Crayfish FreshWater MY

Crayfish FreshWater MY Memberi latihan serta membekal peralatan berkaitan ternakan udang kara / Lobster Air Tawar (LAT).

Sharing untuk sama2 belajar
05/03/2024

Sharing untuk sama2 belajar

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua.Ada yang memerlukan bimbingan dalam bidang Ternakan Udang Kara Air Tawar ?CFMY...
10/02/2024

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua.

Ada yang memerlukan bimbingan dalam bidang Ternakan Udang Kara Air Tawar ?

CFMY telah bertapak Selama 7 tahun lebih dalam arena ini. Kami sangat mengalu-alukan tuan/puan menyertai Bengkel Ternakan yang efisyen dan berkesan!

Pendaftaran adalah terhad.
Kenapa? Kerana kami ingin memberi fokus kepada peserta supaya lebih dekat dan konsep One to One basis.

Bagaimana dengan yuran?
Dah tentu yuran yang dikenakan eksklusif dan mahal.

Ini bagi memastikan peserta mendapat ilmu yang terbaik dan s**ar diperolehi di tempat lain. Tenaga pengajar yang berpengalaman luas dan konsisten dalam bidang Ternakan Udang Kara Air Tawar ini!!

Banyak rahsia ternakan akan dikongsikan bagi memastikan risiko Udang mati dari 90% turun ke 1%😉😉

Bagaimana nak hubungi kami?
Boleh lawati page Crayfish FreshWater MY atau hubungi admin kami yang busy tapi akan cuba layan anda sebaik mungkin 0 1 1 5 8 5 8 7 0 4 5

Ada satu lagi seat kosong untuk minggu ni. Harga tak masuk akal.. siapa cepat dia dapat . Nak register boleh lihat komen...
07/02/2024

Ada satu lagi seat kosong untuk minggu ni. Harga tak masuk akal.. siapa cepat dia dapat . Nak register boleh lihat komen👇🏻👇🏻👇🏻

INFO TERNAK (CFMY - 18)APA BEZA ANTARA STARTER BACTERIA, EM DAN PSB. ADAKAH SEMUA INI, JENIS YANG SAMA ATAU BERBEZA?Di d...
21/12/2023

INFO TERNAK (CFMY - 18)

APA BEZA ANTARA STARTER BACTERIA, EM DAN PSB. ADAKAH SEMUA INI, JENIS YANG SAMA ATAU BERBEZA?

Di dalam perkongsian saya melalui live ataupun video², selalu saya menggunakan istilah starter bacteria.

Apa itu starter bacteria?

Ada yang bertanya EM dengan PSB ke?

Starter bacteria ni sama tak dengan EM?

Maaf, mungkin panjang sikit penerangan saya kali ini. 🙏🏻

Starter bacteria ni adalah istilah umum juga bermaksud sebagai pemula bakteria.

Kenapa perlu pemula?
Bakteria boleh wujud secara natural/semulajadi tetapi memakan masa yang lama sedikit iaitu lebih kurang 3-4 minggu. Jadi secara asasnya, kita perlu set up air dan sistem ternakan kita dahulu selama 3-4 minggu sebelum memasukkan ternakan kita. Dan ia mengambil masa yang saya pasti ramai tak sanggup menunggu dan tak ramai yang akan buat. Kebanyakkannya nak cara ekpres iaitu set up hari ni, run hari ni dan masukkan ternakan hari ini juga. Itulah fungsinya starter bacteria (pemula bakteria).

Ok... berbalik kepada persoalan tadi. Apa itu starter bacteria, EM dan PSB. Adakah semua ini sama?

Starter bacteria ini adalah istilah umum di mana ia mewakili semua jenis bakteria yang digunakan untuk tujuan yang sama iaitu merawat air/sistem ternakan kita dan fungsi bakteria² ini adalah untuk menguraikan sisa² buangan ternakan dan juga sisa lebihan makanan serta bangkai ternakan yang mereput di dalam kolam yang akan bertukar menjadi ammonia. Fungsi bakteria ini adalah untuk menukarkan ammonia kepada nitrite dan seterusnya nitrite kepada nitrate.

Dengan fungsi bakteria ini menjurus ke arah kebaikkan, makan kita memanggil bakteria² ini sebagai bakteria baik.

Jadi bakteria baik ini terdiri daripada pelbagai jenis bakteria antaranya adalah Effective Microorganisms iaitu lebih dikenali sebagai EM... EM4... EM4+ dan sebagainya. Dan ada juga jenis Photosynthetic Bacteria yang lebih dikenali sebagai PSB. Ada jenis² bakteria lain yang berfungsi ke arah kebaikkan yang digunakan untuk rawatan air/sistem ternakan kita ini juga dipanggil bakteria baik.

Jadi kesimp**annya, starter bacteria ini adalah istilah umum untuk semua jenis bakteria² baik manakala EM, PSB dan lain² adalah nama khusus untuk bakteria.

