti UMNO-BN? Realiti Atau Mimpi Siang Hari .Jom kita hadam satu-satu.1. “Rakyat kena beri sokongan kepada PA...
04/08/2025

PAS Bakal Ganti UMNO-BN? Realiti Atau Mimpi Siang Hari .

Jom kita hadam satu-satu.

1. “Rakyat kena beri sokongan kepada PAS”?
PAS dah tadbir beberapa negeri – Kelantan, Terengganu, Kedah. Tapi kita tengok sendiri, ekonomi statik, peluang kerja terhad, pelaburan luar tak masuk, malah orang muda berhijrah beramai-ramai cari kehidupan yang lebih baik. Kalau itu jadi contoh pentadbiran “baik”, kita patut risau.

2. “PAS bakal kerajaan terbaik”?
Atas kertas, semua orang boleh jual mimpi. Tapi realiti tak menipu. Di Pahang, kita ada pentadbiran yang stabil, pelaburan RM30 bilion masuk, inisiatif kebajikan rakyat diperluas, dan ekonomi terus berkembang. Kalau PAS betul-betul terbaik, mana data, mana hasilnya?

3. “Pemimpin PAS sama taraf dengan pemimpin UMNO-BN”?
Dengan segala hormat , ini perbandingan yang terlalu murah. UMNO-BN Pahang ada legasi panjang membangunkan negeri, ramai pemimpin berpengalaman mentadbir agensi, korporat dan kerajaan. Pemimpin PAS p**a kebanyakannya masih cakap atas pentas, tapi tak ada track record sebenar urus tadbir negeri maju.

4. “Pentadbiran PAS lebih baik dari UMNO-BN”?
Kalau lebih baik, takkan sampai sekarang masih minta bantuan pusat untuk sara negeri sendiri? Takkan sampai rakyat keluar mengundi di negeri lain sebab tak nampak masa depan? Slogan dan serban tak cukup kalau tak mampu sediakan peluang hidup yang lebih baik untuk rakyat.

Kesimp**annya?
Cakap memang mudah. Tapi membangunkan negeri perlukan pengalaman, kebijaksanaan dan rekod kerja sebenar. Bukan retorik. Bukan sekadar nak tunjuk konon suci. Rakyat Pahang kena bijak nilai antara pentadbiran yang dah terbukti bawa kemajuan, dengan satu mimpi politik yang belum tentu mampu ditunaikan.

TAAT TITAH TUANKU, BUKAN POLITIK SEMATA-MATATitah KDYMM Sultan Pahang baru-baru ini cukup jelas ,  jangan terlalu berpol...
01/08/2025

TAAT TITAH TUANKU, BUKAN POLITIK SEMATA-MATA

Titah KDYMM Sultan Pahang baru-baru ini cukup jelas , jangan terlalu berpolitik sepanjang masa. Teguran ini bukan sembarangan. Ia datang dari seorang Raja yang amat dekat dengan nadi rakyat, dan sangat memahami keperluan untuk kerajaan negeri fokus membangunkan negeri, bukan melayan sandiwara politik tidak berkesudahan.

Malangnya, masih ada segelintir pihak terutama dari PAS dan Perikatan Nasional yang tidak mahu berhenti bermain politik. Ketika rakyat perlukan penyelesaian kepada isu harian , kos sara hidup, peluang pekerjaan, dan pembangunan setempat , mereka sibuk memanip**asi sentimen, menabur fitnah dan mengganggu kestabilan negeri demi keuntungan politik sempit.

Kerajaan Negeri Pahang di bawah kepimpinan YAB Dato’ Sri Menteri Besar telah membuktikan bahawa kestabilan dan prestasi adalah keutamaan. Pelaburan masuk meningkat, program kebajikan berjalan lancar, dan agenda pembangunan luar bandar terus dilaksana. Semua ini terjadi kerana kerajaan tidak melayan provokasi politik, sebaliknya menumpukan kepada kerja dan amanah rakyat.

