CMF Graphic Designer

CMF Graphic Designer Che Firdaus Che Channel

Hasbunallah wanikmal wakil” (حَسْبُنَا ٱللَّٰهُ وَنِعْمَ ٱلْوَكِيلُ) adalah sebuah kalimat dalam bahasa Arab yang berart...
08/07/2025

Hasbunallah wanikmal wakil” (حَسْبُنَا ٱللَّٰهُ وَنِعْمَ ٱلْوَكِيلُ) adalah sebuah kalimat dalam bahasa Arab yang berarti “Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami, dan Dia adalah sebaik-baik pelindung

Believe in the power of positive thinking, You are capable of amazing things. Be grateful. ☺️🤲🏻Che Firdaus CheTarbiyyah ...
07/07/2025

Believe in the power of positive thinking, You are capable of amazing things. Be grateful. ☺️🤲🏻

Che Firdaus Che
Tarbiyyah Backpackers


Flight malam ini Delay 2 Jam, Allah Aturkan Bertemu Ir Cr Muhd Asri. Banyak jugak kami berbual dan beliau kongsi dalam b...
25/06/2025

Flight malam ini Delay 2 Jam, Allah Aturkan Bertemu Ir Cr Muhd Asri. Banyak jugak kami berbual dan beliau kongsi dalam bidang Kerjaya.

Tadi Flight Pagi Beliau Datang Terengganu, Delay 5 Jam. Tersada dalam Flight. Wow 5 Jam boleh Pergi Australia. Tak Pasti Kenapa Air Asia bagi Service mcm ni..

Insha-Allah pagi esok, Trip Tarbiyyah Backpackers Bawa Group 45 Orang, Trip Road to Padang & Bukitinggi Indonesia 🇮🇩

Mohon Allah Ya Baari Ya Salam, Engkau Aturkanlah Agendanya sebaik Mungkin, Amin2 Ya Allah ☺️🤲🏻

Che Firdaus Che
Tarbiyyah Backpackers


Inilah Manusia Paling Celaka di atas Muka Bumi iniReza Pahlavi sememangnya anak Shah Iran dan pernah mendapat sokongan s...
22/06/2025

Inilah Manusia Paling Celaka di atas Muka Bumi ini

Reza Pahlavi sememangnya anak Shah Iran dan pernah mendapat sokongan sulit dari CIA dan diharapkan oleh beberapa pemimpin Israel sebagai alternatif pengganti pimpinan Islamic Kerajaan Iran sekarang kepada Kerajaan Kesultanan semula tapi version Restui Yahuudiii Laknatullah.

اللَّهُمَّ أَفْشِلْ كَيْدَ أَعْدَائِكَ وَاكْفِنَا شَرَّهُمْ

Maksudnya: “Ya Allah, gagalkanlah segala perancangan musuh-musuh-Mu, dan lindungilah kami dari kejahatan mereka.”

Alhamdulillah, pagi ini Tarbiyyah Backpackers telah menerima jemputan istimewa daripada YB Datuk Razali Bin Idris (Tok L...
18/06/2025

Alhamdulillah, pagi ini Tarbiyyah Backpackers telah menerima jemputan istimewa daripada YB Datuk Razali Bin Idris (Tok Li), Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar & Perubahan Iklim serta Teknologi Digital Negeri Terengganu.

Perbincangan berlangsung dalam suasana yang amat mesra dan penuh aspirasi membina. Yang lebih mengujakan, Tok Li turut memaklumkan bahawa beliau mengikuti setiap episod siri video “𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐉𝐀𝐍𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐊𝐎𝐊 𝟏𝟗𝟎𝟗” yang kami terbitkan sebelum ini.

Komen beliau di laman Facebook rupa-rupanya datang daripada penghargaan tulus terhadap usaha kecil kami dalam mengetengahkan sejarah yang sering dipinggirkan.

Insha-Allah, hasil pertemuan ini membuka lembaran baharu untuk Menghasilkan dokumentari sejarah dan budaya, Mengangkat semula seni Teater Semuntar Terengganu Menyusun projek khas “Trail Ulama Terengganu” menjelajah warisan dakwah dan perjuangan ulama silam negeri ini.

Kami mohon doa daripada semua agar perancangan ini menjadi kenyataan, demi mengangkat martabat sejarah, budaya dan warisan ulama negeri Terengganu Darul Iman.

“Bangsa yang melupakan sejarah, umpama pohon yang kehilangan akar.”