** NAK BELAJAR ATAU MENCARI PENTERNAK BERDEKATAN?
JOM JOIN CHANNEL TELEGRAM SENARAI PENTERNAK UDANG KARA MALAYSIA 👇🏻

INFO TERNAK (CFMY - 17)Kenapa LAT selalu serang sama sendiri? Macam mana nak elakkannya?Situasi udang makan kawan ada be...
20/12/2023

INFO TERNAK (CFMY - 17)

Kenapa LAT selalu serang sama sendiri? Macam mana nak elakkannya?

Situasi udang makan kawan ada beberapa faktor. Antaranya....

1. Salin kulit
2. Ada udang lemah/mati
3. Lapar/tak cukup makan

Kebiasannya bila berlaku situasi seperti ini, ramai yang menganggap udang tidak cukup makan dan akan menambah lagi kuantiti makanan. Apa yang saya perhati, masalah ini tidak selesai di situ malah akan timbul masalah baru bila makanan diberi secara berlebihan yang boleh menyebabkan kualiti air terjejas. Lepas tu akan berlaku kematian secara berperingkat.

Situasi makan kawan ini berkemungkinan berpunca dari kepadatan kuantiti udang dan juga perumah yang tidak mencukupi. Andai perumah banyak sekali pun tetapi kuantiti udang terlalu maksimum, memang risiko udang makan sesama sendiri agak tinggi kerana kuantiti yang terlalu padat menyebabkan ia mudah diserang dan tiada ruang untuk selamatkan diri. Selain itu, udang juga s**a menyerang rakannya yang lemah.

Antara faktor lain udang ini diserang kawannya adalah ketika molting kerana berkemungkinan kekurangan ruang untuk dia menyelamatkan diri. Udang gemar menyerang udang lain yang molting kerana pada waktu ini isi masih fresh dan mengeluarkan bau serta kulitnya sangat lembut.

Masa molting, udang takkan duduk dalam perumah. Kebiasannya udang molting di kawasan lapang dan akan kehilangan tenaga selepas molting. Jadi dia akan berehat dan berlegar² di kawasan lapang dahulu. Dalam keadaan ini jika kapasiti udang terlalu padat, risiko kena serang memang tinggi.

Jadi kesimp**annya jika ada kes udang makan sesama sendiri, bukan lah faktor tidak cukup makan semata². Berkemungkinan faktor kepadatan kuantiti, udang salin kulit ataupun ada udang yang lemah. Jadi perbanyakkan perumah dan kurangkan kepadatan bagi mengurangkan risiko diserang kawan.

** NAK BELAJAR ATAU MENCARI PENTERNAK BERDEKATAN?
JOM JOIN CHANNEL TELEGRAM SENARAI PENTERNAK UDANG KARA MALAYSIA 👇🏻

INFO TERNAK (CFMY - 16)KENAPA PERLU GRADING ?Proses grading adalah bertujuan untuk memastikan tumbesaran benih seimbang ...
19/12/2023

INFO TERNAK (CFMY - 16)

KENAPA PERLU GRADING ?

Proses grading adalah bertujuan untuk memastikan tumbesaran benih seimbang dan sekata. Proses ini perlu dilakukan sekurang²nya sebulan sekali.

Dalam proses grading ini, kita perlu asingkan anak benih mengikut saiz. Sebagai contoh, asingkan satu dalam 1 kolam untuk yang bersaiz bawah 1". Seterusnya asingkan 1 kolam untuk yang bersaiz 1" - 2", seterusnya 2" - 3" dan seterusnya....

Apa berlaku jika tidak lakukan proses grading ni?

Pembesaran anak benih tidak sekata dan anak² benih akan membesar dengan saiz yang sangat berbeza. Ada yang terlalu besar dan ada yang terlalu kecil.

Moga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua. Jom tonton video penerangan yang lebih terperinci di youtube CFMY. 👇🏻

Video kali ini memaparkan berkaitan proses pembesaran benih udang kara air tawar.Jom sama-sama tambah info berkaitan ternakan udang kara air tawar dan jangan...

INFO TERNAK (CFMY - 15)PROSES PEMBESARAN BENIH- Benih yang baru turun dari induk akan kerap salin kulit untuk proses pem...
18/12/2023

INFO TERNAK (CFMY - 15)

PROSES PEMBESARAN BENIH

- Benih yang baru turun dari induk akan kerap salin kulit untuk proses pembesaran.

- Bila dah cecah saiz 1" benih akan salin kulit setiap bulan sehingga saiz 3".

- Bila dah capai saiz induk, tempoh masa untuk salin kulit makin lama.

- Proses salin kulit berlaku apabila badan udang semakin membesar dan tidak muat dengan kulit lama.

- Udang perlukan kandungan oksigen terlarut yang cukup semasa proses salin kulit

- Kekerasan (hardness) air juga main peranan semasa proses salin kulit kerana ia membantu udang untuk mendapatkan bekalan oksigen dengan mudah jika kekerasan air lebih rendah

- Udang boleh mati atau gagal salin kulit jika kekerasan air sangat tinggi dan bekalan oksigen terlarut berkurangan kerana saluran penafasan udang sangat lembut ketika salin kulit menyebabkan udang tidak dapat menyedut oksigen terlarut

Ada 3 tanda yang menunjukkan udang bersedia untuk salin kulit.