PAS-PN perlu sedar diri. Jangan berselindung di sebalik jubah agama dan slogan populis kononnya “membela rakyat”, sedangkan tindak-tanduk mereka hanya memecah-belahkan perpaduan dan merosakkan institusi. Kalau betul mahu jadi pembangkang yang konstruktif, dengar dan patuh pada nasihat Tuanku , berhenti main politik keterlaluan.

Rakyat Pahang bukan bodoh. Mereka mahu kerajaan bekerja, bukan bertelagah. Hormatilah institusi Raja, dan hormatilah suara rakyat. Titah Tuanku itu bukan amaran kosong, tetapi cerminan kasih dan prihatin baginda terhadap masa depan negeri yang kita semua cintai.

Konflik di sempadan Thailand-Kemboja bukan sekadar perbalahan dua negara. Ia perang kecil yang mengorbankan yang tidak b...
29/07/2025

Konflik di sempadan Thailand-Kemboja bukan sekadar perbalahan dua negara. Ia perang kecil yang mengorbankan yang tidak berdosa. Anak kecil hilang ibu. Petani kehilangan tanah. Tentera gugur di medan. Tapi dalam suasana penuh derita ini, seorang ahli politik dari PAS tampil dengan perumpamaan kartun: kambing, biri-biri dan monyet berebut pisang.

Inilah masalah bila politik dijadikan pentas lawak, dan agama diperalat sekadar imej luaran. Bila nyawa manusia dijadikan bahan sindiran murahan, hanya kerana tak senang hati melihat pihak lain cuba jadi orang tengah, kita nampak jelas bagaimana ego politik PAS mengatasi nilai kemanusiaan yang diajar Islam itu sendiri. Bila bukan geng sendiri yang berunding, terus dilabel “monyet”. Bila bukan kelompok sendiri yang bersinar, terus diperlekeh.

Budaya ini bukan baru. Ia telah lama jadi DNA PAS. Mereka benci pada semua yang tak sewarna. Bila ada usaha damai, mereka hina. Bila ada diplomasi, mereka sindir. Parti yang kononnya berjuang atas nama Islam ini sering menjadikan cemuhan dan sinisme sebagai modal politik — bukan solusi. Sedangkan Islam yang mereka dakwa perjuangkan, tidak pernah ajar mencaci orang yang sedang berusaha menyelamatkan nyawa.

Inilah wajah sebenar PAS. Di luar, kelihatan alim dan warak. Tapi lidah mereka penuh bisa menghina, memperlekeh, menyesatkan sesiapa yang tidak tunduk pada agenda mereka. Mereka bukan mahu memimpin untuk membela rakyat, tapi untuk membina kuasa atas nama agama. Dan sebab itulah, PAS tidak layak diberi kuasa memerintah negeri seperti Pahang, sebuah negeri berdaulat, majmuk, dan sedang pesat membangun di bawah pimpinan yang stabil dan matang.

Rakyat Pahang tak perlukan pemerintah yang hanya pandai bercakap soal “negara Islam”, tapi gagal hormati usaha damai serantau. Kita tak perlukan pemimpin yang menunggang agama untuk kepentingan parti. Kita perlukan pemimpin yang berhikmah, bukan pemarah. Yang membina, bukan menghina. Dan setakat ini, PAS belum pernah buktikan mereka mampu jadi lebih dari sekadar pembangkang yang bising.

Fadhli mungkin puas dihujani sorakan dari pengikut yang mabuk sindiran politik. Tapi sejarah tak pernah angkat tinggi orang yang melawak atas penderitaan manusia. Sejarah hanya kenang mereka yang berani bersuara demi damai walau dicemuh oleh politikus murahan yang lebih sibuk jaga imej parti daripada menjaga maruah rakyat dan nilai Islam yang sebenar.

