
24/10/2024
PDRM telah menggesa orang ramai untuk membuat laporan polis secara dalam talian daripada pergi ke balai polis jika perkara tersebut bukan berkaitan jenayah atau tidak memerlukan siasatan lanjut oleh pihak polis.
Laporan yang boleh dibuat secara dalam talian adalah:
• Pembantu rumah yang melarikan diri
• Kehilangan IC/MyKad
• Kehilangan lesen
• Kehilangan kad kredit/kad ATM
• Kehilangan telefon bimbit
• Kehilangan komputer riba
• Kehilangan cukai jalan
• Kehilangan/kerosakan akibat bencana alam
"Inisiatif ini oleh PDRM bertujuan untuk memudahkan orang awam membuat laporan polis secara dalam talian."
PDRM juga menyatakan bahawa laporan dalam talian hanya boleh dibuat oleh pengguna berdaftar yang merupakan warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
Laporan boleh dibuat di :
ereporting.rmp.gov.my/index.aspx.
Kredit : BFMNews