- Kulit kepala dengan badan sedikit renggang

- Kulit lama akan menjadi lembut berbanding keadaan biasa

- Di bahagian perut udang akan nampak kembung dan seakan membengkak kerana isi yang padat

- Ketiga² keadaan di atas dapat dilihat dengan mata kasar dan dapat merasai perbezaan dengan menyentuh menggunakan tangan

Video kali ini memaparkan berkaitan proses pembesaran benih udang kara air tawar.Jom sama-sama tambah info berkaitan ternakan udang kara air tawar dan jangan...

INFO TERNAK (CFMY - 14)CARA PENJAGAAN ANAK BENIH BARU TURUN1. Elakkan daripada memberi pallet walaupun pallet hancur. Na...
17/12/2023

INFO TERNAK (CFMY - 14)

CARA PENJAGAAN ANAK BENIH BARU TURUN

1. Elakkan daripada memberi pallet walaupun pallet hancur. Nak bagi tak salah, tapi berdasarkan pengalaman dan feedback yang kami terima, ramai penternak baru gagal bab kuantiti pemakanan udang ni. Ramai yang selalu terlebih bagi makan pada udang masing - masing. Kalau induk pun terlebih kuantiti makanan, apatah lagi untuk anak benih. Sebaiknya bagi hydrilla ataupun cacing beku. Elakkan dulu dari melakukan kesilapan.

2. Jaga kualiti air. Bab ni berkaitan dengan pemakanan juga. Nak jaga kualiti air kena ada 2 perkara yang perlu diberi perhatian iaitu pemakanan dan sistem filter. Bab pemakanan telah diterangkan di atas tadi. Bab filter p**a, ramai yang tak akan menggunakan filter bagi tujuan merawat air untuk tank/kolam benih termasuk kerana anak benih terlalu kecil dan mudah disedut jika menggunakan water pump & filter. Jadi di sini, kualiti air untuk anak benih yang baru turun perlu diberi perhatian. Elakkan tukar air jika tiada kes kematian walaupun air dah kotor, kerana anak benih sangat sensitif terhadap perubahan parameter air terutama jika air belum matang.

3. Pantau agar tiada pepatung yang datang untuk bertelur pada hydrilla. Larva pepatung (dragonfly) sangat bahaya kepada anak benih.

4. Jgn letak ikan dlm kolam benih.

5. Perbanyakkan perumah seperti pvc + straw jika tidak mengunakan hydrilla. Boleh juga letak jaring hitam atau guni bawang sebagai tempat anak benih bermain, menyorok dan salin kulit.

Video kali ini memaparkan berkaitan proses turun benih udang kara air tawar.Jom sama-sama tambah info berkaitan ternakan udang kara air tawar dan jangan lupa...

INFO TERNAK (CFMY - 13)PERSEDIAAN DAN KAEDAH TURUN ANAK BENIH- Sediakan tempat yg sesuai dan khas utk induk yg nk turunk...
16/12/2023

INFO TERNAK (CFMY - 13)

PERSEDIAAN DAN KAEDAH TURUN ANAK BENIH

- Sediakan tempat yg sesuai dan khas utk induk yg nk turunkan anak benih shj.

- Perlu kekalkan air asal dan jangan tukar air selepas minggu ke 5 usia telur.

- Jika air asal kotor, boleh tukar sebelum masuk minggu ke 5 usia telur atau rawat air menggunakan sistem filter.

- Pastikan ada perumah2 utk anak benih sprt pvc (boleh letak straw dlm pvc), batu2, coral, bioring, jaring hitam dll.

- Letakkan bubble shj atau balut dgn jaring jika ingin jalankan waterpump.

- Letakkan hydrillia lbh banyak utk jadikan tempat anak benih bermain/bergayut selain menjadi sumber manakan kpd anak benih tu sendiri.

- Pastikan hydrillia bebas drp ulat pepatung utk mengelakkan anak benih dimakan.

- Asingkan induk apabila anak benih telah habis turun atau dah ready turun drp induknya.

- Goncang induk jika anak benih yg dah matang masih bermain di perut induknya utk mengelakkan anak benih di makan induk.

- Perlu top up air 30% jika air dah berkurangan dan jgn tukar air kerana anak benih sgt sensitif dgn perubahan suhu dan parameter air. (boleh mati berjemaah).

- Kuantiti air mesti ditambah utk persediaan pengasingan/grading setelah usia benih 1 bulan atau benih mula membesar mencecah saiz 1".

Video kali ini memaparkan berkaitan proses turun benih udang kara air tawar.Jom sama-sama tambah info berkaitan ternakan udang kara air tawar dan jangan lupa...

Address

Kampong Kuang

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 22:00
Sunday 09:00 - 22:00

Website

http://T.me/senaraipenternakmalaysia

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Crayfish FreshWater MY posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Crayfish FreshWater MY:

Share