Pahang bukan bahan uji kaji. Rakyatnya bijak. Dan hari ini, makin ramai yang sedar, PAS bukan masa depan untuk negeri ini. Mereka hanya bayang-bayang masa lalu yang belum reda dendamnya.

“HILANG FOKUS” ATAU PEMBANGKANG YANG HILANG AKAL?Ada yang menuduh Kerajaan Negeri Pahang hilang fokus. Tapi peliknya, ya...
26/07/2025

“HILANG FOKUS” ATAU PEMBANGKANG YANG HILANG AKAL?

Ada yang menuduh Kerajaan Negeri Pahang hilang fokus. Tapi peliknya, yang buat tuduhan tu bukan sesiapa yang kerja siang malam untuk rakyat sebaliknya datang dari seorang YB yang kawasan sendiri pun jarang dia jejak.

Kalau bantu anak-anak B40 bersunat percuma itu namanya hilang fokus , kita terima.
Kalau beri RM500 Kad Kesihatan kepada puluhan ribu warga emas itu pun hilang fokus, kita rela.
Kalau bantu pelajar universiti dengan RM400 dan sediakan buku SPM untuk lebih 23,000 calon, itu pun dikira tak fokus, maka kita berbangga dengan ‘kehilangan’ ini.

Yang kononnya ‘lebih layak’ perintah Pahang, cuba jawab:
Kenapa negeri korang tak mampu buat semua ni walaupun katanya lebih Islam, lebih zuhud, lebih maksum?

Ada juga yang cuba nak spin ini duit rakyat, bukan duit kerajaan. Ya, memang duit rakyat. Tapi cara urus duit rakyat itulah yang membezakan antara kerajaan yang peduli, dengan kerajaan yang hanya pandai ceramah.

Di Pahang, duit rakyat kembali kepada rakyat. Di tempat lain? Duit rakyat hilang entah ke mana, tapi ceramah penuh stadium, fitnah penuh Facebook.

Realitinya, yang benar-benar hilang fokus bukan Kerajaan Negeri tapi pembangkang yang makin terdesak, tak mampu tanding prestasi, lalu cari jalan mudah: tuduh, spin, ulang.

Masalahnya, rakyat hari ini bukan bodoh. Mereka tak nilai dari tulisan panjang atau laungan politik, tapi dari hasil kerja. Dan setakat ini , Pahang terus bekerja.

Poster Credit : PahangKu Media

PAS hari ini sibuk menjerit kononnya UMNO khianat agama, berkawan dengan DAP, lalu lahirlah satu naratif ciptaan mereka ...
23/07/2025

PAS hari ini sibuk menjerit kononnya UMNO khianat agama, berkawan dengan DAP, lalu lahirlah satu naratif ciptaan mereka sendiri “UMDAP”. Tapi mereka lupa, rakyat masih ingat siapa yang pernah jadi rakan tidur DAP dalam satu kerajaan. Bukan sekadar duduk semeja, malah PAS pertahan DAP siang malam satu ketika dulu. Takda pun mereka maki DAP masa tu, takda pun mereka sebut DAP ancaman akidah. Sebaliknya, mereka ajak orang lain p**a ‘berdakwah dalam politik’. Bila PAS dapat kuasa, semuanya halal. Bila hilang kuasa, baru muncul istilah kafir harbi.

PAS bukan setakat pernah bersama DAP, tapi siap bentuk kerajaan negeri bersama di Selangor, Pulau Pinang dan Perak. Bahkan ada pemimpin mereka pernah sindir siapa-siapa yang tak bersama Pakatan Rakyat, kononnya tak faham siasah Islam. Tapi hari ini, bila UMNO bentuk kerajaan stabil bersama rakan komponen lain, terus PAS maki. Sedangkan yang lebih lama hidup serumah dengan DAP tu mereka sendiri. Ini bukan soal pertahankan UMNO semata, ini soal PAS jangan lupa diri. Kalau dulu kamu redha duduk dengan DAP, hari ini kamu tak layak hukum orang lain sebagai pengkhianat.