Che Firdaus Che
Tarbiyyah Backpackers


Alhamdulillah, hampir dua minggu kami bertungkus-lumus mengedit dan memecahkan video kepada durasi pendek sekitar 2 mini...
15/06/2025

Alhamdulillah, hampir dua minggu kami bertungkus-lumus mengedit dan memecahkan video kepada durasi pendek sekitar 2 minit bagi memudahkan kefahaman penonton terhadap isi kandungan penting dalam video eksklusif:

𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐉𝐀𝐍𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐊𝐎𝐊 𝟏𝟗𝟎𝟗 bersama:

🔹 Prof Madya Dr. Azmi Arifin
(Pensyarah Kanan Sejarah, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM & Penulis Buku Perjanjian Bangkok 1909)

🔹 Tuan En. Izmal Karim
(Aktivis Sejarah & Penulis Buku Perjanjian Bangkok 1909)

Kini, semua video telah dimuat naik ke YouTube Channel rasmi Tarbiyyah Backpackers.

📌 Klik, Tonton, dan Jangan Lupa Tekan Butang Subscribe untuk terus mengikuti pendedahan sejarah yang jarang dibicarakan!.

https://youtube.com/?feature=shared

“Bangsa yang melupakan sejarah, umpama pohon yang kehilangan akar.”

Che Firdaus Che
Tarbiyyah Backpackers


02/06/2025

SYARAHAN SEJARAH PERJANJIAN BANGKOK 1909

Mengapa Patani, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis menjadi taruhan penjajahan?

Bersama dua tokoh besar sejarah:

🔹 Prof. Madya Dr. Azmi Arifin
Pensyarah Kanan Bahagian Sejarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM & Penulis Buku Perjanjian Bangkok 1909

🔹 En. Izmal Karim
Arkivis, Aktivis Sejarah & Penulis Buku Perjanjian Bangkok 1909

Kupasan eksklusif tentang perjanjian yang memisahkan bumi Melayu dan kesannya hingga ke hari ini.

“Bangsa yang melupakan sejarah, umpama pohon yang kehilangan akar.”




Che Firdaus Che
Tarbiyyah Backpackers


25/05/2025

“Pertandingan Wau Tempurung”, terdapat beberapa acara yang menggunakan tempurung kelapa dalam pelbagai aspek pertandingan wau.

Pertandingan Wau Tempurung ini diadakan di Padang Bola Kampung Gong Awang Lib Mengabang Telipot Kuala Nerus Terengganu.

Tempurung kelapa digunakan untuk mengira masa perlawanan.

Pengadil akan meletakkan tempurung kelapa di dalam bekas berisi air, dan masa dikira tamat apabila tempurung itu tenggelam ke dasar bekas.

Pemain yang berjaya menjatuhkan wau lawan atau memutuskan tali dalam tempoh masa tersebut akan diangkat sebagai pemenang.

Che Firdaus Che
Tarbiyyah Backpackers


24/05/2025

Alhamdulillah sekarang di Terengganu sedang berlangsung musim candat sotong satu aktiviti tahunan yang sangat dinantikan oleh pemancing dan pencinta laut. 

Seperti biasa, musim ini berlangsung dari Mei hingga Ogos, dan tahun 2025 tidak terkecuali!

Hari ini kami nak berkongsi cara membuat mata candat sotong, menggunakan mata kail saiz 12 & 13.

Teknik ini sangat sesuai untuk pemula, dan turut digemari mereka yang berpengalaman — jimat kos, hasil puas hati! 🦑

Che Firdaus Che
Tarbiyyah Backpackers


23/05/2025

LA HOT SPRING, HULU BESUT – SUASANA MALAM YANG MENYEGARKAN

Nak tenangkan fikiran lepas penat seharian?

Singgah LA Hot Spring, Hulu Besut – waktu malam memang best, air panas semulajadi menyapa tubuh, ditemani bunyi alam yang mendamaikan.

Suasana tenang, sesuai untuk refleksi diri dan berbual santai bersama sahabat seperjuangan.

Bukan sekadar tempat mandi, tapi terapi jiwa buat yang rindukan ketenangan.

Che Firdaus Che
Tarbiyyah Backpackers



23/05/2025

KISAH INSPIRASI ANAK MUDA TANI 

Di sebalik hamparan kehijauan sawah dan sinar mentari yang menyapa bumi Terengganu, berdirilah seorang anak muda yang penuh tekad dan harapan Ahmad Ikhwan Jusoh, berusia 27 tahun, berasal dari Gong Sekolah, kini menggalas amanah besar sebagai penggerak utama Projek SejaTi MADANI di bawah JPKK Gong Sekolah.

Lebih dari sekadar ladang, projek ini kini menjadi tapak pembelajaran dan inspirasi buat anak muda lain yang ingin terlibat dalam bidang agroteknologi.

“Bila kita jaga tanah, tanah akan jaga kita semula.” — itulah pegangan Ikhwan, yang percaya bahawa pertanian adalah ibadah dan tanggungjawab kepada bumi.

Semoga usaha beliau terus diberkati dan menjadi contoh kepada seluruh negara.

Che Firdaus Che
Tarbiyyah Backpackers


Address

Kampong Kuala Setiu

Telephone

+60199118372

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when CMF Graphic Designer posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to CMF Graphic Designer:

Share

Category