Viral Media Terengganu

Viral Media Terengganu Negatif komen akan diBlock🙏 memaparkan Info terkini pelbagai kejadian di negeri Terengganu.

Nota: Segala komen-komen anda di ruangan post bukan tanggungjawab admin.

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mencuri perhatian apabila menggelarkan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan H...
10/08/2026

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mencuri perhatian apabila menggelarkan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) sebagai “sahabat” dan “teman”.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor itu menyifatkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sebagai “adinda”, selain Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim sebagai “sahabat” dan ADUN Sentosa, Gunaraj R George sebagai “teman”.

“Amirudin adalah adindaku. Ng Suee Lim adalah sahabatku. Gunaraj R George adalah temanku. Amanah adalah peganganku. Kekal tenang adalah prinsip aku,” katanya semasa menyampaikan perbahasan pada Persidangan Dewan Negeri Selangor di Shah Alam pada Isnin.

Kerajaan Myanmar menyatakan kesediaan untuk membawa p**ang 5,000 pelarian negara itu menggunakan kapal, kata Menteri Lua...
10/08/2026

Kerajaan Myanmar menyatakan kesediaan untuk membawa p**ang 5,000 pelarian negara itu menggunakan kapal, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata, perkara itu dimaklumkan ketika pertemuannya bersama Menteri Luar Myanmar, Tin Maung Swe baru-baru ini, namun pelaksanaannya perlu mengambil kira aspek keselamatan pelarian terbabit.

"Mereka menyatakan kesediaan untuk membawa p**ang 5,000 (pelarian) ini dengan kapal. Tetapi isunya ialah keselamatan 5,000 orang ini.

Kejadian pemasangan Jalur Gemilang tanpa lambang bulan dan bintang di Dataran Batu Buruk di sini bukan dilakukan secara ...
10/08/2026

Kejadian pemasangan Jalur Gemilang tanpa lambang bulan dan bintang di Dataran Batu Buruk di sini bukan dilakukan secara sengaja sebaliknya berpunca daripada kesilapan teknikal.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyifatkan insiden yang tular di media sosial pada Jumaat lalu itu sebagai kes terpencil.

10/08/2026

Kesilapan teknikal punca Jalur Gemilang dipasang tanpa bulan bintang – Ahmad Samsuri

10/08/2026

Jadi, PMX akan hadir atau tidak ke Sidang Khas Parlimen mengenai RCI Tabung Haji yang dia sendiri jadualkan esok, 11 Ogos?

Sebab Pejabat Perdana Menteri p**a memaklumkan beliau perlu berehat selama dua hari bermula 10 Ogos selepas menjalani pemeriksaan yang telah dijadualkan.

Takkan sidang khas sendiri yang mahu diadakan, tapi cuti sakit pun sudah lama dijadualkan untuk tempoh yang sama?

Rasanya ramai yang tak sabar nak tanya dia esok macam mana defisit RM4.1 bilion yang dikaitkan dengan hibah terlebih bayar pada 2017 ketika BN, boleh p**a bertukar menjadi defisit RM13.2 bilion di bawah UJSB pada 2025?

Kalau UJSB ditubuhkan untuk “menyelamatkan” Tabung Haji, kenapa makin lama diselamatkan, makin besar p**a defisitnya?

Ramai juga yang nak tanya dia depan-depan siapa sebenarnya nama individu-individu yang dia kata telah “sakau” RM4.1 bilion atau RM10 bilion dan duit itu dibawa lari ke mana?

Satu operasi pada waktu pagi di sebuah inap desa (homestay) daerah Marang membongkar kegiatan tiga individu, melibatkan ...
10/08/2026

Satu operasi pada waktu pagi di sebuah inap desa (homestay) daerah Marang membongkar kegiatan tiga individu, melibatkan dua wanita dan seorang lelaki, yang dikesan disyaki bersekedudukan.

Tindakan pantas itu dijalankan oleh pihak Pejabat Agama Daerah Marang bersama sokongan Skuad Amar Marang.

Kesemua individu berkenaan kemudiannya dibawa ke pejabat agama terbabit bagi tujuan siasatan dan tindakan susulan.

Jabatan Imigresen (JIM) menjalankan siasatan berhubung penggunaan logo jabatan pada sebuah kenderaan yang tular di media...
10/08/2026

Jabatan Imigresen (JIM) menjalankan siasatan berhubung penggunaan logo jabatan pada sebuah kenderaan yang tular di media sosial dan dipandu seorang individu warga asing.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, hasil semakan awal mendapati kenderaan berkenaan bukan milik atau aset rasmi JIM.

“JIM memandang serius penggunaan logo jabatan pada kenderaan tersebut kerana boleh menimbulkan kekeliruan dan salah tanggapan dalam kalangan masyarakat.

Pakatan Harapan (PH) perlu mula membuat persediaan menghadapi kemungkinan kembali menjadi pembangkang selepas Pilihan Ra...
10/08/2026

Pakatan Harapan (PH) perlu mula membuat persediaan menghadapi kemungkinan kembali menjadi pembangkang selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Penganalisis politik Prof Wong Chin Huat berpandangan perkembangan politik semasa khususnya kecenderungan undi Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) untuk berkumpul pada satu pihak memberi cabaran besar kepada PH menjelang PRU akan datang.

Malah, berdasarkan unjurannya menggunakan keputusan PRU15, sebanyak 28 daripada 71 kerusi yang dimenangi PH dan MUDA berpotensi bertukar tangan sekiranya undi penyokong BN dan PN dapat disatukan.

Address

Kampong Kuala Setiu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Viral Media Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share