Bila PAS hilang kuasa dan tak dapat menguasai kerajaan pusat dan kerajaan negeri , mereka cipta naratif kotor untuk kekalkan sokongan. Mereka tahu, mereka tak ada prestasi, tak ada model negeri maju untuk ditunjuk. Jadi mereka guna senjata terakhir, mainkan sentimen. Jual agama dalam bentuk ketakutan. Cipta watak jahat bernama UMNO, seolah-olah UMNO inilah punca segala rosak dunia. Tapi rakyat hari ini celik. Mereka nampak siapa yang pernah guna agama untuk redakan kritikan terhadap DAP. Dan siapa yang hari ini jadikan agama sebagai modal politik, bukan dakwah.

Lebih menyedihkan, di Pahang, PAS datang dengan slogan “PAS Teraju Pahang”. Slogan yang bunyinya suci, tapi nafsunya penuh dendam. Mereka bukan datang untuk bangunkan negeri. Mereka datang sebab mahu ganti UMNO yang mereka benci. Nak balas dendam atas apa yang mereka tak dapat dulu. Tapi cuba tanya, apa rekod PAS? Di Kelantan, ekonomi merosot. Di Terengganu, pelabur lari. Di Kedah, rakyat terus hidup susah. Tak payah sembang nak terajui Pahang kalau negeri sendiri pun gagal dalam tadbir urus serta alasan demi alasan diberikan .

Rakyat Pahang perlu bijak. Kita jangan gadai masa depan hanya kerana termakan naratif kononnya PAS lebih Islam. Islam bukan milik PAS. Islam bukan pada jubah dan serban semata. Islam juga bukan lesen untuk maki hamun parti lain yang tak sehaluan. PAS pernah bersama DAP, dan itu fakta. UMNO hari ini bina kerajaan yang stabil, jaga institusi Islam, martabatkan agama, dan terus bawa pembangunan untuk rakyat. Jadi kalau nak pilih siapa teraju Pahang, jangan pilih mereka yang khianat masa silam, dan sekarang pura-pura jadi penyelamat.

Kononnya nak "Teraju Pahang", tapi realitinya apa pun takde. Hanya tinggal slogan, tanpa pelan, tanpa isi, tanpa arah. B...
11/07/2025

Kononnya nak "Teraju Pahang", tapi realitinya apa pun takde. Hanya tinggal slogan, tanpa pelan, tanpa isi, tanpa arah. Bila ditanya, apa sebenarnya yang PAS nak buat untuk negeri ni? Tiada jawapan. Yang ada cuma ucapan-ucapan politik yang ulang balik skrip sama , konon nak bawa perubahan. Tapi perubahan macam mana? Dengan track record mentadbir negeri pun masih gagal, apa jaminan Pahang tak jadi macam Kelantan?

Di bawah kepimpinan Tok Wan MB sekarang, negeri Pahang ada prestasi. KDNK naik, pelaburan masuk, rakyat dapat manfaat, bantuan tunai, rumah, pendidikan, kesihatan. Tapi bila PAS datang, apa yang mereka bawa? Ceramah, slogan dan tuduhan. Bila kita minta bukti kemampuan, mereka bagi ayat manis je. “InsyaAllah kita akan...” macam biasa. Janji yang tak pernah ditunaikan di negeri sendiri.

Rakyat Pahang kena celik. Jangan gadai kemajuan yang kita sedang nikmati hari ni hanya kerana terpedaya dengan permainan slogan. Negeri ni bukan tempat eksperimen. Kalau tersalah pilih, kesannya bukan lima tahun tapi masa depan anak cucu kita. Jangan tunggu jadi macam negeri jiran baru nak menyesal. Masa depan Pahang di tangan kita, jangan biar ia jatuh ke tangan yang hanya pandai berjanji, tapi gagal membuktikan apa-apa.

𝐀𝐩𝐚 𝐉𝐚𝐝𝐢 𝐏𝐚𝐝𝐚 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐊𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐃𝐢𝐩𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧 𝐎𝐥𝐞𝐡 𝐌𝐢𝐦𝐩𝐢?Ada beza antara pemimpin yang bekerja, dengan pemimpin yang sekadar berce...
08/07/2025

𝐀𝐩𝐚 𝐉𝐚𝐝𝐢 𝐏𝐚𝐝𝐚 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐊𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐃𝐢𝐩𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧 𝐎𝐥𝐞𝐡 𝐌𝐢𝐦𝐩𝐢?

Ada beza antara pemimpin yang bekerja, dengan pemimpin yang sekadar berceramah.
Yang satu menyinsing lengan, turun ke tanah.
Yang satu mengangkat tangan, penuh slogan, kosong tindakan.

Hari ini, ada yang mahu kita tukar nakhoda.
Bukan kerana kapal ini karam,
tapi kerana mereka rasa sudah cukup layak walaupun kompas pun belum pernah mereka pegang.

PAS mahu terajui Pahang.
Dengan rekod apa?
Dengan prestasi siapa?
Dan atas kepercayaan yang bagaimana?

Negeri-negeri di bawah mereka belum pernah benar-benar meyakinkan.
Yang kedengaran cuma suara lantang di pentas,
janji yang manis berulang-ulang,
dan wajah yang hanya muncul bila pilihan raya menjelma.

Pahang ini bukan tanah kosong.
Ia ada sejarah yang panjang,
rangka pembangunan yang nyata,
dan arah tuju yang sedang dijayakan.
Ini bukan padang luas untuk dijadikan medan ujikaji mimpi politik orang luar.

Dan bila nama-nama lama yang tidak pun menyerlah di tempat sendiri dibawa masuk sebagai “harapan baharu”,
rakyat wajar mula persoal:
adakah ini benar masa depan?
Atau hanya satu lagi agenda yang dikitar semula, dibungkus semula, untuk dijual kepada kita?

𝗝𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗴𝗮𝗱𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝘀𝘁𝗮𝗯𝗶𝗹𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗺𝗶 𝗿𝗲𝘁𝗼𝗿𝗶𝗸.

𝗝𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘁𝘂𝗸𝗮𝗿 𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗵𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗮𝗶𝗻 𝗻𝗮𝗺𝗽𝗮𝗸 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝘀𝘂𝗰𝗶. 𝗦𝗲𝗯𝗮𝗯 𝗯𝗶𝗹𝗮 𝗻𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗶𝗻𝗶 𝘁𝗲𝗿𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗿𝗮𝗵, 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗯𝗮𝗻 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗷𝗮𝗻𝗷𝗶 𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗺𝗲𝗻𝘂𝗻𝗴𝗴𝘂 𝗷𝗮𝗻𝗷𝗶 𝗱𝗶𝘁𝗲𝗽𝗮𝘁𝗶.

04/07/2025

Kemunduran Yang Dianggap Kemuliaan

Terengganu, sebuah negeri yang kaya dengan hasil bumi dan keindahan alam tapi kekal berada di belakang dari segi pembangunan.

Bandar tak berubah, peluang pekerjaan terhad, anak muda berhijrah ke luar untuk cari rezeki. Infrastruktur lambat naik, pelabur pun tak ramai yang sudi masuk.

Tapi peliknya, ada segelintir yang anggap semua ini bukan masalah. Bagi mereka, cukup dengan ceramah agama, cukup dengan wala pada pemimpin. Tak kisah ekonomi tak gerak, janji 'sejuk' dengan syurga.

Mereka tak minta kemajuan. Mereka selesa dengan stagnasi.

Inilah realiti yang sedang mengekang potensi sebenar Terengganu. Negeri yang boleh maju tapi sedang dibuai lena dengan retorik dan romantisme politik.

Dua penggal mentadbir, tapi Terengganu masih terkial-kial nak bangunkan ekonomi sendiri. Bukan sebab tiada hasil. Bukan ...
02/07/2025

Dua penggal mentadbir, tapi Terengganu masih terkial-kial nak bangunkan ekonomi sendiri. Bukan sebab tiada hasil. Bukan sebab tiada peluang. Tapi sebab pentadbiran negeri terlalu leka dengan retorik dan terlalu sedikit pada realiti.

Rakyat sering dijamu dengan ceramah dan slogan, tapi bila masuk bab dasar ekonomi, pelaburan strategik dan kebolehpasaran kerja, senyap.

Mana pelan ekonomi Terengganu 10 tahun? Mana zon pelaburan baharu? Mana GLC yang cemerlang jana pendapatan negeri?

Yang banyak hanyalah program ulang siar. Majlis itu, perasmian ini, ceramah sana, zikir sini. Tapi bila pelabur datang tanya:
“Di mana lokasi sesuai?”
“Berapa insentif?”
“Bagaimana infrastruktur?”
Tiada jawapan konkrit.

Sebaliknya, rakyat diberi skrip yang sama, sabar, redha, ujian, janji akhirat. Tapi dalam masa yang sama, elaun pentadbir tetap penuh. Rumah rasmi tetap selesa. Kemewahan tetap bertambah.

Soalannya sampai bila nak biar rakyat hidup dengan alasan, tapi pemimpin hidup dengan kemudahan?

Jangan salahkan rakyat kalau mereka mula persoal. Jangan cepat melenting bila mereka minta bukti.
Kerana hari ini rakyat bukan tak beriman, mereka cuma dah bijak bezakan agama dengan alasan.

Agama tidak pernah menghalang kemajuan. Yang menghalang adalah manusia yang guna agama sebagai alasan untuk tidak bekerja.

𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐃𝐔𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈, 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍, 𝐒𝐄𝐒𝐄𝐏𝐈 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐇.Tuan Ibrahim Tuan Man bukan nama kecil dalam PAS. Tapi makin tinggi dia...
01/07/2025

𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐃𝐔𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈, 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍, 𝐒𝐄𝐒𝐄𝐏𝐈 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐇.

Tuan Ibrahim Tuan Man bukan nama kecil dalam PAS. Tapi makin tinggi dia disebut, makin sukar dilihat di bumi tempat rakyat mengharap. Satu kaki di Kelantan, satu lagi di Pahang. Dua kerusi dia genggam tapi dua-dua kawasan hanya tinggal dengan soalan:

“YB kami, ada ke sebenarnya?”

Cheka bukan perlukan tokoh hebat berkopiah atas pentas. Mereka perlukan wakil yang tahu keadaan kampung, kenal orang susah, dan betul-betul turun ke bawah. Tapi hari demi hari, yang datang cuma khabar kononnya bakal Menteri Besar. Ironinya, sepanduk dia tinggi melambung, tapi batang tubuhnya sendiri entah ke mana.

Pegang dua kerusi bukan tanda amanah bertambah tapi tanda terlalu ingin berkuasa. Bila seseorang terlalu kejar jawatan, dia mula tinggalkan tanggungjawab. Rakyat bukan mahu pemimpin yang banyak jawatan. Rakyat hanya mahu seseorang yang ada betul-betul, ada bila mereka susah, bila mereka resah.

Kerajaan negeri Pahang terus bekerja bukan sempurna, tapi terbukti hadir. Sedang pihak lawan belum tentu selesai di satu tempat, sudah bercita-cita menawan seluruh negeri. Politik bukan ruang fantasi. Ia medan untuk membuktikan siapa sanggup pikul beban rakyat, bukan sekadar petah di pentas ceramah.

Apa hasilnya nanti?
Rakyat jadi mangsa.
Negeri ini jadi bahan eksperimen.
Dan semua angan-angan jadi beban yang memundurkan.

Pahang tak perlukan pemimpin syok sendiri.
Pahang perlukan pemimpin yang berkhidmat, bukan bermimpi.

Air Paip Takkan Mengalir Dengan Air MataSetiap kali isu air di Kelantan disuarakan, satu skrip yang akan dimainkan tanpa...
30/06/2025

Air Paip Takkan Mengalir Dengan Air Mata

Setiap kali isu air di Kelantan disuarakan, satu skrip yang akan dimainkan tanpa gagal ialah: “Kami dianaktirikan oleh pusat.” Ia dijaja ke ceramah, disulam dalam khutbah, malah jadi modal tetap dalam media sosial mereka. Naratif yang bunyinya suci, tapi realitinya hanyalah topeng menutup kelemahan sendiri.

Soalnya, sampai bila rakyat Kelantan perlu hidup dengan alasan yang dikitar semula?

Realiti sebenar bukan soal anak tiri. Ini soal pemimpin yang terlalu lama selesa dengan alasan. Isu air adalah masalah asas rakyat. Ia bukan isu politik. Ia bukan isu perkauman. Ia bukan isu agama. Ia adalah isu kemanusiaan. Bila rakyat tak dapat air bersih, ia bukan lagi tentang siapa pemerintah tapi siapa yang sanggup bekerja.

Di negeri lain, pernah juga merasa terpinggir. Pernah juga berada di luar barisan kerajaan pusat. Tapi mereka tak merintih. Mereka bangkit, rancang, susun semula pentadbiran, dan buat kerja. Mereka tak cipta simpati, mereka cipta solusi. Hasilnya air sampai ke rumah rakyat, walau di hujung kampung.

Kelantan p**a memilih jalan lain. Mereka tidak mengurus. Mereka membina persepsi. Mereka tak bina loji air, tapi bina naratif kononnya dizalimi. Bila ditegur, mereka tak menjawab. Mereka menyerang. Bila disoal, mereka tak menjelaskan. Mereka memutar. Bila rakyat bertanya, mereka kata sabar “Ini ujian Tuhan.”

Tapi rakyat sudah muak. Sudah terlalu banyak airmata tumpah kerana paip yang tak menitis. Sudah terlalu lama anak-anak membesar dengan baldi di tangan. Sudah terlalu kerap suara rakyat dijawab dengan ceramah agama bukan tindakan.

Ironinya, negeri ini bukan tak punya hasil. Hutan luas. Tanah kaya. Balak keluar saban tahun. Tapi semua itu tak diterjemah kepada manfaat rakyat. Di sebalik slogan "Membangun Bersama Islam", yang membangun hanya harta kroni, bukan saluran paip ke rumah orang kampung.

Pemimpin bukan diuji bila mereka ada kuasa. Pemimpin diuji bila mereka berdepan masalah. Dan bila masalah seumpama air pun tak mampu diselesaikan, itu bukan lagi kegagalan teknikal. Itu adalah kegagalan kepimpinan.

Rakyat Kelantan bukan anak tiri. Mereka hanya dipimpin oleh orang yang menjadikan alasan sebagai dasar. Dan selagi budaya ini diteruskan, jangan harap rakyat akan merasa perubahan. Yang berubah hanya skrip dari “anak tiri” kepada “takdir Ilahi”.

Tapi percayalah, takdir boleh diubah dengan usaha. Cuma ia perlukan satu perkara yang pemimpin sekarang tak ada: keberanian untuk bercermin dan kejujuran untuk mengaku gagal.

Dan sebelum mereka boleh mimpin air, mereka kena belajar urus malu.

Address

Perumahan GONG BADAK 7, Jalan TENGKU AMPUAN INTAN ZAHARAH, K.
Kuala
21300

Telephone

+60129563262

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when EncikPang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to EncikPang:

Share